Anda di halaman 1dari 5

Saya akan berkongsi tips peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir

N29 kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini.


Baiklah, untuk pengetahuan calon. Format peperiksaan online ini dibahagikan
kepada 2 seksyen iaitu :a) Seksyen A : Pengetahuan Am
Masa : 40 minit (8:00 pm hingga 8:40 pm)
Bilangan soalan : 50 Soalan
b) Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Masa : 45 minit (8:55 pm hingga 9:40 pm)
Bilangan Soalan : 40 soalan
Untuk memberi kefahaman lebih lanjut kepada calon kita akan kupas lebih
lanjut tips bagaimana hendak bersedia menghadapi peperiksaan online Penolong
Pegawai Tadbir N29 ini.

Pertama sekali saya ingin tekankan bahawa tujuan exam online ini dibuat adalah
sebagai tapisan awal untuk memilih calon yang benar-benar yang layak untuk
dipanggil ditemuduga bagi jawatan ini.
Semua orang ingin lulus dan berjaya, dalam ribuan pemohon tidak semua
mendapat peluang untuk menduduki exam online ini.
Jadi jangan sia-siakan peluang yang telah terhidang dihadapan anda. Lagipun
sekarang bukan senang sebenarnya untuk mendapat pekerjaan dalam sektor
awam.
1. Jawab soalan yang senang dahulu. Jika anda kurang pasti dengan jawapan
yang diberikan, langkau (skip) ke soalan yang seterusnya terlebih dahulu.
2. Jangan risau soalan yang tidak dijawab akan diberikan tanda, jadi anda tidak
akan tertinggal atau terlupa soalan mana yang belum dijawab.
3. Begitu juga apabila berhadapan dengan soalan yang susah. Teruskan
menjawab soalan yang mudah sehingga ke soalan ke-50.
4. Selepas itu ulang balik kepada soalan yang tidak dapat dijawab tadi semula.

Seksyen A : Pengetahuan Am
Pada bahagian ini ada 50 soalan untuk dijawab dalam masa 40 minit. Bermakna
1 soalan perlu dijawab kurang daripada 1 minit.
Jadi calon perlu menjawab soalan dengan pantas kerana masa yang diberikan
adalah terhad.
Pada bahagian ini ia lebih bertujuan untuk menguji tahap kepekaan calon secara
umum terhadap dasar-dasar kerajaan yang terkini, pentadbiran, hal ehwal dalam
negara dan luar negara dan seumpamanya.
Berikut antara topik yang patut anda baca yang memantapkan lagi persediaan
anda untuk menjawab soalan Pengetahuan Am.

Rukun Negara
PLKN
Perundangan Negara
Perlembagaan Persekutuan
Hubungan luar negara
ASEAN, OIC dan PBB
Agensi kerajaan
Dasar-dasar kerajaan yang terkini seperti NKRA, NBOS, Insentif
kerajaan untum kebajikan rakyat
Berkaitan pembentangan Bajet

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah


Untuk bahagian ini pula calon akan diuji tahap kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan masalah.
3 elemen utama yang perlu diambil perhatian oleh setiap calon iaitu kemahiran
logik, kemahiran mengalisis data dan kemahiran matematik
1. Kemahiran logik adalah untuk menguji kreativiti dan tahap pemikiran setiap
calon dalam menyelesaikan masalah. Kepada mereka yang gemar bermain
permainan IQ rasanya tiada masalah untuk menjawab soalan-soalan sebegini.
2. Kemahiran menganalisi data pula adalah untuk menilai tahap ketelitian calon
terhadap data-data yang diberikan.
3. Kemahiran matematik pula soalannya tidaklah terlalu sukar, kebiasaannya
soalan yang keluar adalah apa yang sudah kita belajar semasa SPM dulu.
Selalunya soalan yang diajukan adalah untuk menyelesaikan masalah matematik
mudah.

Anda mungkin juga menyukai