Anda di halaman 1dari 7

Kelemahan PBS

Pelaksanaan PBS untuk murid-murid Tahun 1 bermula pada tahun 2011


merupakan cabaran besar kepada guru-guru di sekolah rendah. Walaupun
PBS ini dilaksanakan sejajar dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), guru-guru masih menganggap PBS telah dilaksanakan secara
mendadak dan menjadi kejutan budaya dalam pentaksiran. Keadaan ini
menyebabkan banyak masalah terutamanya dalam penyediaan evidens, sistem
pengkalan data, pengurusan fail, dan pemantauan murid.
Masalah dalam penyediaan evidens seperti ketidak setaraan kod, evidens yang
banyak, dan terpaksa menyediakan instrumen yang berbeza-beza mengikut
penguasaan murid. Masalah tersebut disokong dengan kenyataan berikut:
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014
5
“ ...mungkin macam, kalau boleh lah kan, evidens tu kena ada kod-kod
dia, kalau boleh benda tu disediakan. Minta di standardize...”
“ .......maksudnya soalan memang ini yang dipakai untuk seluruh
negeri. Sekarang yang kita buat, kita menilai murid menggunakan
eviden. Eviden itu cikgu sendiri yang buat. Contohnya, soalan ni
cikgu ni kata sesuai untuk Band 1 tetapi mungkin cikgu di sekolah lain
kata soalan ini bukan Band 1, ini lebih kepada Band 2...”
“ .....kalau dari sudut murid, dalam satu kelas dengan bilangan yang
ramai dan eviden yang berbeza setiap murid sebab ikut peringkat
kebolehan.....”
“ ....sebab kita lihat daripada segi, contoh murid nak menguasai Band
6, untuk setiap kelas mungkin tak sama instrumennya. Kalau kelas A
mungkin mudah sikit, kelas B mungkin susuh sikit...”
“.....Bagi saya, cabaran ynag pertama dihadapi oleh saya adalah
pentaksiran di dalam kelas. Sebab saya berada di dalam kelas
berbeza. Saya mengajar 3 kelas. Tahap yang paling rendah,
penyediaan soalannya tidak sama dengan penyediaan soalan untuk
kelas pandai...”
Pengurusan data merupakan masalah besar dalam pelaksanaan PBS
disebabkan ‘server’ yang perlahan dan perlu mengambil masa yang lama
untuk memasukkan data, dan ada sebahagian guru tidak tahu
menggunakannya; seperti yang dinyatakan oleh guru-guru
“.....dan pada masa yang sama dari segi kita nak masukkan data, dia
punya sistem pun masalah juga, seperti sekarang ni.....”
“......sistem itu sendiri, pengisian markah pun tidak diajar. Bila
ditanya, pandai-pandailah...”
“......sistem tu dah bermasalah, servernya tidak dapat menampung
keperluan sekolah-sekolah...”
Selain itu guru-guru PBS juga mengalami masalah dalam menyimpan eviden
pelajar bagi setiap mata pelajaran.
“.......Banyak sangat fail-fail. Dokumentasi terlalu banyak....”
“....Kita pun pening kat situ. Kita jadi kelam kabut. Nak keluarkan
modal lagi untuk fail dulu dan sekarang lain...”
“......dari segi masa dan keadaan sekarang ini, dengan keadaan KSSR,
dengan keadaan pihak atasan yang akan update kan semua fail-fail tu
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations
6
semua, dalam masa yang sama bila kita nak buat tu memang
tertekan...”
“....Sampai kita kata yang mana lebih utama. Kita nak mengajar
budak jadi pandai ke atau kita nak kena buat eviden yang banyak
dalam fail?.....”
“....jika kita tanya pada mana-mana cikgu tentang PBS ni, mereka
akan cakap tentang filing system...”
Matlamat utama PBS adalah untuk melihat perkembangan semua aspek
individu murid, tetapi guru menghadapi kesukaran dalam memantau murid
atas sebab bilangan murid dalam kelas yang terlalu ramai.
“ ......dalam kelas ada yang advance dan ada yang kebelakang. Dari
sistem penilaian PBS, bila ada murid yang tidak mencapai Band, kita
terpaksa ulang. Maksudnya kita mengajar tu ulang. Di situ saya rasa
seolah-olah idea ini tidak berlaku sebenarnya. Bagi saya, jika kelas tu
ada 18 orang, jika dia tidak dapat jawab, saya boleh ulang balik. Tapi
jika dalam kelas tu 40 orang, memamng mustahil untuk saya
mengulangnya....”
“.....bagi saya, kalau satu kelas kurang muridnya, memang boleh buat.
Ada nampak rasional pelaksanaannya. Tapi bagi satu kelas yang
ramai, untuk melaksanakan PBS ni, masih lagi tidak rasional....”
“.....Bilangan pelajar memang ramai. Ada kelas yang jumlah
pelajarnya menjangkau 43 orang. Nak bimbing jadi masalah. Bila
dibahagikan kepada kumpulan, akan jadi riuh...”
“.......satu kelemahan kami di sekolah besar ni, dalam satu kelas ada
empat puluh lebih, antara 45-47 orang murid, bila ada budak yang tak
datang nak pergi balik ke Band yang seterusnya rasa agak tertinggal.
Rasa susah.

CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKANSEKOLAH:... (PDF Download Available).


Available from:
https://www.researchgate.net/publication/277562617_CABARAN_PENTAKSIRAN_BERA
SASKANSEKOLAH_DILEMA_GURU [accessed Apr 13 2018].

Cabaran
Hasil analisis data, pengkaji merumus bahawa guru-guru PBS menghadapi
empat cabaran utama iaitu:
Masa
Guru-guru PBS terpaksa menggunakan masa yang banyak untuk merangka
penilaian (penyediaan instrumen), ulang mengajar, pengisian data dan
penyimpanan eviden yang banyak. Dalam menyediakan instrumen guru perlu
merangka penilaian agar setiap band, evidens dan keupayaaan murid
mempunyai kesejajaran, jadi guru-guru perlu memperuntukkan masa yang
mencukupi.
“……..Ok yang pertama dari segi kita nak merangka penilaian untuk
murid itu. Sebab kita kena menilai murid dari segi, ok macam Band
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014
7
setiap eviden itu ada dia punya kod. Apa yang kita buat, kita kena
tengok adakah apa yang kita buat itu kena dengan Band yang
dikehendaki oleh Kementerian. Itu satu cabaran…”
“…..yang saya lihat pada murid itu sendiri, tahap yang rendah ni dia
punyai pentaksiran mungkin kena lain sikit. Maksudnya bahan yang
kita bagi dekat dia pun memang special sikit. Tak sama dengan kelas-
kelas yang lain..”
Guru juga terpaksa mengulang pengajaran sekiranya murid itu tidak mencapai
Band yang ditetapkan, guru juga perlu merangka dan membina instrumen baru
sehingga murid itu mencapai.
“…cabarannya seperti yang telah saya cakap tadi, kita perlu ulang..”
“…Sebab ia berasaskan sekolah, jadi ia berasaskan pada murid kita
sendirilah. Contoh kita ada pentaksiran pertama, dia tak capai. Jadi
cikgu kena cari inisiatif lain untuk bina instrumen baru sehingga
budak tu boleh kita bantu..”
“….bila budak tak datang, kita terpaksa ulang dengan budak-budak
lain dan saya dah tak tahu macam mana nak buat..”
“…sistem lama cikgu perlu mengejar masa untuk menghabiskan
silibus. Tapi sekarang, ada juga yang tak habis sebab terpaksa
mengulang balik…”
Guru-guru juga bertanggungjawab memasukkan data ke dalam sistem, tetapi
mereka menghadapi cabaran dengan server yang perlahan dan terpaksa
menunggu masa yang sesuai.
“....kalau sistem dia laju, mungkin kita dapat isi dengan cepat. Tapi
nak isi pun take time dan kadang-kadang tertunda disebabkan server
slow...”
“..........bila dah ramai cikgu masuk, sistem jadi hang dan terus tak
boleh...”
“..guru subjek kena masukkan dalam sistem, dan sistem itu pun
bermasalah dan selalu diselenggara. Ia agak merumitkan dan
memakan masa...”
Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran
Guru-guru juga menghadapi cabaran berkaitan dengan kemudahan pengajaran
dan pembelajaran seperti masalah bilik darjah, komputer dan capaian internet.
Kebanyakan sekolah masih kekurangan bilik darjah dan setiap bilik darjah
dimuatkan dengan bilangan murid melebihi 30 orang. Bilangan murid yang
ramai ini menyebabkan bilangan komputer yang ada di sekolah tidak
mencukupi, dan masih menggunakan komputer versi lama. Murid-murid
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations
8
perlu berkongsi komputer atau membuat aktiviti secara bergilir-gilir, situasi ini
menyebabkan proses pembelajaran murid mengambil masa yang panjang.
Hasil penilaian guru pula perlu dimasukkan ke dalam sistem, tetapi capaian
internet sangat perlahan walaupun kemudahan wifi disediakan, keadaan ini
disebabkan jumlah pengguna yang ramai. Cabaran dan masalah yang
dinyatakan di atas disokong oleh luahan guru-guru PBS seperti berikut:
“......kita ada masalah. Kita ada makmal tetapi komputer tu versi
lama. Jadi ia kurang membantu...”
“.....kebanyakan komputer telah rosak. Jadi mereka perlu berkongsi
dan buat aktiviti secara bergilir-gilir..”
“...sekolah saya ada 9 kelas. Makmal komputer ada 16 buah.
