1. PENDAHULUAN
Islam menjadikan khutbah salah satu daripada fardhu solat Jumaat dan orang akan
mendengar khutbah sekali dalam setiap minggu dan masjid merupakan tempat dimana
khatib atau jurubicara khutbah itu menyampaikan khutbah pada setiap minggu. Khutbah
adalah merupakan senjata dakwah Islamiyyah yang menyeru kepada Islam dan ianya
adalah merupakan suatu bentuk pengucapan awam yang berunsur pendidikan untuk
menyampaikan pokok-pokok ajaran Islam melalui pengantaraan khatib kepada para
jemaah dengan maksud menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan kepada para
jema’ah. Khutbah dapat dikategorikan kepada beberapa jenis yang terus dipakai dan
diperkembangkan iaitu khutbah Diniyyah, khutbah Jihād, khutbah Wasiat, khutbah
Mahafīl, khutbah Imlāk, khutbah Munadzarāt dan khutbah Siasah (Ahmad Asnawi, 1997:
163). Manakala di dalam perbincangan ini akan menghuraikan secara detail mengenai
khutbah Diniyyah sahaja.
Khutbah diniyyah adalah terbahagi kepada dua jenis antaranya khutbah Jumaat
dan khutbah Hari Raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha. Khutbah Jumaat dilakukan sebelum
sembahyang fardhu Jumaat yang merupakan wajib hukumnya sementara khutbah kedua-
dua Hari Raya tersebut dilakukan selepas melakukan sembahyang (Ensiklopedia Islam
Jilid 6, 1998: 65). Berikutan itu juga, tajuk-tajuk khutbah adalah merupakan faktor yang
penting di dalam memberi kesan yang baik terhadap para jema’ah pendengar di masjid.
Corak dan gaya penyampaian khutbah yang dibacakan oleh khatib adalah berbeza
mengikut keadaan fizikal dan mental khatib itu sendiri. Gaya penyampaian khatib yang
agak kurang menarik minat para jema’ah mungkin akan mengakibatkan sebahagian
bilangan mereka merasa bosan dan adakalanya tertidur. Kemungkinan juga, boleh
dikatakan faktor fizikal masjid yang agak selesa dan nyaman turut mengundang
sebahagian para jema’ah itu tertidur walaupun di dalam keadaan sambil bersila sambil
tidak memberi perhatian terhadap isi khutbah yang disampaikan.
3
Khutbah adalah satu bentuk pengerak kepada minda para jema’ah di dalam memahami
isu yang berlaku dan berusaha melakukan perubahan sikap samada kepada diri atau
keluarga selari dengan kehendak isi khutbah yang disampaikan (Zulkiple Abd. Ghani,
2003: 49). Persoalannya sejauh manakah khutbah pada masa kini dapat memberi
keberkesanan di dalam masyarakat Islam? dan adakah gaya khatib dan isi yang kurang
menarik dapat mendorong para jema’ah sendiri merasa bosan? Melalui kajian di dalam
kertas ini cuba mengupas isu keberkesanan khutbah sebagai suatu pendidikan dan
penyebaran risalah Islam kepada orang awam.
2. DEFINISI TAJUK
Analisis ialah proses untuk menentukan sifat atau struktur, juzuk, binaan dan sebagainya
(Kamus Komprehensif Melayu, 2005: 21) atau lebih dikenali dengan penyelidikan atau
penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan dan lain-lain untuk mengetahui
secara terperinci atau mendalam. Manakala khutbah pula didefinisikan sebagai pidato
iaitu (biasanya mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan) syarahan: membaca khutbah
mesti mendahului sembahyang Jumaat (Kamus Dewan Ed. Ke-3, 1997: 675).
Keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dan
sebagainya) (Kamus Komprehensif Melayu, 2005: 408).
Khutbah adalah suatu media dakwah yang sangat berkesan di dalam menguatkan
persefahaman di kalangan masyarakat Islam seperti telah dinyatakan oleh Shafie, Hussain
(t.th: 221) :
Khutbah adalah merupakan senjata yang dapat menguatkan benteng akidah umat
Islam disamping memberi kata-kata nasihat dan semangat yang kental terhadap pegangan
akidah agama. Kebiasaan manusia adalah sering kali berkehendak kepada sesuatu yang
dapat menguatkan mental dan fizikal tubuh badannya seperti manusia yang lapar
berkehendak kepada makanan samalah seperti manusia yang memerlukan kepada kata-
kata yang dapat menambahkan kekuatan mental dan keimanan mereka terhadap
agama.(cAmmarah, Mahmud Mohd. 1993: 15) Berdasarkan firman Allah S.W.T yang
berbunyi:
5
Oleh yang demikian itu, manusia selalu berselisih faham tidak kira samada
perselisihan dari segi pemikiran, pendapat dan perebutan harta duniawi yang mendorong
kepada permusuhan sehingga dapat melemahkan keimanan mereka. Jesteru itu, al-Qur’an
adalah sebagai panduan yang utama di dalam memperkukuhkan insan di dalam sesebuah
masyarakat (cAmmarah, Mahmud Mohd. 1993: 16). Khutbah adalah salah satunya teknik
atau cara yang berkesan di dalam menyampaikan pesanan Allah S.W.T kepada manusia
untuk melaksanakan kehidupan yang makmur dan sejahtera di kalangan masyarakat.
