Anda di halaman 1dari 9

PENYELESAIAN MASALAH

Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran. Dianggap sebagai fungsi intelektual


yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proses kognitif yang
berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta pengawalan kemahiran-
kemahiran yang lebih rutin atau asas (Goldstein & Levin, 1987). Penyelesaian masalah berlaku
apabila sebuah organisma atau sistem kecerdasan buatan tidak tahu bagaimana menuju
daripada satu keadaan yang diberikan kepada satu keadaan sasaran yang diingini. Ia
merupakan sebahagian daripada proses masalah yang lebih besar yang meliputi pencarian
masalah serta pembentukan masalah.

Isi kandungan

 1 Gambaran keseluruhan
 2 Sejarah
 3 Amerika Syarikat dan Kanada
 4 Eropah
 5 Ciri-ciri masalah sukar
 6 Piawai matematik
 7 Sebilangan teknik penyelesaian masalah
 8 Lihat juga
 9 Nota
 10 Rujukan

Gambaran keseluruhan

Sifat kaedah-kaedah penyelesaian masalah manusia telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi sejak
beratus-ratus tahun lagi. Terdapat banyak kaedah untuk mengkaji penyelesaian masalah,
termasuknya renungan, ketingkahlakuan, penyelakuan dan pemodelan komputer, serta juga uji
kaji. Bermula dengan uji kaji awal para ahli Gestalt di negara Jerman (umpamanya Duncker,
1935) yang diteruskan pada dekad 1960-an dan awal 1970-an, penyelidikan tentang
penyelesaian masalah biasanya melibatkan tugas-tugas makmal yang agak mudah
(umpamanya, masalah "sinar-X" Duncker, dan masalah "cakera" Ewert & Lambert yang
kemudiannya dikenali sebagai Menara Hanoi) dan yang kelihatan baru kepada para peserta
(umpamanya Mayer, 1992). Berbagai-bagai alasan dapat menerangkan pilihan tugas-tugas
baru yang mudah, iaitu masalah-masalah itu, antara lain:

 mempunyai penyelesaian optimum yang nyata


 dapat diselesaikan dalam jangka masa yang agak singkat
 memudahkan para penyelidik untuk mengesani setiap langkah peserta dalam
penyelesaian masalah.

Sudah tentu, para penyelidik membuat andaian asas bahawa tugas-tugas yang mudah seperti
Menara Hanoi dapat merangkumi sifat-sifat utama untuk masalah-masalah "dunia nyata", dan
proses-proses kognitif yang mendasari percubaan-percubaan para peserta untuk
menyelesaikan masalah-masalah mudah merupakan perlambangan proses-proses yang
digunakan ketika mengatasi masalah-masalah "dunia nyata". Oleh itu, para penyelidik
menggunakan masalah-masalah mudah untuk kesenangan, dan menganggap bahawa
penyeluruhan terhadap masalah-masalah yang lebih rumit dapat dimungkinkan. Contoh yang
paling menarik dan terkenal dalam jalan penyelidikan ini mungkin merupakan karya Newell dan
Simon (1972).

Sejarah

Mulai dari dekad 1970-an, para penyelidik menjadi semakin yakin bahawa dapatan-dapatan
empirik dan konsep-konsep teori yang disimpulkan daripada tugas-tugas makmal yang mudah
tidak semestinya boleh dibuat lebih umum supaya dapat meliputi masalah-masalah hidup nyata
yang lebih rumit. Lebih teruk lagi, proses-proses yang mendasari penyelesaian masalah kreatif
dalam bidang-bidang yang berlainan kelihatan berbeza antara satu sama lain (Sternberg,
1995). Kesedaran-kesedaran ini telah menyebabkan respons-respons yang berbeza di Amerika
Utara dan di Eropah.

Amerika Syarikat dan Kanada

Mulai dari kerja-kerja Herbert Simon di Amerika Utara tentang membelajari melalui membuat
dalam bidang-bidang yang kaya dengan ilmu semantik (umpamanya, Anzai & Simon, 1979;
Bhaskar & Simon, 1977), para penyelidik mula menyiasat penyelesaian masalah secara
berasingan dalam domain pengetahuan semula jadi yang berbeza, seperti fizik, penulisan, dan
permainan catur. Oleh itu, mereka meninggalkan percubaan-percubaan mereka untuk
memperoleh sebuah teori penyelesaian masalah yang sejagat (umpamanya, Sternberg &
Frensch, 1991). Sebaliknya, penyelidik-penyelidik itu seringnya menumpukan perhatian mereka
kepada pengembangan penyelesaian masalah dalam sesuatu bidang yang tertentu, iaitu
pengembangan kemahiran (umpamanya, Anderson, Boyle & Reiser, 1985; Chase & Simon,
1973; Chi, Feltovich & Glaser, 1981).

Bidang-bidang yang menarik paling banyak perhatian di Amerika Utara termasuk bidang-bidang
yang berbeza-beza, seperti yang berikut:

 Kemahiran komputer (Kay, 1991)


 Pembacaan (Stanovich & Cunningham, 1991)
 Pengiraan (Sokol & McCloskey, 1991)
 Penulisan (Bryson, Bereiter, Scardamalia & Joram, 1991)
 Penyelesaian masalah dalam bidang elektronik (Lesgold & Lajoie, 1991)
 Penyelesaian masalah matematik (Polya, 1945; Schoenfeld, 1985)
 Penyelesaian masalah mekanik (Hegarty, 1991)
 Penyelesaian masalah pengurusan (Wagner, 1991)
 Penyelesaian masalah peribadi (Heppner & Krauskopf, 1987)
 Penyelesaian masalah politik (Voss, Wolfe, Lawrence & Engle, 1991)
 Penyelesaian masalah sosial (D'Zurilla & Goldfreid, 1971; D'Zurilla & Nezu, 1982)
 Permainan (Frensch & Sternberg, 1991)
 Taakulan peguam (Amsel, Langer & Loutzenhiser, 1991)

Eropah

Di Eropah, dua pendekatan utama telah muncul, dengan masing-masingnya dimulakan oleh
Donald Broadbent (1977; sila lihat Berry & Broadbent, 1995) di United Kingdom, dan Dietrich
Dörner (1975, 1985; sila lihat Dörner & Wearing, 1995) di negara Jerman. Kedua-dua
pendekatan itu adalah sama dari segi penekanan terhadap tugas-tugas makmal
pengkomputeran yang amat rumit dan yang kaya dengan semantik untuk mencipta masalah-
masalah yang menyerupai masalah-masalah hidup nyata. Bagaimanapun, kedua-dua
pendekatan ini agak berbeza dari segi sasaran teori dan perkaedahannya.

Tradisi yang dimulakan oleh Broadbent menekankan perbezaan antara proses-proses


penyelesaian masalah kognitif yang beroperasi dalam keadaan kesedaran dengan proses-
proses di luar kesedaran, dan biasanya menggunakan sistem-sistem pengkomputeran yang
ditakrifkan dengan jelas secara matematik. Sebaliknya, tradisi yang dimulakan oleh Dörner
menumpukan perhatiannya kepada komponen-komponen kognitif, dorongan, dan sosial yang
saling mempengaruhi satu sama lain dalam penyelesaian masalahnya. Ia mempergunakan
senario-senario pengkomputeran yang amat rumit dan yang mengandungi sehingga 2,000
pembolehubah yang amat berkait (umpamanya, Projek Lohhausen 1983 oleh Dörner, Kreuzig,
dan Reither & Stäudel; Ringelband, Misiak & Kluwe, 1990). Buchner (1995) menghuraikan
kedua-dua tradisi ini dengan terperinci.

