Anda di halaman 1dari 11

UNIT 3: PERSEPSI DALAM KOMUNIKASI ANTARA

PERSEORANGAN

Kandungan
Topik 1Takrif Persepsi
Topik 2Proses Persepsi
Topik 3Persepsi Antara Perseorangan
Topik 4Halangan-halangan Persepsi
Topik 5Strategi Memperbaiki Kemahiran Persepsi Peribadi

Objektif
Pelajar-pelajar seharusnya mencapai objektif-objektif berikut selepas mempelajari unit ini:
 Menerangkan takrif persepsi
 Menghuraikan proses-proses persepsi
 Menghuraikan proses persepsi antara perseorangan
 Mengenalpasti halangan-halangan persepsi
 Mengamalkan strategi memperbaiki kemahiran persepsi peribadi.

Pengenalan
Pernahkah anda membuat persepsi terhadap seseorang? Jika ya, apa yang anda katakan
tentang orang itu? Jika tidak, mengapa anda tidak membuat persepsi kepadanya.
Adakah selama ini persepsi kita benar-benar tepat? Mengapa persepsi kita menjadi silap?

Persoalan di atas menggambarkan bahawa persepsi memainkan peranan yang penting


bagi setiap individu terutamanya dalam menentukan keberkesanan berinteraksi dengan
orang lain. Persepsi mempengaruhi gaya-gaya kita berkomunikasi kerana gambaran awal
kita terhadap sesorang akan merangsang kita sama ada mahu meneruskan interaksi kita
kepadanya atau sebaliknya. Tanpa persepsi kita mungkin tidak dapat membuat sebarang
persediaan mental atau psikologi untuk berbual dengan orang lain. Persepsi amat
dipengaruhi oleh kemampuan kita menerima rangsangan dan memberi makna kepada
rangsangan itu. Atas kepentingan itu, persepsi wajar dipelajari dan diketahui proses-
prosesnya supaya kita menjadi komunikator yang lebih berkesan terutamanya dalam
konteks komunikasi antara perseorangan. Apabila membuat persepsi memerlukan
kemahiran, kita mesti berusaha meningkatkan kefahaman dan kemahiran itu dengan
mempelajari dan mengamalkan strategi dan teknik-teknik membuat persepsi. Oleh itu,
unit ini diharap membantu kita.
Topik 1 Takrif Persepsi
Persepsi ialah rangsangan ke atas mana-mana deria kita. Kita akan memberi makna
kepada ransangan yang diterima oleh deria kita. Misalnya, kita akan memberi persepsi
kepada apa yang kita lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuh. Persepsi juga dikaitkan
dengan pengalaman kita tentang objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan antara satu
fenomena dengan fenomena lain yang diperolehi dengan menyimpulkan maklumat dan
menafsirkan makna mesej yang diperhatikan. Persepsi akan memberi kesan terhadap
komunikasi antara perseorangan, di mana seseorang akan memberikan tumpuan kepada
perlakuan komunikasi diri orang lain bergantung kepada tahap minat dan keperluannya
kepadanya.

Terdapat dua jenis persepsi iaitu persepsi pasif dan persepsi aktif. Persepsi pasif akan
berlaku kerana deria kita memang sentiasa beroperasi. Misalnya, kita sentiasa
dirangsang dengan peristiwa yang berlaku di persekitaran kita, dan kita tidak pula
memfokuskan peristiwa itu sebagai penting, malah menganggapnya hanya suatu
kelaziman. Berbanding persepsi aktif, ianya berlaku apabila kita digerakkan untuk
memilih maklumat tertentu untuk diberi tumpuan.
Topik 2 Proses-proses Persepsi
Persepsi terdiri daripada 3 peringkat proses. Melalui proses ini kita akan membuat
keputusan tentang seseorang atau sesuatu fenomena dengan memberi makna kepada
tindakan-tindakan mereka atau insiden yang berlaku. Tiga proses asas persepsi ialah:
1. Pemilihan rangsangan
2. Penyusunan dan dan membentuk struktur ke atas apa yang kita lihat
3. Menginterpretasikan atau memberi makna kepada apa yang diperhatikan.

