Anda di halaman 1dari 1

1.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping mengambil masa selama 3


jam 30 minit. Ali kemudiannya perlu mengambil sebuah bas lain
untuk ke sekolahnya yang mengambil masa 30 minit lagi. Bas pukul
berapakah yang perlu Ali ambil supaya dia sempat sampai ke
sekolahnya sebelum pukul 6 petang.

2. Pak Hamid perlu menghadiri kursus di Kuantan selama tiga hari.


Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan mengambil masa
selama 3 jam melalui Jalan Kuala Terengganu - Kemaman Kuantan
dan 2 jam 30 minit melalui lebuhraya Kuala Terengganu Bukit Besi
Kuantan. Pendaftaran bermula pada pukul 3.00 petang. Jika Pak
Hamid perlu menghadiri satu mesyuarat selama 3 jam di jabatannya
yang bermula pada pukul 8 pagi, pada pukul berapakah Pak Hamid
perlu bertolak dari rumahnya untuk menghadiri kursus tersebut dan
jalan manakah yang perlu Pak Hamid lalui. Beri alasan anda.

3. Khairi bertolak dari Johor Bharu ke Alor Star pada pukul 8.30 pagi.
Perjalanan dari Johor Bharu ke Alor Setar mengambil masa 12 jam.
Sekiranya Khairi perlu tiba di Alor Setar sebelum pukul 11 malam
dan berhenti di dua perhentian untuk berehat dan mengisi minyak,
pada pukul berapakah Khairi tiba di Alor Setar? Berapa minitkah
waktu yang diambil oleh Khairi di setiap perhentian untuk berhenti
rehat?

Anda mungkin juga menyukai