Sebagai kesimpulan, kesedaran para penyelidik bahawa:

 proses-proses penyelesaian masalah amat berbeza antara domain-domain


pengetahuan dan peringkat-peringkat kemahiran (umpamanya, Sternberg, 1995); dan
 dapatan-dapatan yang diperoleh daripada makmal tidak semestinya dapat dibuat lebih
umum untuk merangkumi masalah-masalah di luar makmal telah menyebabkan
penekanan terhadap penyelesaian masalah dunia nyata pada sepanjang dua dekad
yang lalu. Bagaimanapun, penekanan itu telah dinyatakan dengan cara yang berbeza di
Amerika Utara dan Eropah. Sedangkan penyelidikan di Amerika Utara umumnya
menekankan kajian penyelesaian masalahnya dalam domain-domain pengetahuan
semula jadi yang berasingan, kebanyakan penyelidikan Eropah menumpukan perhatian
kepada masalah-masalah yang baru dan rumit, dan melaksanakannya melalui senario-
senario pengkomputeran (sila lihat Funke, 1991, untuk gambaran keseluruhan).

Ciri-ciri masalah sukar

Sebagaimana yang dihuraikan oleh Dietrich Dörner dan kemudian diperluas oleh Joachim
Funke, masalah-masalah sukar mempunyai sesetengah ciri yang tipikal yang boleh
diringkaskan seperti yang berikut:

 Ketiadaan gambaran (kekurangan kejelasan keadaan)


o kaburan permulaan
o kaburan sambungan
 Politeli (berbilang sasaran)
o keselambaan
o penentangan
o kesementaraan
 Kerumitan (bilangan butir, saling hubungan, dan keputusan yang besar)
o kebolehhitungan
o kesambungan (hubungan hierarki, komunikasi, dan peruntukan)
o keheterogenan
 Dinamik (pertimbangan masa)
o kekangan masa
o kepekaan masa
o kesan fasa
o ketakbolehramalan dinamik

Penyelesaian masalah-masalah sukar memerlukan serangan langsung terhadap setiap ciri-ciri


tersebut yang dihadapi.

Piawai matematik

Sebilangan strategi penyelesaian masalah yang dikenal pasti oleh NCTM termasuk: [1]

 "Menggunakan bahan-bahan manipulasi"


 "Cuba-cuba"
 "Membuat senarai"
 "Melukis gambar rajah"
 "Mencari-cari pola"
 "Melakonkan masalah"
 "Teka dan semak"

Bidang matematik berdasarkan piawai tidak begitu menekankan kemahiran-kemahiran khusus


berdasarkan kandungan serta pengajaran kaedah-kaedah tradisional.

Sebilangan teknik penyelesaian masalah

1. Strategi pendakian bukit (juga dikenali sebagai penurunan/pendakian cerun, atau


pengurangan perbezaan): Setiap langkah dalam penyelesaian masalah itu cuba
mendekati keadaan sasaran. Kelemahan dalam pendekatan ini adalah bahawa terdapat
banyak cabaran yang memerlukan anda kelihatan menjauhi keadaan sasaran supaya
dapat melihat dengan lebih jelas penyelesaiannya.
2. Analisis cara dan hasil: Teknik ini yang lebih berkesan daripada strategi pendakian bukit
memerlukan anda menetapkan subsasaran-subsasaran dari keadaan permulaan
sehingga keadaan sasaran apabila menyelesaikan sesuatu masalah.
3. Bekerja secara terbalik
4. Cuba-cuba
5. Perah otak
6. Kotak morfologi
7. Kaedah objek fokus
8. Pemikiran lateral
9. Teknik-teknik George Pólya dalam bukunya, Bagaimana Mengatasinya
10. Penyelidikan: Kajian terhadap apa yang telah ditulis oleh orang-orang lain tentang
masalah itu (atau masalah yang berkaitan). Ada mungkinnya bahawa penyelesaian
telahpun dicapai.
11. Balikan andaian (tuliskan andaian-andaian anda terhadap masalah itu dan
kemudiannya, terbalikkan kesemua andaian itu).
12. Analogi: Adakah masalah yang serupa pernah diatasi (mungkin dalam bidang yang
lain)?
13. Pengujian hipotesis: Mengandaikan sesuatu penjelasan yang mungkin terhadap
masalah itu dan kemudiannya mencuba membuktikan andaian-andaian tersebut.
14. Pemeriksaan kekangan: Adakah anda mengandaikan sesuatu kekangan yang
sebenarnya tidak wujud?
15. Mengambil lebih banyak masa: Tekanan masa boleh mengakibatkan anda berbalik-balik
(otak tidak dapat membantu dan cenderung "tertarik" kepada sesuatu penyelesaian atau
aspek masalah).
16. Pengeraman: Masukkan perincian-perincian masalah ke dalam akal anda dan selepas
itu, jangan tumpukan perhatian anda terhadapnya. Fikiran separa sedar akan terus
mengerjakan masalah itu, dan penyelesaiannya mungkin tertimbul apabila anda sedang
membuat perkara-perkara yang lain.
17. Membina (atau menulis) satu atau lebih model abstrak untuk masalah itu.
18. Mencuba membuktikan bahawa masalah itu tidak boleh diselesaikan. Saat yang bukti ini
tidak dapat disokong merupakan titik permulaan untuk menyelesaikan masalah itu.
19. Memperoleh bantuan daripada kawan-kawan atau komuniti penyelesaian masalah
dalam talina, umpamanya 3form).
20. Analisis Punca Masalah
21. Terowong Angin: Berdasarkan Kaedah Socrates, teknik ini yang dikembangkan oleh
Win Wenger memerlukan anda menjangkau kekangan-kekangan logik untuk mencapai
wawasan yang baru terhadap sesuatu masalah.
22. Set Pandangan Batin Rory O'Connor yang menggabungkan Kaedah Socrates dengan
pemikiran metafora dan pemecahan andaian.

Kesemua kaedah ini juga dikenali sebagai teknik daya cipta. Sila lihat juga rencana Pemikiran.

Lihat juga

 Akal  Pembaharuan (inovasi)  Proses pemikiran


 Analogi  Pemikiran  Psikologi pendidikan
 Cyc  Pemikiran bertumpu  Simon, Herbert
 Fungsi eksekutif  Peningkatan kecerdasan  SOAR (seni bina
 Kajian Rentas  Penyelesai masalah am kognitif)
Disiplin  Penyelesaian Masalah  Taakulan abduksi
 Kecerdasan buatan Automatik  Taakulan akal
 Kepner Tregoe  Penyelesaian masalah  Taakulan deduktif
 Lesgold, Alan kreatif  Taakulan induktif
 Masalah jahat  Perah otak  Taakulan mencapah
 Menyelesai masalah  Pertanyaan atau  TRIZ
 Newell, Allen Penyiasatan
 Portal: Pemikiran

Nota

1. ↑ Laman web Quirk

Rujukan

 Amsel, E., Langer, R., & Loutzenhiser, L. (1991). Do lawyers reason differently from
psychologists? A comparative design for studying expertise. Dalam R. J. Sternberg & P.
A. Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and mechanisms (m.s. 223-250).
Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. ISBN 978-0-8058-1783-6
 Anderson, J. R., Boyle, C. B., & Reiser, B. J. (1985). "Intelligent tutoring systems".
Science 228: 456-462. DOI:10.1126/science.228.4698.456.
 Anzai, K., & Simon, H. A. (1979). "Teori pembelajaran melalui pembuatan".
Psychological Review 86: 124-140.
 Beckmann, J. F., & Guthke, J. (1995). Complex problem solving, intelligence, and
learning ability. Dalam P. A. Frensch & J. Funke (Ed.), Complex problem solving: The
European Perspective (m.s. 177-200). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Berry, D. C., & Broadbent, D. E. (1995). Implicit learning in the control of complex
systems: A reconsideration of some of the earlier claims. Dalam P.A. Frensch & J.
Funke (Ed.), Complex problem solving: The European Perspective (m.s. 131-150).
Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Bhaskar, R., & Simon, H. A. (1977). Problem solving in semantically rich domains: An
example from engineering thermodynamics. Cognitive Science, 1, 193-215.
 Brehmer, B. (1995). Feedback delays in dynamic decision making. Dalam P. A. Frensch
& J. Funke (Ed.), Complex problem solving: The European Perspective (m.s. 103-130).
Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Brehmer, B., & Dörner, D. (1993). Experiments with computer-simulated microworlds:
Escaping both the narrow straits of the laboratory and the deep blue sea of the field
study. Computers in Human Behavior, 9, m.s. 171-184.
 Broadbent, D. E. (1977). Levels, hierarchies, and the locus of control. Quarterly Journal
of Experimental Psychology, 29, m.s. 181-201.
 Bryson, M., Bereiter, C., Scardamalia, M., & Joram, E. (1991). Going beyond the
problem as given: Problem solving in expert and novice writers. Dalam R. J. Sternberg &
P. A. Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and mechanisms (m.s. 61-84).
Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Buchner, A. (1995). Theories of complex problem solving. Dalam P. A. Frensch & J.
Funke (Ed.), Complex problem solving: The European Perspective (m.s. 27-63).
Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Buchner, A., Funke, J., & Berry, D. C. (1995). Negative correlations between control
performance and verbalizable knowledge: Indicators for implicit learning in process
control tasks? Quarterly Journal of Experimental Psychology, 48A, m.s. 166-187.
 Chase, W. G., & Simon, H. A. (1973). Perception in chess. Cognitive Psychology, 4, m.s.
55-81.
 Chi, M. T. H., Feltovich, P. J., & Glaser, R. (1981). "Pengkategorian dan perwakilan
masalah-masalah fizik oleh pakar-pakar dan orang-orang baru". Cognitive Science 5:
121-152.
 Dörner, D. (1975). Wie Menschen eine Welt verbessern wollten [Bagaimana orang-
orang hendak memperbaik dunia]. Bild der Wissenschaft, 12, m.s. 48-53.
 Dörner, D. (1985). Verhalten, Denken und Emotionen [Tingkah laku, fikiran, dan
perasaan]. Dalam L. H. Eckensberger & E. D. Lantermann (Ed.), Emotion und
Reflexivität (m.s. 157-181). München, Jerman: Urban & Schwarzenberg.
 Dörner, D. (1992). Über die Philosophie der Verwendung von Mikrowelten oder
"Computerszenarios" in der psychologischen Forschung [Mengenai penggunaan
mikrodunia atau "senario komputer yang wajar dalam penyelidikan psikologi]. Dalam H.
Gundlach (Ed.), Psychologische Forschung und Methode: Das Versprechen des
Experiments. Festschrift für Werner Traxel (m.s. 53-87). Passau, Jerman: Passavia-
Universitäts-Verlag.
 Dörner, D., Kreuzig, H. W., Reither, F., & Stäudel, T. (Ed.). (1983). Lohhausen. Vom
Umgang mit Unbestimmtheit und Komplexität [Lohhausen. Mengenai pengolahan
ketakpastian dan kerumitan]. Bern, Switzerland: Hans Huber.
 Dörner, D., & Wearing, A. (1995). Complex problem solving: Toward a (computer-
simulated) theory. Dalam P. A. Frensch & J. Funke (Ed.), Complex problem solving: The
European Perspective (m.s. 65-99). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Duncker, K. (1935). Zur Psychologie des produktiven Denkens [Psikologi pemikiran
produktif]. Berlin: Julius Springer.
 Ewert, P. H., & Lambert, J. F. (1932). Part II: The effect of verbal instructions upon the
formation of a concept. Journal of General Psychology, 6, m.s. 400-411.
 Eyferth, K., Schömann, M., & Widowski, D. (1986). Der Umgang von Psychologen mit
Komplexität [Mengenai bagaimana ahli psikologi menangani kerumitan]. Sprache &
Kognition, 5, m.s. 11-26.
 Frensch, P. A., & Funke, J. (Ed.). (1995). Complex problem solving: The European
Perspective. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Frensch, P. A., & Sternberg, R. J. (1991). Skill-related differences in game playing.
Dalam R. J. Sternberg & P. A. Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and
mechanisms (m.s. 343-381). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Funke, J. (1991). Solving complex problems: Human identification and control of
complex systems. Dalam R. J. Sternberg & P. A. Frensch (Ed.), Complex problem
solving: Principles and mechanisms (m.s. 185-222). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum
Associates.
 Funke, J. (1993). Microworlds based on linear equation systems: A new approach to
complex problem solving and experimental results. Dalam G. Strube & K.-F. Wender
(Ed.), The cognitive psychology of knowledge (m.s. 313-330). Amsterdam: Penerbitan
Sains Elsevier.
 Funke, J. (1995). Experimental research on complex problem solving. Dalam P. A.
Frensch & J. Funke (Ed.), Complex problem solving: The European Perspective (m.s.
243-268). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Funke, U. (1995). Complex problem solving in personnel selection and training. Dalam
P. A. Frensch & J. Funke (Ed.), Complex problem solving: The European Perspective
(m.s. 219-240). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Goldstein F. C., & Levin H. S. (1987). Disorders of reasoning and problem-solving ability.
Dalam M. Meier, A. Benton, & L. Diller (Ed.), Neuropsychological rehabilitation. London:
Taylor & Francis Group.
 Groner, M., Groner, R., & Bischof, W. F. (1983). Approaches to heuristics: A historical
review. Dalam R. Groner, M. Groner, & W. F. Bischof (Ed.), Methods of heuristics (m.s.
1-18). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Hayes, J. (1980). The complete problem solver. Philadelphia: Percetakan Institut
Franklin.
 Hegarty, M. (1991). Knowledge and processes in mechanical problem solving. Dalam R.
J. Sternberg & P. A. Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and
mechanisms (m.s. 253-285). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Heppner, P. P., & Krauskopf, C. J. (1987). An information-processing approach to
personal problem solving. The Counseling Psychologist, 15, m.s. 371-447.
 Huber, O. (1995). Complex problem solving as multi stage decision making. Dalam P. A.
Frensch & J. Funke (Ed.), Complex problem solving: The European Perspective (m.s.
151-173). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Hübner, R. (1989). Methoden zur Analyse und Konstruktion von Aufgaben zur kognitiven
Steuerung dynamischer Systeme [Kaedah-kaedah untuk analisis dan pembinaan sistem
tugas-tugas kawalan dinamik]. Zeitschrift für Experimentelle und Angewandte
Psychologie, 36, m.s. 221-238.
 Hunt, E. (1991). Some comments on the study of complexity. Dalam R. J. Sternberg, &
P. A. Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and mechanisms (m.s. 383-
395). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Hussy, W. (1985). Komplexes Problemlösen - Eine Sackgasse? [Penyelesaian masalah
rumit - satu jalan buntu?]. Zeitschrift für Experimentelle und Angewandte Psychologie,
32, m.s. 55-77.
 Kay, D. S. (1991). Computer interaction: Debugging the problems. Dalam R. J.
Sternberg & P. A. Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and mechanisms
(m.s. 317-340). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Kluwe, R. H. (1993). Knowledge and performance in complex problem solving. Dalam G.
Strube & K.-F. Wender (Ed.), The cognitive psychology of knowledge (m.s. 401-423).
Amsterdam: Penerbitan Sains Elsevier.
 Kluwe, R. H. (1995). Single case studies and models of complex problem solving. Dalam
P. A. Frensch & J. Funke (Ed.), Complex problem solving: The European Perspective
(m.s. 269-291). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Kolb, S., Petzing, F., & Stumpf, S. (1992). Komplexes Problemlösen: Bestimmung der
Problemlösegüte von Probanden mittels Verfahren des Operations Research ? ein
interdisziplinärer Ansatz [Penyelesaian masalah rumit: Menentukan mutu penyelesaian
masalah manusia dengan alat-alat penyelidikan operasi — suatu pendekatan antara
disiplin]. Sprache & Kognition, 11, m.s. 115-128.
 Krems, J. F. (1995). Cognitive flexibility and complex problem solving. Dalam P. A.
Frensch & J. Funke (Ed.), Complex problem solving: The European Perspective (m.s.
201-218). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Lesgold, A., & Lajoie, S. (1991). Complex problem solving in electronics. Dalam R. J.
Sternberg & P. A. Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and mechanisms
(m.s. 287-316). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Mayer, R. E. (1992). Thinking, problem solving, cognition. Edisi kedua. New York: W. H.
Freeman and Company.
 Müller, H. (1993). Komplexes Problemlösen: Reliabilität und Wissen [Penyelesaian
masalah rumit: Kebolehpercayaan dan pengetahuan]. Bonn, Jerman: Holos.
 Newell, A., & Simon, H. A. (1972). Human problem solving. Englewood Cliffs, NJ:
Prentice-Hall.
 Paradies, M.W., & Unger, L. W. (2000). TapRooT - The System for Root Cause
Analysis, Problem Investigation, and Proactive Improvement. Knoxville, TN: System
