Anda di halaman 1dari 9

KENALI 13 JENIS BATU-BATU CINCIN SERTA KHASIATNYA

1. BATU HAKIKAT

Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai batu badar lumut. ini kerana ia mempunyai
sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk. Dikatakan batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:

menundukkan musuh, menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit, menghindarkan ganguan


makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh, serta untuk keselamatan diri

2. BATU PANCA NUR


Batu Panca Nur atau pancha warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke lima
warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning, hitam,
putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli
ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya. Batu Panca Nur ini kekuatannya
dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling. - Membangkitkan
rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.

3. BATU LAFADH

BATU LAFADH adalah berbentuk/ bergambar/ bertulis secara semulajadi padanya kalimah
Allah atau huruf-huruf kalimah . Amat-amat jarang ditemui di dunia perbatuan. Jika ditemui
batu jenis ini, anda perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-
batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.

4. BATU SERAI
BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan
bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang
mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang
terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif
dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna
jernih, biru,hijau dan unggu. Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.

5. BATU ZAMRUD

Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin
kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah
diantara bacaan 7 hingga 9. Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya
yang agak tinggi. Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari
negara colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Emrald atau zamrud merupakan batu permata
atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. Walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira
bulan kelahiran. Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan
dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi.
6. BATU BADAR BESI

Batu badar besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau istilah sainsnya
ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet padanya, batu tersebut
akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum mengenali batu badar besi
dalam golongan pusaka mistik yang diyakini memberi khasiat dan kelebihan
yang banyak.

Batu badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang
tinggi sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6
skala Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai
didaerahbrazil, mexico, Australia dan amerika yang mana dekat dgn kawasan
pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.

Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak
sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal
kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya
dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat.

7. BATU KECUBUNG
Amethyst yang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu
yang berwarna ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek
yang bermaksud penawar dimana wujud kepercayaan lama
menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak
akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk. Amethyst atau
kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Kecubung
dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir
kuno. Kecubung yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-
negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India. Batu
Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan
raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna ungu, ia
juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna merah
jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-
biruan. Batu Kecubung/ Amethyst merupakan birthstone untuk mereka yang
lahir pada bulan Februari. Dimata umum masyarakat, kelebihan dan
keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa mewujudkan aura
menawan kepada pemakainya.

8. DELIMA MERAH

Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan
perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala batu permata atau dikenali
sebagai "king of germstone"yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia.
Delima merah amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal
batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya terdapat dalam warna
merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua). Delima adalah batu permata yang sangat
keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal
dari negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan
kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima yang
berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika selatan, pakistan,
Afghanistan, Tanzania dan negara India. Ruby atau
delima merupakan birthstone ataupun batu untuk mereka yang lahir pada bulan
Julai. Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima merah berada dalam
mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir,
bagi pembesar atau pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang
menjadikan orang ramai patuh pada pemakainya. Kelebihan Delima merah yang
paling masyur dalam masyarakat melayu ialah kebal umum dan bagi golongan peniaga pula
dikatakan untuk kekayaan. Ruby atau batu delima terbaik adalah dari negara burma dimana
harganya mengikut timbangan karat.

9. CHRYSOBERYL CAT'S EYE (MATA KUCING)

Batu mata kucing atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam kegelapan dan ada sedikit
cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini mirip mata haiwan bernama kucing. inilah
uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini banyak terdapat
dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda. cats eye mempunyai ketahan
yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada

Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai


skala Mohs.

nilai yang tinggi di pasaran dengan kualiti yang sangat baik.


Negara pengeluar utama batu mata kucing ini
termasuklah Russia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil, dan Timur
Afrika. Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh
ramai peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu
permata ini sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak
mahal. Cat's eye yang baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di
bahagian tengah. Apabila membeli batu yang asli, pastikan "mata
kucing" pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan "mata"
tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup" apabila batu itu
dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak
sekali seperti memberikan keyakinan dan menjadikan lawan
/musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik
kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar
penyakit fizikal dan mengelak sihir).

10. BATU TIGER EYE (MATA HARIMAU)

BATU TIGER EYE juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran
cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini
ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren. Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang
banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia barat, negara jerman dan china. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan
dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan
dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi
senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.

11. BATU JARUM MAS

Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam
kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna
dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum. Batu
jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak
bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan
sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia
mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya.

12. BATU NILAM (SHAPHIRE)

Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali
didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata
dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal
tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan
yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini
banyak berasal dari negara Burma,
Srilangka, Thailand,Russia, kalimantan Indonesia dan juga
Afrika. Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir
berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan
pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat
mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi
harganya tidak standing dengan nilam berwarna biru. Kelebihan dan mitos
yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran,
meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan,
meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup. Raja-raja dan para pemerintah
negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg
kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi
batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya. Batu yang
istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir
pada bulan september.

13. BATU PIRUS (TURQUOISE)


Batu Pirus juga dipanggil sebagai "turqouise"dikenali ramai pecinta batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran
urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang
memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah
tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) pula tinggi. Batu pirus direkodkan mempunyai kekerasan
pada bacaan 5-6 pada skala Mohs. Ia banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico. Biasanya batu ini banyak
dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat
batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik. Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna biru
atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu
dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau
rohani.

FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN


PERMATA
Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita
kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan
kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang bisa
membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan
penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai
kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi
mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat
penggunaan / pemakaiannya.Batu atau kayu atau apa-apa saja benda
yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia
penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-
batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya
masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat
mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu
tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah
mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya
tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada
penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua
mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu
permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi
anda tetap diatas jalan Alla

Anda mungkin juga menyukai