Anda di halaman 1dari 5

Peraturan Pendaftaran Nama oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

18 September 2011 at 09:59


Nama pelik
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan garis panduan yang menetapkan 16 s
enarai kumpulan nama disifatkan nama pelik yang tidak boleh didaftar kerana tidak
sesuai digunakan sama ada dari sebutan atau makna.
Tindakan ini dibuat bagi mengelak nama pelik berulang sebagaimana yang berlaku pad
a masa lalu. Antara nama pelik yang masih digunakan oleh individu tertentu hingg
a hari ini ialah Pungut, Abd Patah, Mohd Hitler, Kopek, Punat, Bongek, Tumpang,
Rentimun, Awan, Samudra dan banyak lagi yang masih ada dalam simpanan JPN.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad berkata, sembilan daripada jumla
h berkenaan adalah tertakluk di bawah Garis Panduan Nama Yang Tidak Sesuai 1988,
manakala bakinya termasuk dalam senarai nama ditegah atau dilarang mengikut buk
u panduan JPN yang diguna pakai di seluruh negara.
Antara senarai nama ditegah atau dilarang adalah kumpulan nama gelaran yang dian
ugerahkan kerajaan seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Sri, Datuk Patinggi,
Datuk Wira, Datuk Bentara Dalam atau Datuk Bentara Luar.
Ini diikuti nama pangkat atau jawatan contohnya haji, imam, nabi, mufti, ketua m
enteri, gabenor, sarjan, laksamana, hakim atau permaisuri.
Nama gelaran keturunan seperti Tunku, Tengku, Raja, Syed dan Syarifah tidak boleh
digunakan orang lain iaitu bukan daripada empat keturunan ini kecuali mereka ya
ng lahir dalam keluarga berkenaan saja.
Nama profesional dan kepahlawanan sama ada doktor (Dr), jurutera (Ir), Mahaguru,
Pendekar atau Satria; tidak kira setinggi mana pun kelayakan mereka tidak dibena
rkan sama sekali selain nama yang berbunyi lucah dan buruk, katanya.
Larangan lain di bawah kategori nama tidak sesuai termasuklah nama binatang, ser
angga, tumbuh-tumbuhan, makanan, lucu, kejadian alam, alat perkakas, warna, nama
daripada huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya, pakaian dan perkataan Ara
b, Cina dan India yang tidak elok maknanya.
Kata Wan Ibrahim, JPN juga pernah menerima permohonan menamakan anak dengan nama
dewa tetapi terpaksa ditolak kerana ia jelas tidak sesuai.
Mereka yang berkeras hendak menggunakan nama yang tersenarai dalam kumpulan tidak
sesuai boleh membuat permohonan tetapi perlu memberi penjelasan munasabah dan k
ukuh kepada JPN. Bagaimana pun keputusan menerima atau menolak tertakluk kepada
budi bicara pendaftar besar (ketua pengarah).
Semua bangsa perlu berhati-hati ketika memilih nama anak kerana ada perkataan dal
am bahasa kita sedap bunyinya tetapi mempunyai makna yang tidak elok dalam bahas
a lain, katanya.
Antara perkataan Arab yang mempunyai maksud tidak elok termasuklah Narul yang be
rerti neraka, Zaniah (penzina wanita), Zani (penzina lelaki), Khinzir (*sensored
*), Zakar dan Woti (persetubuhan).
Garis panduan itu turut dilengkapi nama yang tidak dibenarkan bagi masyarakat Ci
na dan India hasil kerjasama dan rujukan daripada Persatuan Mubaligh Buddha Mala
ysia, Persatuan Hindu Sangam dan Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya.
Contoh nama Cina yang tidak dibenarkan ialah Ah Chwar yang bermaksud ular dalam
dialek Hokkien atau Ah Kwai (hantu) dalam dialek Kantonis. Manakala bagi nama In
dia yang dilarang termasuklah Ammakannu, Andyapan dan Karupusamy yang semua memb
awa makna tidak elok.
Justeru, Wan Ibrahim menasihatkan supaya ibu bapa membuat sedikit kerja rumah meny
emak makna nama yang hendak diberikan kepada anak supaya tidak timbul masalah ai
b atau perlu menukar nama apabila dewasa.
NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG
Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan
Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi,
Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.
Nama pangkat atau jawatan
Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, S
arjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.
Gelaran keturunan
Syarifah, Syed, Tunku, Tengku, Raja
Nama-nama profesional
Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat

Nama-nama kepahlawanan
Mahaguru, Pahlawan, Pendikar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria
Nama lucah atau yang lucah bunyinya
N*n*k, B*nt*t, Bola Besar, Kot*, F*r*j, Shahwat, Zina, K*pek, Pun**k, Pun*t, Kha
lwat, Z*k*r, K*l*p, Coli, Liwat
Nama-nama buruk
Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting
NAMA YANG TIDAK SESUAI
Nama binatang atau serangga
*sensored*, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular
Nama buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuhan, makanan
Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang
Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempen
g, Daun.
Nama-nama lucu
Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kudi
ng, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot
Nama-nama kejadian alam
Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan,
Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa
Nama-nama alat perkakas
Senduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Ber
us, Parang, Tajak, Golok
Nama-nama warna
Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning
Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya
D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zero-zero Seven
Nama perhiasan atau pakaian
Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasu
t
Perkataan Arab yang maknanya tidak elok
Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (*sen
sored*), Zakar (kemaluan lelaki), F*r*j (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan
).

Hak tukar nama anak


Datuk Tigabelas, Pungut, Buang, Tumpang, Bulat, Itam, Puteh, Khamis atau Jumaat
adalah antara contoh nama pelik yang tidak asing di kalangan masyarakat dahulu.
Walaupun kedengaran agak lucu dan sedikit memalukan tetapi bagi masyarakat dahul
u, ia perkara biasa.
Jarang sekali orang dahulu teliti memilih nama anak, yang penting setiap anak pe
rlu ada nama. Sebaik anak lahir, lazimnya apa yang terlintas dalam kepala itulah
yang disebut kepada pendaftar kelahiran hingga timbulnya pelbagai nama pelik .
Salah faham, sikap tidak acuh dan menyerahkan sepenuhnya ejaan nama anak kepada
budi bicara pendaftar akibat buta huruf, adalah antara punca utama nama yang kad
angkala boleh memalukan pemiliknya apabila meningkat dewasa.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad ber
kata, fenomena itu timbul daripada sistem pendaftaran secara lisan dan hanya ber
dasarkan kepada apa yang disebut bapa kepada pendaftar.
Malah ejaan nama juga kebanyakannya diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan p
endaftar ketika itu (lazimnya pendaftaran dibuat di balai polis berdekatan) kera
na ramai ibu bapa ketika itu buta huruf.
Sebutan nama anak yang kurang jelas boleh menimbulkan salah faham pendaftar. Cont
ohnya ada yang mahu memberikan nama anaknya Ahmad tetapi ketika di hadapan pendaft
ar dia menyebut Ahmad Kamal saja dan ini menyebabkan nama anaknya ditulis sebagai A
hmad Kamal Saja .
Sama juga halnya dengan nama Yaakob yang dieja sebagai Yaacob atau Mohamad dituli
s Mohd. Jika mengikut ejaan rumi, Mohd berbunyi mo-hed; yang tidak ada makna lan
gsung.
Ramai orang keliru mengenai nama Mohd. JPN kini menetapkan ejaan Mohd tidak boleh
digunakan sebagai nama pemberian kepada anak. Ia hanya dibenarkan sekiranya mem
punyai sejarah nama keluarga yang bermula dengan M-o-h-d contohnya Mohd Ridzuwan
bin Mohd Ismail. Jika Mohd itu perkataan tunggal untuk nama anak, ia tidak dibe
narkan sebaliknya perlu dieja sebagai Mohamad.
Bagaimanapun, masalah nama kini jarang berlaku kerana JPN sudah mengubah sistem p
endaftaran daripada secara lisan kepada bertulis. Lagi pula, ibu bapa kini sudah
sedar musibah nama pelik , malah kebanyakannya berpelajaran dan amat teliti ketika
memilih nama anak, katanya.
Menurutnya, pemilihan nama yang baik kini lebih mudah dibuat kerana ada banyak s
umber untuk dirujuk sama ada daripada penerbitan buku senarai nama berasaskan pe
rkataan Arab mahupun kepada pegawai agama.
Ibu bapa disaran memilih nama yang elok, mudah dipanggil, tidak terlalu panjang
atau menyentuh sensitiviti dan hak sesetengah pihak.
Contohnya gelaran keturunan seperti Raja, Tunku, Tengku, Syed dan Syarifah tidak