Improvements.
 Putz-Osterloh, W. (1993). Strategies for knowledge acquisition and transfer of
knowledge in dynamic tasks. Dalam G. Strube & K.-F. Wender (Ed.), The cognitive
psychology of knowledge (m.s. 331-350). Amsterdam: Penerbitan Sains Elsevier.
 Riefer, D.M., & Batchelder, W.H. (1988). Multinomial modeling and the measurement of
cognitive processes. Psychological Review, 95, m.s. 318-339.
 Ringelband, O. J., Misiak, C., & Kluwe, R. H. (1990). Mental models and strategies in the
control of a complex system. Dalam D. Ackermann, & M. J. Tauber (Ed.), Mental models
and human-computer interaction (Jilid 1, m.s. 151-164). Amsterdam: Penerbitan Sains
Elsevier.
 Schaub, H. (1993). Modellierung der Handlungsorganisation. Bern, Switzerland: Hans
Huber.
 Sokol, S. M., & McCloskey, M. (1991). Cognitive mechanisms in calculation. Dalam R. J.
Sternberg & P. A. Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and mechanisms
(m.s. 85-116). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Stanovich, K. E., & Cunningham, A. E. (1991). Reading as constrained reasoning.
Dalam R. J. Sternberg & P. A. Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and
mechanisms (m.s. 3-60). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Sternberg, R. J. (1995). Conceptions of expertise in complex problem solving: A
comparison of alternative conceptions. Dalam P. A. Frensch & J. Funke (Ed.), Complex
problem solving: The European Perspective (m.s. 295-321). Hillsdale, NJ: Lawrence
Erlbaum Associates.
 Sternberg, R. J., & Frensch, P. A. (Ed.). (1991). Complex problem solving: Principles
and mechanisms. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Strauß, B. (1993). Konfundierungen beim Komplexen Problemlösen. Zum Einfluß des
Anteils der richtigen Lösungen (ArL) auf das Problemlöseverhalten in komplexen
Situationen [Kekeliruan-kekeliruan dalam penyelesaian masalah yang rumit. Mengenai
pengaruh terhadap tahap penyelesaian-penyelesaian yang betul dalam penyelesaian
masalah untuk keadaan-keadaan yang rumit]. Bonn, Jerman: Holos.
 Strohschneider, S. (1991). Kein System von Systemen! Kommentar zu dem Aufsatz
"Systemmerkmale als Determinanten des Umgangs mit dynamischen Systemen" von
Joachim Funke [Tidak adanya sistem daripada sistem-sistem! Jawapan kepada kertas
kerja "Ciri-ciri sistem sebagai penentu tingkah laku dalam persekitaran-persekitaran
tugas dinamik" oleh Joachim Funke]. Sprache & Kognition, 10, m.s. 109-113.
 Van Lehn, K. (1989). Problem solving and cognitive skill acquisition. Dalam M. I. Posner
(Ed.), Foundations of cognitive science (m.s. 527-579). Cambridge, MA: Percetakan
MIT.
 Voss, J. F., Wolfe, C. R., Lawrence, J. A., & Engle, R. A. (1991). From representation to
decision: An analysis of problem solving in international relations. Dalam R. J. Sternberg
& P. A. Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and mechanisms (m.s. 119-
158). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Wagner, R. K. (1991). Managerial problem solving. Dalam R. J. Sternberg & P. A.
Frensch (Ed.), Complex problem solving: Principles and mechanisms (m.s. 159-183).
Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
 Persatuan Media Pendidikan Wisconsin. (1993). "Information literacy: A position paper
on information problem-solving." Madison, WI: Penerbitan WEMA. (ED 376 817).
(Bahagian-bahagian dipadankan daripada Kertas Pendirian Lembaga Pendidikan
Negara Michigan mengenai Kemahiran-kemahiran Pemprosesan Maklumat, 1992).

Anda mungkin juga menyukai