• Pemilihan rangsangan

Persepsi bermula dengan pemilihan rangsangan. Proses pemilihan rangsangan berkaitan


dengan perhatian yang kita buat. Perhatian berlaku apabila kita menumpukan sesuatu
dengan menggunakan hanya satu indera dengan mengabaikan deria lain (mesej lain)
yang juga merangsang deria kita dalam masa serentak. Misalnya kita memberi perhatian
kepada gaya pakaiannya tanpa menimbangkan bau badannya, atau kita memberi
perhatian kepada wajah seseorang dan mengabaikan pakaian yang dipakainya.

Rangsangan yang kita terima akan menjadi perhatian jika rangsangan itu mempunyai
sifat-sifat yang menonjol seperti gerakan, intensiti rangsangan, sesuatu yang baru,
sesuatu yang berulang.

Misalnya dari segi gerakan; kita akan tertarik dan memberi perhatian kepada objek-objek
yang bergerak seperti dalam iklan racun nyamuk, kita lebih memberi perhatian kepada
cara nyamuk terbang dan terhoyong hayang lalu jatuh berbanding dengan tin racun
nyamuk yang bersifat statik. Dari segi intensiti rangsangan pula; kita lebih memberi
perhatian kepada warna merah berbanding warna latar putih, atau orang kurus di tengah-
tengah orang gemuk, suara nyaring ketika waktu malam yang hening atau suara teriakan
penjual yang paling tinggi ketika di pasar malam. Kita juga memberi perhatian jika
kepada sesuatu yang baru (novelty), misalnya, contohnya, suami lebih menyenangi atau
suka kepada isteri muda berbanding isteri kedua apabila suami berkahwin dua. Manakala
dari segi sesuatu yang berulang; kita akan menerima secara bawah sedar sesuatu
perkara yang diulang-ulang kerana konsep perulangan akan menanamkan (memaksa)
kita untuk menerima rangsangan supaya kita memberi perhatian.

Bagaimanapun, bilangan ransangan yang boleh ditumpukan adalah terhad. Ini


disebabkan semakin banyak rangsangan yang kita terima untuk diberi perhatian, maka
semakin kurang tajam persepsi kita kepada rangsangan yang tertentu.

Dalam proses pemilihan rangsangan ini juga, kita sebenarnya sering gagal untuk
menumpukan perhatian kita kepada maklumat lain yang lebih penting. Fenomena ini
disebabkan kita sering meringkaskan segala rangsangan yang kita terima. Jika keadaan
ini berlaku, kita sebanrnya telah melalukan persepsi terpilih (selective perseption) di
mana kita lebih menumpukan segala perhatian kita kepada rangsangan tertentu dan
mengabaikan yang lain.

Kita sengaja mencari rangsangan tertentu dan mengarahkan perhatian kita kepadanya.
Kadang-kadang kita mengalihkan perhatian kita dari satu rangsangan ke satu rangsangan
yang lain. Kita cenderung memerhatikan hal-hal tertentu yang penting, menonjol atau
melibatkan diri kita. Kita menaruh perhatian kepada hal-hal tertentu sesuai dengan
kepercayaan, sikap, nilai, kelaziman, dan kepentingan kita. Kita cenderung meneguhkan
apa yang kita percayai, sikap, nilai dan kepentingan yang ada dalam mengarahkan
perhatian kita. Kita cenderung mempersepsi apa yang mahu kita persepsikan. Ini
bermakna dalam proses pemilihan rangsangan, intensiti perhatian kita tidak konsisten.

Kita juga meringkaskan rangsangan dengan mengkategorikan maklumat dan mencipta


stereotaip. Apabila kita melakukan stereotyping kepada orang, kita meletakkan mereka
sebagai kategori tidak fleksibel dan sama di mana-mana. Misalnya seorang wanita pernah
dikecewakan oleh lelaki yang sangat dicintainya, lalu dia membuat kesimpulan bahawa
semua laleki memang suka mengecewakan wanita. Atau apabila kita bertemu dengan
seorang rakan bernama John, kita membuat tanggapan bahawa dia orang yang menepati
masa, suka bercakap terus terang, memiliki kemahiran teknikal dan mengamalkan seks
bebas. Tanggapan itu wujud kerana kita ada pengalaman bahawa orang dari negara barat
lazimnya seperti itu. Ini menunjukkan stereotaip telah berlaku.

