Anda di halaman 1dari 4

Tugas Guru Data

13 March 2011cikgu eaizanLeave a commentGo to comments


Rasanya eloklah aku tulis sikit pasal tugas Guru Data Sekolah (GDM). Tahun ni aku baru ambil alih
tugas GDM ni sebab GDM asal sekolah aku tengah cuti tanpa gaji. Tak tahulah aku sama ada ambil
alih sementara atau ambil alih terus. Tak kisahlah, pasal aku ni jenis tak reti nak tolak tugas
orang bagi, aku buat. Dapat je tugas GDM ni, aku terus cari dan download Surat Pekeliling Iktisas
(SPI) berkaitan GDM nih SPI 14/2007 PERLANTIKAN GURU DATA DI SEKOLAH MENENGAH DAN
RENDAH.
GURU DATA 12 WAKTU SEMINGGU?
Aku tau ada yang cemburu pasal GDM cuma mengajar 12 waktu seminggu. Memang dalam
pekeliling (SPI 14/2007) dah jelas menyatakan Guru Data dikehendaki mengajar tidak melebihi12
waktu dalam seminggu. Nanti dulu tuan/puanbelum habis cerita lagi. Dalam pekeliling yang
sama juga ada dinyatakan Guru Data dikehendaki memperuntukkan 4 waktu dalam sehari untuk
pengurusan data sekolah. Jadi waktu sebenar GDM ialah 32 waktu seminggu (waktu minimum
ya). Ada sesiapa pembaca di sini yang jadual dia 32 waktu seminggu?
Aku katakan sebentar tadi 32 waktu minimum dengan andaian jadual waktu mengajar 12 waktu
dan waktu pengurusan data 20 waktu. Tapi mimpi pun tak selalunya indah, kan? Begitu juga
dengan realiti. Realitinya jadual mengajar aku sekarang 14 waktu seminggu (matematik 2 kelas =
10 waktu, ekonomi asas 1 kelas = 4 waktu). Tapi tu pun sebab aku yang mintak pasal aku tak nak
kehilangan subjek kemahiran aku Ekonomi Asas. Pentadbir aku ok je pasal diorang sebenarnya
memang nak bagi aku 12 waktu. Alah, takda beza apa sangat pun antara 12 dengan 14 waktu tu.
Tapi ada rakan aku disekolah lain, dapat waktu pengajaran dan pembelajaran 20 waktu
seminggu!!! 20 + 20 = 40 waktu seminggu!!! Sekali lagi aku nak tanyaada sesiapa pembaca kat
sini yang dapat jadual 40 waktu seminggu?

Bilangan waktu (20 waktu tugas guru data seminggu) ni tak nampak pasal tidak dimasukkan
sekali ke dalam jadual individu guru. Cuba masukkan (macam yang aku buat) dan tengoklah apa
hasilnya dalam jadual tu. Sebab tu lah bawak balik kerja data ke rumah adalah kebiasaan bagi
GDM hingga ada yang kena marah dengan isteri/suami (hehehe). Tambah lagi pulak kalau line
internet sekolah macam kura-kura dan selalu bermasalahmemang sahihlah kena buat kerja kat
rumah. Apa? pakai wireless broadband? Ada peruntukan ke? kalau takda, takyah cakap la

Sibuk sangat ke jadi GDM sampai dah bagi 12 waktu seminggu (minimum ya!) pun tak cukup lagi?

TUGAS GURU DATA


Ok, masih lagi dengan SPI 14/2007 sebagai panduan, senarai tugas GDM ialah :

