Anda di halaman 1dari 77

PROJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TINGKATAN 4

TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT


NAMA PROJEK : JATA NEGERI (NEGERI SABAH)

AHLI KUMPULAN:
1. ONG SHANNEN
2. HNG SOCK TENG
3. NG WEI HAN
4. LIM CHEE YET
5. ELLIS LING LYI SIONG
KELAS : 4 TOPAZ

GURU PEMERIKSA : PN. NIK SHAMILA

KANDUNGAN

JATA NEGARA ------------------------------------------PENGENALAN SABAH


BENDERA NEGERI ------------------------------------ JATA NEGERI ----------------------------------------- LAGU NEGERI ----------------------------------------- BUNGA NEGERI --------------------------------------- KEDUDUKAN SABAH ---------------------------------SEJARAH SABAH
ASAL USUL NAMA SABAH -------------------------- PENGNALAN SEJARAH SABAH --------------------- SEJARAH AWAL -------------------------------------- KURUN KE-5 HINGGA KE-15 ------------------------- 1521-1980 ---------------------------------------------- 1881-1963 ---------------------------------------------- PERSEKUTUAN MALAYSIA -------------------------- TUNTUTAN FILIPINA KEATAS SABAH ------------MASYARAKAT SABAH
PENGENALAN MASYRAKAT SABAH ---------------- KADAZAN-DUSUN------------------------------------ PERAYAAN KADAZAN-DUSUN------------------- MURUT------------------------------------------------- BAJAU--------------------------------------------------BUDAYA MASYARAKAT SABAH
PAKAIAN
o MASYARAKAT KADAZAN-DUSUN---------------o MASYARAKAT MURUT----------------------------o MASYARAKAT BAJAU-----------------------------

KRAFTANGAN --------------------------------------- TARIAN & MUZIK


o TARIAN SUMAZAU -----------------------------o TARIAN LIMBAI --------------------------------o TARIAN MAGUNATIP --------------------------o TARIAN ADAI-ADAI ---------------------------o TARIAN DALING-DALING --------------------MAKANAN TRADISIONAL SABAH
HINAVA -------------------------------------------- NOONSOM ----------------------------------------- PINAASAKAN ------------------------------------- BOSOU --------------------------------------------- SUP MANUK LIHING ----------------------------- SAGOL --------------------------------------------- KILAU ---------------------------------------------- PUTU ----------------------------------------------- LATO ----------------------------------------------- BAMBAN -------------------------------------------GEOGRAFI SABAH
PULAU CANTIK DI SABAH ---------------------- TEMPAT MENARIK DI SABAH
KOTA KINABALU --------------------------- SANDAKAN --------------------------------- RANAU -------------------------------------- TAWAU ------------------------------------- BEAUFORT --------------------------------- KINABATANGAN -------------------------- TUARAN ------------------------------------ KENINGAU --------------------------------- LAHAD DATU ------------------------------ KUNDASANG -------------------------------

KUDAT ------------------------------------- TENOM ------------------------------------ TAMBUNAN ------------------------------- PENAMPANG -------------------------------

Jata Negara

Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam
Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu
tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian
sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah
sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian
tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor;
hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah
negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah
kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang
ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam
Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri
dan tulisan Jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

PENGENALAN SABAH

BENDERA NEGERI SABAH

Bendera negeri Sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Ia bersegi panjang
berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan
grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.

Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru
muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.

Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan
keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah
menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan
semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang
terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan
Kerajaan Negeri Sabah.

LAMBANG NEGERI SABAH

Jata atau mohor sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988.
Penerangan reka bentuk jata seperti berikut:
Sepasang tangan yang menjulang megah memegang Bendera Sabah menghiasi lencana ini
melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat
pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah.
Sebarisan lima warna berlainan di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian
'bahagian' yang terkandung dalam negeri Sabah.

Warna zirkon biru - melambangkan keamanan dan ketenteraman.


Warna biru salji - melambangkan perpaduan dan kemakmuran.
Warna nilakandi biru - melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Warna putih - melambangkan kemurnian dan keadilan.
Warna merah cili - melambangkan keberanian dan keyakinan.

Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Di
bahagian bawah jata ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu "Sabah Maju Jaya".

LAGU NEGERI SABAH


Sabah Tanah Airku
Sabah tanah airku,
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi Semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka

Lagu ini berunsur patriotik bagi menanam semangat kerjasama dan bersatu ke arah kemajuan
di samping memperingati kemasukan negeri Sabah ke dalam gugusan merdeka bersamasama negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia termasuklah Sarawak pada tahun 1963.

Lagu ciptaan H.B. Hermann dari Jalan Geylang, Singapura telah dipilih dan diisytiharkan
sebagai lagu Sabah. H.B. Hermann adalah seorang pemain biola profesional yang telah
mendapat pendidikan awal di Warsaw, Poland dan sebelum berhijrah ke Singapura pernah
mengembara ke Jerman, Rusia dan Siberia untuk mengadakan pertunjukan opera dan muzik.

BUNGA NEGERI SABAH


Bunga Pakma adalah bunga rasmi negeri Sabah di
Malaysia. Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan
genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga
yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia
arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan
saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal
dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma
yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford
Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816.
Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia
arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu
dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera.

Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau
yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak
mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan
oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses
sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang
memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia
tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari
perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.

Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks
bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya
terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya,
ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama
dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.

Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini
membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar,
dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi
membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih
akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan
mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walau bagaimanapun, ini tidak
boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak
aktiviti dan kurang di kawasan lain.

KEDUDUKAN SABAH

Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau
ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai
sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah
timur laut dan Laut Sulawesi di sebelah selatan. Ianya bersempadan dengan Negeri Sarawak di sebelah
Barat Daya sementara Kalimantan, Indonesia pula di sebelah selatannya. Selain daripada itu Negeri
Sabah juga mempunyai lebih daripada 40 buah pulau yang menarik termasuklah Pulau Sipadan yang
merupakan satu-satunya pulau lautan dalam di Malaysia.

Negeri Di Bawah Bayu ini merupakan satu kawasan yang berbukit bukau. Ianya bergunung-ganang dan
disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang
subur. Banyak gua telah ditemui di hutan-hutan Sabah. Gunung Kinabalu merupakan satu daripada
gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4,095 meter.

Lebih kurang 60 peratus daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah
pertanian merangkumi 30 peratus.

SEJARAH SABAH

ASAL USUL NAMA SABAH


Asal-usul nama Sabah dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai
pisang Saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau
yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah
sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri
tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di
antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama
'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British
lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar
kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali
digunakan pada tahun 1963 ketika pembentukan Malaysia.

Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah
sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu
dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.

PENGENALAN SEJARAH SABAH


Sejarah Negeri Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira 2330,000 tahun dahulu dengan
terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negeri ini. Sejarah Sabah juga termasuk dalam
sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Brunei dan kini
Malaysia. Sejarah terawal yang direkodkan di Sabah ketika tamadun bermula adalah pada abad ke-15
ketika era Kesultanan Brunei. Sebelum ini, penduduk awal hidup dalam masyarakat yang berpuak dan
puak-puak ini terus wujud sehingga abad ke-19. Bahagian timur Negeri Sabah telah diserahkan kepada
Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana membantu menewaskan musuh Brunei, namun banyak sumber
mengatakan ianya tidak pernah diserahkan. Sehingga akhir abad ke-19, kedua-dua kawasan dimiliki
oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu yang akhirnya diberikan kepada British. Sabah menjadi naungan
United Kingdom pada 1888 dan kemudiannya menjadi tanah jajahan mahkota sehingga tahun 1963,
ketika itu ia dikenali sebagai Borneo Utara. Pada 16 September 1963, Sabah bergabung dengan Malaya,
Singapura (meninggalkan Persekutuan pada 1965) untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

SEJARAH AWAL
Sebelum abad ke-16, Sabah mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan sistem pemerintahan di
Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik
ketua babas.

KURUN KE-5 HINGGA KE-15


Kesultanan Brunei
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak
adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan
dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu
Srivijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa.
Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara
telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan
ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15.
Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei
mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan
Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah
selatan dan barat Borneo. Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah
(Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan
ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan
mereka.
Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan
diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang
penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di
Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara
bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan

1521-1890
Kedatangan pendatang Eropah
o 1521: Antonio Pigafetta, seorang penulis sejarah Ferdinand Magellan tiba di Brunei dan telah
disambut secara besar-besaran
o 1526: Orang Portugis yang diketuai oleh Menezes melawat Brunei
o 1577: Kuasa Sepanyol telah menakluk Filipina dan juga menyerang Brunei. Kesultanan Sulu juga
ditakluk oleh Sepanyol.
o 1609: Belanda telah mendirikan pangkalan dagangan di Batavia (Jakarta), Jawa.
o 1658: Sultan Brunei telah menghadiahkan kawasan timur laut Borneo kepada Sultan Sulu sebagai
penghargaan baginda terhadap Sultan Sulu dalam menyelesaikan perang saudara di antara Sultan
Abdul Mubin dengan Pengeran Mohidin. Persengketaan dalaman kerajaan Brunei merupakan satu
faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar tersebut.
o 1665: Kapten Cowley telah melawat Borneo dan beliau merupakan orang Inggeris pertama yang
melakukan lawatan ke Borneo.

Balambangan
Dalam tahun 1761, Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia Timur Inggeris di
Madras, India telah membuat satu perjanjian dengan Sultan Sulu yang membenarkan beliau
membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan Borneo Utara. Beliau telah memilih Pulau
Balambangan kira-kira 20 batu nautika dari utara bandar Kudat. Pada tahun 1763, Dalrymple telah
mengibarkan bendera British di Balambangan dan menamakan pulau itu ' Felecia'. Kemudian
seorang pegawai iaitu John Herbert dihantar untuk mendirikan penempatan di Felecia
(Balambangan). Namun begitu penempatan ini menghadapi masalah sejak ia dimulakan.
Kepincangan urusan pentadbiran, rompakan di laut dan kemusnahan kebakaran telah membawa
kehancuran kepada pangkalan dagangan ini pada akhir 1775. Satu usaha untuk menyusun semula
pangkalan ini telah dilakukan pada 1803 oleh General Gabenor India, Lord Arthur Wellesley melalui
pegawainya Robert J. Farquhar, Residen di Amboina. Dalam usaha ini Felicia telah dijadikan stesen
ketenteraan tetapi usaha tersebut gagal dan stesen ini ditinggalkan pada November 1805.
Perhatian British kemudian beralih kepada kawasan lain di gugusan pulau Melayu.
Labuan
Minat British terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun khususnya
Labuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah barat laut Borneo. Pada 1844, James Brooke
berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau Labuan untuk digunakan oleh British
sebagai tempat melombong batu arang di samping menjadikan satu pangkalan untuk membenteras
kegiatan lanun serta meningkatkan perdagangan.
Pada 18 Disember 1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan Pulau Labuan dan
pulau-pulau kecil yang berhampiran diserahkan buat selamanya oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali
Saifuddin II kepada pihak British. Brooke telah menjadi Gabenor Labuan yang pertama dan Konsul
Besar di Borneo. William Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor, Sir Hugh Low sebagai
Setiausaha Kolonial dan Spencer St. John sebagai setiausaha sulit kepada Brooke. Labuan tidak
mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang, seperti yang diharapkan oleh
pengasasnya.

Iklim yang tidak memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi
faktor penghalang kepada pembangunan pulau tersebut. Rentetan sejarah Labuan boleh dilihat
daripada pelbagai perubahan pentadbirannya. Pada tahun 1890, Labuan telah diletakkan di bawah
pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah kerajaan
Negeri-negeri Selat. Selepas Perang Dunia Kedua, Labuan menjadi sebahagian daripada jajahan
Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi sebahagian daripada Wilayah
Persekutuan Malaysia.
1881-1963
Syarikat Perdagangan Amerika
Pada 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses telah berjaya menyewa Borneo
Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun. Kemudian beliau menjualnya kepada Syarikat
Perdagangan Amerika (American Trading Company) yang dimiliki oleh J.W.Torrey, T.B. Harris dan
beberapa orang pedagang Cina. Torrey memilih Kimanis, satu kawasan di barat daya Borneo Utara
sebagai pangkalannya dan memulakan pembinaan penempatan lalu dinamakan 'Ellena'. Usaha
mencari bantuan kewangan bagi membiayai pembangunan penempatan tersebut gagal lalu
ditinggalkan. Dengan hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut, Torrey
berhasil menjual haknya kepada konsul Austria-Hungary di Hong Kong iaitu Baron Gustavus von
Overbeck. Overbeck berjaya memperbaharui tempoh sewaan tersebut untuk 10 tahun dari
Temenggong Brunei. Selain itu, Overbeck berhasil mendapatkan bantuan kewangan dari Dent
bersaudara (Dent brothers - Alfred and Edward) bagi menampung perbelanjaan rancangan yang
dirancang untuk Borneo Utara. Harris meninggal dunia pada tahun 1866 dan Torrey pulang semula
ke Amerika Syarikat pada tahun 1877. Beliau meninggal di Boston, Massachusetts pada Mac 1884.
Alfred Dent dan sewaan
Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan A.B.
Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada Alfred
Dent.
Sebelum itu, Overback juga berminat untuk menduduki
bahagian timur laut Borneo Utara, yang mana ketika itu
diperintah oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu, suatu perjanjian
bersama antara Overback dan Sultan Sulu telah diadakan bagi
mengambil wilayah tersebut pada 22 Januari 1878. Sebagai
Bendera Borneo Utara 1882
balasan daripada Overback kepada Senyediakan bantuan
pertahanan kepada Sultan bagi melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,300 setahun,
nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas). Pajakan ini
berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963,
bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, dikatakan
kerajaan Malaysia masih membayar pajakan kepada Kesultanan Sulu.
Selepas kekecewaan British terhadap Labuan, minat British terhadap
Borneo Utara pudar sehinggalah pada bulan Julai 1881, apabila Alfred Dent
dan adiknya menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd
dan mendapat status Charter pada 1 November 1881. Pada Mei 1882,
sebuah syarikat perdagangan baharu pimpinan Alfred Dent, Syarikat

Jata Borneo Utara


1882

Berpiagam Borneo Utara British mula mentadbir Borneo Utara. SBUB menggelarkan Sabah sebagai
"negeri di bawah bayu". Sir Rutherford Alcock dilantik sebagai Presiden pertama, dan Alfred Dent
sebagai Pengarah urusan syarikat.
Protokol Madrid 1885
Pada 1885, perjanjian Protokol Madrid antara Britain, Jerman dan Sepanyol dimeterai untuk
mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Arkipelago Sulu dan pengaruh Sepanyol hanya terhad di
bahagian itu. Artikel 3 khususnya mengesahkan Sepanyol melepaskan semua tuntutan ke atas
Borneo; kepunyaan atau bekas kepunyaan Sultan Sulu (Jolo) juga dilepaskan termasuk semua
kepulauan di bawah pentadbiran SBUB. Ketiga-tiga negara juga berjanji untuk berdagang sesama
sendiri tanpa sekatan di Arkipelago dan Borneo Utara.
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negeri naungan British di mana kerajaan British akan
melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo
Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah melalui satu
sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun
begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang
Mat Salleh dari tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut
dalam tahun 1915.
Pihak SBUB berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang
Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo
Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari 9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F) pada
tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran
Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil
disambung semula.
Tanah Jajahan Mahkota British
Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah Tanah Jajahan Mahkota British kerana SBUB
tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua.
Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai
ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran
penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem
pentadbiran pada era SBUB. Pembinaan semula dan
pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama
para pentadbir.

Bendera Tanah Jajahan Mahkota


British Borneo Utara 1946

Jata Tanah Jajahan Mahkota British


Borneo Utara 1946

Persekutuan Malaysia
Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila
wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah
sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh
Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan
Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Borneo Utara telah memperolehi hak pentadbiran sendiri pada 31 Ogos 1963 di Keningau, ia diikuti
dengan transisi penggabungan dengan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Malaysia telah
wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar
kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah membentuk pentadbiran peralihan
sementara bagi bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud
bahawa Sabah telah menjadi sebuah negara mahupun merdeka secara hakiki, berikutan ketiadaan
pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1965, Singapura keluar
daripada Persekutuan Malaysia.

Penglibatan negeri Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek pentadbiran,
politik, sosial dan sebagainya. Sabah terus mengalami pembangunan yang pesat dan seterusnya
memasuki era baru yang lagi mencabar sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Tuntutan Filipina keatas Sabah


Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana
kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula
hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak
ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah
Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu,
maka tuntutan tersebut tidak diendahkan.

MASYARAKAT SABAH

PENGENALAN MASYRAKAT SABAH


Rakyat Sabah dibahagikan kepada 32 kumpulan etnik, di mana hanya 28 diiktiraf sebagai Bumiputera,
atau pribumi.
Kumpulan etnik terbesar yang bukan bumiputera adalah Bangsa Cina Han sebanyak (13.2%). Manakala
dialek Cina yang berpengaruh di Sabah adalah Hakka dan diikuti oleh Kantonis dan Hokkien.
Kebanyakan penempatan orang Cina di Sabah tertumpu di bandar dan pekan utama, iaitu di Kota
Kinabalu, Sandakan dan juga Tawau. Kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sabah ialah KadazanDusun, diikuti dengan Bajau, Brunei dan Murut. Terdapat juga sebilangan kecil kaum India dan lainlain bangsa Asia di Sabah berbanding di Semenanjung Malaysia. Orang Cocos juga merupakan salah
satu etnik minoriti yang tinggal di Sabah terutamanya di Bahagian Tawau. Secara umumnya, semua
orang yang datang dari Sabah dikenali sebagai "Orang Sabah" atau (Sabahan dalam bahasa Inggeris)
dan mereka juga menganggap diri mereka seperti itu.
Demografi Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, antaranya:

Kadazan-Dusun

Tidong

Bajau

Maragang

Melayu Brunei

Idahan

Murut

Minokok

Rungus

Rumanau

Kedayan

Paitan

Bisaya

Lun Bawang dan Lun Dayeh

Lotud

Orang Cocos

Kwijau

Iranun

Tambanuo

Orang Sungai

Dumpas

Suluk
Etnik Cina Sabah yang mempunyai
keturunan campuran dengan pribumi
(Sino)

Mangka'ak

Kadazan-Dusun
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga
dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal"
ataupun "orang asli". Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek
dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya.
Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk,
Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus[1], Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan
sebagainya.

Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan[2],
mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan
bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi
sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih
sebagai tolak-ansur.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk
Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu,
Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau
adalah petani tradisi yang menanam padii sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta
menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat
dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada
kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di
daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang
Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka
menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan,
Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami
kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit
di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang
mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa
kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan
fizikal dan mental.

Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa
etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara
kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun
ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

Perayaan Kadazan-Dusun
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta
Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah seperti Murut. Pesta Kaamatan disambut
sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan
Kaamatan adalah peraduan Ratu Cantik atau Unduk Ngadau, tarian tradisi, dan upacara kemuncak
yang dijalankan oleh Bobohizan[Kadazan]/Bobolian[Dusun]/Babalian[Murut] "ketua pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa
Kadazandusun.

Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus:
Kinoingan[Kadazan](dialek suku lain;Kinorohingan[Dusun]/Kinoringan[Suku Dusun yang lain,salah
satunya ialah Dusun Tatana)(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup
kecuali manusia), Koduduwo(Koduduvo[Kadazan]) (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang
yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek
Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada
kewujudan. Semangat padi Bambaazon[Kadazan]/Bambarayon[Dusun] dimuliakan pada pokok padi,
beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Walaubagaimanapun, kebanyakkan rakyat kadazan dusun yang sudah beragama Kristian, mereka
hanya meraihkan pesta tersebut tanpa sebarang kepercayaan tradisional.

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain
menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman
istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau
Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'. Sepanjang perayaan ini diadakan, pertandingan Unduk
Ngadau akan dijalankan di seluruh daerah di Sabah, dan para pemenang setiap daerah akan
seterusnya bertanding di bahagian peringkat negeri. Acara ini merupakan acara yang ditunggutunggu oleh seluruh penduduk Sabah setiap tahun pada bulan Mei.

MURUT
Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara
Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.

Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Dahulu mereka
tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka
adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan
pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang
berkhidmat dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.

Perkataan Murut merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah
tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom,
Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau
Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung dan Murut
Lundayeh[1]/ Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di
Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan
sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum
Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang
dalam komunikasi bahasa mereka.

Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai
atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang
menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina
penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu
dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam
berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini
semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.

Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi,
pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum
kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum
Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan
kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai
pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang
diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika
tinggi dalam kehidupan.

BAJAU
BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah
sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera
terbesar di negeri abah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai
Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping
menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur abah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.

Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi
pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya
dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti sea gypsies,Panglima
Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.

Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar
Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai imur pula
menetap di sekitar udat, andakan, Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau.

Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh
dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang
kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang
dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan
Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di
perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari
luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.

Orang Bajau Samah Pantai arat adalah berbeza dengan Orang Bajau antai Timur khususnya daerah
Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,pemakanan adat resam dan budaya
hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat
dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan
penangkapan hasil laut.

BUDAYA MASYRAKAT SABAH

PAKAIAN
MASYRAKAT KADAZAN-DUSUN
Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan
diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai
perbezaan dari segi pakaian tradisinya. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau
dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga
Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya
yang tersendiri. Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan
juga upacara khas seperti perkahwinan dan Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat
Negeri Sabah.

KOSTUM DAERAH PENAMPANG


Ciri-ciri pakaian tradisi:
Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita (Sinuangga).

Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur (Sinompukung)

Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya bobohizan'(kinoingan)

Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.

Sarong (tapi) panjang berenda siling, berwarna hitam

Siga pelbagai corak dan motif pada tenunan

Perhiasan pakaian:

renda siling utama keemasan pelbagai corak.

Barangan kemas:

Himpogot wang syling berwarna perak.

Tinggot Tali pinggang berwarna perak diperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han.

Tangkong Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin
(husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.

KOSTUM DAERAH KOTA BELUD


Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil Sinipak .
Ciri-ciri Pakaian Tradisi:

Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.

Gonob (sarong) paras lutut.

Perhiasan Pakaian:

Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.

Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan berbagai corak
kain berenda.

Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan) disandang
di tangan sebelah kanan.

Barangan Kemas:

Manik-manik antik)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis), Sinipogot 4 gelang sinipogot yang
diperbuat daripada wang syiling dolar perak, Gelang Perak (Saring Perak ) dan Anting-anting
Perak.

KOSTUM LOTUD (TUARAN)


Ciri-ciri Pakaian Tradisi:

Blaus (sukub) dihias sederhana. Ia berwarna hitam serta berenda kuning keemasan,
mempunyai labuci di lengan kolar dan di depan baju.

Gonob (sarong) hingga ke paras lutut. Linangkit bercorak bunga (kembang suri ). Warna
merah merupakan warna utama namun ditambah juga warna keemasan, putih, oren dan
biru.

Pakaian tradisional mereka ini turut diserikan dengan sejenis kain yang digunakan untuk
menutup bahagian kepala si pemakai khususnya bagi kaum perempuan.

Perhiasan Pakaian:

Kuluwali (Selindang), Linangkit (corak) bermotif kembang suri.

Barangan Kemas:

Lilimbo (tali pinggang rotan) yang tidak mempunyai kancing


pembuka.

Gelang perak (simpai)

Gelang kaki perak (lansung)

KOSTUM KIMARAGANG

Baju Kinaling merupakan pakaian tradisional suku kaum


Dusun Kimaragang. Ia biasanya berwarna hitam dengan
ikat pinggang berwarna warni yang dibuat daripada
perak dan ada pula yang diperbuat dari rotan.

Pakaian tradisional mereka ini selalunya dipakai ketika


mereka menarikanTarian tradisional mereka iaitu Tarian
Kilintangan.

Kostum mereka diserikan lagi dengan penutup kepala


yang diperbuat daripada rotan ataupun anyaman dari
buluh bersama dengan sejenis kain panjang berwarna
merah jambu bagi melengkapkan pakaian tradisonal
mereka ini agar lebih menarik dan unik.

KOSTUM MURUT TAGAL (KENINGAU)


Ciri-ciri Pakaian Tradisi:

Blaus tidak berlengan (sampayau pinongkoh).

Sarung (tapi) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan


manik-manik berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan
menegak di seluruh bahagian depan dan belakang blaus serta sarung.

Perhiasan Pakaian:

Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah,


putih, oren dan hijau.

Barangan Kemas:

Tali pinggang (tirol ringgit) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna perak.

Tali pinggang (sukayan) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah atau coklat (sapulu).

Manik-manik warna biru (botina) dipakai (berjuntai) pada pinggang.

Tali pinggang (bungkas) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis berwarna putih
yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun temurun ahli keluarga dan
bernilai RM 10 000. 00.

MASYARAKAT MURUT
Pakaian wanita
Pinongkolo

Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam,
dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun
tersebut pula tapi linantian.
Pipirot
Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manikmanik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki dan olod.
Salupai
Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.
Sinikot
Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai
di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang
panjang dan dihiasi dengan manik-manik.
Rarangkol
Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas,
kotos, aki pangungupu, bulul, olod dan sebagainya.
Holong
Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang
besar dipanggil holong sulou.

Pakaian lelaki

Babaru puputul
o Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul
(Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai
dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan
dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.
Aba puputul
o Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok
puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang.
Tupi'sinulatan
o Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu
sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot.

MASYARAKAT BAJAU

Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos
berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju
potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Orang Bajau, (juga ditulis sebagai Badjao, Badjaw
atau Badjau) adalah sebuah kumpulan etnik pribumi dari Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf
sebagaikumpulan etnik kedua terbesar di negarabahagian Sabah.

KRAFTANGAN
Kraftangan di kalangan masyarakat asli Sabah bermula dalam usaha mereka untuk
berteduh/berlindung, menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali. Mereka
menghasilkan berbagai-bagai barang yang banyak dengan menumpukan kepada fungsi bahan yang
dihasilkan dan kurang perhatian pada hiasan. Benda-benda yang dihasilkan meliputi kelengkapan
rumah, pertanian dan pemburuan di samping benda untuk kegunaan ritual dan upacara keagamaan.
Penghasilan kraftangan mereka bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya.

Kaum lelaki dan wanita secara tradisi membuat berbagai-bagai jenis kraftangan. Di pedalaman Sabah,
sebilangan besar kaum wanita membuat terendak, anyaman tikar, tenunan kain, sulaman, bakul-bakul
kecil, nyiru dan benda-benda kecil untuk kegunaan seharian. Kaum lelaki pula membuat bakul yang
lebih besar, parang, alat-alat membajak dan memburu, jala dan alat menangkap ikan yang lain dan
senjata. Dikalangan masyarakat nelayan tepi pantai, kaum lelaki membuat perahu, ukiran kayu, alat
penangkap ikan dan wanitanya menenun dan menyulam kain, mengayam tikar dan lain-lain.

Variasi
Kraf yang dihasilkan oleh penduduk dari berbagai-bagai budaya dalam berbilang daerah mempunyai
variasi yang luas. Sebagai contoh, penduduk pesisiran pantai yang penghidupannya bergantung pada
laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih mengamalkan
penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta menangkap ikan sungai. Perbezaan juga
wujud di antara kebudayaan kebendaan penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma.
Perbezaan bukan sahaja terdapat pada alat-alat utilitarian tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat
muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan yang lain.

Bahan
Keadaan tentang adanya bahan-bahan tempatan juga mempengaruhi jenis kraftangan yang dihasilkan.
Di daerah Tambunan, sebagai contoh penggunaan buluh untuk membuat perkakas rumah, bakul,
rumah (termasuk atap) dan pagar sangat luas di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan Tambunan.
Dalam pada itu, labu pahit yang terdapat di Tambunan telah menjadikan daerah ini sebagai pusat
pengeluaran sompoton, sejenis organ mulut yang diperdagangkan di kalangan kumpulan Dusun,
walaupun ia juga ada dibuat di tempat-tempat lain. Rotan yang merupakan satu lagi bahan yang tahan
digunakan dengan luasnya untuk membuat terendak, bakul, hiasan dinding dan juga pengikat kayu
atau buluh. Bahan untuk membuat pakaian tradisional juga diperolehi daripada tumbuhan tempatan,
termasuklah kulit kayu, kapas atau gentian tumbuhan daripada nanas, pisang atau kelapa.

Komersial
Benda-benda yang dibuat pada masa lalu adalah hanya untuk kegunaan rumah sahaja dan corak asas
benda-benda tersebut mencerminkan fungsi asalnya. Hasil yang lebih kadang kala dijual di tamu untuk
komoditi lain. Dengan cara ini, barang-barang dagangan yang diimport seperti tempayan, manik,
benda tembaga, gong tembaga dan kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk pesisiran pantai dibawa
masuk ke kawasan pedalaman pulau Borneo. Dengan perhubungan dengan dunia luar yang semakin
meningkat, bahan-bahan yang jarang terjumpa diganti dengan benda-benda yang diimport dan lebih
murah dalam usaha menghasilkan kraftangan tradisional. Dengan itu, manik-manik kaca yang jarang
ditemui telah diganti dengan manik plastik yang murah dalam penghasilan manik dan hiasan pakaian.
Benang kapas import yang murah kini diguna dalam sulaman dan tenunan. Kain kapas dan baldu hitam
yang diimport telah digunakan sebagai pengganti kepada kain buatan sendiri secara tradisional dalam
penghasilan pakaian.

Salah satu kraftangan yang sangat banyak dibuat di Sabah ialah bakul oleh kerana benda ini dipakai
oleh hampir semua kumpulan etnik. Bentuk dan jenis bakul bergantung kepada fungsi dan tradisi
penduduk yang membuat benda-benda ini. Artifak berbagai-bagai macam kini telah diubah suai dan
dihasilkan untuk memenuhi selera pelancong walaupun sesetengah dari artifak ini masih dibuat dalam
bentuk yang asal.

TARIAN & MUZIK


Muzik tempatan sering berkait rapat dengan tarian. Ia juga berfungsi sebagai muzik latar dalam
sesuatu majlis upacara. Sesetengah alat lazimnya digunakan oleh orang perseorangan untuk hiburan
diri sendiri. Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali ramai adalah tarian Sumazau, tarian
Limbai, tarian Igal Igal, tarian Magunatip,tarian busak baku irau rayeh Lundayeh Sabah, tarian Adaiadai dan tarian Daling-daling.

Upacara
Muzik melambangkan keselarasan tradisional yang wujud di kalangan penduduknya sejak bertahuntahun. Ia dimain semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun
pertama kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang
penting bagi masyarakat tempatan. Setiap kumpulan etnik mempunyai bentuk muzik yang tersendiri
walaupun banyak alat-alat muzik utama merupakan alat yang sama digunakan. Setiap alat dibuat
dengan perasan sayang dengan memotong, membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat
muzik mempunyai keistimewaannya sendiri dengan perbezaan dalam segi bentuk, rentak dan nada.
Terdapat juga alat-alat muzik tertentu yang hanya digunakan oleh satu kumpulan masyarakat sahaja
dan tidak dimain oleh masyarakat yang lain.

Notasi & Alat Muzik


Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak
bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi.
Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara
tradisi dihasilkan khusus sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja.
Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon,
turali, suling (atau seruling), sompoton, gabang dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain
seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan
dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman,
sejenis gentian pokok palmaaa
KELAS

ALAT MUZIK

KORDOFON

Tongkungon, Gambus, Sundatang/Gagayan

EROFON

Suling, Turali/Tuahi, Bungkau, Sompoton

IDOFON

Togunggak, Gong, Kulintangan

MEMBRANOFON

Kompang, Gendang/Tontog

XYLOPHONE

Gabang, Salun

Tarian Sumazau
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat
terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi
suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau
Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri
Sabah pada setiap bulan Mei.

Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petanipetani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini
hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.

Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala,
menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian
tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang
berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong
Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama
kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah
lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerakgerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama
lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan
asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan
pada selepas menuai padi.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian
serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari
perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong)
yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari
lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam
serta menyendang daun silad kering.

Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian


seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan,
di mana ia turut juga ditarikan oleh Semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat
umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

Tarian Limbai
Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum Bajau, Sabah. Tarian Limbai biasanya
ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.

Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai
dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput
pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.

Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penaripenari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan
selamat datang.

Tarian Magunatip
Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi
masyarakat beberapa suku kaum Murut di
pedalaman Sabah. Perkataan Magunatip
diambil daripada perkataan "atip" yang
bermaksud menekan antara dua permukaan.
Penari magunatip memerlukan kemahiran dan
ketangkasan yang baik untuk menari melintasi
buluh
yang
dipukul
serentak
untuk
menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut.

Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan
menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini merupakan tarian yang
dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

Tarian Adai-adai
Tarian Adai-adai merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada
kehidupan kaum nelayan. Tarian ini mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di
laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu
mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi.

Tarian Adai-adai ini biasanya ditarikan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi
oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian
Zapin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa
keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penaripenarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.

Kadang-kala tiada alatan muzik digunakan, sebaliknya bunyi yang mengiringi nyanyian adalah
hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung
atau keduit. Tarian ini sering dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia juga merupakan tarian
masyarakat suku Berunai yang mendiami pekan Weston, Sabah.

Tarian Daling-daling
Tarian Daling-daling merupakan tarian traditional bagi suku kaum ajau dan uluk juga amat
terkenal. Tarian Daling-daling ini biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan "gabbang" dan
gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di
sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penaripenarinya memperlihatkan keunikan tarian Daling-daling ini.

MAKANAN TRADISIONAL SABAH

Hinava

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum
Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di
kalangan kaum Kadazan-Dusun.

Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah
bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.

Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau
samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).

Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi
ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan
Hinava ini.

Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau_Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi
hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dll.

Noonsom
Noonsom merupakan sejenis merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum
Kadazan-Dusun, Sabah, atau lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa
jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada
(Ikan), Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam).

Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar,
dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi
(ditumbuk ), nasi dan garam.Kesemua bahan tersebut akan
dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan
selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang
telah diparut dan sedikit garam.Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol
atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.

Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili
merah.Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan
beberapa minit sebelum dihidangkan.

Pinaasakan

Pinaasakan merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun,
Sabah. Ia merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan isi ikan ( ikan air
tawar/ikan air laut ).

Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit
biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia
akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air hampir kering.

Bosou

Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan
sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan
tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'.
Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang ("Pangium edule") atau daripada daging mentah hasil
perburuan.

Sup Manuk Lihing

Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan
sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah.

Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali
'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.

Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan
halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut
sebelum dihidangkan.

Mengikut tradisi kaum Kadazan-Dusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas
bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh didapati di beberapa
restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan.

Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan 'Hinava' sebagai
hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang
diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan
yang terdapat di negeri di bawah bayu ini

Sagol

Sagol (juga dipanggil Siagol) merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Bajau di Sabah.
Sagol merupakan sebuah perkataan dalam bahasa Bajau yang bererti dicampur atau campuran.
Makanan ini selalunya dimasak dengan menggunakan daging Ikan Buntal, Ikan Pari atau Ikan Yu
(umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar. Kini, penangkapan Ikan Yu adalah dilarang kerana
antara spesis ikan yang diancam kepupusan). Penduduk Bajau Pantai Timur Sabah amat handal
dalam perikanan dan aktiviti lauk termasuk juga memasak ikan beracun seperti Ikan Buntal. Ikan
Buntal perlu dikendalikan oleh tukang masak yang handal untuk menyingkirkan racunnya agar
selamat dimakan. Sagol juga boleh dimasak dalam dua jenis masakan iaitu Sagol kering (tiada kuah)
dan Sagol basah (ada kuah).

Kilau

Kilau atau juga dikenali sebagai Kinilau merupakan makanan tradisional Bajau yang dikatakan "Sushi
versi Borneo". Makanan ini diberi gelaran sedemikian kerana bahan utamanya adalah ikan yang tidak
perlu dimasak tetapi dimakan mentah-mentah. Walaupun dimakan secara mentah, daging ikan
tersebut adalah selamat dan bersih kerana dicampurkan dengan cuka dan limau. Selain daging ikan
sebagai bahan utama, beberapa bahan lain akan dicampur untuk meng'awesome' kan lagi rasanya
seperti mangga, lada, bawang, tomato dan halia. Di kalangan Kadazan-Dusun, Kilau atau Kinilau
dikenali sebagai Hinava.

Putu

Putu atau juga dikenali sebagai Piutu merupakan sejenis makanan yang digunakan untuk
menggantikan nasi. Bahan utama makanan ini ialah ubi kayu yang telah diperah airnya dan dimasak
secara stim (dipanggil tepung 'Panggih'). Ada yang menggambarkan rasanya "seperti ubi kayu yang
dicampur dengan tepung". Ianya sedikit kental dan melekit dan selalunya dibungkus seperti yang
tertera dalam gambar. Putu lebih sedap dimakan bersama makanan laut yang juga makanan
tradisional Sabah seperti Sagol, Kima, Tehe'-Tehe', Tayum dan banyak lagi. Gabungan combo antara
Putu dan makanan-makanan laut tersebut juga dikatakan mampu membuka selera makan bagi yang
mempunyai masalah kurang selera makan. Harga Putu kadang kala 50 sen sebungkus atau 3 bungkus
bersamaan RM1.

Lato

Latok atau gelaran yang diberi "Anggur Laut" merupakan sejenis tumbuhan laut menyerupai anggur
berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga
dihidangkan di mana-mana restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak dimakan
bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan laut perlu dielakkan dari terkena
cahaya matahari agar ianya tidak layu. Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap.

Bamban

Bamban juga merupakan sejenis makanan yang dimasak daripada tepung 'Panggih'. 'Panggih'
merupakan ubi kayu yang telah diparut dan diperah airnya sehingga ia menjadi seakan-akan tepung.
Bamban disediakan dengan memasukkan tepung 'Panggih' ke dalam daun (daun seperti daun pisang
atau daun pokok kelapa) dan di-stim sehingga masak. Setelah masak, ianya boleh dihidang dan
dimakan bersama lauk-pauk seperti sayur dan ikan.

GEOGRAFI SABAH

Sabah terdiri dari Lima Bahagian yang mengandungi beberapa daerah didalamnya. Berikut ialah
senarai Bahagian dan daerah-daerah yang terdapat di Sabah.

1. Pantai Barat (Kota Kinabalu) Terdiri dari daerah Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar,
Penampang, Putatan, Ranau, Tuaran.
2. Pedalaman (Keningau) Terdiri dari daerah Beaufort, Nabawan, Keningau, Kuala Penyu,
Sipitang, Tambunan, Tenom.
3. Kudat Terdiri dari daerah Kota Marudu, Kudat, Pitas.
4. Sandakan Terdiri dari daerah Beluran, Kunabatangan, Sandakan, Tongod.
5. Tawau Terdiri dari daerah Kunak, Lahad Datu, Semporna, Tawau.

PULAU CANTIK DI SABAH


Pasti semua orang yang minat melancong menyimpan angan-angan untuk ke Sabah mengunjungi
pulau-pulau yang cantik disana. Memang benar, Sabah mempunyai banyak pulau yang menarik dan
menjadi destinasi percutian bukan saja pelancong dari dalam Negara tetapi juga dari luar Negara.
Antara pulau-pulau yang menjadi tumpuan palancong adalah:

Pulau Lankayan Terletak di Laut Sulu di bahagian utara Sandakan. Aitr lautnya jernih
kebiruan disekitar pulau ini yang mengandungi batu karang tropika.

Pulau Selingan Juga dikenali dengan nama Turtle Islands Park. Ia terdiri dari tiga buah
pulau iaitu Pulau Selingan, Bankungan Kecil dan Gulisan menjadi lokasi penyu Hijiau dan
penyu Karah bertelur. Pulau ini terletak di Laut Sulu, berhampuran dengan Sandakan.

Pulau Sipadan Terletak di Laut Celebes berhampiran Semporna. Terkenal sebagai salah
satu tempat scuba diving yang terbail dunia.

Pulau Kapalai juga terletak di Laut Celebes berhampiran Semporna. Pulau ini bersebelahan
dengan pulau Sipadan iaitu kira-kira 15 minit perjalanan menaiki bot. ia adalah pulau
percutian terkenal yang mempunyai resort diatas air yang sangat menarik.

Pulau Mabul terletak di Laut Celebes berhampiran Semporna. Lokasinya berhampiran


Pulau Kapalai. Ia merupakan satu lokasi menarik untuk scuba diving.

Pulau Mataking salah sebuah pulau menarik di Laut Cenebes berhampiran Semporna.

Pulau Layang-Layang sebuah pulau yang cantik terletak agar jauh di Laut China Selatan
disebelah barat laut Kota Kinabalu.

Pulau Mantanani pulau yang terletak di Laut Cina Selatan ini adalah berhampiran dengan
Kota Belud.

Pulau Manukan Salah sebuah pulau yang


membentuk Taman Tunku Abdul Rahman.
Terletak berhampiran Kota Kinabalu.

Pulau Gaya pulau terbesar


Taman Tunku Abdul Rahman.
Terletak berhampiran Kota
Kinabalu.

Pulau Sapi salah sebuah pulau yang


membentuk Taman Tunku Abdul Rahman.
Terletaak berhampiran Kota Kinabalu.

Pulau Tiga terletak di Laut Cina Selatan


berhampiran dengan Kuala Penyu.

TEMPAT MENARIK DI SABAH


Tempat menarik di Kota Kinabalu
Kota Kinabalu adalah ibu negeri Sabah. Dahulunya dikenali dengan nama Jesselton. Disini terdapat
banyak tempat-tempat pelancongan yang menjadi tarikan pelancong. Antara tempat menarik di
Kota Kinabalu yang boleh dilawati ialah:

1. Jesselton Point Waterfront terminal feri utama di Kota


Kinabalu yang membawa pelancong ke Taman Laut Tunku
Abdul Rahman dan juga trip ke Labuan. Jesselton Point
Waterfront merupakan salah satu tempat menarik di Kota
Kinabalu yang harus dilawati. Selain menawarkan
pemandangan indah dtepi laut, jeti ini sangat cantik dan
kawasannya begitu bersih. Antara lain yang terdapat disini
ialah deretan kadai makan, kedai kraftangan dan lain-lain.

2. Aquarium &Marine Museum Pusat pameran akuarium yang terbaik di Pulau Borneo yang
mangandungi lebih 150 spesies hidupan kaut termasuk 30 spesies batu karang. Antara yang
ada disini ialah pameran hidupan laut, Pusat Pameran
Terumbu Karang, Pejalan kaki Paya Bakau, Muzium Maritim
dan Marin Kontemporari, Kiosk Maklumat Multimedia
Interaktif dan lain-lian.

3. Atkinson Clock Tower Menara bersejarah ini dibina pada tahun 1905 bagi memperingati
Francis George Atkinson, iaitu pegawai daerah Jesselton (Kota Kinabalu) yang pertama.
Menara ini dibina berasakan kayu dantetap teguh hingga ke hari ini walaupun telah melalui
zaman perang dan juga beberapa panambah-baikan.

4. Australia Place Antara tempat bersejarah yang ada di Kota Kinabalu dan merupakan salah
satu lokasi Heritage Walk di bandaraya ini.

5. Muzium Sabah Muzium Sabah adalah antara tempat menarik di Kota Kinabalu yang harus
dilawati. Ini kerana ia bukan hanya memyimoan khazanah lama dan artifek sejarah tetapi
terdapat berbagai pameran lain seperti Pusat Sains dan Teknologi, Kampung Warisan ,
Ethno-Botanical Garden dan Muzium Tamadun Islam.

6. City Mosque Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di tepi Teluk Likas merupakan
sebuah masjid yang mempunyai rekabentuk menarik menyerupai Masjid Nabawi di
Madinah. Merupakan antara masjid yang paling cantik di Malaysia, masjid ini boleh
memuatkan sehingga 12,000 orang.

7. Double Six Monument Memorial yang dibina bagi mengingati kemalangan kapal terbang
pada 6 June 1976 yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Tun Farad Stephens dan enam
orang yang lain. Double Six
Monument ini dibina diatas kawasan
kemalangan itu berlaku.

8. Gaya Street Sunday Market juga dikenali sebagai Pasar Tamu Jalan Gaya, merupakan salah
satu lokasi terikan pelancong di Sabah. Ia adalah sebuah pasar terbuka yang menjual
pelbagai barangan tempatan dengan harga murah.

9. Handicraft Market Kawasan membeli-belah yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephens ini
cukup terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong yang berkunjung ke Kota
Kinabalu. Perbagai baranagan dijual termasuk kain, mutiara, beg, barangan kraftangan serta
bermacam-macam lagi.

10. KK Esplanade Terletak ditengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu, KK Esplanade ialah lokasi
menarik berlatar-belakangkan pemandangan indah bandaraya dan juga panarama luat yang
memukau. Disini tersedia bangku untuk
pengunjung, tugu ika lumba-lumba dan
pelantar laut yang luas. Pemandangan indah
disini begitu menakjubkan dan salah satu
lokasi bergambar yang cukup menarik di
Kota Kinabalu.

11. KK Heritage Walk Ia adalah perjalanan


melawat lokasi-lokasi menarik dan
bersejarah yang ada di bandaraya Kota
Kinabalu.

12. Kota Kinabalu Wetlands dahulunya dikenali sebagai Kota Kinabalu City Bird Sanctuary.
Kawasan huatn bakau seluas 60 ekar ini dipelihara dan diuruskan oleh NGO tempatan utuk
tujua pemuliharaan, pendidikan, rekreasi, pelancongan dan penyelidikan. Pengunjung boleh
berjalan di kawasan ini untuk melihat berbagai sepsis burung (lebuh 80 spesis), ketam dan
lain-lain lagi.

13. Mari Mari Cultural Village Perkampungan budaya ini adalah destinasi percutian menarik di
Sabah yang mesti dikunjungi. Terletak agar jauh di Kionsom, Inanam, iaitu kira-kira satu
setengah jam perjalanan dari bandarnya Kota Kinabalu. Mari Mari Culture Village
mengumpulkan 5 etnik utama di Sabah didalam satu kampong. Pengunjung dapat melihat
sendiri kehidupan tradisional yang cuba dikekalkan disini.

14. Menara Tun Mustapha dibina pada tahun 1977, ia adalah bangunan kedua tertinggi di
Pulau Borneo. Dahulunya dikenali dengan
Bangunan Yayasan Sabah, ia terletak di Teluk
Likas, kira-kira 5 KM dari pusatbandar Kota
Kinabalu. Menara Tun Mustapha mempunyai
rekabentuk yang unik berupa kon dan
menjadi mercu tanda di negeri Sabah. Ia
berpusing 360 darjah dalam masa sejam.

15. North Borneo Railway Pengunjung dapat merasai suasana menaiki keretapi di zaman
British North Borneo apabila menaiki keretapi lama tahun 1900an yang dipulihara dan
diubahsuai bagaikan gerabak keretapi penumpang gaya colonial ini. Perkhidmatan keretapi
ini bermula dari Tanjung Aru melalui landasan ke
Kinarut dan seterusnya berakhir di Papar. Pengunjung
akan disajikan dengan sarapan pagi ala-Tiffin serta
makan tangahari dengan hidangan Asia dan
Contimental.

Tempat menarik di Sandakan


Terdapat beberapa tempat pelancongan yang boleh dilawati. Antara tempat menarik di Sandakan
ialah:

1.
Sepilok Orang Utan Rehabilitation
Centre.

2. Rainforest Discovery
Centre (RDC).

3.
Labuk Bay Proboscis Monkey
Sanctuary Monkey top safari.

4. Gomantong Cave.

5. Agnes Keith House.

6.
Bornean Sun Bear Conservation
Centre.

7. St. Michaels and All Angels


Church, Sandakan.

Tempat menarik di Ranau


Ranau terkenal sebagai kawasan pelancongan alam semula jadi di Sabah. Antara tempat menarik
yang ada di Ranau ialah:
1. Sabah Tea Garden Ladang The Sabah ini
adalah antara tempat pelancongan menarik di
Sabah yang menjadi tumpuan pelancong.

2. Poring Hot Spring (PHS).

3. Miki Survival Camp.

4.

Kinabalu Park.

5. Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti Fish


Massage.

Tempat menarik di Tawau


Seperti Kudat, Tawau ialah sebuah bahagian, daerah dan juga Bandar di Sabah. Tawau merupakan
sebuah Bandar pelabuhan yang telah lama membangun dan merupakan Bandar yang ketiga terbesar
di Sabah. Terdapat banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti:

1. Teck Guan Cocoa Museum Tawau Cocoa Village.

2. Tawau Tanjung Market Pasar Tanjung Tawau


adalah bangunan pasar terbuka empat tingkat
antara yang
terbesar di
Malaysia.

3. Tawau Hills Park Taman


Negara Bukit Tawau.

4. Maliau Basin.

5. Hutan Simpan Bukit Gemok.

6. Central Market Tawau Juga dikenali


dengan nama Pasar Gantung yang menjual
pelbagai barangan perhiasan dan kraftangan
seperti perhiasan dari mutiara atau kraftangan
dari siput-siput lau dari daerah Semporna. Juga
terdapat pelbagau barangan kraftangan lain
yang diperbuat daripada rotan, kayu jati dan
buah buluh yang unik dari Filipina dan Indonesia.

7. Balung River Eco Park.

8. Menara Jam Tawau Menara jam bersejarah di


Sabah.

9.
Monumen Menara Loceng Terdapat bersejarah di Sbah
yang dibina pada tahun 1898.

10. Tugu Peringatan Kalabakan Tempat bersejarah


di Sabah ini dibina pada tahun 1969 sebagai
momumen memperingati kehilangan 11
perajurit Negara tang terkorban ketika peristiwa
konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Tempat menarik di Beaufort


Beaufort ialah sebuah daerah yang terletak dalam Bahagian Pedalaman Sabah. Bandar Beaufort ini
dibina sejak zaman pemerintahan British lagi. Penduduk daerah ini terdiri dari suku kaum Bisaya,
Kedayan dan Melayu Brunei. Juga terdapat etnik lain seperti kaum Murut, Lun Bawang/Lun Dayeh
dan Dusun. Antara tempat menarik di Beaufort yang boleh dilawati ialah:

1.

Weston Wetland.

3.

Klias River.

2. Starcevich Memorial

4. Garama Wetland.

Tempat menarik di Kinabatangan


Daerah Kinabatangan terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah. Tempat menarik di daerah
Kinabatangan ialah:

1. Sungai Kinabatangan.

2.

Batu Tulug.

Tempat menarik di Tuaran


Daerah Tuaran terletak dalam Bahagian Pantai Barat, Sabah. Penduduk daerah ini terdiri dari suku
kaum Dusun, etnik Bajau, dan kaum Cina. Anatra tempat pelancongan di daerah Tuaran yang
terkenal ialah bangunan Pagoda Cina setinggi 9 tingkat yang menjadi mercu tanda di Bandar Tuaran.
Lain-lain tempat menarik di Tuaran yang boleh dilawati:

1. Tuaran Crocodile Farm.

2. Linangkit Cultural Village.

3. Borneo Kellybays.

4. Kampung Mengkabong Sebuah perkampungan air


yang menarik di Sabah. Perkampungan ini kelihatan
seperti terapung diatas muara dan pesisir pantai.

5. Kampung Penimbawan Sebuah lagi air


yang terletak di Tuaran dan menjadi tarikan
pelancong.

Tempat Menarik di Keningau


Daerah Keningau terletak dalam Bahagaian Pedalaman, Sabah. Bandar Keningau pula merupakan
Bandar yang kelima terbesar di Sabah. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi di Keningau
ialah:

1. Crocker Range Park

2. Tamu Keningau

Tempat Menarik di Lahad Datu


Daerah Lahad Datu terletak dalam Bahagian Tawau, Sabah. Ia terkanal dengan pelancongan alam
semula jadi atau Eko-Pelancongan. Antara tempat menarik di Lahd Datu yang menjadi tarikan
pelancong:

1. Hutan Simpan Lahad Datu.

2. Tabin Wildlife Reserve juga dikenali dengan nama Taman Hidupan Liar Tabin. Pengunjung
boleh melihat berbagai hidupan liar disini seperti gajah Asia, badak sumbu Sumatera dan
tembadau.

3.

Gua Madai.

4. Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum Hutan


Simpan yang menyimpan berbagai khazanah alam
semulajadi di Sabah.

Tempat menarik di Kundasang


Kundasang ialah sebuah Bandar di daerah Ranau, Sabah. Terdapat beberapa tempat menarik di
Kundasang yang boleh dikunjungi:

1. Desa Cattle Dairy Farm.

2.

Petagas War Memorial, Kundasang.

3.

Mesilau.

Tempat menarik di Kudat


Kudat adalah salah satu Bahagian di Sabah. Ia terletak di utara negeri Sabah menghadap Laut China
Selatan dan Laut Sulu. Terdapat tiga daerah dalam Bahagian Kudat iaitu daerah Kudat, Kota Marudu
dan Pitas. Penduduk di Kudat terdiri dari pelbagau etnik seperti Rungus, Cina, Bajau, Dusun, Murut,
Bugis, Suluk dan Melayu. Antara tempat-tempat menarik di Kudat ialah:

1. The Tip of Borneo Tanjung Simpang Mengayau.

2.

Pantai Kelambu.

Tempat menarik di Tenom


Tenaom terletak di Bahagian Pedalaman. Ia bersempadan dengan daerah Keningau, Siptang dan
Beaufort. Anatara aktiviti pelancongan dan tempat menarik di Tenom ialah:

1. Murut Cultural Centre.

2. Sungai Padas Aktiviti kayal dan White


Water Rafting.

Tempat menarik di Tambunan


Daerah Tambunan meliputi kawasan tanah tinggi Banjaran Crocker yang terletak di Bahagian
Pedalaman, Sabah. Penduduk di daerah ini kebanyakannya terdiri dari kaum Dusun. Gunung Trus
Madi, iaitu gunung yang kedua tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,462 meter terletak di
daerah Tambunan.

1. Sawah padi di Tambunan pemandangan


sawah padi yang menarik di kiri-kanan jalan di
Tambunan, Sabah.

2.
Gunung Trusmadi Gunnung setinggi 2,462
meter ini merupakan gunung yang kedua tertinggi
di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.

3. Mat Salleh Memorial Tugu pahlawan


Sabah, Mat Salleh, yang menentang
penjajah British pada kurun ke-19.

Tempat menarik di Penampang


Daerah Penampung terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, berhampiran Kota Kinabalu. Penduduk
di daerah ini kebanyakannya terdiri dari masyrakat Kadazan. Antara tempat0tempat menari di Sabah
yang terdapat di daerah Penampang ialah:

1. St. Michaels Church.

2. TAGAL Tinopikan Park.

3. Sabah Art Gallery.

4.

Lok Kawi Wildlife Park.

5. Kipandi Butterfly Park.

6.

KDCA Cultural Village.

7. Monsopiad Cultural Village juga dikenali dengan nama Kampung Budaya Monsopiad, iaitu
nama seorang pahlawan terkenal yang memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan
kepala tersebut dihalaman rumahnya sebagai amaran kepada musuh-musuhya yang lain.

Anda mungkin juga menyukai