Ketika memberi persepsi juga, kita akan membuat pilihan rangsangan berdasarkan du
kesan utama yang kita alami. Kesan itu ialah Kesan Halo dan Kesan Horn.

Kesan Halo berlaku apabila kita memberi sifat-sifat positif kepada orang lain kerana kita
sukakan mereka. Misalnya, saya suka kepada kekasih yang juga isteri saya, saya akan
menyatakan bahawa isteri saya cantik, pandai memasak, rajin mengemas rumah dan
segala sifat-sifat positif menjadi miliknya.

Manakala Kesan Horn pula berlaku apabila kita memberi sifat-sifat negatif kepada orang
lain kerana kita tidak sukakan mereka.

Pernahkah anda mendengar ayat ini? Kalau hendak mengetahui sifat-sifat positif
seseorang, carilah sahabat karibnya, dan jika ingin mengetahui sifat-sifat negatifnya,
carilah musuhnya, nescaya musuhnya akan menceritakan segala keburukan yang dimiliki
olehnya.

• Penyusunan dan Membentuk Struktur Ke Atas Apa Yang Kita Lihat

Setelah memilih rangsangan yang diberi tumpuan, kita menyusun rangsangan tersebut
dalam bentuk yang cekap dan mudah untuk difahami. Misalnya, apabila kita melihat dan
memberi tumpuan kepada pakaian seorang pengemis di pinggir jalan, kita membuat
tanggapan bahawa pengemis itu jahat. Tetapi, dalam masa yang sama juga kita melihat
pengemis itu sedang memberi makan kepada seorang kanak-kanak cacat yang ada di
sisinya. Walhal kanak-kanak itu bukanlah anaknya. Dari pemerhatian atau rangsangan itu
kita membuat pesepsi lain bahawa pengemis itu barhati mulia. Ini menunjukkan kita
sebenarnya telah menyusun kembali atau membentuk struktur persepsi yang baru
terhadap pengemis itu berdasarkan dua rangsangan yang kita terima. Persepsi kita juga
mungkin akan kukuh lagi apabila kita berkesempatan berbual dengan pengemis tadi,
atau mungkin juga akan mengabaikan beberapa persepsi lain sebelumnya. Sebenarnya
kita menyusun rangsangan yang kita terima supaya kita lebih memahami seseorang atau
objek yang kita lihat. Aktiviti 1:
Cubalah huraikan apa yang anda lihat?
• Menginterpretasikan
Adakah anda telah mengalami
Makna proses persepsi selepas memerhatikan 3
Yang Diperhatikan
gambar tadi?
Peringkat akhir persepsi ialah menginterpretasikan iaitu memberikan makna kepada apa
Gambar 1: yang kita terima untuk
yang diperhatikan. Kita akan mengumpulkan segala rangsangan
diinterpretasikan secara menyeluruhBerapakah kaki Gajah
supaya makna ?
sebenar dari rangsangan itu dapat
kita fahami dan membentuk persepsi kita.

Gambar 2: Gambar 3:
Ini wajah siapa? Gambar apakah ini?

II
Iin
Topik 3 Persepsi Antara Perseorangan
Persepsi antara perseorangan berlaku apabila kita menerima rangsangan dari seseorang
yang berinteraksi dengan kita. Persepsi Antara Perseorangan melibatkan tiga proses:

Proses 1: pembentukan impresi atau gambaran terhadap seseorang:

Impresi atau gambaran adalah kumpulan-kumpulan persepsi mengenai orang lain yang
disimpan dan digunakan untuk menginterpretasikan perlakuan mereka. Kita memilih,
menyusun dan menginterpretasikan semua persepsi untuk membentuk impresi atau
gambaran umum.

Kita cenderung membentuk gambaran ini dengan mudahnya tetapi kadang-kadang agak
keberatan. Misalnya, kita menganggap orang yang cantik itu baik hati, tetapi di dalam
hati kita masih ada rasa was-was terhadap persepsi seperti itu kerana kita ada
pengalaman bahawa tidak semua orang cantik itu baik hati. Ini bermakna gambaran yang
mudah dibuat selalunya menyebabkan kita teragak-agak untuk membuat kesimpulan.

