Anda di halaman 1dari 13

MENINGKATKAN KEMAHIRAN KEFAHAMAN BACAAN MURID DALAM BAHASA MELAYU. PENGAJARAN KEMAHIRAN KEFAHAMAN BERASASKAN STRATEGI ANSUR MAJU.

MOHD FAIRUZ BIN MUNAZAH SK Tebrau Bakar Batu Jalan Sekolah, Kampung Bakar Batu Johor Bahru, Johor.

Absrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kemahiran kefahaman murid Tahun 5 Cerdik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran kefahaman merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam kemahiran Bahasa Melayu. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu memahami perkara yang didengar atau yang dibaca dan kemudian dapat menyampaikan kembali perkara tersebut dengan tepat. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan akan mengganggu proses pembelajaran murid-murid ini. Sekiranya masalah ini tidak diatasi oleh guru, murid ini akan menghadapi masalah keciciran yang serius dalam pelajaran. Seramai 18 orang murid telah dipilih dan dua orang guru telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang mengajar kelas tersebut dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku dan permasalahan yang sering berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pada fasa ini, guru menjalankan kajian terhadap aspek kelemahan utama murid dalam menguasai kemahiran kefahaman Bahasa Melayu. Sesi Ini penting bagi memastikan keperluan-keperluan untuk menangani masalah tersebut ketika kajian tindakan dilakukan ke atas murid-murid ini dapat disediakan lebih awal. Pemilihan teknik, kaedah dan pendekatan pengajaran dilakukan pada fasa ini demi mendapatkan hasil kajian yang baik dan cemerlang.

1. REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU Selaku seorang guru pemulihan saya turut bertanggungjawab dalam membantu guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menangani masalah membaca di kalangan murid-murid. Hasil pemerhatian yang dibuat mendapati murid-murid dari tahun 5 Cerdik menghadapi masalah penguasaan kemahiran kefahaman yang agak rendah berbanding murid-murid dari kelas aliran yang sama. Lantaran daripada pemerhatian tersebut, saya telah menjalankan kajian tindakan kepada murid-murid ini.

2. FOKUS KAJIAN Kajian tindakan ini memfokuskan kepada mencari kaedah dan teknik yang sesuai untuk diketengahkan dan seterusnya diaplikasikan kepada murid-murid Tahun 5 Cerdik. Tujuanya agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran kefahaman dengan lebih baik dan menyeluruh. Secara khususnya murid-murid ini tidak dapat menyampaikan kembali perkara yang telah mereka baca. Susunan penceritaan kembali mereka terhadap perkara yang disampaikan kepada mereka juga tidak teratur dan sistematik. Keupayaan mereka dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan petikan yang telah mereka baca juga amat mendukacitakan. Melalui kajian tindakan ini saya berharap dapat membantu murid-murid ini menguasai kemahiran kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, murid-murid pasti sukar untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Selain itu, mereka juga akan terus tercicir dalam pelajaran berbanding rakan-rakan dari kelas hadapan.

3. OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menguasai kemahiran kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Objektif Khusus Pada akhir pelajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : a) Menerangkan kembali isi kandungan teks atau petikan yang telah dibaca mengikut urutan yang betul b) Mencari isi penting dalam petikan atau teks yang telah dibaca c) Manjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan teks atau petikan yang dibaca.

4. KUMPULAN SASARAN Kumpulan kajian ini melibatkan 18 orang murid dari Tahun 5 Cerdik. Murid-murid ini terdiri daripada 6 orang murid perempuan dan 12 orang murid-murid lelaki.

5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan awal Masalah Tinjauan dibuat terhadap aspek kelemahan dan permasalahan murid dalam kemahiran kefahaman Bahasa Melayu. Langkah mengatasi dijalankan

berdasarkan tinjauan yang telah dibuat terhadap mereka. Tinjauan dibuat berdasarkan pemerhatian dan latihan yang terdapat pada lembaran kerja murid.

5.1.1 Pemerhatian Saya melakukan pemerhatian ke atas pengajaran guru mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan menganalisis aspek kelemahan dan permasalahan muridmurid dalam kemahiran kefahaman.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap proses pengajaran guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan lembaran kerja murid, jelas menunjukkan bahawa kebanyakan murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan kefahaman. Selain itu murid-murid ini juga tidak dapat menerangkan kembali isi kandungan bahan bacaan mereka. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru juga gagal dijawab dengan tepat.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan. Memilih dan merancang teknik, kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Menerapkan kemahiran yang terkandung dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Membahagikan kepada tiga peringkat pengajaran kemahiran kefahaman. Sebanyak 6 aktiviti telah diaturkan pada peringkat pendedahan kemahiran kefahaman. 4 ativiti diaturkan pada peringkat pertengahan dan peringkat maju.

Teknik pengajaran Bacaan menyeluruh Bacaan senyap Menggariskan isi penting Membuat ulasan ringkas Pembentangan Menyampaikan laporan Brainstorming

Kaedah pengajaran yang digunakan Kaedah penyoalan Contoh : o Bagaimana peristiwa itu berlaku? o Mengapa boleh berlaku? o Di manakah peristiwa itu berlaku? o Siapa watak utama dan sampingan dalam peristwa tersebut? o Apa pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut?

Kaedah perbincangan dalam kumpulan. Kaedah peta minda, pemetaan semantik ( peta konsep ) dan carta alir

Kemahiran yang diterapkan Melapor Mencari isi penting Mengumpul maklumat Menganalisis maklumat Menghubungkan kesan dan akibat Membuat ramalan Membuat infrens

Bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan Radio Komputer Petikan Kertas mahjong - Pita rakaman - Video - Teks bacaan - Kamus

Pendedahan awal kepada murid-murid tentang kemahiran kefahaman sangat penting. Prinsip pengajaran intervensi bahasa boleh disesuaikan dan diaplikasikan oleh guru kepada murid-murid dalam mengajar kemahiran kefahaman Bahasa Melayu. Murid-murid diajar kemahiran kefahaman bermula daripada perkara yang mudah kepada yang lebih kompleks. Selain itu, guru juga mengajarkan perkara asas dalam kemahiran kefahaman terlebih dahulu mereka beralih kepada kemahiran kefahaman yang lebih kompleks.

5.4 Perlaksanaan Tindakan

5.4.1 Peringkat Pendedahan kepada Kemahiran Kefahaman :

5.4.1.1

Aktiviti 1 : Mengulas bahan-bahan relia yang dilihat.

Murid-murid dibentuk kepada 2 kumpulan. Murid-murid memperolehi bahan relia daripada guru. Secara berkumpulan murid-murid mengadakan perbincangan untuk mengulas bahan relia yang diberikan oleh guru kepada mereka. Muridmurid dikehendaki menyediakan peta minda pada kertas mahjong yang telah guru sediakan. Wakil kumpulan membuat pembentangan. Ahli dari kumpulan lain diberi peluang untuk menyoal wakli kumpulan yang membuat pembentangan.

Refleksi : Hasil daripada aktiviti ini, didapati murid-murid agak kekok untuk mengadakan sesi pembentangan. Sesi soal jawab juga kurang berjaya pada peringkat awal. Bimbingan dari guru membolehkan aktiviti ini berjalan dengan jaya.

5.4.1.2

Aktiviti 2 : Mengulas gambar yang dilihat. dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan murid

Murid-murid

memperolehi gambar yang berbeza. Secara berkumpulan mereka dikehendaki mengulas gambar tersebut. Murid-murid dikehendaki menyediakan peta minda
6

pada kertas mahjong yang disediakan oleh guru untuk menerangkan hasil perbincangan mereka. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Ketika sesi pembentangan berlaku, ahli dari kumpulan lain berpeluang untuk menyoal wakil kumpulan yang sedang membuat pembentangan.

Refleksi: Hasil daripada aktiviti ini, murid-murid berupaya untuk membuat ulasan terhadap gambar yang diberi. Mereka dapat menterjemahkan gambar-gambar tersebut dalam bentuk ayat secara lisan.

5.4.1.3

Aktiviti 3 : Mengulas tayangan video yang ditonton oleh mereka.

Murid-murid menonton tayangan video pendek. Murid-murid dikehendaki menyediakan carta alir bagi membuat urutan peristiwa yang berlaku dalam tayangan video tersebut. Secara rawak guru telah memilih 5 orang murid untuk membuat ulasan terhadap video yang telah ditayangkan tadi.

Refleksi: Hasil daripada aktiviti ini didapati murid-murid mampu membuat ulasan dan menceritakan kembali peristiwa yang telah ditontonkan kepada mereka melalui tayangan video. Soalan-soalan yang dikemukan oleh guru berjaya dijawab dengan baik. Murid-murid juga dapat membuat hubungan sebab dan akibat terhadap peristiwa yang berlaku dalam tayangan video tersebut.