1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang


ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua. (tugas ni untuk semua cikgu, bukan khas untuk aku je)
2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan
oleh Bahagian-bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan)
dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan. (Bukan rancang je.laksanakan sekali!)
3. Bertanggungjawab bagi pengurusan data bagi aplikasi EMIS iaitu melaksanakan,
pengumpulan,pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran,pelaporan,pembekalan dan penyebaran
data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang
berkaitan dengan guru, pelajar, staf bukan guru, profil sekolah, pendaftaran PTK (nasib baik dah
takdo PTK), dan lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa. (Benda ni semua kena sentiasa
update tiap-tiap bulan)
4. Membantu guru dan staf sokongan dalam pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan,
pengeluaran, penganalisisan, pelaporan dan penyebaran data dan pendidikan seperti HRMIS,
Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), peperiksaan, asrama,
kokurikulum, dan buku teks (SISTEKS/EMATEK). (Ada antara senarai tu bukan takat bantu jetapi
aku yang kena buat sendiri)
5. Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah bestari
tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT (Guru Penyelaras Bestari ) (Nasib baik sekolah
aku ada Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Makmal Komputer!!!)
6. Membantu pihak pengurusan sekolah mengenakini data dan maklumat peringkat sekolah
bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. (ni pun nasib baik dah tamat dah
tapi ntah pelan apa lak nak keluar lepas nih)
7. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat
peringkat sekolah. (ramai mintak tolong bab ni kat sekolah termasuklah bila anda ada masalah itu
ini ngan laptop anda atau bila nak print, kan?)
8. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat Sekolah. (bila nak meeting nih? dah bulan
mac ni ha)
9. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke
semasa. (memang sentiasa ada tugas-tugas lain yang diarahkan. Tambahan satu lagi ialah e-
operasi/e-gTukar masih belum ada masa SPI ni dikeluarkan)
Jadi, tugas GDM sebenarnya bukanlah hanya EMIS seperti yang anda sangkakan selama ni. Bila
aku cerita pasal tugas GDM ni, janganlah pula ingat aku tertekan dengan tugas baru aku ni. Aku
cuma nak rakan-rakan paham dan tahu apa sebenarnya tugas GDM.

Terkini KPM dah arahkan JPNS buat kajian mengenai beban tugas Guru Data. Dengar ceritanya
daripada dapatan kajian ni akan ditentukan sama ada Guru Data akan dikategorikan Luar Norma
atau tidak. Kalau nanti Luar Norma pun, aku tetap jugak nak mengajar.apa guna jadik cikgu
kalau tak mengajar?

GURU DATA
Assalamualaikum dan salam bahagia.

Entri kali ini aku nak bercerita pasal kerja hakiki aku di sekolah.

Aku manggantikan Puan Kamales sebagai guru data sejak dari Oktober 2009
sehingga kini setelah beliau bertukar sekolah kerana mengikut suami. Banyak perkara
yang perlu aku belajar memandangkan tugas guru data ni sangat asing bagi aku.

Kekadang rasa sangat sibuk, kekadang tak berapa sibuk. Tak menentu. Waktu
mengajar aku hanya 12 waktu seminggu. Tapi kekadang tak menang tangan dibuatnya
dengan kerja yang melambak. Setiap sekolah hanya ada seorang guru data. Paling
ramai pun 2 orang (pembantu guru data). Kerja aku ni banyak melibatkan Internet,
kalau buat kerja disaat akhir, merana la jawabnya kerana akan 'line busy'. Yang paling
menyesakkan dada aku kalau akses Internet ada masalah. Huhu, kena mengadap bos
la jawabnya.

Berikut adalah senarai tugas guru data :

SENARAI TUGAS

Peringkat : Sekolah Menengah/Rendah

Jawatan : Guru Data Sekolah DG41/DGA29

Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi

waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi

kedua-dua sesi)

1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti


yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua.

2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang


diarahkan oleh Bahagian di KPM, JPN, PPG/D dan sekolah serta lain-lain agensi
kerajaan:
a) Bertanggungjawab bagi pengurusan data EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan,
pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran
data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan
berkaitan dengan:

Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;

Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;

Staf bukan guru;

Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;

Pendaftaran PTK;

Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.


b) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan
seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid
(SSDM), peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks, e-GTukar, Pelabelan, dll.

c) Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer yang digunakan untuk


pengurusan data EMIS; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh
penyelaras IT.

d) Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat
sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

3. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan


maklumat peringkat sekolah.
4. Menjadi setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS).
5. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari
semasa
ke semasa.

Arip : Buat kerja dengan ikhlas.

Anda mungkin juga menyukai