Anda di halaman 1dari 1

PENGGUNAAN FRACTION DE TABLEAU DALAM MEMBANTU

MURID MENGUASAI PERBANDINGAN PECAHAN YANG TIDAK


SAMA PENYEBUT
Oleh
KOH KOK AN
kokoan1996@hotmail.com
ANGELINE TEE CHER LYNN
teelynn1996@gmail.com

ABSTRAK
Penguasaan kemahiran membanding pecahan yang mempunyai penyebut
berlainan sentiasa menjadi satu isu bagi para guru dan murid. Justeru,
inovasi ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid memahami konsep
dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perbandingan pecahan
yang tidak sama penyebut dengan betul dan tepat. Konsep ini penting
supaya murid dapat menentukan hubungan nilai antara dua buah pecahan,
dan ditandai dengan hubungan. Selain itu, bahan inovasi ini juga boleh
digunakan oleh guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran supaya muridmurid memahami konsep pecahan di sebalik soalan-soalan tersebut.
Tambahan pula, inovasi ini turut memberi ruang kepada para guru untuk
menambah baik amalan keguruan dalam mata pelajaran Matematik
berhubung dengan aspek perbandingan pecahan yang tidak sama
penyebut melalui penggunaan Fraction de Tableau.
Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen; dan
kemudian dianalisis secara kuantitatif dalam bentuk markah dan peratusan.

Kata Kunci: Fraction de Tableau, perbandingan pecahan yang tidak sama


penyebut, amalan kendiri.