Apabila gambaran awal yang kita bentuk mengenai seseorang memberi kesan kepada
interpretasi setiap persepsi kemudiannya, kita katakan kesan primacy telah berlaku.
Misalnya, jika ibu kita menyatakan bakal tunang kita adalah seorang yang cerdik, rajin,
kreatif, pandai mengambil hati, cemburu buta dan kepala batu. Apabila kita mengalami
kesan sifat-sifat yang awal dinyatakan tadi dalam membuat persepsi terhadap tunang
kita itu, maka kesan primacy sebenarnya telah telah berlaku ke atas kita.

Sebaliknya jika kita banyak memberi tumpuan kepada perkara terakhir mengenai
seseorang maka kita katakan kesan recency telah berlaku. Misalnya, dalam sifat-sifat
yang dinyatakan tadi, kita lebih menumpukan kepada perkataan cemburu buta dan
kepala batu sebagai asas kita membuat persepsi terhadap tunangan kita. Kita memberi
persepsi bahawa bakal tunang kita tidak baik. Ini bermakna kesan recency telah berlaku
ke atas kita.

Proses 2: Penyusunan maklumat mengenai orang lain.

Proses ini mengaplikasikan teori personaliti implisit. Di samping membentuk gambaran


mengenai diri seseorang, kita juga membina persepsi kita melalui pembentukan teori
implisit untuk menerangkan perlakuan orang ramai.
Teori persoanaliti implisit merupakan satu set kepercayaan dan hipotesis mengenai orang
secara amnya. Misalnya kita yakin bahawa apabila rakan kita itu mengerjakan solat kita
memberikan satu set andaian kepadanya bahawa dia itu jujur, beriman, bermoral tinggi
dan baik perilakunya. Andaian kita secara am ini mungkin benar dan mungkin salah,
sebab tidak semua peribadi yang mengerjakan solat itu begitu sifatnya. Teori ini juga
dikaitkan dengan konstrak peribadi.

Konstruk peribadi mewakili sifat-sifat yang membolehkan kita mengkategorikan orang ke


dalam dua kumpulan yang mempunyai polar berlawanan, contoh, baik atau jahat, pandai
atau bodoh dsb

Proses 3: Memahami makna perilaku seseorang

Dalam proses ini, pembentukan teori-teori atribusi akan membantu kita untuk
menerangkan mengapa orang mempunyai perlakuan tertentu. Teori atribusi merupakan
teori yang menyatakan kecenderungan untuk menyesuaikan sesuatu motif atau sebab
perlakuan-perlakuan yang kita perhatikan. Kita cuba untuk memahami apa yang
menyebabkan seseorang itu berperilaku sedemikian apabila kita melihat dia bertindak
demikian. Misalnya, kita memerhatikan seorang pelajar yang kurang motivasi apabila kita
baru saja memulakan kuliah, kita cuba memahami diri pelajar berperilaku demikian
kerana pelajar itu mungkin tidak sarapan pagi, pelajar itu ada masalah keluarga, atau
mungkin pelajar tersebut memang tidak suka kepada kita. Oleh itu kecenderungan kita
menyesuaikan perilaku pelajar itu dengan motifnya menggambarkan teori atribusi telah
beroperasi ke atas diri kita.

Matlamat proses atribusi ialah membentuk satu penerangan yang paling kredibel bagi
perlakuan orang lain. Misalnya, dalam dewan kuliah seorang pensyarah sedang meneka
perilaku mahasiswa menghadap ke depan. Mahasiswa menghadap ke depan sedang
menulis nota kuliah, atau menghadap ke depan tetapi berbual dengan rakan di sebelah,
atau menghadap ke depan sambil membaca majalah “Mangga” atau menghadap ke
depan sambil tidur atau menghadap ke depan tetapi menghayal. Dalam konteks ini
pensyarah akan membentuk satu persepsi untuk menerangkan perilaku mahasiswa
menghadap ke depan sebagai mencatat nota kuliah kerana perilaku itu lebih kredibel
berbanding dengan perilaku lain. Bagaimanapun, agak sukar persyarah berkenaan untuk
memastikan motif perilaku mahsiswa menghadap ke depan