Kaum Arab Jahiliyyah, mereka amat mahir di dalam berpidato atau khutbah dalam
bentuk syair dan di kalangan mereka menganggapkan khutbah sebagai kata yang boleh
menaikkan semangat mereka untuk berperang ataupun mendorong kepada perdamaian.
Faktor penting yang mendorong masyarakat Jahiliyyah ini mahir di dalam khutbah ialah
kerana mereka mempunyai keupayaan yang hebat di dalam berdebat. Kemahiran mereka
di dalam bahasa Arab telah mendorong kepada ramai di kalangan mereka berpidato.
6
Pidato atau khutbah pada zaman kemunculan Islam terbukti sebagai satu kemahiran dan
mempunyai seni dalam pengucapan yang dapat memberi kesan kepada umat Islam pada
ketika itu. Oleh itu, para anbiyak dikurniakan hikmah daripada Allah S.W.T untuk
menyampaikan risalahNya untuk umat manusia sejagat. Jesteru itu, para rasul sejak Nabi
Nuh A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W adalah merupakan tokoh pemidato dalam
usaha dakwah mereka kepada manusia (Ahmad Asnawi 1997: 162). Terdapat beberapa
kenyataan ayat-ayat suci al-Qur’an telah menyebut mengenai wahyu yang telah
disampaikan kepada para rasul antaranya seperti Nabi Nuh A.S diutuskan untuk memberi
peringatan terhadap kaumnya :
7
Manakala Nabi Daud A.S pula, telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan hikmah dan
kepetahan berbicara :
Sehubungan dengan itu juga, Nabi Musa A.S telah dikurniakan kemudahan di
dalam berdakwah dimana Allah S.W.T menyuruh baginda pergi berdakwah kepada Raja
Fircaun :
dalam menyiarkan syariat Islam. Menurut sejarah permulaan khutbah Jumaat di dalam
Ensiklopedia Islam Jilid 6 (1998:66) telah menyatakan bahawa :
Dorongan dan seruan khutbah Jahiliyyah yang sedemikian itu, boleh mencetuskan
peperangan di kalangan mereka yang membawa kepada perpecahan dan kemusnahan.
Manakala Islam pula, adalah memupuk semangat perpaduan di kalangan umat Islam dan
memohon balasan pahala dan keredhaan daripada Allah S.W.T sepertimana yang
termaktub di dalam al-Qur’an dan Hadith. Melalui khutbah juga dapat mempengaruhi
jiwa manusia di dalam menerima balasan pahala syurga daripada Allah S.W.T melalui
nikmat yang diberikan disamping dapat menimbulkan rasa insaf serta takut dengan
balasan seksaan api neraka di akhirat kelak (Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh. 1987: 174-
179). Berikutan itu juga, terdapat beberapa tuntutan khutbah yang perlu di ambil
perhatian di dalam menimbulkan keberkesanannya terhadap para jema’ah Muslim.
5. TUNTUTAN KHUTBAH
1. Khutbah adalah merupakan amalan cubudiyah yang dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh yang demikian itu, khutbah harus dilaksanakan dengan memenuhi syarat-
syarat dan rukunnya.
2. Khutbah hendaklah diisikan dengan sifat umum dan ittifaqiyah dengan tidak
menimbulkan persoalan khilafiyah di antara pelbagai golongan dan sebagainya.
3. Khutbah disampaikan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan jiwa ukhwah
Islamiyah di dalam saling bantu-membantu dan tolong-menolong serta
menguatkan keimanan jema’ah di dalam menunaikan perkara wajib yang dituntut
oleh agama Islam.
4. Khutbah hendaklah diisi dengan perkara yang sesuai dengan keadaan atau situasi
di dalam menghadapi kehidupan masyarakat disamping membimbing ke arah
ajaran Islam yang sebenar yang merupakan tuntutan terhadap kehidupan umat
Islam sejagat.
5. Khutbah hendaklah disampaikan di dalam bentuk bahasa yang mudah di fahami,
sederhana dan tidak terlalu panjang
6. Khutbah hendaklah di tanam dengan perkara yang dapat menguatkan keimanan,
menggalakkan segala ibadat wajib dan sunnah, menyucikan jiwa,
10
mempertinggikan budi pekerti dan akhlak serta memelihara tata tertib dan sopan
santun mengikut landasan Islam yang sebenar ( Moh, Rifai 1981: 5).
