Anda di halaman 1dari 2

Bismillah.

Yang berusaha Pn Hashimah bt Hashim Guru besar SK jalan pasar 2


Yang diraikan Pn Asiah bt jantan staf sokongan SK jalan pasar 2
Yang dihormati barisan guru penolong kanan
Guru-guru, staf-staf
serta hadirin dan hadirat sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan izin serta limpah kurnianya dapat kita bersama-
sama berhimpun pada hari ini, dalam majlis jamuan sempena Persaraan Pn Asiah bt Jantan
staf sokongan sk jalan pasar 2.
Sebelum itu, majlis berbesar hati, mengalu-alukan kehadiran anak-anak pn Asiah bt jantan yang
turut serta hadir bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang dirai pn asiah bt jantan untuk
memberikan ucapan, dipersilakan
*************************************************************************************************************
Terima kasih di atas ucapan pn asiah bt jantan sebentar sebentar tadi...

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Inderagiri pasirnya lumat,


Kerang berjemur dengan lokan;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah kami kasihkan puan.

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya ucapan yang diraikan pn asiah bt jantan ...maka beakhirlah majlis kita
pada pagi ini.
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pn asiah bt jantan
atas segala jasa dan bakti beliau dalam menjadi staf sokongan pihak sekolah.
Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Seterusnya majlis mempersilakan pn hashimah bt hashim bagi mengiringi yang diraikan PN


asiah bt jantan bagi sesi bersalam-salaman dengan murid.

Anda mungkin juga menyukai