boleh digunakan sewenang-wenangnya dan ia hanya dibenarkan kepada mereka yang l
ahir dalam keturunan berkenaan sahaja.
Had nama
JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja. Ini termasu
klah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma, sengkang atau se
barang tanda bacaan lain dan paling penting; pastikan ejaan nama anak ditulis de
ngan betul, katanya.
Ini kerana mengikut Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, sijil kelahira
n seseorang itu cuma boleh diubah jika berlaku kesilapan perkeranian, seperti ej
aan nama salah dan kesalahan fakta seperti kekeliruan jantina. Contohnya, jantin
a bayi perempuan dicatat sebagai bayi lelaki.
Pun begitu, undang-undang pendaftaran nama anak tidaklah bersifat kejam. Sebenar
nya ramai tidak sedar mereka berhak dan dibenarkan mengubah atau menukar nama an
ak keseluruhannya dalam tempoh setahun selepas kelahiran.
Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan akan dikenakan de
nda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari selepas kelahiran
dan denda maksimum bagi pendaftaran pada hari ke 43 dan seterusnya.
Tempoh setahun ini dirasakan cukup lama untuk ibu bapa memikirkan nama yang sesua
i bagi anak mereka. Ada juga kes di mana ketika pendaftaran, ibu bapa tidak dapa
t mencari nama yang bertuah mengikut feng shui seperti diamalkan masyarakat Cina
, mereka boleh daftarkan nama sementara.
Harus diingat, pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saj
a. Selepas setahun nama yang tercatat pada sijil kelahiran tidak boleh diubah sa
mpai bila-bila kerana sudah dimasukkan ke dalam fail data kekal di JPN, katanya.
Namun bagi kes istimewa seperti bayi yang tidak mempunyai nama yang lazimnya ber
laku ke atas anak tidak sah taraf, pertukaran nama boleh dilakukan pada bila-bil
a masa saja.
Kata Wan Ibrahim, JPN turut menerima kes anak tidak sah taraf yang tidak diberik
an nama ketika didaftarkan dan ruangan nama bayi pada sijil kelahiran ditulis Tia
da Nama .
Saya menyeru mana-mana pihak yang menghadapi masalah begini, berhubunglah dengan
pegawai di ibu pejabat JPN. Jangan tangguhkan pendaftaran anak atau menyerahkann
ya kepada orang tengah kerana ia boleh mendatangkan banyak masalah. JPN menyedia
kan pegawai dan bilik khas untuk golongan ini menyelesaikan masalah mereka.
Penukaran nama anak tanpa nama di bawah umur 21 tahun perlu dilakukan ibu, bapa a
tau penjaga dan permohonan ini boleh dilakukan individu berkenaan sendiri selepa
s melepasi 21 tahun, katanya.
Bagi mereka yang mempunyai nama tidak elok atau memalukan juga dibenarkan membua
t pindaan atau pertukaran nama ketika memohon kad pengenalan kedua dengan syarat
membawa surat sokongan seperti dari Jabatan Agama atau ahli bahasa dan perlu me
mbuat akuan bersumpah di Pesuruhjaya Sumpah ketika permohonan.
Paling popular
Penukaran nama kerana bertukar agama contohnya daripada Islam kepada agama lain
juga dibenarkan dengan syarat individu berkenaan membawa surat pengesahan daripa
da Jabatan Agama Islam atau mahkamah syariah.
Peraturan sama digunakan dalam isu menggugur atau meletakkan bin pada kad pengen
alan. Orang ramai boleh memilih untuk mengekalkan perkataan bin pada Mykad atau
digugurkan terus daripada nama mereka. Bagaimanapun nama ini hanya ditukar pada
kad pengenalan saja dan nama asal yang tercatat dalam sijil kelahiran tetap keka
l.
Wan Ibrahim mengingatkan bagi mereka yang menukar nama supaya berhati-hati dan m
engambil kira semua aspek supaya pertukaran atau perubahan nama itu tidak akan m
endatangkan masalah dalam urusan rasmi dan dokumentasi lain terutama apabila mem
*sensored*tkan hak seperti harta, pembahagian tanah dan tuntutan insurans.
Katanya, sukar untuk memberikan nama paling popular di kalangan masyarakat Melay
u kerana ia berubah mengikut musim seperti awalan nama Nurul dan Iman yang dikla
sifikasi sebagai nama moden.
Beliau menambah, tidak salah jika ada pihak yang mahu mengekalkan nama klasik Me
layu atau nama keluarga yang unik kerana ia bukan saja boleh membentuk salasilah
menarik bahkan mampu mendidik ahli keluarga berkenaan supaya sentiasa menjaga n
ama baik seluruh keturunan mereka.

Anda mungkin juga menyukai