Ulama fiqh Islam dengan sepakat telah menyatakan bahawasanya khutbah Jumaat tidak
akan sah jika tidak memenuhi rukun dan syaratnya (Itbē, Nasīr Mustafa, 1995 : 54). Oleh
yang demikian itu, antara ciri-ciri yang dapat memenuhi keberkesanan khutbah adalah
terkandung di dalam perspektif syarca seperti berikut:
Sehubungan dengan itu juga, perkara yang boleh menimbulkan makruh di dalam
khutbah haruslah dielakkan seperti meninggalkan perkara sunnah seperti khatib
memanjangkan khutbah dan tidak bersuci daripada hadas kecil mahupun besar
berdasarkan kata sepakat para ulama fiqh Islam.
Khutbah adalah sebagai suatu komunikasi awam yang khusus di dalam bentuk
penyampaian terhadap orang ramai yang dapat memberi keberkesanan terhadap para
jema’ah di atas tujuan mendidik mereka di dalam pelbagai aspek dalam ajaran Islam.
Keberkesanan khutbah dapat dipengaruhi melalui beberapa faktor apabila merujuk
kembali maksud keberkesanan adalah sesuatu perkara yang dapat menimbulkan hasil
yang diharapkan dan membawa kepada sesuatu perubahan (Kamus Dewan Ed. Ke-3,
1997: 663).
13
Oleh yang demikian itu, melalui perbincangan di dalam konteks khutbah ini adalah boleh
dikatakan dapat memberi kesan dan perubahan kepada para jema’ah yang menghadiri
solat Jumaaat. Antara faktor-faktor yang dapat mempengaruhi keberkesanan khutbah iaitu
faktor isi khutbah, faktor khatib, faktor fizikal masjid, faktor pendengar khutbah dan
faktor politik.
Melalui bahagian ini, penulis telah membuat analisa terhadap isu-isu yang berbangkit di
dalam beberapa khutbah yang telah di sampaikan kepada para jema’ah adalah
berdasarkan kepada tajuk-tajuk khutbah Jumaat yang telah disediakan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Analisis ini adalah bertujuan untuk mengkaji
beberapa isu-isu yang disampaikan kepada para jema’ah pendengar oleh JAKIM dari
tahun 2004-2005 dan dari 6 Jan.- 11 Ogos 2006.
Berdasarkan jadual di atas, antara bulan Januari hingga Disember 2004, pihak
JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 34 buah khutbah yang dapat
dikelompokkan ke dalam enam kategori isu iaitu sirah, akidah, akhlak/tsawuf, sosial, isu
semasa dan ekonomi . Berikutan adalah taburan kekerapan khutbah berdasarkan isu yang
dapat ditunjukkan melalui jadual seperti berikut:
Berdasarkan jadual di atas, tajuk khutbah JAKIM antara bulan Januari hingga Disember
2005, pihak JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 55 buah khutbah yang dapat
dikelompokkan ke dalam enam kategori isu yang berkenaan. Berikut adalah taburan
kekerapan khutbah berdasarkan isu yang dapat ditunjukkan melalui jadual seperti berikut:
Berdasarkan jadual di atas, khutbah pihak JAKIM sepanjang tahun 2005 banyak
cenderung kepada isu semasa, sosial, akhlak/tasawuf dan ibadah berbanding dengan
khutbah yang berkaitan dengan akidah dan kesihatan hanya disampaikan dua kali sahaja
dalam tahun tersebut.
Kefardhuan
30 Peranan Ibubapa Dan Masyarakat Dalam 30 Jun 06 Sosial
Membenteras Gejala Dadah
31 Al-Qur’an Panduan Hidup Muslim 7 Julai 06 Akidah
32 Jadikan Amalan Membaca Satu Budaya 14 Julai 06 Isu Semasa
33 Menghayati Dan Memahami Hakikat 21 Julai 06 Isu Semasa
insan
34 Mengelak Pembaziran Satu Tuntutan 28 Julai 06 Akhlak/Tasawuf
35 Menghargai Dan Mensyukuri Jasa 4 Ogos 06 Isu Semasa
Perwira Negara
36 Bersama Memerangi Keganasan 11 Ogos 06 Isu Semasa
(Sumber: JAKIM 2006)
Berdasarkan jadual di atas, tajuk khutbah JAKIM antara bulan Januari hingga
Disember 2006, JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 36 buah khutbah yang
dikelompokkan ke dalam enam kategori isu yang berkenaan. Oleh yang demikian itu,
berikut adalah taburan kekerapan khutbah berdasarkan isu yang dapat ditunjukkan
melalui jadual seperti berikut:
Berdasarkan jadual di atas, khutbah yang disediakan oleh pihak JAKIM bermula dari 6
Januari hingga 11 Ogos banyak cenderung kepada isu semasa dan akhlak/tasawuf
berbanding dengan khutbah yang berkaitan dengan akidah, ekonomi, sosial dan ibadah.
