Anda di halaman 1dari 7

Para suami adalah orang yang paling afdhal untuk

menyediakannya. Hanya ada 5 langkah untuk di baca:

1. Langkah Pertama

Surah Al-Fatihah (1X)

2. Langkah Kedua

Surah Al-Hasyr Ayat 21 hingga 24

Terjemahan Ayat 21:

Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada


sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk
terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada
Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat
untuk manusia supaya mereka berfikir.

Terjemahan Ayat 22:

Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui


yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang.
Terjemahan Ayat 23:

Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang


Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan
Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa,
yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan,
Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Terjemahan Ayat 24:

Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang


Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna,
Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi.
Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

3. Langkah Ketiga

Selawat Syifa'
Selawat Syifa

Versi Video Selawat Syifa Hijjaz Terbaru

4. Langkah Keempat

Doa Selusuh

Terjemahannya:

" Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang


diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah
daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin,
dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani
dari segala-galanya.

5. Langkah Kelima

Terjemahannya:
"Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan
kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang
susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah
dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar
Rahimin.

Kisah Air Selusuh Dan Kelahiran Don Mustofa

Mengikut cerita isteri Ustaz Don, Dr Husna pada hari


beliau melahirkan anak mereka Don Mustofa pada 18
Januari 2014 suaminya itu tidak sempat pun membuat
air selusuh sebenarnya.

Ustaz Don hanya menghembuskan ayat-ayat untuk


membuat air selusuh tersebut dan mengusapkan sahaja
pada perut beliau sebelum bersalin.

Alhamdulillah. Berkat doa seorang suami segalanya


dipermudahkan. Redha suami datang bersama redha
Allah. Sama-sama kita doakan agar kandungan kita
selamat dan di permudahkan proses kelahirannya
nanti.
Penyediaan air selusuh

1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {link}

(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon
pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda,
engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan
kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat
keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.

3. Al-Hashr; ayat 21-24.


(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya
tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami
buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang
Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang
menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki
segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-
nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha
Perkasa, Maha Bijaksana.

4. Ayat selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam,
ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu
wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5


(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.

6. An-Nazi'at; ayat 46.

Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-
akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.

7. Ayat selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam,
ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu
wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

8. Ayat permudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha
memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan,
dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

Anda mungkin juga menyukai