Anda di halaman 1dari 6

Teknik Mengarang - Karangan PT3

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:


1. RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN : 1 Perenggan : 30 Perkataan

ISI : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan

PENUTUP : 1 Perenggan : 30 Perkataan

2. BENTUK PERENGGAN:

JENIS AYAT PENDAHULUAN ISI PENUTUP


Ayat Topik Tema Kehendak Soalan Merumus
1 / 2/ 3 / 4 Kehendak Soalan
Ayat Huraian Huraian Tema Huraian Ulasan Tema
Kehendak Soalan
Ayat Contoh Bukti Huraian Tema Bukti Cadangan
Kehendak Soalan
Ayat Rumus Kehendak Soalan Menegaskan Harapan
Kehendak Soalan

3. ASPEK SOALAN:

a. Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa


b. Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik / Bagaimana / Usaha
c. Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan

TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3


1. Teknik Menganalisis Soalan Karangan:

1.1 Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2 Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:
Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan Karangan (P)

Contoh:

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas.

Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.

Tema : PenggunaanTelefon Bimbit


Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan
Format Karangan : Karangan Fakta
2. Teknik Menulis Rangka Karangan:

2.1 Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global


Ayat Huraian Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Contoh melayari internet, mendengar muzik,kamera
Ayat Rumus Banyak membawa kebaikan

Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah
mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih. Antaranya, kita boleh melayari internet,
mendengar muzik,kamera dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat
zaman sekarang.

2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.

a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.


1. memudahkan komunikasi antara manusia
2. mengurangkan membeli peralatan kamera
3. meluaskan pengetahuan internet
4. menghiburkan hati

b. Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak bercampur aduk. Tulis 1
isi dalam 1 perenggan.

c. Rangka Perenggan Isi (1):

Ayat Topik Memudahkan komunikasi antara manusia


Ayat Huraian Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-
manapun kita berada.
Ayat Contoh Boleh menggunakan kemudahan sms, watsapp, telegram, viber
kosnya kurang daripada telefon biasa
Ayat Rumus Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit memudahkan komunikasi antara manusia. Kita
boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-manapun kita berada. Hal ini demikian
kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti sms, mms, watsapp, telegram,viber dan
sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya juga kurang berbanding dengan telefon biasa.
Natijahnya, sistem komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.
2.3 Teknik Menulis Perenggan Penutup

Ayat Topik Berfaedah kepada sesiapa sahaja


Ayat Huraian Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko
Ayat Contoh Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan
Ayat Rumus Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada
sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa
manusia di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang
dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu
keperluan yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak
membawa kemudaratan.

TEKNIK MENULIS CARA MUDAH PERENGGAN

PENJELASAN RINGKAS TCMP


BAHAGIAN PENDAHULUAN
Secara ringkasnya, perenggan pendahuluan TMP mempunyai bentuk seperti berikut:.

Ayat 1 Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada..)


Ayat 2 Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....)
Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa)
Ayat 4 Ayat contoh / tokoh(Menurut......)
Ayat 5 Ayat arah soalan(Oleh itu,....(arah soalan)

BAHAGIAN ISI
Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut:.

Ayat 1 Ayat arah soalan t tema


Ayat 2 Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa)
Ayat 3 Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa)
Ayat 4 Ayat contoh / tokoh
Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya,...)

BAHAGIAN KESIMPULAN
Secara ringkasnya, perenggan kesimpulan TMP mempunyai bentuk seperti berikut:.

Ayat 1 Ayat penyataan tema(Akhirulkalamnya,.)


Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga.)
Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....)
Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....)
Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....)

TEKNIK CARA MUDAH PERENGGAN


TMP : ALTERNATIF BAGI PELAJAR SEDERHANA DAN POTENSI

TCMP sebagai alternatif pelajar sederhana dan potensi dibentangkan dalam Pertandingan Inovasi
Guru Kategori Individu Menengah Pahang 2009. Memperoleh tempat ketiga Negeri Pahang
2009 dan tempat kedua Sempena Hari Guru Daerah Kuantan 2009.

A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN

A1 =Idea utama
A2 = Huraian
A3 = Huraian
A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik
A5 = Kesimpulan perenggan

* A ialah ayat

B. PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN

Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ;


Akhir-akhir ini,......
Kebelakangan ini,......
Sejak belakangan ini,......
Mayapada,.............
Marcapada,...........
Dalam mengejar era modenisasi.......

C. PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA

Mulakan ayat idea utama dengan kata arah soalan seperti berikut;
Punca/cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalusi ialah,.....................

D. PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN

Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut;


Kesimpulannya,.....
Secara tuntas,.........
Sebagai akhir kalam,.......
Konklusinya,............
Sebagai intiha,..........

E. KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR


Tema = isu dalam soalan
Ayat Arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan
Ayat Huraian = ayat yang menghurai idea
Ayat Contoh = ayat yang menyatakan contoh(dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai
contoh,..)berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat yang betul

Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan , pandangan dan cadangan terhadap isu

F. PROSEDUR PELAKSANAAN OLEH GURU DI SEKOLAH

1. Guru menjelaskan secara ringkas perkara A,B,C,D dan E


2. Guru mengedarkan bahan modul latihan bahagian pendahuluan,isi dan kesimpulan kepada
pelajar.
3. Guru memudah cara dan membimbing pelajar bermula ayat 1 hingga ayat 5 bahagian
pendahuluan, diikuti bahagian isi dan bahagian kesimpulan.
4. Guru perlu memastikan pelajar menulis ayat demi ayat bersama-sama. Jika ada pelajar yang
masih belum menghabiskan ayat sebelumnya, guru perlu memastikan pelajar tersebut menulis
sebelum memulakan ayat seterusnya.

Perkara asas yang perlu ada pada pelajar semasa menulis bahagian kesimpulan ialah;

i. Mengetahui elemen asas kesimpulan seperti


pandangan, cadangan dan harapan .
ii. Pandangan perlu bermula dengan (Sememangnya...)
iii. Harapan perlu bermula dengan (Semoga...)
iv. Cadangan perlu bermula dengan ( Oleh itu,
kita perlu...)

LATIHAN MENGENAL PASTI TEMA DAN ARAH SOALAN

TEMA DAN ARAH SOALAN


Latihan 1

Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah.

Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen realiti mengakibatkan tumpuan dalam bidang
pelajaran anak-anak terabai.

Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-
anak terhadap program televisyen realiti ini.

Tema : .......................................................................................

Arah soalan ; ................................................................................


Latihan 2

Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah.

Di Malaysia, nasib golongan istimewa atau lebih dikenali sebagai Orang Kurang Upaya (OKU)
turut mendapat perhatian serius dan pembelaan daripada pihak kerajaan dan masyarakat yang
amat prihatin terhadap golongan tersebut.

Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membantu
golongan tersebut.

Tema : .......................................................................................

Arah soalan ; ................................................................................

Latihan 3

Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah.

Negara kita telah berjaya merapatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar melalui
bahasa, kebudayaan, dan sistem pendidikan yang sistematik.

Ulaskan pernyataan tersebut

Anda mungkin juga menyukai