Berdasarkan khutbah-khutbah yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sekitar tahun 2004
hingga 2005 dan 6 Januari hingga 11 Ogos 2006.
Terdapat pelbagai isu yang kerap kali diulangi dan kurang disentuh berdasarkan
terhadap nilai peratus kekerapan yang dinyatakan sebelum ini. Isu semasa,
akhlak/tasawuf dan sosial sering kali di sentuh di dalam penyampaian khutbah dimana
antara setiap isu dan tajuk khutbah tersebut amat memberi pengaruh yang besar terhadap
para jema’ah. Tetapi sejauh manakah penumpuan dan perhatian yang diberikan oleh para
jema’ah terhadap isu tersebut?. Kebiasaannya para jema’ah pendengar amat meminati
khutbah yang mempunyai isu-isu yang terkini, panas dan sensasi.
Oleh yang demikian itu, tajuk dan isu khutbah haruslah dibentuk secara relevan
dengan keadaan semasa dan sesuai didengari oleh semua para jema’ah bagi mengelakkan
sebahagian jema’ah sahaja yang mendapat manfaat khutbah berbanding sebahagian
jema’ah lain yang kurang mendapat manfaat. Memandangkan khutbah pada masa kini,
kurang membahaskan isu-isu yang dianggap sensitif sedangkan ia amat penting di dalam
mendidik para jema’ah itu sendiri. Jika dilihat pada masa sekarang terdapat banyak gejala
sosial muncul di dalam masyarakat Islam yang jarang disebut di dalam khutbah sebagai
memberi peringatan yang sewajarnya terhadap para jema’ah itu sendiri. Antara khutbah
yang jarang menyentuh persoalan tersebut iaitu gejala pelacuran, pembuangan anak, mat
rempit dan pelbagai hiburan atau konsert yang mendorong kepada kelalaian umat Islam
itu sendiri. Walaupun terdapat juga sebahagian khutbah yang menyentuh mengenainya,
tetapi isi khutbah yang disampaikan itu cuma tidak menyentuh dengan secara terperinci,
padat dan tepat serta tegas. Amat sayang sekali jika dilihat melalui isi yang dimuatkan di
dalam khutbah pada masa kini, masih kurang memberi kesan terhadap para pendengar di
dalam mencapai hidayah yang sebenar.
Tajuk dan isi khutbah yang mantap dan padat dengan isu terkini, dapat menarik perhatian
para jema’ah pendengar ketika mereka berada di dalam masjid. Isi khutbah yang
berkesan bermula dengan mukaddimah yang baik. Apabila khatib memulakan khutbah,
sering kali para jema’ah masjid akan menimbulkan persoalan di hati mereka mengenai
tajuk apakah yang akan dibacakan oleh khatib. Tajuk khutbah yang menarik akan terus
membuatkan para jema’ah dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dari awal hingga ke
akhirnya.
Oleh yang demikian itu, di dalam mengekalkan tumpuan para jema’ah dengan
secara sepenuhnya semestinya isi yang menarik dimuatkan di dalam khutbah untuk
menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan jema’ah mengenai perkara yang
diperkatakan oleh khatib daripada awal hingga ke akhir penutup khutbah tersebut.
Melalui isi khutbah yang menarik juga, para jema’ah dapat membayangkan dan
memahami mengenai perkara yang disentuh serta dapat menimbulkan satu teguran rohani
di kalangan para jema’ah. Dalil-dalil al-Qur’an dan Hadith perlu dimuatkan di dalam
23
khutbah untuk mengukuhkan pendapat dan hujah mengenai isi yang disampaikan bagi
menambah keyakinan terhadap jema’ah.
Walau bagaimanapun isi yang dimuatkan di dalam khutbah mestilah tepat dan
ilmiah supaya tidak dapat menimbulkan kekeliruan di kalangan para pendengar khutbah
itu sendiri. Khutbah yang disampaikan oleh khatib adalah merupakan khutbah yang sudah
digubal oleh panel penggubal yang bertauliah untuk mengelak daripada berlaku
percampuran dengan isi khutbah yang tidak memenuhi etika penulisan isi khutbah yang
sesuai. Isi khutbah yang tidak gubal boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan para
jema’ah seperti perkara yang boleh mendorong kepada fasiq dan khurafat. Oleh yang
demikian itu, Majlis Agama Islam ialah merupakan badan tertinggi yang mempunyai
sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab di dalam menyediakan khutbah yang sedia
dihantar ke masjid-masjid seluruh kawasan bagi setiap negeri.