Bayangkan....murid ada 33 orang dalam satu kelas. Jadi nak buat
pentaksiran tu agak lambat. Susah pun ya..”
“.............kita tak cukup bilik darjah.........”
“.....cikgu-cikgu guna laptop sendiri. Broadband yang disediakan pun
hanya ada 4, itu pun telah diberikan kepada yang tertentu sahaja.
Kemudian wifi ada juga disediakan tetapi bila jumlah pengguna yang
ramai, ia jadi lambat.”
“..di sini pun capaian internet memang agak kurang.”
Kompetensi Guru
Guru-guru beranggapan mereka mempunyai kompetensi yang kurang dalam
melaksanakan PBS. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara,
antaranya; kursus PBS yang mereka hadiri tidak fokus kepada pentaksiran,
dan guru-guru kurang pengetahuan dalam membina instrumen. Kursus PBS
yang dihadiri tidak fokus ini disokong dengan kenyataan guru-guru PBS,
“Dari segi training pula saya nak komen, bila kita pergi kursus, kita
diajar cara-cara untuk menulis rancangan harian. Cikgu yang telah
lama bertugas bila diajar cara-cara untuk menulis RPH ni, mereka
ketawa. Sepatutnya kita pergi kursus diajar cara bagaimana nak
mentafsir.”
“Dari segi pengalaman saya, kalau boleh kursus yang diberi perlu
beri kefahaman yang betul kepada JU. Jangan bagi kursus seminggu
tapi masih ada yang tak jelas. Bila JU sendiri tak faham, jadi
pencairan maklumat ke sekolah tidak berlaku dengan betul”
“Training ada, tapi kita bagi latihan dalam LDP tu, kita panggil
semua cikgu. Tapi cikgu-cikgu yang tidak terlibat ni, mereka take for
granted. Jadi bila mereka terlibat dengan KSSR tahun ni dan tahun 3,
mereka akan terpinga-pinga.”
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014
9
“........training ada tapi mungkin kurang berkesan la, espcially pada
mereka yang tidak terlibat secara langsung. Tapi akhirnya dia akan
terlibat juga bila naik tahun 4, 5 ,6..”
“...........saya rasa tak cukup. Sebab kalau macam training tu pun
setahun sekali. Lepas tu kadang-kadang macam saya sendiri pun, 3
tahun berturut-turut kursus untuk KSSR tu, PJ saya yang pergi. So,
macam mana cikgu PJ yang lain, mereka tiada pendedahan.”
Apabila kurus yang dihadiri tidak fokus dan pencairan maklumat yang berlaku
tidak betul, menyebabkan guru-guru PBS kurang pengetahuan dalam membuat
penilaian. Berikut adalah apa yang dialami oleh guru-guru PBS
“...cabaran dari sudut guru, kurang pengetahuan dan kurang
hebahan”
“Tapi yang paling kritikal adalah dari segi hebahan lah. Kalau nak
buat tu tapi pengetahuan kita kurang, untuk mengajar kita ada ilmu
tapi benda yang kita nak sampaikan kepada murid tu tak ada, itu yang
jadi masalah”
“.................kecairan maklumat di sini tidak akan berlaku sepenuhnya,
mungkin saya di PPD dapat 10%. Tapi bila di sekolah mungkin 5%
sahaja yang saya dapat sampaikan. Jadi, tak habis.
“Bagi saya pun, ia jadi perubahan yang mengejutkan. Saya yang
telah berkhidmat bertahun-tahun pun tidak tahu macam mana nak
buat penilaian PBS ni kerana saya tak nampak. Jadi saya rasa sistem
ni susah.”
Sistem Pengurusan PBS
Semua guru PBS perlu menggunakan aplikasi dalam talian untuk memasukkan
markah PBS murid ke dalam sistem. Guru-guru menghadapi cabaran besar
dalam pengisian data ke dalam sistem kerana mereka tidak diajar cara-cara
memasukkan markah, sistem bermasalah, dan mengambil masa yang panjang.
Berikut adalah luahan daripada guru-guru PBS
“………………sistem itu sendiri, pengisisan markah pun tidak diajar.
Bila ditanya, pandai-pandailah isi.”
“…………..sistem itu pun bermasalah dan selalu diselenggara. Ia
agak rumit dan memakan masa.”
“Sistem tu dah lah bermasalah, servernya tidak dapat menampung
keperluan sekolah-sekolah.”
“Kalau sistem dia laju, mungkin kita isi dengan cepat. Tapi nak isi
pun take time dan kadang-kadang tertunda disebabkan server slow.”
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations

CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKANSEKOLAH:... (PDF Download Available).


Available from:
https://www.researchgate.net/publication/277562617_CABARAN_PENTAKSIRAN_BERA
SASKANSEKOLAH_DILEMA_GURU [accessed Apr 13 2018].

CADANGAN
Berdasarkan maklumat dari analisis temubual, tiga cadangan utama diutarakan
agar dapat perhatian daripada pihak berkaitan iaitu:
Tingkatkan Latihan Guru
Guru-guru PBS perlu diberi latihan secara berkala dengan mengikuti bengkel-
bengkel berkaitan penyediaan instrumen, memasukkan data secara atas talian,
sistem perfailan dan lain-lain kursus yang dapat meningkatkan kompetensi
guru sebagai pelaksana PBS yang berkesan.
Sistem Pengurusan PBS yang Cekap
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan
bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR), dan sistem ini dibangunkan secara atas talian
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Semua guru mata pelajaran
bertanggungjawab memasukkan data prestasi murid-murid atas talian selepas
setiap kali pentaksiran dibuat. Dapatan kajian ini mendapati guru-guru
mengalami masalah untuk memasukkan data ke dalam sistem, mereka
terpaksa mengambil masa yang lama dan kerja-kerja terpaksa tertunda
disebabkan ‘server’ yang perlahan dan tidak dapat menapung keperluan
sekolah-sekolah. Keadaan ini dapat diatasi sekiranya pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia dapat menyediakan sistem pengurusan yang lebih cekap
atau langkah-langkah lain yang relevan bagi mengatasi masalah ini.
Pemantauan Berkesan
Pemantauan perlu dilakukan secara berkesan agar masalah dapat diselesaikan
di peringkat awal. Merujuk kepada Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan
Sekolah ia terbahagi kepada empat iaitu peringkat Kementerian Pelajaran
Malaysia, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah. Di
peringkat sekolah rendah, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan mempunyai
tanggungjawab yang besar bagi memastikan semua guru yang terlibat dalam
PBS memahami konsep dan melaksanakan PBS seperti yang diharapkan.
Guru Panitia yang dilantik juga bertanggungjawab memantau setiap guru di
bawah panitia mata pelajaran masing-masing agar pelaksanaan PBS berjalan
lancar. Guru besar atau Penolong Kanan, dan Guru Panitia perlu diberi
maklumat yang lengkap dan memahami pelaksanaan PBS di sekolah masing-
masing. Mereka bertanggungjawab bukan sahaja memastikan kelancaran
pelaksanaannya tetapi memantau proses pelaksanaan PBS itu sendiri, dan
bukan hanya sekadar melihat evidens atau fail-fail sahaja. Pihak-pihak atasan
seperti Pegawai Pendidikan Derah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri
sewajarnya turut turun padang bagi memantau proses pelaksanaan PBS di
sekolah-sekolah dengan lebih kerap, agar segala permasalahan dapat
diselesaikan dengan segera. Secara tidak langsung dapat membantu guru-guru
menjalankan tanggungjawab sebagai pelaksana PBS dengan berkesan.
IMPLIKASI
Pelaksanaan PBS didapati memberi implikasi yang besar kepada murid,
ibubapa dan sekolah.
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014
11
Murid
Walaupun PBS merupakan pentaksiran yang holistik terhadap individu murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kajian ini mendapati PBS
menimbulkan beberapa implikasi kepada murid antaranya: kesungguhan
murid berkurang, motivasi menurun, murid kurang tarikan untuk belajar dan
murid mudah lupa selepas pentaksiran.
“ .......lama-lama saya nampak mereka ni macam kurang dia punya
tarikan. Dah selalu sangat periksa mereka kata.”
“....jadi motivasi untuk dia bergerak tu kurang, sebab dia tak nampak
nombor. Kalau ada nombor, dia akan tahu kedudukan ........”
“..........kerana murid tidak mahu belajar kerana tiada peperiksaan.
Mereka jadi malas nak belajar”
“Bila dia tak ada peperiksaan, dia jadi sambil lewa sahaja. Seperti
yang saya cakap tadi, murid macam take for granted. Murid cepat lupa
apa yang telah diajar.”
Ibubapa
Kebanyakan ibubapa masih berpengang teguh dengan sistem pentaksiran
berorientasi peperiksaan, di mana markah dan gred yang diperolehi menjadi
kayu ukur kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Ibubapa tidak faham
apa itu PBS, khususnya tentang sistem Band yang menentukan tahap
penguasaan murid dalam pembelajaran dalam kelas. Pihak sekolah perlu
meningkatkan inisiatif memberi penerangan dan kefahaman kepada ibubapa
tentang transformasi pentaksiran yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia. Pengetahuan dan kefahaman ibubapa tentang PBS dapat membantu
anak-anak mereka dan seterusnya memudahkan guru dalam melaksanakannya
di sekolah.
Sekolah
Secara keseluruhan sekolah-sekolah berhadapan dengan maslaah kekurangan
bilik darjah, bilik penyimpanan fail-fail evidens murid, makmal komputer, dan
set komputer. Pelaksanaan PBS memerlukan peruntukan yang agak besar bagi
menampung keperluan bagi melancar perjalanan PBS. Oleh yang demikian
Guru Besar sebagai pihak yang bertanggungjawab merangka belanjawan bagi
memastikan PBS berjalan lancar.
KESIMPULAN
Di peringkat sekolah guru-guru mengakui bahawa PBS menjadikan mereka
lebih bersifat endah dan lebih mengambil tahu tentang penguasaan dan
prestasi murid dalam pembelajaran. Guru-guru terpaksa berhadapan dengan
banyak cabaran dan mereka berada dalam dilema melaksanakan PBS, kerana
transformasi pentaksiran ini memerlukan kesediaan guru dari segi
pengetahuan tentang pentaksiran dan penyediaan instrumen, kemudahan
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations
12
prasarana sekolah yang dapat menyokong kelancaran pelaksanaan PBS iaitu
bilik darjah, makmal komputer, set komputer, capaian internet dan bilangan
murid yang ramai melebihi 30 orang dalam satu bilik darjah. PBS juga
memberi implikasi kepada pihak sekolah, murid dan ibubapa. Beberapa
cadangan penambahbaikan diharap dapat mengurangkan masalah dan dilema
guru-guru dalam pelaksanaan PBS, seterusnya memartabatkan pentaksiran
dalam sistem pendidikan di Malaysia dan memenuhi hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia menghasilkan modal insan yang holistik.

CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKANSEKOLAH:... (PDF Download Available).


Available from:
https://www.researchgate.net/publication/277562617_CABARAN_PENTAKSIRAN_BERA
SASKANSEKOLAH_DILEMA_GURU [accessed Apr 13 2018].

Anda mungkin juga menyukai