Anda di halaman 1dari 2

Persada Kata Ketua Editor 2016

Camar berterbangan mencari rezeki,


Kembangnya semarak cantik belaka,
Utusan akhir ikhlas dari hati,
Buat adinda yang banyak berjasa.
Dengan lafaz mulia Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam 1 Malaysia saya mulakan.
Terlebih dahulu saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun
kepada warga DFOURIANS yang menantikan edisi kali ini dengan penuh
debaran yang tidak mampu dibayangkan. Setiap detik kesabaran warga
DFOURIANS amatlah dihormati.
Sekalung budi ucapan terima kasih ingin saya dedikasikan khas
kepada para penasihat sidang redaksi yang diketuai oleh Puan Herdawati
binti Hamdan atas segala tunjuk ajar dalam berkongsi pengalaman dan
ilmu bersama kami. Tidak dilupakan juga barisan ahli sidang redaksi yang
lain turut memainkan peranan sebagai tulang belakang dalam
merealisasikan naskhah kali ini amatlah dihargai. Bagi senior editor luar
pula jutaan terima kasih saya rakamkan atas kerjasama pihak tuan yang
tidak terbalas jasanya.
Sebagai warga DFOURIANS perasaan bersyukur dan bangga terhadap
sekolah bukanlah sesuatu yang janggal tatkala segala pahit manis kita
sepanjang tahun 2016 telah berjaya digarap indah ke dalam helaian
kertas ini khas buat tatapan semua. Setiap kenangan diisi dengan
pengalaman baharu dan mungkin kenalan baharu. Apatah lagi dalam
bidang sukan yang mempunyai kuantiti terbanyak dipecah rekodnya kali
ini. Akademik juga tidak dilupakan dengan peratus kelulusan yang agak
memberangsangkan daripada kejayaan para senior yang
menginspirasikan kami sebagai junior.
Kontradiksinya, 2016 juga merupakan tahun terakhir kepada Bonda
Ranjithamalar selaku Pengetua SMK Seksyen 4 Kota Damansara sebelum
beliau bersara. Diharapkan edisi kali ini mampu dijadikan memoir yang
terindah buat Bonda disaat rindu akan kami. Segala perit getir yang dilalui
Bonda membawa erti kepada kami. Setiap pencapaian yang tercatat
disebalik naskhah ini merupakan berkat usaha Bonda sebagai ketua
keluarga DFOURIANS. Semoga pemergian Bonda dijadikan satu lagenda.
Sebagai bicara akhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
pihak sekolah yang telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada
saya selaku Ketua Editor 2016 dan memberikan sokongan yang
secukupnya sepanjang penghasilan edisi ini. Bagi pelajar Tingakatan Lima
terima kasih atas segala pengorbanan yang dicurahkan kepada sekolah

kita manakala bagi adinda yang lebih muda kami mengharapkan yang
terbaik dari kalian semua untuk mengharumkan lagi sekolah kita ke arah
futuristik demi mencapai taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan. Bak kata
cendekiawan Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya yakin andai
slogan bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
diamalkan pasti misi sekolah kita mampu dicapai. Insya Allah. Selamat
membaca!
Sekian, Terima Kasih

NISHA QISTINA BINTI MOHD SHARIL

Anda mungkin juga menyukai