Anda di halaman 1dari 3

Tarikh

: 8 Januari 2016

Kepada : Wan Yusnee Wan Abdullah, Ketua Mahasiswa Ikram Subang Jaya

Kepada pihak yang berkenaan,


KERTAS KERJA UNTUK MENGADAKAN PROGRAM REHLAH MAHASISWI
IKRAM SUBANG JAYA BERTEMAKAN HIJRAH SAHABAT NABI.
Merujuk perkara di atas, saya Atiqah, Pengarah Program ingin memohon kelulusan daripada
pihak tuan untuk mengadakan program rehlal mahasiswi Ikram Subang Jaya.

Demikian merupakan maklumat-maklumat terperinci tentang program tersebut.


1. Maklumat program
Tarikh

: 30 Januari 2015

Masa

: 9.00 pagi 1 tengahari

Tempat

: Taman Botani Shah Alam

Jangkaan Kehadiran : 40 orang pelajar perempuan

2. Objektif program
a) Untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pelajar mahasiswi dari Universiti
Taylors, Monash dan juga International Medical University (IMU) dan terutamanya
untuk menyantuni mahaisiwi baru dari Sunway University College.
b) Untuk menambahkan pengetahuan mahasiswi berkenaan kisah hijrah pada zaman
Rasulallah s.a.w. melalui program rehlah.
c) Memperkenalkan badan syura kampus kepada mahasiswi Ikram Subang Jaya.

3. Tentatif Program
Sabtu, 30/1/2016
9 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi.
9.30 pagi : Taklimat program dan pembukaan majlis.
10 pagi 12 tengahari : Explorace
12 tengahari : Perkongsian ibrah dan refleksi.
12.30 tengahari : Pemberian hadiah.
1.00 tengahari : Bersurai dan makan tengahari.

4. Cadangan Perbelanjaan
Perkara
Makanan
Sarapan
Makan tengahari
Hadiah
Yuran masuk Taman Botani
___________

RM

Kuantiti

Jumlah RM

3.50
4.50
20.00
3.00

40
40
3
40

140.00
180.00
60.00
120.00

Jumlah Keseluruhan

RM 500 .00

Cadangan yuran untuk peserta : RM5 X 40 peserta = RM200


Jumlah yang diperlukan : RM300
Kelulusan dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahulukan dengan terima kasih.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Atiqah Bt Abd Rahim di talian , 019-3054972.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

...

...

(MAIZATUL AKMAL BT MOHD ZOL)

(ATIQAH BINTI ABD RAHIM )

Setiausaha,

Pengarah Program,

Program Rehlah Mahasiswi IKRAM SJ.

Program Rehlah Mahasiswi IKRAM SJ

Disahkan oleh:

(WAN YUSNEE WAN ABDULLAH)


Ketua Mahasiswi Ikram Subang Jaya.

Anda mungkin juga menyukai