Teori Atribusi dibahagikan 2 jenis:


i. Teori Correspendent Inference. Menurut teori ini, kita cuba menentukan niat
seseorang yang menyebabkan kesan daripada melakukan sesuatu- iaitu menentukan
darjah kesengajaan perlakuannya. Misalnya kita memerhatikan seseorang itu sengaja
bercakap terlalu laju, kita mentafsirkan niatnya adalah hendak menipu kita. Kita pun
mengambil tindakan untuk tidak mempercayainya.
ii. Teori Causal Attribution. Menurut teori ini terdapat tiga sebab yang dikenalpasti
mengapa seseorang membuat sesuatu tindakan. Sebab itu ialah:
a. keadaan (circumstances)
b. rangsangan (stimulus)
c. orang itu sendiri

Walaupun Teori Atribusi membantu kita menentukan sebab-sebab seseorang mempunyai


perlakuan tertentu, tetapi terdapat 3 yang menganggu ketepatan atribusi kita. Faktor-
faktor itu ialah:
AKTIVITI 2:
a. kemampuan kita melaksanakan pemerhatian yang berkesan dan lengkap
b. darjah kemampuan
Anda simpatikitakepada
melakukan
siapa?pemerhatian terus ke atas sebab dan kesan
c. lengkap atau tidak maklumat yang diterima
d. kemampuan kitaA untuk
Gadis menolak
atau Gadis sebab-sebab lain
B, jika
Gadis A adalah gadis yang cantik, walaupun tidak setia,
Gadis B adalah gadis yang tidak setia, walaupun cantik.

Adakah anda mahu kahwin kalau saya katakan:

Kahwin itu berat tetapi bahagia Jawapan: ________


Atau,
Kahwin itu bahagia tetapi berat Jawapan: ________
Topik 4 Halangan-halangan Persepsi
Kita mungkin bertanya mengapa kadang-kala kita membuat tanggapan yang salah
terhadap seseorang atau sesuatu peristiwa? Ini ada kaitannya dengan halangan-
halangan yang kita hadapi ketika membuat persepsi. Terdapat sekurang-kurangnya
sepuluh halangan dalam membuat persepsi yang lengkap:
1. Tidak mengendahkan perkara-perkara yang lebih terperinci
Persepsi kita menjadi tidak lengkap apabila kita hanya menumpukan kepada perkara
yang yang nyata dan superficial sahaja. Kita membuat tanggapan yang bias apabila
kita tidak mengambil kira perkara yang tersirat sebaliknya menumpukan kepada yang
tersurat. Misalnya, kita hanya melihat pakaian seseorang tetapi tidak mengendahkan
pewangi yang digunakannya.
2. Membuat generalisasi umum
Persepsi kita juga akan silap apabila kita mengambil kesimpulan dari maklumat yang
sedikit sebagai wakil keseluruhan maklumat. Atau kita mengambil kesimpulan dari
satu dua orang untuk menggambarkan keseluruhan populasi. Misalnya, kita
menganggap kebanyakan pelajar sekolah jahat kerana kita pernah dirompak oleh
seorang pelajar yang telah mencuri barangan kita yang bernilai.
3. Berpegang kepada konsep awal (pre-conception)
Apabila kita tidak boleh menerima maklumat yang mungkin tidak menyamai konsep
atau kepercayaan awal kita, persepsi kita tidak akan lengkap.
4. Terlalu yakin kepada perlakuan yang konsisten
Kita akan terperangkap dengan persepsi yang statik jika kita tidak mengambil kira
kemungkinan berlakunya perubahan. Misalnya, kita membuat tanggapan terhadap
seorang anak jiran kita yang nakal ketika kecil dulu kerana anak itu telah melempar
tingkap rumah kita sehingga pecah. Ketika anak itusudah berumur 25 tahun pun kita
terlalu yakin bahawa anak itu masih anak yang nakal lagi.
5. Meyakini idea awal mengenai sebab musabab sesuatu perlakuan yang diperhatikan
Kita terlalu yakin bahawa kawan kita merasa sedih kerana ditinggalkan kekasihnya,
sedangkan sebenarnya kawan kita itu kesedihan kerana ayahnya telah kembali ke
rahmatullah. Idea awal kita tentang sebab kesedihan itu berdasarkan perlakuan yang
kita perhatikan terhadap diri kawan kita yang masih membujang sekian lama. Jika
demikian, persepsi kita menjadi tidak lengkap disebabkan idea awal yang kita yakini
itu.
6. Memilih penjelasan atau penerangan mudah terhadap sesuatu yang kompleks.
Sesuatu perkara yang berlaku mungkin kompleks dan sukar untuk ditafsirkan tanpa
perhatian yang sepenuhnya dan menyeluruh. Bagaimanapun, apabila kita mengambil
jalan mudah untuk menjelaskan perkara atau peristiwa itu, ini bermakna persepsi kita
tidak menjadi lengkap kerana memilih untuk menerangkannya secara ringkas
sedangkan perkara itu perlu dijelaskan dengan terperinci.
7. Mengenepikan situasi yang menyebabkan perlakuan itu dilakukan oleh seseorang
Kita selalu gagal membuat perbandingan mengenai perlakuan seseorang dengan
orang lain dalam situasi yang sama. Kegagalan membuat perbandingan ini
menunjukkan ketidakmampuan kita untuk menggunakan pengalaman dengan orang
lain untuk mempersepsikan seseorang yang lain berdasarkan situasi yang sama. Ini
menghalang persepsi yang lengkap.
8. Menjadikan maklumat yang tidak memadai sebagai memadai
Apabila kita menerima maklumat yang ringkas, kita sering menganggap bahawa
maklumat itu sudah mencukupi untuk menjelaskan perkara yang kita perhatikan. Ini
menyebabkan kita membuat persepsi berdasarkan maklumat yang sedikit dan
menganggapnya sebagai sesuatu. Keadaan seperti ini akan menyebabkan kita
terhalang untuk membuat persepsi yang lengkap.
9. Memberikan penekanan kepada maklumat negatif sahaja
Ramai orang lebih menumpukan keburukan orang lain berbanding kebaikan yang
dilakukan oleh mereka. Kita menekankan kepada maklumat yang negatif sehingga
kita mengabaikan maklumat yang positif terhadap seseorang. Apabila ini berlaku,
kita sebenarnya bias dan ini menghalang kita membuat pertimbangan dan persepsi
yang lengkap.
10. Mengubah atribusi kita untuk memenuhi selera kita kepada seseorang yang kita suka
atau tidak suka.
Kita membuat persepsi yang tidak lengkap apabila kita mentafsir perlakuan
seseorang berdasarkan minat dan kecenderungan kita kerana kita suka atau tidak
suka kepada peribadi itu.

Topik 5 Strategi Memperbaiki Kemahiran Persepsi


Peribadi
Kemahiran persepsi peribadi juga bukan kemahiran semulajadi. Latihan amat penting
untuk memperbaiki persepsi kita dalam konteks komunikasi antara perseorangan.
Persepsi yang lengkap dan menyeluruh akan memudahkan intekarsi kita dengan orang
lain. Terdapat 7 strategi meningkatkan kemahiran persepsi antara peseorangan iaitu:
1. Meningkatkan kefahaman tentang proses persepsi.
Banyakkan membaca buku-buku berkaitan dengan kemahiran persepsi. Kemudian
selalulah persoalkan persepsi kita dan analisislah mengapa kita membuat persepsi
seperti itu.
2. Meningkatkan kebolehan membuat pemerhatian
Kita boleh tingkatkan bilangan maklumat yang diproses melalui deria kita dengan
cara menumpukan perhatian kepada input itu secara sedar. Misalnya, apabila
berinteraksi dengan orang lain, cuba kenali input yang terperinci sementara
memahami gambaran sebenarnya secara keseluruhan.
3. Mengenali unsur-unsur yang memberi makna
Berlatihlah mencari elemen-elemen yang tersirat untuk dipastikan maknanya apabila
bergaul atau berinteraksi dengan orang lain. Jangan lupa untuk bertanya sesuatu
simbol yang kita tidak fahami dengan orang yang berinteraksi dengan kita.
4. Periksa persepsi kita
Kenal pasti persepsi kita sama ada a) persepsi tidak terus (indirect) – iaitu mencari
maklumat tambahan melalui persepsi pasif sama ada untuk mengesahkan atau
menolak interpretasi kita, atau persepsi terus (direct) – iaitu membuat pertanyaan
secara terus sama ada interpretasi mengenai persepsi kita adalah betul atau tidak.
Memeriksa persepsi amat penting untuk mengelakkan kita salah faham atau salah
persepsi.
5. Tingkatkan kesedaran tentang ketidaktepatan persepsi kita dan perbaiki
Sentiasalah menyedari bahawa persepsi kita mungkin tidak tepat dan berusaha untuk
membaiki persepsi itu dengan sedaya upaya berdasarkan sensitiviti kita kepada
persekitaran.
6. Tingkatkan kesedaran mengenai persepsi orang lain ke atas diri kita dan dapatkan
maklumbalas yang membina dan ikhlas.
Ambillah perhatian terhadap tindakbalas orang lain terhadap diri kita supaya kita tahu
persepsi orang lain mengenai diri kita. Kesedaran terhadap persepsi orang lain
kepada kita membantu kita membuat persepsi terhadap orang lain.
7. Bentuk orientasi decentrering, empati dan other-orientation
Cuba dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai keadaan atau situasi yang
mempengaruhi tindakan seseorang itu. Ini membantu kita mengaitkan perlakuan
seseorang dengan konteks di mana dia berperilaku demikian. Latih diri untuk
mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang diri orang itu.
Rumusan
Dalam unit ini anda telah mempelajari bahawa:
• Persepsi ialah rangsangan ke atas mana-mana deria dan kemudiannya kita memberi
makna kepada ransangan yang diterima itu. Terdapat dua jenis persepsi iaitu persepsi
pasif dan persepsi aktif
• Persepsi terdiri daripada 3 peringkat proses iaitu 1) pemilihan rangsangan, 2)
penyusunan dan dan membentuk struktur ke atas apa yang kita lihat, dan 3)
menginterpretasikan atau memberi makna kepada apa yang diperhatikan.
• Stereotaip berlaku apabila kita meringkaskan rangsangan dengan cara
mengkategorikan maklumat.
• Kesan Halo berlaku apabila kita memberi sifat-sifat positif kepada orang lain kerana
kita sukakan mereka.
• Kesan Horn berlaku apabila kita memberi sifat-sifat negatif kepada orang lain kerana
kita tidak sukakan mereka.
• Persepsi Antara Perseorangan melibatkan tiga proses iaitu 1) pembentukan impresi
atau gambaran terhadap seseorang, 2) penyusunan maklumat mengenai orang lain,
dan 3) memahami makna perilaku seseorang.
• Kesan primacy berlaku apabila gambaran awal yang kita bentuk mengenai seseorang
memberi kesan kepada interpretasi setiap persepsi kemudiannya.
• Kesan recency berlaku jika kita banyak memberi tumpuan kepada perkara terakhir
mengenai seseorang dan mengabaikan gambaran awal.
• Teori persoanaliti implisit merupakan satu set kepercayaan dan hipotesis mengenai
orang secara amnya.
• Teori atribusi merupakan teori yang menyatakan kecenderungan untuk menyesuaikan
sesuatu motif atau sebab perlakuan-perlakuan yang kita perhatikan.
• Terdapat sepuluh halangan dalam membuat persepsi yang lengkap. Halangan-
halangan ini meliputi faktor personal dan situasional.
• Kemahiran persepsi peribadi bukan kemahiran semulajadi. Oleh itu, terdapat 7
strategi untuk meningkatkan kemahiran persepsi antara peseorangan supaya
persepsi kita menjadi lengkap dan berkesan.

