Anda di halaman 1dari 12

Bab 3 KOORDINASI BADAN

Soalan Objektif

P Q

Rajah 1
Rajah 1 di atas menunjukkan dua jenis sel saraf P dan Q dalam badan manusia. Antara berikut, yang
manakah mewakili sel-sel saraf tersebut?

P Q
A Neuron deria Neuron perantaraan
B Neuron perantaraan Neuron motor
C Neuron motor Neuron deria
D Neuron motor Neuron perantaraan

2 Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan luar kawal?


A Batuk
B Mendengar
C Membaui
D Bercakap

P
Q

R
S

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan kelenjar-kelenjar endokrin yang utama dalam badan. Antara kelenjar P,
Q, R, dan S, yang manakah berfungsi apabila seseorang memakan madu dalam kuantiti yang tinggi?
A P
B Q
C R
D S

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3-1 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


4
organ deria neuron deria sistem saraf X

otot neuron motor

Rajah 3

Rajah 3 di atas menunjukkan pergerakan impuls dari organ deria hingga ke otot seorang budak
yang sedang menulis. Antara berikut, yang manakah mewakili sistem saraf X?
A Sistem saraf autonomi
B Sistem saraf pusat
C Sistem saraf periferi
D Sistem saraf somatik

Q
S
R

Rajah 4

Mata seorang pelajar mengerlip untuk mengelakkan kemasukan seekor serangga kecil ke dalamnya.
Antara bahagian yang berlabel P, Q, R, dan S pada Rajah 4 di atas, yang manakah bertanggungjawab
kepada gerak balas itu?
A P
B Q
C R
D S

kelenjar Y
ginjal

Rajah 5

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3-2 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Kelenjal Y, dalam Rajah 5, berfungsi untuk
A merangsangkan pertumbuhan
B menyediakan uterus untuk menerima ovum
C mengawal aras gula dalam darah
D menambahkan keupayaan badan untuk mengatasi tekanan hidup

7 Pernyataan yang manakah tidak benar tentang saraf tunjang?


A Jirim kelabu terletak di sebelah luar jirim putih
B Merupakan sebahagian daripada sistem saraf pusat
C Bersambung dengan medula oblongata
D Mengawal tindakan refleks

I
II

III
IV

Rajah 6

Berdasarkan Rajah 6 di atas, kekurangan hormon dari kelenjar manakah boleh menyebabkan
seseorang menghidap penyakit goiter?
A I
B II
C III
D IV

9 Bahagian otak yang manakah mengawal minda seseorang?


A Serebrum
B Serebelum
C Medula oblongata
D Saraf spina

10 X

reseptor

dendrit
Rajah 7

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3-3 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Rajah 7 menunjukkan suatu neuron deria. Bahagian berlabel X dikenal sebagai
A dendron
B akson
C sinaps
D badan sel

11 Antara berikut, yang manakah bukan suatu tindakan luar kawal?


A Penganalisaan maklumat
B Pengawalaturan suhu badan
C Rembesan air liur
D Peristalsis dalam usus

12 Kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid akan mengakibatkan


A kadar metabolisme dipercepatkan
B penyakit goiter
C perkembangan otak kanak-kanak terencat
D perkembangan ciri-ciri seks sekunder terencat

13

D C

Rajah 8

Berdasarkan Rajah 8, antara bahagian-bahagian berlabel A, B, C, dan D, yang manakah


merembeskan hormon bagi mengawal kandungan gula di dalam darah?

14
reseptor sistem saraf pusat efektor
X Y

Rajah 9

Rajah 9 di atas menunjukkan hubungan reseptor dan efektor dengan sistem saraf pusat. X dan Y
ialah
X Y
A neuron motor neuron deria
B neuron perantaraan neuron deria
C neuron deria neuron motor
D neuron deria neuron perantaraan

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3-4 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


15 Otak manusia dilindungi oleh tulang keras yang dikenali sebagai
A serebrum
B serebelum
C meninges
D kranium

16

Rajah 10

Rajah 10 di atas menunjukkan keratan rentas otak manusia. Bahagian berlabel X ialah
A serebelum
B serebrum
C jirim putih
D jirim kelabu

17 Rembesan hormon yang berlebihan oleh kelenjar adrenal mengakibatkan


A penyakit kencing manis
B pertumbuhan yang melampau
C kekurangan kandungan garam dalam darah
D tekanan darah tinggi

18 Antara berikut, tindakan yang manakah tidak melibatkan deria kinestesis?


A Mengecamkan warna-warna yang berlainan
B Menyedari kedudukan badan
C Menganggar berat objek-objek
D Mengimbangi badan semasa berjalan dengan mata dipejam

19
Menyebabkan kretinisme
Menyebabkan kegergasian

Ciri-ciri di atas disebabkan oleh kegagalan satu daripada kelenjar endokrin untuk berfungsi dengan
baik . Apakah kelenjar endokrin itu ?
A Kelenjar tiroid
B Kelenjar pankreas
C Kelenjar pituitari
D Adrenal

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3-5 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


20 Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak dikawal oleh medula oblongata?
A Peristalsis
B Pemikiran
C Denyutan jantung
D Peredaran darah

21 Ubat penenang yang diambil dalam dos yang banyak boleh menyebabkan
I mengantuk
II koordinasi otot terbantut
III penglihatan menjadi kabur
A I sahaja
B II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

22 Bahagian X membentuk sebahagian besar otak. Antara berikut , yang manakah fungsi bahagian X
itu?
I Mengawal aktiviti mental
II Mengawal tindakan terkawal
III Mengawal keseimbangan badan
A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

23 sel kulit
neuron motor

neuron perantaraan

neuron deria
otot
Rajah 11

Rajah 11 di atas menunjukkan keratan rentas bagi saraf tunjang. Bahagian yang manakah dilabelkan
dengan betul?
I Neuron deria
II Neuron motor
III Neuron perantaraan
A III sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3-6 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


24 Antara berikut , yang manakah tergolong di dalam sistem saraf periferi manusia?
I Saraf kranium
II Saraf spina
III Saraf tunjang
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

25 Kesan alkohol kepada manusia termasuklah


I sirosis hati
II gangguan tindakan terkawal
III ulser perut
A II sahaja
B III sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III

26 Antara berikut , yang manakah benar tentang sistem saraf manusia?


I Terdiri daripada kelenjar-kelenjar tanpa duktus
II Impuls dihantar secara kimia melalui darah
III Impuls bergerak dengan sangat cepat
A I sahaja
B II sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja

27 Antara berikut , yang manakah kesan ketagihan dadah morfin?


I Menggeletar
II Mimpi ngeri
III Insomnia
A II sahaja
B III sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III

28 Gerak balas refleks tidak melibatkan


I otak
II otot
III saraf tunjang
A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3-7 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


29 Di manakah terdapat reseptor regang?
I Sendi
II Ligamen
III Otak
A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

30 Kesihatan mental seseorang boleh dipengaruhi oleh


I kecederaan otak
II penyalahgunaan dadah
III pengalaman pahit
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3-8 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Soalan Struktur

1 dendrit badan sel

reseptor Y

X
Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan suatu neuron.


(a) Namakan neuron ini.

______________________________________________________________________________

(b) Pada Rajah 1 di atas , labelkan dengan anak panah arah gerakan impuls.
(c) (i) Namakan bahagian berlabel X.

_____________________________________________________________________________

(ii) Apakah fungsi X?

_____________________________________________________________________________

(d) Namakan satu organ yang mungkin bagi reseptor Y.

______________________________________________________________________________
[ 5 markah ]

Q
R

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan kedudukan tiga kelenjar endokrin dalam badan manusia.

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3-9 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


(a) Nyatakan satu kesan jika kelenjar yang berlabel P merembeskan hormon yang berlebihan.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

(b) (i) Namakan kelenjar yang berlabel Q

___________________________________________________________________________

(ii) Nyatakan hubungan antara hormon yang dirembeskan oleh kelenjar Q dengan penyakit
kencing manis.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(c) (i) Namakan kelenjar yang berlabel R.

___________________________________________________________________________

(ii) Nyatakan satu fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar R.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[ 5 markah ]

Soalan Esei

1 (a) (i) Terangkan maksud minda. [ 1 markah ]


(ii) Nyatakan tiga ciri mental yang sihat dan kurang sihat. [ 6 markah ]
(b) Terangkan bagaimana mental yang sihat dapat dibentuk. [ 3 markah ]

2 (a) Berikan dua perbezaan di antara sistem saraf dan sistem endokrin . [ 4 markah ]
(b) Terangkan bagaimana sistem saraf berkoordinasi supaya seseorang dapat melarikan
diri apabila ternampak seekor anjing yang garang mengejarnya. [ 6 markah ]

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3 - 10 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


JAWAPAN Bab 3
Soalan Objektif

1B 2A 3C 4B 5C
6D 7A 8B 9A 10 B
11 A 12 C 13 C 14 C 15 D
16 C 17 D 18 A 19 C 20 B
21 D 22 C 23 C 24 B 25 D
26 B 27 D 28 A 29 C 30 D

Soalan Struktur

1 (a) Neuron deria


(b)
arah impuls

(c) (i) Akson


(ii) Membawa impuls menjauhi badan sel neuron
(d) Kulit/Mata/Lidah/Telinga/Hidung

2 (a) Kadar metabolisme meningkat/Selalu berpeluh/Kadar denyutan jantung bertambah


(b) (i) Pankreas
(ii) Jika kurang hormon dirembeskan, seseorang akan menghidap penyakit kencing manis
(c) (i) Kelenjar adrenal
(ii) Menambahkan metabolisme badan supaya dapat mengatasi tekanan hidup

Soalan Esei

1 (a) (i) Keupayaan untuk berfikir dan menaakul


(ii) Ciri-ciri mental yang sihat (mana-mana tiga)
- Bersikap positif - Bersikap sabar
- Berdikari - Berfikir secara rasional
- Berkasih sayang - Kreatif
- Bertanggungjawab - Bersikap tabah

Ciri-ciri mental yang kurang sihat (mana-mana tiga)


- Tidak sopan - Tidak dapat menerima kelemahan diri
- Tidak dapat mengawal perasaan diri - Cepat meradang
- Bersikap agresif - Suka berseorangan
- Sentiasa risau - Kurang keyakinan diri

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3 - 11 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


(b) - Mempunyai disiplin diri
- Mengekalkan sikap dan fikiran yang positif
- Mempunyai kesedaran terhadap nilai-nilai sosial yang murni
- Bergaul dengan orang yang bersikap positif
- Menggunakan masa dengan cekap dan produktif

2 (a)
Aspek Sistem saraf Sistem endokrin
1 Terdiri daripada Neuron Kelenjar-kelenjar endokrin
tanpa duktus
2 Bentuk utusan Secara elektrokimia Secara kimia melalui peredaran
terhasil darah
3 Masa untuk Cepat Lambat
bergerak balas
4 Kesan hormon / Rangsangan impuls Merembeskan hormon
impuls
( mana-mana dua )

(b) - Mata mengesan rangsangan anjing yang garang lalu menghantarkan impuls ke otak melalui
sistem saraf.
- Otak mentafsirkan impuls ini dan menyebabkan orang tersebut berasa cemas.
- Perasaan cemas ini merangsangkan kelenjar adrenal (dalam sistem endokrin) untuk
menambahkan metabolisme badan dengan merembeskan hormon adrenalin.
- Hormon adrenalin menyebabkan peningkatan kadar respirasi, kadar denyutan jantung, dan
kandungan gula dalam darah bertambah.
- Isi padu oksigen yang sampai ke otot-otot juga bertambah dan tenaga yang terhasil turut
bertambah.
- Rembesan hormon adrenalin menyediakan badan untuk bergerak balas.
- Sementara ini berlaku, otak mencetuskan impuls gerak balas ke otot-otot badan supaya
melarikan diri daripada anjing tersebut.
- Otot-otot dapat bertindak apabila menerima impuls daripada otak kerana sistem endokrin telah
menyediakan badan untuk bertindak.

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 3 - 12 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

Anda mungkin juga menyukai