Berdasarkan tuntutan khutbah yang disebutkan sebelum ini, penggunaan bahasa di dalam
khutbah yang disampaikan kepada para jema’ah hendaklah mudah difahami dan tidak
menggunakan perkataan yang agak sukar untuk difahami oleh sebahagian jema’ah yang
hadir. Penggunaan bahasa daerah bagi kawasan yang tertentu adalah digalakkan supaya
mudah untuk difahami sepenuhnya oleh setiap jema’ah yang terdiri daripada pelbagai
24
lapisan masyarakat mengenai isi khutbah yang hendak disampaikan. Menurut pendapat
sarjana Islam (Nasution, M.Yunan 1974: 16) belum terdapat dalil-dalil yang sahih
mengenai pengunaan bahasa Arab itu adalah wajib disampaikan di dalam isi khutbah.
Penggunaan bahasa yang positif dalam khutbah Jumaat dapat mempengaruhi para
jema’ah masjid malahan ianya merupakan perkara yang penting untuk menimbulkan rasa
minat orang yang mendengarnya. Secara ringkasnya, bagaimanakah cara yang baik untuk
menarik minat para jema’ah dalam mendengar khutbah?. Pakar-pakar komunikasi dan
pakar-pakar psikologi telah menyatakan bahawa faktor penggunaan bahasa yang positif
dengan gaya bahasa ke atas gaya bahasa orang-orang lain (loghat) dapat menimbulkan
kesan yang baik malah dapat mengeratkan jurang di antara khatib dan para jema’ah
masjid ketika khatib menyampaikan khutbah (Abdullah Hassan, 2001: 113).
Disamping itu juga, khatib haruslah berusaha mencetuskan segala inspirasi yang
timbul di dalam fikirannya dengan kata-kata yang sederhana yang biasa dipergunakan
dalam perbicaraan harian dengan orang awam. Ketika khatib berada di atas mimbar harus
memahami tahap pemahaman para jema’ah daripada segi umur dan kecerdasan mereka di
dalam memahami isi khutbah. Sekiranya khatib terpaksa menggabungkan percakapannya
dengan istilah asing, maka ia harus memberi penjelasan yang lengkap dalam bahasa yang
mudah difahami.
Penggunaan istilah asing tanpa menjelaskannya dengan secara lengkap mungkin akan
menimbulkan pengertian yang salah di kalangan orang awam (Muhammad Nashiruddin
2002: 75) seperti yang telah dinyatakan di dalam Ensiklopedia Islam Jilid 6 (1998:66) :
Oleh itu, aspek bahasa dan penggunaan perkataan amat dititikberatkan di dalam
penulisan khutbah agar jema’ah pendengar dapat memahaminya dan kesukaran di dalam
25
memahami isi khutbah boleh menjadikan khutbah tersebut tidak memberi kesan yang
baik terhadap jema’ah.
Khutbah yang panjang boleh menimbulkan kebosanan kepada para jema’ah masjid dan
boleh mengundang kepada kurang keberkesanan khutbah itu sendiri. Golongan jema’ah
yang menghadiri masjid terdapat sebahagian mereka terdiri daripada kalangan orang tua
yang lemah dan mereka yang bekerja dalam pelbagai sektor yang mempunyai
kesuntukkan masa serta mempunyai tugas kerja. Oleh itu, khatib perlu memahami
kehendak makmun yang perlu kepada masa singkat di dalam mendengar khutbah Jumaat
dan ianya tidak seharusnya panjang dengan mengambil masa yang lama (Nasution,
M.Yunan. 1974: 12) sehingga menimbulkan rasa bosan. Khutbah yang baik dan ideal
hanya mengambil masa dalam lingkungan 15 minit di dalam menghuraikan isi khutbah
pertama dan 5 minit untuk khutbah yang kedua. Mengenai khutbah yang mengambil
masa yang panjang di dalam solat Jumaat, hadith yang diriwayatkan oleh (Muslim, Sahih.
Kitab 3, bab 12) telah menyatakan :
tidak dapat lagi memberi penumpuan yang sebaiknya terhadap apa yang
didengarinya”.
Malangnya terdapat beberapa masjid pada hari ini, tidak mempunyai kewangan
yang mencukupi atau tidak memberi penekanan yang penting terhadap sistem bunyi yang
baik lantaran saiz masjid yang kecil yang dapat memuatkan kapisiti para jema’ah yang
kurang daripada seratus orang. Oleh yang demikian itu, sikap perihatin terhadap sistem
27
pembesar suara adalah merupakan aspek utama yang dapat mempengaruhi keberkesanan
khutbah terhadap para jema’ah masjid yang hadir.
Khatib adalah pembaca atau penyampai isi khutbah untuk diperdengarkan kepada para
jema’ah Muslim yang menghadiri solat Jumaat. Personaliti khatib adalah merupakan
aspek yang utama di dalam memberi keberkesanan khutbah terhadap para jema’ah
pendengar. Sehubungan dengan itu, beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh khatib di
dalam meningkatkan keberkesanan khutbah iaitu penguasaan ilmu pengetahuan,
keikhlasan dan kejujuran di dalam menyampaikan mesej khutbah kepada para jema’ah
dan mempunyai daya tarikan yang menarik. Ini termasuk kebolehan yang tertentu seperti
kepetahan dalam menyampaikan khutbah, sikap suka menolong dan kekemasan fizikal
(Zulkiple Abd. Ghani. 2003: 51-52).
