Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga sekolah merakamkan penghargaan serta setinggi-tinggi ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua warga RANTAU PANJANG di atas komitmen
dan dedikasi semua pihak telah berjaya membawa sekolah mencapai kejayaan dan kecemerlangan sepanjang tempoh ini. Syabas
dan tahniah saya ucapkan.
Dengan menjangkau usia 84 tahun, sudah tentu banyak sejarah, cabaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh
generasi demi generasi sekolah ini. Saya turut berasa bangga kerana dengan kegigihan, daya usaha dan
sokongan pelbagai pihak yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan putus asa, SK Rantau Panjang telah
berjaya mengukir nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik terutamanya di daerah Kuala Muda Yan. Sememangnya
kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada permuafakatan dan kerjasama erat pelbagai pihak.
Permuafakatan dapat membina persefahaman tentang tugas dan tanggungjawab, meningkatkan semangat kerjasama dan
perkongsian pintar dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih kepada bekas guru dan
warga guru sedang berkhidmat di sekolah ini atas jasa baik yang tidak ternilai dalam mendidik generasi muda kita.
sekali lagi saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam memacu kecemerlangan dan kegemilangan SK Rantau Panjang.

Sekian terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga sekolah merakamkan


penghargaan serta setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato
Hj Shahlan b Hj Ismail kerana telah sudi hadir bagi menyempurnakan majlis kita pada
pagi ini.
Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua
warga KRANTAU PANJANG komitmen
dan dedikasi semua pihak telah berjaya membawa sekolah mengecapai kejayaan dan
kecemerlangan sepanjang tempoh ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan.
Dengan menjangkau usia 100 tahun, sudah tentu banyak sejarah, cabaran
dan pengalaman yang telah dilalui oleh generasi demi generasi sekolah ini. Saya turut
berasa bangga kerana dengan kegigihan, daya usaha dan
sokongan pelbagai pihak yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan putus asa,
SK Wan Abdul Samad berjaya mengukir nama sebagai salah sebuah sekolah yang
terbaik terutamanya di daerah Pokok Sena. Sememangnya kejayaan sesebuah
sekolah banyak bergantung kepada permuafakatan dan kerjasama erat pelbagai
pihak.
Permuafakatan dapat membina persefahaman tentang tugas dan tanggungjawab,
meningkatkan semangat kerjasama dan perkongsian pintar dalam usaha untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih kepada bekas guru
dan warga guru sedang berkhidmat di sekolah ini atas jasa baik yang tidak ternilai
dalam mendidik generagi muda kita.
Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya merakamkan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jabatan-jabatan dan semua pihak yang
terlibat dalam memberikan sumbangan dan menjayakan majlis ini. Semoga sambutan
ini akan mengeratkan persahabatan dan kerjasama sesama kita demi kejayaan,
kecemerlangan dan kegemilangan SK Wan Abdul Samad.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai