Anda di halaman 1dari 4

Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang

berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh
seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di
Chicago, Amerika Syarikat.

Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan
menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan
kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di
padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul
(penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara
mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga
menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.
Sejarah

Sejarah permainan sofbol bermula di Amerika Syarikat, yang diciptakan di


kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887
secara tidak sengaja oleh George Hancock.

Pada mulanya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang
mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard
di club Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada
Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke
penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang
kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu memberikan sebuah
idea seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan
untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat
dari sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan
mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola.
Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancock menandakan pada lantai
Farragut Boat menyerupai padang baseball.

Pada mulanya pemukul menggunakan sebatang penyapu. Pasukan di bahagi


kepada dua dan Hancock menjerit kata-kata Play ball, maka permainan
bermula iaitu dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan baseball versi
dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai indoor baseball. disebabkan
bentuk bola yang berubah-ubah, nama sofbal sebelumnya menyesuaikan bahan
yang digunakan untuk membuat bolanya, maka nama-nama yang digunakan
waktu itu iaitu kitten ball, army ball, mush ball, dan juga indoor-outdoor,
recreation ball, dan playground ball.

Di awal abad ke-20 sofbol mula dimainkan di luar. Tahun 1908 organisasi amatur
untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the
United States) merancang agar olahraga ini dimainkan di luar menggunakan bola
yang lebih besar. Tahun 1923 Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation
Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun
1926 nama "softball" digunakan walaupun belum dirasmikan.

Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan


Sofbal Amatur Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah
digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Juara untuk sofbol kelas lelaki
pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan juara kelas wanita iaitu Great
Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang di pertandingkan
adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di wilayahnya.

Sejak tahun 1933 softball telah menjadi sebuah nama rasmi. Pada tahun 1934,
pembentukan peraturan bersama untuk lebih jauh memberikan standarisasi
peraturan sofbal. Sudah banyak perubahan peraturan sejak saat itu, khususnya
pada tahun 1946, di mana terdapat perubahan jumlah pemain dalam pertama
pasukan dari 10 ke 9 orang. Pemain ke sepuluh dinamakan shortfielder pada
saat itu bertugas sebagai penjaga daerah dangkal bahagian outfield yang
menjelalajah di belakang infield. Tahun 1950 jarak antara pitchers plate dan
home plate ditambah untuk putera dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter).

Dilihat dari segi penyertaan, sofbal telah berkembang menjadi olahraga pasukan
yang besar dan digemari. padang yang lebih kecil tersedia. Baik wanita mahupun
lelaki dapat memainkan. Pada tahun 1960-an, sebahagian dari 125,000 pasukan
telah terdaftar di Persatuan Sofbal Amatur Amerika. Dan mengadakan enam
kejuaraan nasional setiap tahun. Ini tidak termasuk anggota lelaki mahupun
wanita yang bertanding dalam pertandingan tidak resmi. Di negara lain sofbal
juga menjadi sukan yang digemari baik lelaki wanita tua mahupun muda.

Pada tahun 1949, pasukan Kanada, Toronto's Tip Top Tailors, memenangi
kejuaraan antarabangsa yang dilakukan secara berkala oleh Persatuan Sofbol
Amatur dan merupakan pertandingan pertama yang benar-benar merupakan
kejuaraan tingkat dunia untuk lelaki. Di adakan pada tahun 1966 dibawah
penajaan dari International Softball Federation. Australia memenangi kejuaraan
pertama untuk wanita pada tahun 1965

Jenis permainan softbol


Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat
antarabangsa. Tiga jenis tersebut ialah; fast pitch, modified pitch, dan juga slow
pitch. Huraian mengenai jenis permainan adalah seperti berikut.
Fast pitch softball

Merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola dengan


kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya
lemparan pitcher dan gunacara melepaskan bola. Pelepasan bola terletak di
bawah atau sama dari posisi sarung tangan.
Modified pitch softball

Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah untuk
memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch.
Pemain-pemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut
dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strike zone, jarak
antara base, masa permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam
modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan
putaran lengan melebihi bahu.
Slow pitch softball

Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi
bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut.
Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini sering
dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.
Padang sofbol
Rajah padang sofbal

Padang sofbol berbentuk potongan wajik. Dipecahkan kepada daerah fair (fair
territory) dan daerah foul (foul territory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi
menjadi dua bahagian, Infield, dan outfield.

Di dalam daerah infield terdapat 4 base. Setiap base diberi nombor berlawanan
dengan arah jam. Dimulai dari base perumah yang disebut home plate,
diteruskan dengan base pertama, base kedua dan base ketiga. Base berbentuk
berlian ini mempunyai ukuran sisi 38 cm (15 inci) yang dibuat sedikit lebih tinggi
dari permukaan tanah. Di belakang home plate terdapat penghadang yang
disebut backstop sejauh 7.62 dan 9.14 meter di belakang home plate. Jarak
antara setiap base ditentukan oleh kategori seperti dalam jadual dibawah ini.

JARAK FAST PITCH JARAK SLOW PITCH 60 kaki (18.29 m) 60 kaki atau 65 kaki
(19.81 m) Manakala jarak bagi tempat melempar (pitching) fast pitch dengan
home base ditentukan beradasarkan jadual dibawah ini. Dewasa bawah 18 tahun
bawah 15 tahun Lelaki Wanita Wanita Lelaki Wanita lelaki 43kaki (13.11 m) 46
kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19
m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) Jarak melempar (pitching) slow pitch yang
ditentukan berdasarkan kepada jadual berikut; Dewasa bawah 18 tahun bawah
15 tahun Wanita Lelaki Wanita Lelaki Wanita Lelaki 50 kaki (14.02 m) 50 kaki
(15.24 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02
m)

Anda mungkin juga menyukai