Namun demikian itu, khutbah harus disampaikan di dalam bentuk percakapan bukan
bacaan dan khatib perlu mempunyai tata-tertib dalam menyampaikan khutbah. Antara
ciri-ciri yang perlu diambil perhatian oleh khatib ialah corak pemakain, air muka,
kewibawaan, suara, suasana kesatuan dan menguasai bahan (Muhammad Nashiruddin.
2002: 78-82). Pakaian yang sesuai dan sopan bagi sesuatu tempat perlu diberi perhatian
kerana ia boleh menimbulkan perasaan yang baik atau sebaliknya di kalangan para
jema’ah seperti kenyataan berikut,
“ Khatib yang membaca khutbah itu mestilah seorang yang alim dalam
agama dan memakai pakaian yang khusus ketika menyampaikan
khutbah. Di negara Arab, khususnya di Saudi Arabia dan Mesir,
kesemua memakai pakaian jubah dan serban(‘imamah). Di Malaysia
keadaannya tidak seragam, ada yang berjubah dan berserban, ada yang
berpakaian Melayu dan bersongkok. Walau bagaimanapun, syarat
utama dari segi pakaian khatib ialah menutup aurat”.
28
Malahan air muka pula, khatib seharusnya menunjukkan sikap yang tegas dan
wajah yang riang ketika berada di atas mimbar. Sehubungan dengan itu, kewibawaan
khatib perlu menghindari diri daripada berlaku perbuatan yang mensia-siakan misalanya
kancing baju terbuka dan di pasang kembali, menggaru bahagian badan berkali-kali
apabila terasa gatal dan sebagainya. Perbuatan ini boleh menimbulkan tanggapan yang
negatif oleh para jema’ah terhadap khatib itu sendiri.
Ekoran daripada itu juga, suara khatib haruslah lembut dan tidak terlalu kuat
sehingga menyakitkan telinga dan tidak terlalu perlahan sehingga sukar didengari oleh
para jema’ah. Tindakkan melembutkan suara samada dari segi penyebutan perkataan
hendakklah sesuai dengan keadaan, masa dan tempat supaya dapat menarik perhatian dan
melembutkan hati orang yang mendengarnya seperti yang telah dinyatakan oleh sarjana
tempatan Abdullah Hassan (2001: 68),
Sehubungan dengan itu juga, elakkan diri khatib daripada berlaku kasar,mencerca dan
memaki hamun atau sebagainya semasa menyampaikan khutbah dan tindakkan ini boleh
membawa kepada dosa (Aziz Salleh, 2002: 72). Khatib perlu mencetuskan suasana
kesatuan antara khatib dan para jema’ah di dalam khutbahnya iaitu bersama-sama
mengambil inisatif terhadap isi khutbah yang disampaikan itu. Kecerdasan mental dan
fizikal diri khatib di dalam menyampaikan khutbah adalah merupakan satu penilaian
yang khusus oleh para jema’ah dalam keupayaannya berkhutbah. Jesteru itu, sebagai
khatib yang berkaliber tinggi haruslah peka dan memahami reaksi yang ditonjolkan oleh
para jema’ah masjid sendiri (Aziz Salleh, 2002: 50).
29
Antara beberapa reaksi yang dapat ditonjolkan oleh sebahagian mereka yang tidak
berminat mendengar khutbah iaitu mula menguap-guap, tidak duduk tegap sambil
merendahkan badan seolah hendak tidur dan sebagainya. Ini merupakan reaksi yang turut
memberi makna yang negatif terhadap khatib sendiri di dalam penyampaian khutbahnya.
Oleh itu, walaupun isi khutbah yang baik dan padat dengan mutunya tetapi belum lagi
memberi kesan yang positif terhadap tahap keupayaan penyampaian khatib itu sendiri.
Sebaliknya jika kita lihat, isi khutbah yang tidak begitu padat tetapi gaya dan corak
penampilan khatib yang pandai menyampaikan khutbah dapat mempengaruhi para
jema’ah masjid sebagaimana yang disebutkan oleh Zulkiple Abd. Ghani (2003:52),
Masjid adalah merupakan tempat yang menjalankan aktiviti ibadat seperti solat lima
waktu yang merupakan tiang agama Islam dan sebagai pusat ilmu dan perbincangan,
pusat bantuan dan takaful serta sebagai tempat untuk memberi pandangan dan
bermesyuarat pada masa kini. Masjid mempunyai peranan yang penting di dalam
30
menyusun dan menyatu-padukan umat Islam dari segi zahir dan batin. Malahan masjid
adalah berfungsi sebagai jantung yang mengerakkan masyarakat dan daulah Islamiyyah
dengan landasan tauhid. Jesteru itu, fungsi masjid sebagai pusat ibadat yang bermakna di
dalam menghubungkan manusia dengan Tuhan (Ahmad Asnawi, 1998: 160). Oleh yang
demikian itu, masjid mempunyai potensi yang penting sekali di dalam menggerak
masyarakat Islam untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Masjid pada hari ini, tersergam indah dengan seni bina yang unik dan cantik.