5.4.1.4

Aktiviti 4 : Menceritakan pengalaman-pengalaman lalu mereka berkaitan sesuatu peristiwa.

Tujuh orang murid telah dipilih secara rawak oleh guru. Mereka diminta menceritakan kembali kepada rakan-rakan peristiwa yang telah disaksikan oleh mereka berdasarkan pengalaman yang lalu. Murid-murid yang lain diberi peluang

untuk menyoal rakan mereka. Bimbingan dari guru diberikan ketika sesi ini berjalan.

Refleksi: Hasil daripada aktiviti ini didapati murid-murid seronok. Mereka dapat mengimbas kembali peristiwa yang telah berlaku dalam hidup mereka. Kumpulan murid-murid yang mendengar cerita daripada rakan-rakan mereka dapat memahami dan mengulas kembali perkara yang telah disampaikan oleh rakan mereka. Soalan-soalan yang berbentuk soalan bertumpu dan bercapah dapat dikemukakan oleh kumpulan murid-murid yang menyoal.

5.4.1.5

Aktiviti 5 : mengulas kembali perkara yang didengar melalui rakaman radio.

Murid-murid mendengar laporan berita melalui rakaman radio. Murid-murid mencatat perkara-perkara penting yang telah mereka dengar dari rakaman tersebut. 5 orang murid telah dipilih untuk melaporkan kembali laporan berita tersebut. Guru memberikan soalan-soalan bertumpu dan bercapah kepada murid-murid. Murid-murid menjawab soalan-soalan tersebut di dalam buku latihan mereka.

Refleksi: Hasil daripada aktiviti ini didapati 16 orang daripada 18 orang murid yang hadir berjaya menjawab keseluruhan soalan yang diberikan oelh guru dengan tepat. 2 orang murid gagal menjawab soalan ini kerana menghadapi masalah penulisan. Namun begitu, apabila disoal secara lisan, murid-murid ini berjaya menjawab dengan betul soalan-soalan yang telah guru kemukakan.

5.4.1.6

Aktiviti 6 : Membaca petikan mudah.

Murid-murid membaca petikan ini secara menyeluruh. Murid-murid kemudiannya dikehendaki membaca semula petikan mudah. Pada proses ini, murid-murid dikehendaki memahami isi kandungan yang terdapat dalam petikan tersebut. Murid-murid menyediakan carta alir untuk membuat urutanperistiwa yang terdapat dalam petikan tersebut. Murid-murid kemudiannya dikehendaki

menyampaikan kembali secara lisan kandungan petikan tersebut kepada guru dan rakan-rakannya berpandukan carta alir yang telah dibina. Selepas proses ini selesai, murid-murid menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Refleksi: Hasil daripada aktiviti ini didapati berlaku peningkatan yang amat ketara di kalangan murid-murid ini. Mereka dapat mengaitkan kembali aktiviti-aktiviti pendedahan terhadap kemahiran kefahaman Bahasa Melayu yang telah guru jalankan sebelum ini. 15 orang daripada 18 orang murid yang hadir pada hari ini berjaya menjawab soalan-soalan kefahaman yang telah disediakan oleh guru.

5.4.2 Peringkat Pertengahan

5.4.2.1

Aktiviti 1 : Murid mengulas mengikut perenggan.

Murid diberikan teks yang panjang. Murid-murid dikehendaki membaca secara menyeluruh. Setelah murid-murid selesai membaca secara menyeluruh teks tesebut. Guru meminta murid-murid membaca mengikut perenggan. Setiap satu perenggan murid dikehendaki berhenti membaca. Pada ketika ini guru meminta seorang murid untuk menyatakan kembali isi kandungan perengan tersebut. Guru mengemukakan soalan-soalan berdasarkan perenggan tersebut sahaja.

5.4.2.2

Aktiviti 2 : Membuat rujukan pada kamus

Murid menggariskan perkataan yang sukar dan merujuk kepada kamus yang telah guru sediakan. Guru membenarkan murid-murid berbincang secara pasangan untuk mendapatkan makna perkataan yang sukar daripada kamus.

5.4.2.3

Aktiviti 3 : Murid mengulas keseluruhan teks.

