Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN 1 (SURAH AL-BAQARAH = AYAT 63) Janganlah menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu

bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataanperkataan Yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat

BAHAGIAN 2 (SURAH AN NISA = AYAT 29) Allah menyatakan kepada orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

BAHAGIAN 3 (SURAH AL HIJR = AYAT 1) Kami masukkan perasaan keluh kesah dalam hati orang yang melakukan maksiat dan mereka tidak percaya kepada Al-Quran Yang Engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang Yang telah lalu mendustakan Rasul-rasulnya

BAHAGIAN 4 (SURAH ISRA = AYAT 23) Hendaklah kita merendah diri kepada kedua ibu bapa dengan belas kasihan dan kasih saying terhadap mereka, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.

BAHAGIAN 5 (SURAH FATHIR = 15) Sesungguhnya Kami mengutus Nabi Muhammad Dengan (ugama) Yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada Dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

BAHAGIAN 6 (SURAH AL-BAQARAH =AYAT 203) Allah menyeru kepada orang mukmin supaya masuk ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukumhukumnya; dan janganlah menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.

BAHAGIAN 7 (SURAH AL-MAIDAH = AYAT 51) Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu menjadikan orang yang mempermainkan agama Allah sebagai ketua dikalangan kamu dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman. BAHAGIAN 8 (SURAH YUNUS = AYAT 1) Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Allah akan memimpin mereka Dengan sebab iman mereka Yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di Dalam syurga Yang penuh nikmat. BAHAGIAN 9 (SURAH AL ANBIA = AYAT 51) Allah merakamkan kesesatan kaum nabi Ibrahim terhadap mereka menjadikan penyembahan Patung ciptaan mereka sendiri sebgai tuhan lalu dibinakan mereka oleh Allah. BAHAGIAN 10 (SURAH AL AHZAB = AYAT 18) Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

BAHAGIAN 11 ( SURAH ALI IMRAN = AYAT 144) Tiap - tiap makhluk Yang bernyawa tidak akan mati melainkan Dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) Yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). sesiapa Yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa Yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur. BAHAGIAN 12 (SURAH AL ANFAL = AYAT 61) Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, akan mendapat kesejahteraan dalam kehidupan.Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. BAHAGIAN 13 (SURAH HUD = AYAT 84) Tegahan Allah terhadap manusia mengurangi sukatan dan timbangan dalam jual beli yang mana perlakuan tersebut menjurus kearah kemurkaan Allah s.w.t BAHAGIAN 14 (SURAH MARYAM = AYAT 59) Manusia yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka

akan menghadapi azab (dalam neraka),kecuali orangorang Yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, -

BAHAGIAN 15 (SURAH AR RUM =AYAT 1) Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah bersifat sementara.Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kita akan dikembalikan (untuk menerima balasan).kumpulan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman syurga Dalam keadaan bersuka ria.

BAHAGIAN 16 (SURAH AL BAQARAH = AYAT 104) Dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua Yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat Segala Yang kamu kerjakan. BAHAGIAN 17 (SURAH AL ANAAM = AYAT 13) Dan dikalangan manusia ada Yang mendengarkan bacaan Al-Quran,Allah telah jadikan tutupan berlapislapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya disebabkan keingkaran mereka dalam

melaksanakan perintah Allah.Disediakan bala bencana dan azab untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya. BAHAGIAN 18 (SURAH IBRAHIM = AYAT 28) Katakanlah kepada hamba-hambaKu Yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang telah dikurniakan kepada mereka, sama ada Dengan merahsiakan pemberianNya itu atau Dengan terbuka; sebelum datangnya hari pembalasan keatas amal yang dilakukan. BAHAGIAN 19 (SURAH AN NAHL = AYAT 1) Allah menunjukan bukti kejadian penciptaanya yang maha agung seperti haiwan dan tumbuhan kepada manusia membuktikan kebesaran ciptaannya untuk dilihat kepada manusia.Alangkah ruginya manusia yang tidak berfikir dan bersyukur tehadap anugerah kurniaan Allah.

BAHAGIAN 20 ( SURAH AL FURQAN = AYAT 61) Perlaku yang melakukan dosa besar akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan kecuali orang Yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal Yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka Dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Anda mungkin juga menyukai