Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Si Merak yang sombong

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan

Pengerusi majlis yang sungguh budiman

Hakim yang adil tunggak hadapan

Penjaga masa rela berkorban

Pada hari yang berbahagia ini saya akan menyampaikan

sebuah cerita yang bertajuk Si Merak yang Sombong.

Yang terlena, sedar-sedarkan.

Yang tersedar, dengar-dengarkan

Yang terdengar fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor merak yang sombong.

Ia baru saja pindah ke tempat itu.Sang merak ini sangat


sombong dan kuat cemburu. Ia tidak suka berkawan dengan
haiwan-haiwan yang lain.

Apabila rusa nani mengajak sang merak untuk berkawan, ia


akan marah.
Kamu semua tidak layak berkawan dengan saya, rupa kamu
semua hodoh. Lihatlah rupa saya yang cantik dan tidak
setanding dengan kamu semua, kata sang merak.

Walaupun badan awak cantik, tetapi suara awak tak sedap.


Lihatlah sang burung, suaranya lebih merdu dan tak macam
suara awak! Kata sang arnab sambil ketawa. Haiwan lain
turut ketawa mendengar kata-kata sang arnab.

Sang merak amat marah kepada sang arnab. Kata-kata sang


arnab itu ada benarnya. Ia lalu mengejar, hendak mematuk
sang arnab. Nasib sang arnab baik kerana ia berlari pantas.

Mulai hari ini, kamu semua tidak boleh berkawan dengan


saya! Marah sang merak lalu pergi dari situ.

Aku mesti berlatih menyanyi dan menandingi suara sang


burung, kata sang merak dengan cemburu. Ia pun berlatih
menyanyi dengan suara yang nyaring.

Perbuatan sang merak tidak disukai oleh haiwan lain.

Janganlah menyanyi terlalu kuat, nanti di dengar oleh


binatang buas wahai sang merak, nasihat rusa nani. Tetapi
tidak dipedulikan oleh sang merak.

Suara nyaring sag merak telah di dengari oleh sang serigala.


Apalagi, sang serigala terus menangkap sang merak. Sang
merak menjerit meminta pertolongan.
Nasib baik rusa nani bersama haiwan lain datang menolong.
Oleh kerana kumpulan rusa nani ramai, sang serigala takut
lalu melarikan diri.

Akhirnya sang merak dapat diselamatkan. Ia menyesal


kerana tidak mahu berkawan dengan haiwan yang lain.

Badannya tidak secantik dahulu lagi, untuk dibanggakan.


Sang merak insaf. Ia tidak mahu sombong dan terlalu
cemburu dengan haiwan yang lain lagi.

Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah bersikap


sombong kerana dengan ia hanya merugikan diri sendiri dan
orang tidak suka berkawan dengan kita.

Sekian sahaja cerita saya pada hari ini dan saya sudahi
dengan serangkap pantun.

Burung tiung terbang tinggi

Burung merpati mencari sarang

Kalau sombong meninggi diri

Ke mana pergi dibenci orang

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai