Terima kasih pengerusi majlis.Yang saya hormati, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Lidong, Guru Besar Sk Lidong, para ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Selamat pagi dan salam perpaduan. Saya _____________________________ selaku Ketua Pengawas SK Lidong tahun 2016 ingin mengambil kesempatan di hari yang berbahagia ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha keras mendidik dan membimbing kami agar kami menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti. Harapan saya kepada rakan-rakan dan adik-adik sekalian, hormatilah dan dengarlah nasihat nasihat daripada guru agar kita akan terus berjaya. Hargailah jasa dan sumbangan guru kita dengan menghadiahkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Rakan-rakan sekalian.Sebagai ketua pengawas dan telah menghabiskan hampir 6 tahun menuntut ilmu di SK Lidong yang tercinta ini, saya ingin menyeru kepada adik-adik sekalian agar tingkatkan usaha adik-adik semua untuk menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kita yang tercinta ini diperingkat daerah, bahagiaan, negeri dan kebangsaan. SK Lidong yang tercinta in imasih lagi banyak ruang untuk dipertingkatkan prestasinya sama ada dalam bidang akademik mahupun Ko-kurikulum. Tidak mustahil kita boleh lakukan sekiranya kita semua meletakkan kepentingan sekolah sebagai tanggungjawab kita bersama. Akhir sekali, saya menyeru kepada rakan-rakan tahun 6 dan semua pengawas yang dilantik , jangan terus lupakan sekolah kita yang tercinta ini. Ingatlah jasa guru-guru kita sepanjang 6 tahun kita menuntut ilmu di sini.Buat adik-adik sekalian, perjuangan tugas untuk menggalas nama baik sekolah terletak di bahu bahu adik-adik sekalian. Junjunglah nama baik sekolah kita. Berusahalah untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah kita.Khas buat guru-guru,Kami memohon maaf andainya banyak salah dan silap kami pelajar tahun 6 sepanjang guru mendidik kami. Budi guru akan kami sematkan sampai bila-bila. Terima kasih kerana guru-guru sekalian telah mencoretkan warna-warna hidup kami. Petik bunga dalam jambangan Bunga disimpan dalam keranjang Pengawas sekolah jangan sembarangan Rosak pengawas alang kepalang Cari kumbang di dalam taman Kumbang hinggap di bunga inai Jadilah Pengawas yang pengalaman Agar sekolah aman dan damai