Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASSIN DAN KEREDHAANMU

*************************************************************
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬.

Assalammualaikum w.b.t

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis solat hajat, bacaan yassin dan keredhaanmu
peringkat sekolah tahun 2012

1. Yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Teknik Juasseh
2. Yang di kasihi En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah
3. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita sohibus samahah Tn Hj Nor Azamir bin alias
Timbalan mufti negeri sembilan

Alhamdullillah…. bershukur hamba Mu ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya
pada hari ini, kita sekali lagi bersama-sama berhimpun di Pusat Islam Al Ghazali ini bagi
mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Sebelum memulakan majlis, sukacita saya untuk membacakan perjalanan aturcara majlis
pada hari ini....

Hadirin warga dewan yang di rahmati Allah sekelian,

Majlis dimulakan dengan tazkirah dan diikuit bacaan yassin dan tahlil. Sehubungan dengan
itu majlis menjemput dengan segala hormatnya saudara ahmad raif bin arselan untuk
memberikaz tazkirah . Dengan segala hormatnya dipersilakan...
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas tazkirah yang telah disampaikan oleh Ahmad
raif bin Arselan sebentar tadi.
Semoga segala yang disampaikan tadi dapat dijadikan ikhtibar dan disampaikan kepada
orang lain.

Warga dewan yang dirahmati sekelian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan mendengan bacaan yassin dan tahlil. Sehubungan
dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Saudara Ilya Faris Bin Che Mohd
Ilyas dan Saudara Ahmad Muaz bin Sabri untuk mengetuai bacaan yassin dan tahlil
...dipersilakan
..................................................................ceramah...................................................................
........
Hadirin yang dihormati sekelian,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi , maka majlis sudah sampai
kepenghujungnya. Saya selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala
kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang
baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan saya
sebagai makhluk Allah bernama insan

Sebelum kita bersurai marilah kita sama-sama membaca Surah al-‘Asr dan tasbih Kafarah

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para hadirin untuk menikmati
juadah yang telah disediakan di bahagian luar surau, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

Dengan itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah wassalammualaikum w. b.t
dan terima kasih.
Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai