Anda di halaman 1dari 4

ZAKAT EMAS

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh
setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab),
maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga
semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000

= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh


setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia
melebihi uruf (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi
wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5%
atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa
emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf


adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk
kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram 150 gram (uruf)

= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00
ZAKAT EMAS

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.


2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram

3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram

4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000


5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram

7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram

8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram

9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf

10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram

11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram

12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000

14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul
Makmur tahun 2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke


dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang
digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box)
perlu dizakatkan?
ZAKAT EMAS

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang


disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan
untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi
rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula.


Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk
dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan
zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut?
Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat
tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan


menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah
disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib


dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan
zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk
bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan
emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link
diatas.
ZAKAT EMAS

Pengiraan zakat perak.


Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

- Haul ialah tempoh masa setahun

- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi
595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999

Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500

= RM112.50

Anda mungkin juga menyukai