Anda di halaman 1dari 7

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Pentaksiran Kerja-Kursus Projek Jadual Spesifikasi Tugas dan Soalan Tugasan Kursus:

Merancang untuk Mengajar Sains Rendah Tempoh: 6 Minggu Tarikh Mula: 23 Feb 2013 Tarikh Serahan: 27 Apr 2013 Program: Kumpulan: Disediakan oleh: Disahkan oleh: Nama & Tandatangan: PPG PPG Sains Ambilan Jan 2012 Abdul Muhaimin Osman Penyelaras Kursus Ketua Jabatan Tahun/Semester: Semester 4/ 2013

Tarikh:

23 Februari 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK JABATAN KURSUS KUMPULAN SEMESTER : SAINS DAN MATEMATIK : MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS RENDAH : PPG SAINS AMBILAN JUN 2011 :4

TARIKH MULA

23 Feb 2013

TARIKH SERAH

27 Apr 2013

Kerja kursus ini adalah untuk menilai hasil pembelajaran

1. Menulis objektif dan hasil pembelajaran untuk satu pelajaran sains tertentu. 2. Merancang dan menyediakan satu rancangan pengajaran harian untuk pelajaran sains. 3. Melatih kemahiran mengajar tertentu melalui pengajaran mikro. 4. Mengendalikan pengajaran makro untuk tajuk-tajuk tertentu dalam kurikulum sains sekolah rendah.

Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan perkara-perkara berikut: 1. Menyediakan empat rancangan pengajaran harian sains rendah yang berteraskan model pengajaran konstruktivisme, inkuiri, deduktif dan model pengajaran induktif. 2. Menjana aktiviti-aktiviti yang bertepatan dengan model pengajaran bagi mencapai hasil pembelajaran atau standard pembelajaran secara berkesan
2

3. Memilih dan mencadangkan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan bagi menyokong aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4. Melaksanakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dibuat rakaman video sepenuhnya dengan menggunakan Model 5 Fasa Needham selama 60 minit. 5. Menulis refleksi berbentuk analitikal terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada kelemahan, kekuatan dan penambahbaikan bagi setiap fasa yang telah dilaksanakan.

Tugasan Projek Tugasan 1 Secara individu, anda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu sesi pengajaran makro selama 60 minit dengan menggunakan pendekatan konstrukstivisme. Anda mesti menggunakan model 5 Fasa Needham bagi menyediakan rancangan pengajaran harian. Anda juga boleh memilih mana-mana hasil pembelajaran atau standard pembelajaran yang sesuai untuk dilaksanakan sebagai pengajaran makro. Sesi pengajaran makro anda mestilah dirakam secara berterusan dari mula hingga tamat sesi pengajaran. Anda juga dikehendaki untuk membuat satu penulisan refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran secara analitikal yang mengandungi perkara-perkara yang dinyatakan di bawah: (i) Kekuatan dan kelemahan pelaksanaan setiap fasa dalam Model 5 Fasa Needham yang mengambil kira aspek pengurusan bilik darjah, pengurusan masa, bahasa, komunikasi dan arahan guru. (ii) Kekuatan dan kelemahan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan (iii) Kekuatan dan kelemahan setiap aktiviti yang disediakan (iv) Cadangan penambahbaikan untuk semua kelemahan yang telah dibincangkan. 60 Markah

Tugasan 2 Secara berpasangan, anda dikehendaki menulis empat rancangan pengajaran harian yang berteraskan empat model yang berbeza iaitu Model inkuiri Model Induktif Model Deduktif dan Model Penyelesaian masalah Setiap rancangan harian perlu mengandungi maklumat-makalumat penting seperti:

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)

Penerangan terperinci setiap langkah mengikut format seperti contoh dalam Modul PPG untuk Kursus SCE3108 Sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan Kemahiran proses sains Kemahiran berfikir Elemen menaakul Peruntukkan masa untuk setiap langkah Nilai murni yang diterapkan 40 Markah

Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan 1 adalah tugasan individu manakala tugasan 2 adalah tugasan berpasangan 2. Rakaman video mesti disertakan bagi menyokong penulisan refleksi serta meningkatkan kredibiliti penulisan dan pelaporan. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i) Muka hadapan hendaklah mengikut format terkini ii) Fon Arial iii) Saiz Huruf 12 iv) Langkau 1.5 baris v) Rujukan adalah mengikut format APA vi) Penulisan adalah dalam Bahasa Melayu vii) Panjang tugasan individu adalah tidak melebihi 10 mukasurat dan tidak melebihi 25 mukasurat bagi tugasan kumpulan viii) Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. ix) Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 50%
4

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut:

i.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan menyeluruh.

ii. Kejelasan rakaman yang dapat menyokong hujah-hujah. iii. Keseluruhan isi dan pengelohan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah. iv. Organisasi laporan perlu jelas dan koheren. v. Menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah vi. Penulisan refleksi menunjukkan kematangan fikiran dari idea yang jelas, lahir dari proses perolehan dan penguasaan ilmu.

Spesisifikasi Tugasan TUGASAN TAJUK 1. Rancangan Pelajaran 2. Penulisan Objektif dan Hasil Pembelajaran 3. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran 4. Merancang Rancangan Pelajaran Harian 5. Menulis Rancangan Pelajaran 6. Pengajaran Makro . 1. Tugasan individu Perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Penulisan rancangan pengajaran harian menggunakan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham. Pengajaran makro selama 60 minit Penulisan reflektif pengajaran makro secara analitikal 60% Kriteria penilaian keseluruhan: i. Kualiti rancangan pengajaran harian yang disediakan ii. Kualiti pelaksanaan pengajaran makro iii. Kualiti pemikiran dan penulisan reflektif secara analitikal Komitmen Menunjukkan kesungguhan dan penglibatan penuh dalam tugasan Berusaha menjana idea untuk menghasilkan aktiviti-aktiviti pembelajaran murid yang menarik dan berkesan Refleksi Menunjukkan keupayaan pemikiran reflektif dan mencatat refleksi dengan kaedah penulisan refleksi yang bermutu WAJARAN CATATAN

Spesifikasi Tugasan TUGASAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. TAJUK Rancangan Pelajaran Penulisan Objektif dan Hasil Pembelajaran Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Merancang Rancangan Pelajaran Harian Menulis Rancangan Pelajaran Pengajaran Makro 2. Tugasan berpasangan Penulisan empat rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan empat model yang berbeza iaitu Model Inkuiri, Model Induktif, Model Deduktif dan Model Penyelesaian Masalah. Setiap rancangan harian perlu mengandungi maklumat-maklumat penting iaitu: WAJARAN 40% CATATAN Kriteria penilaian keseluruhan: i. Langkah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan model RPH ii. Kesesuaian maklumat perlu yang dinyatakan dalam rancangan pengajaran harian iii. Kualiti rancangan pengajaran harian yang disediakan iv. Kesesuaian aktiviti yang disediakan untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran atau standard pembelajaran Komitmen Menunjukkan kesungguhan dalam menjana idea-idea baharu dan asli semasa menyediakan rancangan pengajaran harian Menunjukkan kesungguhan dalam menguasai kemahiran menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut model-model tertentu.

(i)

(ii)

(iii) (iv) (v) (vi) (vii)

Penerangan terperinci setiap langkah mengikut format seperti contoh dalam Modul PPG untuk Kursus SCE3108 Sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan Kemahiran proses sains Kemahiran berfikir Elemen menaakul Peruntukkan masa untuk setiap langkah Nilai murni yang diterapkan

Anda mungkin juga menyukai