Anda di halaman 1dari 4

Sila sediakan Dokumen-Dokumen seperti bawah sebelum menghadiri temuduga

(Interview)
1. Dokumen ASAL
Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:

Kad Pengenalan

Sijil Kelahiran

Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)

Sijil Berhenti Sekolah

Sijil SPM asal

Sijil STPM asal (jika ada)

Diploma asal (jika ada)

Transkrip diploma asal (jika ada)

Ijazah sarjana muda asal.

Transkrip sarjana muda asal.

Ijazah sarjana asal (jika ada)

Transkrip sarjana asal (jika ada)

Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negara)

Sijil/Surat Keterangan Ko-Kurikulum (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti)

Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

[Sila sediakan setiap dokumen diatas dengan setiap satu photocopy.]

(Semua sijil academic & co-curriculum sebelum tingkatan 5 (sebelum SPM) tidak
perlu bawa sekali) [Dorang xminat langsung dengan hasil-hasil anda masa kecil! ]
Semua dokumen di atas sepatutnya disimpan dalam satu folder yg special untuk
temuduga tersebut. Jangan lupa! Dokumen yg tidak berkaitan jangan letak sekali
dalam satu folder yg sama supaya mengelakkan kelam kabut.
Folder itu merupakan portfolio calon. Kalau nak jadi guru, jika nak simpan dokumen
20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana nak simpan beratus beribu
dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri yang penting.

2.Salinan Fotostat
Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah
difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu
tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat
hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua
kampung, ketua balai polis, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan
peringkat kumpulan 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. Jangan
datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan
fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.
Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut
susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh ada pula calon yang
sehingga buat binding semua salinan fotostat. Tak perlu dibinding! Anda akan
membazirkan wang sahaja jika buat binding sebab kebanyakan calon yang buat
binding salinan sijil mereka susunannya tidak sama seperti diarahkan. Biasanya,
sampai sahaja ke pusat temuduga, penemuduga akan suruh tanggalkan dan susun
semula. Jadi dalam kursus ini, saya sekalai lagi berpesan Susun ikut sepertimana
disenaraikan di atas. Kemudian staple di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple
sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan
mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna paper clip
sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.
3. Borang Maklumat Diri Calon

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang
yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon. Maklumat yang perlu diisi dalam
borang ini ialah seperti :

Maklumat kursus yang anda pohon seperti nama kursus, kod dan tahun
ambilan.

Butir diri calon seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh
lahir dll

Butiran keluarga seperti maklumat bapa / suami / isteri

Butiran akademik iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat


ijazah, CGPA dan bidang.

Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan


Jangan buat perkara-perkara berikut:

Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan liquid paper

Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh baru
nak cakap terlupa konon dan sebagainya . Kalau penemuduga pun buat ohhh..
terlupa nak bagi markah macam mana ?

Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport tetapi
saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka
sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada calon
yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan.
Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. Bergambarlah dengan
pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat kedai gambar tu.. ada banyak
blazer / kot untuk bergaya. Namun, ramai yang tampal gambar mereka yang pakai
tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan rocklah.

Tandatangan Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru


sedar belum ditandatangan.
4. Kesimpulan

Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri
temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda? Saya
berharap, calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan
mengalahkan semua calon lain dari segi kualiti diri calon berasaskan kepada
persediaan dokumen dan borang-borang.
Sijil kepujian dekan diletakkan selepas transkrip
Boleh letakkan resume (susunan yang terakhir sekali)
Sijil ko-kurikulum merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama
akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tingkatan 4 hingga universiti pun
boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa
menyemak aktiviti ko-kurikulum, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah
terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat
sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti
semasa di Universiti. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di Universiti, lebih baik
sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih
tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara
watak guru yang dicari.

Nasihat dari Admin:


Kebanyakkan pelajar tidak susun elok maklumat mereka sebelum datang interview.
Bila masa dorang sampai, kelam kabut menyediakan semua dokumen, bersepah jeh
meja Admin setiap kali interview mereka.
Cuba bayangkan, jika anda sorang Interviewer, adakah anda suka dengan pekerja
seperti ini yg tidak bertanggungjawab dan tidak menyediakan dokumen sebelum
start kerja? Bagi Admin, memang pantang kalau satu pekerja yg tidak take
responsibility on what he has done!
Sediakan payung sebelum hujan, inilah cara kerja dan attitude Admin selama ini!

Anda mungkin juga menyukai