Rujukan
Beebe, S.A., Beebe, S.J., and Redmond, M.V. (1999). Interpersonal communication:
Relating to others. Boston: Allyn and Bacon
Adler, R.B., Rosenfeld, L.B. & Towne N. (1999). Interplay: The process of interpersonal
communication. Fort Woth: Harcourt Brace.
Adler, R.B. & Towne N. (1999). Looking out, looking in (9th ed.) Forth Woth: Harcourt Brace
Soalan-soalan Ulangkaji
1. Huraikan makna persepsi dengan memberikan beberapa contoh yang pernah
alami sendiri.
2. Apakah proses-proses yang berlaku semasa kita membuat persepsi terhadap
seseorang? Mengapakah kita perlu memahami proses-proses tersebut?
3. Bezakan antara kesan halo dengan kesan horn dengan memberi contoh-contoh
yang relevan dengan diri anda.
4. Huraikan halangan-halangan yang menyebabkan persepsi anda tidak lengkap.
5. Apakah strategi-strategi yang boleh anda laksanakan untuk meningkatkan
kemahiran persepsi anda?
6. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenalpasti beberapa proses dan
konsep-konsep yang berkaitan dengan persepsi.

Dalam satu pertemuan pertama di antara Sopia dan Ahmad di sebuah restoran makanan
ala Thailand, Sopia tersenyum dan memuji Ahmad kerana berpakaian kemas. Ahmad
merasa was-was untuk membalas senyuman Sopia itu kerana Sopia baru kali pertama
ditemui. Semasa mereka duduk berhadapan, Ahmad hanya menundukkan kepalanya
sambil melihat bucu kasutnya yang tidak berkilat. Sopia tidak mempedulikan tindakan
Ahmad. Sopia terus memulakan perbualan dengan menanyakan khabar kesihatan
Ahmad. Ahmad hanya menjawab “baik” tanpa memberi sebarang kata-kata lanjutan.
Ahmad merasa dirinya pada hari itu seperti orang yang serba tak kena, walhal sebelum
dia menghadirkan diri ke pertemuan itu, dia amat berharap agar orang yang ditemui itu
seorang yang jelita, baik hati, berpendirian, tegas, cerdik, bertoleransi dan periang
sebagaimana yang diceritakan oleh Muthu. Muthu adalah kawan baik Ahmad dan juga
kawan baik Sopia. Muthu memang sukakan Sopia kerana Sopia selalu belanja dia makan
Capati setiap hari di kantin kolej. Tetapi harapannya tidak kesampaian apabila melihat
Sopia hanyalah “gadis biasa” sahaja yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan
walaupun tutur bahasa dan senyuman Sopia cukup manis pada pandangan orang yang
pernah menyayanginya. Apabila Sopia menyedari perlakuan Ahmad yang dingin itu,
Sopia segera membuat kesimpulan bahawa lelaki hanya tahu mengambil kesempatan
untuk bertemu sahaja sebagaimana orang-orang yang pernah mengecewakannya.
Lantas Sopia membuat andaian bahawa, kalaupun “pertemuan pertama” dilakukan
sebaik mungkin dengan orang yang baru dikenali, tidak semua perilaku baik akan
ditunjukkan oleh orang itu. Sopia membuat kesimpulan itu kerana dia melihat Ahmad
pada mulanya sebagai orang yang baik, bertanggungjawab, berbudi bahasa, peramah
tetapi amat pemalu sebagaimana yang diceritakan oleh Sui Lan teman sebiliknya di kolej.

Selain hanya menundukkan kepala, Ahmad hanya melihat bucu kasutnya, Ahmad tidak
pernah sekalipun memulakan perbualan. Soalan hanya datang dari Sopia dan dijawab
oleh Ahmad tanpa sebarang perasaan. Disebalik perilaku Ahmad itu, Ahmad mencari-cari
apakah niat Sopia sentiasa bertanya dan melontarkan senyuman diawal perjumpaan
mereka itu. Ahmad juga kurang memberi respons ketika pertemuan itu kerana dia cukup
kekok berada di dalam restoran yang serba mewah itu. Tempat pertemuan itu diatur oleh
Muthu dan Sui Lan dengan persetujuan Sopia yang sanggup membayar segala
perbelanjaan pada ketika itu.

Bagaimanapun, selepas seminggu dari pertemuan pertama itu, mereka bertemu secara
tidak sengaja di perpustakaan kolej. Dalam pertemuan itu, Ahmad tidak lagi bertindak
seperti yang kerap ditanggap oleh Sopia. Ahmad berperlaku mesra dan sentiasa
memberi senyuman kepada Sopia. Sopia amat gembira dengan perubahan itu.

Anda mungkin juga menyukai