Murid-murid dikehendaki membuat peta konsep di dalam buku tulis kefahaman mereka berdasarkan teks yang telah dibaca. Selesai aktiviti itu, guru meminta 3 orang murid yang dipilih secara rawak untuk mengulas kembali isi kandungan teks tersebut berpandukan peta konsep yang telah dibina. Setelah selesai muridmurid tersebut membuat ulasan teks yang dibaca, guru mengemukakan kembali soalan-soalan berdasarkan teks secara rawak dan tidak mengikut perenggan.

5.4.2.4

Aktiviti 4 : Murid membuat kesimpulan.

Murid-murid diminta untuk membuat kesimpulan terhadap teks tersebut. Pada aktiviti ini guru meminta murid-murid mengaitkan hubungan sebab dan akibat. Murid-murid juga diminta membuat ramalan serta andaian terhadap teks yang telah mereka baca tadi.

Refleksi keseluruhan aktiviti peringkat pertengahan : Saya mendapati murid-murid pada peringkat awalnya tidak dapat mengaitkan aktiviti lalu dengan perkara yang dilakukan oleh mereka pada hari ini. Setelah guru memberi bimbingan, didapati murid-murid dapat mengaplikasikan

kemahiran yang telah dipelajari dahulu dalam pembelajaran mereka pada hari ini. Seramai 18 orang murid telah melakukan aktiviti ini. 16 daripada mereka dapat menjawab kesemua soalan kefahaman dengan tepat.

10

5.4.3 Peringkat Maju :

5.4.3.1

Aktiviti 1 : Membaca teks

Murid-murid membaca teks yang guru sediakan. Murid-murid dikehendaki membaca keseluruhan teks secara menyeluruh. Murid-murid kemudian

dikehendaki membaca sekali lagi teks tersebut. Pada fasa ini, murid-murid dikehendaki menggariskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks tersebut.

5.4.3.2

Aktiviti 2 : Menerangkan kembali isi kandungan petikan.

Pada fasa ini, 3 orang murid dipilih secara rawak oleh guru untuk menerangkan kembali keseluruhan isi kandungan teks yang telah mereka baca kepada rakanrakan yang lain.

5.4.3.3

Aktiviti 3 : Sesi perbincangan

Murid-murid bersama dengan guru mengadakan sesi perbincangan. Murid-murid menyatakan kembali isi-isi penting yang telah mereka perolehi daripada teks yang telah dibaca.

5.4.3.4

Aktiviti 4 : Menjawab soalan yang disediakan

Murid-murid secara individu menjawab soalan-soalan yang telah disediakan di bawah teks tersebut. Soalan yang disediakan meliputi soalan bertumpu dan berbentuk pemikiran kritis. Soalan yang berbentuk pemikiran kritis merupakan soalan yang berada pada aras tinggi dan memerlukan murid-murid berfikir.

Refleksi keseluruhan aktiviti peringkat maju : Hasil daripada aktiviti yang telah dijalankan mendapati 16 orang murid daripada 18 orang yang hadir berjaya menjawab kesemua soalan yang diberi dengan tepat.

11

5.5 Refleksi Keseluruhan Kajian Setelah melaksanakan strategi yang dirancang dalam membantu meningkatkan kemahiran kefahaman murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati berlaku peningkatan yang mendadak di kalangan murid-murid. Murid-murid yang telah diberi pendedahan dan bimbingan secara ansur maju dalam menguasai kemahiran kefahaman kini lebih mudah memahami bahan bacaan yang dibaca oleh mereka. Masalah menyampaikan kembali maklumat dari bahan bacaan juga dapat di atasi dengan jaya. Murid-murid lebih aktif dan seronok ketika proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran kefahaman dijalankan oleh guru.

6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Strategi pengajaran ansur maju yang dijalankan dengan menggabungkan kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran yang terancang mungkin dapat membantu murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran. Pada masa akan datang saya bercadang membuat kajian tindakan berkaitan penulisan karangan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

12

SUMBER RUJUKAN

Jurnal Kajian Tindakan Sekolah Rendah Negeri Johor, Edisi 4/2011 Kamarudin Hj Husin, (2001). Pedagogi Bahasa : Perkaedahan, Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur. http://anuarsped.blogspot.com/2009/masalah.membaca.html http://arifomar.blogspot.com/2008/12/organisasi-adalah-lebih-dari-apa-yang.html http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm http://journal.um.ac.id/index.php/bahasa-semi/article/view/2492

13

Anda mungkin juga menyukai