Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 4 DISEDIAKAN OLEH : POO SUE CHING KUMPULAN : T2MT3 Kembara sosial dan

khidmat masyarakat merupakan merupakan tema bagi Program Bina Insan Guru Semester Empat. Pada BIG kali keempat semester 4 ini adalah satu program anak angkat. Dalam program ini, kami semua dikehendaki untuk berinteraksi dengan keluarga angkat yang telah dibahagikan. Sepanjang program ini dijalankan, setiap keluarga akan mempunyai 2 hingga 4 orang anak angkat, iaitu kami. Dalam BIG kali ini, kami telah memilih sebuah kampung yang bernama Kampung Hilir, Merbok di negeri Kedah untuk menjalankan program ini. Program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam, iaitu dari 7 september hingga ke 9 september 2012. Pada 7 September 2012, kami bertolak dari institut ke Kampung Hilir pada tepat pukul 10 pagi dengan menaiki sebuah bas, sebuah coster dan juga sebuah van. Kami sebanyak 67 orang mahasiswa guru yang terdiri daripada 3 kelas Matematik.

Semasa sampai di sana, kami berkumpul terlebih dahulu dan bertemu dengan pensyarah kami. Kemudian, kami masing-masing mengambil barang sendiri dan masuk ke kampung tersebut dengan berjalan kaki kerana bas tidak dapat memasuki kampung tersebut. Sesampai di kampung tersebut, saya berasa terkejut kerana disambut dengan meriah dan mesra oleh penduduk kampung. Mereka menyambut kami dengan menggunakan kompang. Selepas itu, kami sampai di dewan kampung tersebut dan menjamu selera yang telah disediakan oleh penduduk kampung tersebut. Walaupun kami baru saja sampai, tetapi saya berasa amat

gembira kerana semua penduduk kampung amat mesra dan melayan kami dengan baik. Selepas siap menjamu selera kami berada di dalam dewan untuk mendengar taklimat daripada beberapa pihak yang terlibat seperti pensyarah yang bertugas iaitu En.Mat Salleh, ketua kampung dan sebagainya. Kemudian, sesi perkenalan dengan ibu bapa angkat dimulakan. Nama-nama ibu bapa angkat dan anak angkat disebut dan kemudian kami keluar untuk bersalam dengan ibu bapa angkat baru kami. Apabila semua anak angkat telah mendapat keluarga angkat masing-masing, kami pun berangkat ke tapak perkhemahan yang telah disediakan untuk mendirikan khemah. Dalam program ini, kami dikehendaki untuk tinggal dalam khemah dan bukan tinggal bersama keluarga angkat. Selepas siap mendirikan khemah, kami diberikan kebenaran untuk mengikut keluarga angkat melakukan aktiviti masingmasing. Saya dan 2 orang lagi rakan saya iaitu, Wai Shee Yen dan Owi wei Ping pun mengikut keluarga angkat kami untuk berjalan-jalan di sekeliling kampung dan kami dibawa untuk makan di sebuah kedai yang berdekatan dengan laut. Pengangkutan yang membawa kami ialah teksi ayah angkat saya. Pada mulanya, semasa bertemu dan mengenali ibu bapa angkat saya, saya mendapati kami mempunyai sedikit halangan semasa berkomunikasi mereka. Ini disebabkan saya dan rakan-rakan saya adalah bangsa cina dan kami tidak fasir dalam bahasa kedah yang dituturkan. Tetapi selepas beberapa kali berkomunikasi dengan mereka akhirnya kami dapat berkomunikasi dengan baik selepas sudah biasa dengan bahasa yang digunakan. Dalam perjalanan berjalan-jalan, ibu bapa angkat saya memperkenalkan diri mereka dan melalui perbualan kami, saya dapat rasakan ibu bapa angkat saya adalah orang yang peramah dan mesra. Selain dari ibu bapa angkat, saya juga mempunyai adik angkat yang baru iaitu cucu ibu bapa angkat saya.

Pada malam hari pertama tersebut kami perlu berkumpul di dewan kampung tersebut untuk menjalankan aktiviti bersama pensyarah dan rakan-rakan lain. Oleh itu, selepas berjalan-jalan dan meluangkan masa bersama keluarga angkat, pada tepat pukul 9 malam saya dan rakan saya berjalan dari tapak perkhemahn ke dewan tersebut. Kami telah menjalan pelbagai aktiviti yang menarik yang diketuai oleh En. Mat Salleh. Saya sukakan semua aktiviti yang dijalankan terutamanya aktiviti yang perlu imaginasi dan menggunakan anggota badan untuk membina sebuah kenderaan masa hadapan. Dalam aktiviti ini, saya dapat lihat kerjasama diantara ahli kumpulan untuk membentuk satu bahan dan juga kreativiti tersendiri. Melalui bahan yang direka, saya juga mendapati semua ahli mempunyai kreativiti sendiri dan semua mempersembahkan idea mereka dengan menarik dan kreatif sekali. Saya bermain dengan gembira pada malam tersebut. Pada pukul 11 malam kami pun pulang ke khemah masing-masing dan berehat. Hari pertama saya berlalu dengan begitu cepat dan saya berasa ia adalah hari yang bermakna. Saya telah mempunyai sebuah keluarga angkat yang baru dan layan saya dengan baik. Walaupun kami mempunyai sedikit masalah dalam komunikasi tetapi saya tetap berasa gembira dan sukakan keluarga angkat saya.

Pada hari kedua pula, kami perlu mengikut keluarga angkat kami untuk menjalankan aktiviti seperti mengikut mereka bekerja sama ada menanam, menoreh getah dan sebagainya. Manakala saya pula mengikut keluarga angkat saya ke kedai untuk membeli bahan untuk kegunaan jamuan yang akan diadakan pada malam tersebut. Kami menaiki teksi ayah angkat saya untuk ke kedia tersebut. Kami menolong mak angkat untuk memilih ikan yang akan digunakan. Selain itu, mak angkat juga telah membeli makanan ringan yang tidak pernah saya makan untuk saya dan rakan saya. Selepas siap membeli barang, kami terus ke dewan untuk meletakkan bahan-bahan yang dibeli. Disebabkan oleh hujan yang lebat dan dewan tersebut telah dibanjiri dengan air dan kami perlu menolong ibu angkat untuk membersihkan dewan yang akan digunakan. Saya dan rakan saya berusaha membersihkan dewan tersebut dan bergegas ke rumah keluarga angkat untuk aktiviti seterusnya. Disebabkan oleh hari raya belum tamat dan terdapat jamuan hari raya, kami dibawa ke jamuan tersebut untuk menjamu selera dan merasai suasana hari raya. Sesampai disana, kami mendapati terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap. Kami merasai banyak jenis makanan juga. Saya berasa gembira dapat merasai suasana yang begitu ceria dan meriah. Semua penduduk kampung juga kelihatan mesra. Saya berasa suka hati kerana mempunyai peluang ini. Selain itu, ibu bapa angkat kami kelihatan gembira apabila memperkenalkan kami kepada kawan-kawannya. Ini menyebabkan saya berasa senang hati dan terharu kerana mereka sukakan kami. Saya tidak pernah terfikir bahawa ayah dan mak angkat saya bergitu gembira akan kedatangan kami dalam keluarga mereka. Saya dapat merasai yang mereka telah menganggap kami adalah anak mereka. Saya dapat merasai kasih sayang mereka terhadap saya dan rakan saya walaupun kami hanya kenal untuk masa yang pendek.

Selepas pulang dari jamuan tersebut, pada pukul 2 tepat, semua penduduk kampung dan anak-anak angkat iaitu kami datang ke dewan yang telah dibersihkan oleh saya dan rakan saya untuk membantu mereka menyediakan jamuan pada malam tersebut. Kami bekerjasama untuk mengupas bawang, memotong sayur, menyediakan bahan yang diperlukan dan sebagainya. Saya berasa seronok apabila mempunyai peluang untuk bermasak dan meyediakan jamuan bersama-sama kerana tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Selepas hampir siap semua kerja, kami mulakan perbincangan dalam kumpulan untuk persembahan pada malam tersebut untuk penduduk kampung. Kumpulan saya bercadang untuk

mempersembahkan lakonan yang berkaitan kehidupan kami di kampung tersebut. Pada malam tersebut kami makan bersama-sama dan membuat persembahan. Semua persembahan yang disembahkan amat menarik. Selepas jamuan tamat, kami mula mengemas dewan dan membasuh pinggan mangkuk yang digunakan. Pada malam tersebut, mak angkat saya bersembang-sembang bersama-sama kami sampai tengah malam kerana kami akan pulang pada keesokkan harinya. Saya dapat merasakan ibu angkat saya tidak ingin kami pulang, begitu juga dengan saya.

Pada hari ketiga dan juga adalah hari terakhir kami di Kampung hilir bersama keluarga angkat kami. Selepas siap membersihkan tapak perkhemahan dan bersarapan, kami berkunjung ke rumah keluarga angkat saya untuk berucap dan bersalam-salam dengan mereka serta mengambil gambar buat kenangan bersama mereka. Saya berasa keberatan hati untuk menamatkan hubungan yang telah dibina dalam masa 3 hari ini. Tetapi walaubagaimana pun, saya tetap perlu pulang ke institut dan tidak dapat terus tinggal disini. Selepas mengambil gambar, saya dan rakan saya pergi ke dewan dan bersedia di dewan untuk perasmian penutupan dan memberikan hadiah kenangan kepada keluarga angkat kami. Kami juga menangkap gambar bersama-sama mereka. Kami juga diberi bunga telur sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Selepas itu, kami menjamu selera buat kali terakhir bersama-sama penduduk kampung. Kemudian, kami mangangkat barang masingmasing dan berjalan ke luar kampung untuk menaiki bas yang telah menunggu kami. Sesampai di sana, kami letakkan bag-bag kami diatas bas dan kemudian berbaris untuk bersalam-salaman dengan semua penduduk kampung. Saya juga berpelukpeluk mak angkat saya kerana keberatan untuk meninggalkannya. Kami saling maaf

bermaafan jika membuat apa-apa yang menyinggung perasaan. Saya memberitahu mak angkat dan ayah angkat yang saya suka tinggal dengan mereka dan mereka minta kami untuk pulang menziarahi mereka apabila mempunyai masa. Dengan perasaan yang keberatan dan sedikit kesedihan kami semua berangkat pulang ke institut. Saya mendapat hadiah daripada keluarga angkat saya dan pada hari terakhir ini, saya berasa tidak sampai hati untuk meninggalkan kampung dan keluarga angkat saya. Tetapi tidak kira apa jua pun akhirnya kami juga tetap perlu meninggalkannya.

Sepanjang program ini dijalankan, saya berasa amat gembira dan sukakan kehidupan di kampung tersebut. Semua penduduk kampung mesra dan memberi layanan yang baik kepada kami. Saya juga sukakan ibu bapa angkat saya kerana mereka layan saya dan rakan-rakan saya dengan baik. Ibu angkat saya adalah seorang wanita yang amat hebat, beliau bukan sahaja pandai dalam membaca AlQuran manakala pernah memenangi banyak pertandingan dan juga pernah mengeluarkan album. Manakala ayah angkat saya ialah seorang yang peramah dan

baik hati. Saya juga mempunyai seorang adik angkat yang comel dan suka bermain dengan saya. Program kali ini memang telah memberikan saya pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan saya sukakannya. Selain dari ibu bapa angkat dan penduduk yang mesra, persekitaran kampung tersebut juga adalah salah satu sebab saya sukakannya. Pada waktu lapang, saya dan rakan-rakan juga akan berjalanjalan disekeliling kampung tersebut. Udara yang segar serta pemandangan yang cantik menjadikan kampung tersebut menjadi lebih menarik. Terutamanya waktu petang, semasa saya berjalan-jalan di sekeliling kampung, saya akan terserempak dengan rakan-rakan yang lain dan perasaan ini amat bagus dan saya sukakannya.

Secara kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak istiadat yang berbeza dari kaum saya dan belajar cara untuk berkomunikasi dengan keluarga baru saya. Selain itu, saya juga mempunyai satu keluarga yang baru dan bermakna di dunia ini, saya telah tambah orang yang sayangkan saya dan orang yang saya sayangkan. Saya berharap yang saya akan dapat berkunjung ke kampung hilir sekali lagi dan berjumpa dengan keluarga angkat saya.

Anda mungkin juga menyukai