Adakah reka bentuk dan saiz masjid itu dapat memberi keberkesanan terhadap khutbah?.
Melalui seni bina yang cantik dan unik sememangnya dapat mempengaruhi keberkesanan
khutbah. Pembinaan masjid di dalam sesuatu lokasi atau kawasan perlu diberi perhatian
yang penting agar berada jauh daripada kawasan yang boleh menimbulkan kesukaran dan
keselesaan para jema’ah masjid seperti kawasan perindustrian dan jalan raya. Faktor
seperti ini dapat menimbulkan halangan ketika khatib menyampaikan khutbah seperti
gangguan bising, pencemaran udara seperti bau busuk dan seupamannya.
Kawasan persekitaran masjid yang cantik dan dihiasi dengan taman serta pokok bunga
adalah fungsi utama untuk menimbulkan ketenangan jiwa dan rohani para jema’ah
sendiri. Kebersihan masjid dan persekitarannya perlu diambil perhatian oleh
jawatankuasa masjid yang dapat menimbulkan keselesaan ketika menunaikan ibadat solat
dan mendengar khutbah. Islam amat menggalakkan kebersihan di kalangan umatnya
malahan ia merupakan tuntutan agama yang mendorong keimanan dan ketakwaan
terhadap Allah S.W.T.
Oleh yang demikian, bagaimanakah kita mendengar khutbah di dalam masjid dan
persekitarannya tidak bersih? dan sejauh manakah penumpuan para jema’ah yang hadir
ke masjid untuk mendengar khutbah?. Belum lagi wujud jawatankuasa khusus yang
menjalankan pemantauan terhadap masjid-masjid di dalam setiap kawasan atau negeri
untuk memastikan kebersihannya. Sifat keperihatinan ini perlu wujud di kalangan umat
Islam sebagai contoh dan teladan yang baik supaya dapat diaplikasikan di dalam
kehidupan seharian.
31
Para jema’ah pendengar khutbah yang menghadiri ke masjid adalah terdiri daripada
pelbagai golongan dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Sebahagian mereka
terdiri daripada petani, pegawai kerajaan, pelajar sekolah, pelajar IPT, ahli perniagaan
dan warga asing beragama Islam yang bekerja di dalam pelbagai sektor. Oleh yang
demikian itu, terdapat kepelbagaian pendengar khutbah yang turut mendorong kepada
hasil keberkesanan khutbah yang disampaikan oleh khatib samada baik atau sebaliknya.
Jema’ah masjid pada hari ini, apa yang kita lihat terdapat sebahagian mereka yang tidak
memberi perhatian mengenai khutbah yang disampaikan oleh khatib malahan
menimbulkan kebisingan ketika mereka berada di belakang masjid.
Para jema’ah masjid juga, ada yang tertidur sepanjang khutbah disampaikan boleh kita
lihat dimana-mana masjid. Ekoran itu, bunyi bising adalah berpunca daripada suara
kanak-kanak dan pelajar sekolah yang duduk berkelompok di belakang atau tepi masjid
sambil berbual-bual sesama mereka. Tambahan pula tiada teguran daripada para jema’ah
yang hadir solat jumaat terhadap golongan ini agar tidak membuat bising ketika khatib
membaca khutbah. Teguran terhadap golongan kanak-kanak ini agak kurang kita lihat
dan hanya terdapat segelintir para jema’ah sahaja yang perihatin berani menegur mereka.
Sering kali kita lihat terdapat sebahagian jema’ah masjid yang tertidur sambil duduk
ketika khutbah sedang dibacakan oleh khatib.
menimbulkan rasa kurang selesa apabila menghadiri solat Jumaat sambil mendengar
khutbah.
Para jema’ah Muslim yang menghadiri solat Jumaat perlu mempunyai kesedaran
di dalam diri mereka bahawa kehadiran mereka ke masjid bukan sekadar melaksanakan
fardhu yang perintahkan oleh Islam tetapi untuk mendapat nasihat atau pendidikan
daripada khutbah yang disampaikan. Sifat dan kesedaran ini perlu dititikberatkan oleh
muslimin di dalam membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal sebelum pergi
ke masjid seperti menyucikan diri daripada kekotoran yang ada pada tubuh badan. Mental
yang kuat akan dapat menerima mesej khutbah yang disampaikan oleh khatib dengan
baik untuk di asplikasikan di dalam kehidupan seharian dengan sempurna dan sejahtera.
