Anda di halaman 1dari 2

Nota KHB Tingkatan Satu: Teras ( Bab 6 : Tanaman Hiasan ) KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1 BAB 6 ( TANAMAN HIASAN )

6.1 PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG Bahagian : batang, dahan @ ranting Contoh pokok : Bougainvillea sp ( bunga kertas ) Hibiscus rosa sinensis ( bunga raya ) Ixora javanica ( siantan ) Codiaeum sp ( pudding )

1. Menyediakan medium semaian Tanah loam : bahan organic : pasir sungai 2 : 1 : 1 Langkah penyediaan : i. Tapis ketiga-tiga medium berasingan ii. Sukat medium mengikut nisbah iii. Gaul ketiga-tiga bahan iv. Masukkan medium ke dalam bekas semaian sehingga 2.5cm dari bibir bekas semaian. Letak di tempat redup.

2. Jenis keratan batang Jenis keratan Keratan kayu lembut ( keratan hijau ) Bahagian pucuk yang masih berwarna hijau & mudah patah apabila dilentur Keratan kayu sederhana keras ( keratan hijau perang ) Bahagian dahan yang baru matang, diantara kayu lembut & kayu keras Keratan kayu keras ( keratan perang ) Bahagian batang yang telah matang. Sesuai disemai terus ke dalam beg politena 3. Memilih pokok hiasan yang boleh dibiakkan melalui keratan batang Dari pokok induk yang sihat & baik Bebas dari penyakit & haiwan perosak Diameter 1 cm 1.5 cm Contoh tumbuhan : Keratan kayu lembut : Jejari hantu ( Alternanthera elliptica ) Keratan kayu sederhana keras : Bunga raya ( Hibiscus rosa sinensis ) Keratan kayu keras : Angsana ( Pterocarpus indicus ) Kaedah penyediaan Daun tidak dibuang

Daun bawah dibuang

Semua daun dibuang

4. Menyedia & menyemai keratan batang Semai dengan segera Guna hormon pengakaran untuk menggalakkan pertumbuhan akar

Langkah kerja : i. Sediakan keratin batang ( 10 cm 15 cm ) ii. Celup hormone pengakaran iii. Buat lubang ( 2 cm 3 cm dalam ) dengan mencucuk kayu. iv. Masukkan keratan batang ke dalam lubang, padatlkan kelilingnya. v. Siram, letak tempat teduh.

5. Menjaga keratan batang Siram, buang rumpai. Elakkan gerakan kerana akan merosakkan akar yang baru tumbuh.

6.2 PENANAMAN ANAK POKOK 1. Menyediakan medium penanaman Kaedah penyediaan medium pemasuan J.I.P ( John Innes Potting Compost ) Tanah loam : Bahan organic : Pasir sungai 7 : 3 : 2 @ 3 : 2 : 1

2. Mengubah anak pokok ke dalam beg politena Proses memindahkan anak pokokdari bekas semaian ke medium penanaman Perlu menjalani proses pengerasan ( mengurangkan siraman serta mendedahkan anak pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur ) untuk mengurangkan renjatan. Langkah : i. Isi medium ke dalam beg politena ( penuh ) ii. Gali anak pokok beserta tanah di sekeliling anak pokok iii. Masukkan anak pokok ke dalam beg politena. Tambah medium dan padatkan sekelilingnya.

6.3 PENJAGAAN ANAK POKOK

1. Merumput Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan nutrient, air, cahaya & ruang Memusnahkan tempat tinggal & pembiakan perosak serta agen penyakit 2. Menggembur tanah Memudahkan akar menembusi medium & membaiki pengudaraan tanah Memudahkan penyerapan air & nutrient 3. Membaja Dilakukan selepas 2 4 minggu mengubah Pokok hiasan memerlukan baja sebatian mengandungi unsur nitrogen ( N ), fosforus ( P ) & kalium ( K ) Pokok berbunga perlu lebih P & K Kekerapan membaja : 2 -3 minggu sekali Boleh juga guna baja organic yang cukup reput 4. Menyiram Membekalkan air kepada tanaman melalui medium Perlu siram sekurang-kurangnya sekali sehari Elakkan menyiram pada waktu panas terik

Anda mungkin juga menyukai