Jika lihat pada hari ini, terdapat sebahagian orang menganggapkan masjid merupakan
tempat melepaskan geram mereka yang menyokong atau memihak kepada mana parti
politik samada UMNO atau PAS. Beberapa masjid di negara ini telah di labelkan sebagai
masjid UMNO atau PAS dan ini adalah merupakan hasil daripada masyarakat setempat
yang terlalu fanatik terhadap parti politik. Isu ini bukan satu perkara yang baru muncul di
dalam masyarakat Muslim malah telah menjadi perkara biasa.
jema’ah masjid tidak kira mereka itu berpihak kepada mana-mana parti politik samada
PAS ataupun UMNO.
Khutbah yang berkualiti adalah merupakan khutbah yang telah digubal dan diteliti oleh
pihak berkuasa agama sebelum diedarkan kepada imam-imam masjid. Tugas pihak
berkuasa ialah merupakan badan kuasa yang menjalankan tanggungjawab melantik
penulis-penulis khutbah yang mempunyai kelayakkan baik dari segi pendidikan agama
dan akademik. Oleh yang demikian itu, pengisian khutbah hendaklah mengikut peredaran
zaman, relevan dengan isu semasa dengan menampilkan isu-isu yang menarik agar dapat
memberi kesan yang positif terhadap para jema’ah pendengar di masjid.
Peraduan pertandingan menulis khutbah oleh Majlis Agama Islam Negeri adalah
merupakan satu galakkan yang baik dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat
dengan tawaran hadiah yang berupa wang tunai. Inilah adalah bertujuan untuk
mencungkil bakat-bakat penulis Islam yang mempunyai kebolehan di dalam penulisan
khutbah dan berusaha menyumbang pendapat mereka untuk menimbulkan kesedaran dan
34
Ekoran daripada itu juga, prestasi khatib harus dipertingkatkan dari masa ke
semasa di dalam memperbaiki ciri-ciri penyampaian khutbah seperti latihan, penglibatan
diri dalam penulisan khutbah dan pertukaran pengalaman dengan rakan-rakan khatib dari
luar negara iaitu melalui lawatan, muzakarah bersama dan sebagainya (Aidit Ghazali
1997: 76). Melalui tindakkan yang sedemikian itu, dapat menambahkan lagi keupayaan
khatib dalam bentuk penyampaian khutbah yang berkesan terhadap para jema’ah masjid.
9. KESIMPULAN
Disamping itu juga, pengisian isi khutbah seharusnya relevan dan hujah-hujah
hendaklah bernas serta tidak bercampur-aduk dengan pengaruh politik yang ekstrem
sebagai menarik tumpuan para jema’ah di dalam mendengarnya. Krusus khatib anjuran
pihak berkuasa Islam adalah sebagai satu jalan yang baik untuk melatih dan
35
Bibliografi
c
Ammarah, Mahmud Mohd, 1413H/1993M. Al-Khitābah fī Maukibi Al-Dcawah, cet.
Pertama, Dārul Al-Khair, Beirut, Lubnan.
Abdullah Md. Zin, Che Yussof Che Mamat, Ideris Endot (penyunting). 1998. “Prinsip
Dan Kaedah Dakwah Dalam Arus Pembangunan Malaysia”, Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aziz Salleh, 2002. “Teknik Berkomunikasi Dan Berinteraksi Yang Efektif”, cet. Pertama,
Karisma Publications Sdn. Bhd.
36
Abdullah Hassan, 2001. “Komunikasi Untuk Bakal Pendakwah”, cet. Pertama, Penerbit
Pts Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Ensiklopedia Islam, 1998. cet. Pertama, Jil: 6 Kuala Lumpur: Penerbit Malaysian
Encyclopedia Research Center Berhad, Anzagain Sdn. Bhd.
http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/ 11/8/2006.
Itbee, Nasīr Mustafa, 1995. Jawlā fī Fan Al-khitābah, cet. Pertama, Dār Al-Fathi,
Amman, Jurdan.
Tengku Iskandar, “Kamus Dewan”, 1997. Edisi Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, 2005. Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti.
Mohd. Yusof Din, Azhana Abdul Mutalib, “Pemantapan Institusi Masjid Wasilah Ke
Arah Kecemerlangan Umat”, cet. Pertama, Kuala Lumpur: Penerbit Institut
Perkembangan Minda (INMIND).
Nasution, M.Yunan. 1974. “ Pedoman Khutbah”, cet. Pertama, Penerbit Bulan Bintang,
Jakarta.
Rifai, Moh., 1981. “ Suara Mimbar”, cet. Pertama, Alharamaian Pte. Ltd. Singapura.
Shafie, Hussain. t.th. Duca Al-Saurah, Kementerian Agama Islam Republik Arab Mesir.
37
Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh, 1987. Al-Khatābah Wa cIdād al-Khatīb, cet. Ketiga, Dār
al-Syurūq Qaherah Misr.
Zulkiple Abd. Ghani, 2003. “Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat”, Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.