Anda di halaman 1dari 6

VOLTAN PIAWAIAN

Mengikut peraturan IEE Edisi 16,voltan piawaian dapat ditukarkan kepada

dua jenis julatan sahaja iaitu:

a)Voltan lampau rendah (jalur I).

b)Voltan rendah (jalur II)

Meski pun penetapan julat voltan telah ditetapkan oleh IEE,pihak berkuasa

bekalan elektrik di negara kita telah menetapkan beberapa nilai voltan bagi

memudahkan pengguna :

a)Bagi arus terus

-voltan rendah adalah 230V

-voltan sederhana adalah 460V

b)Bagi arus ulang alik

-voltan rendah adalah 240V

-voltan sederhana adalah 241V hingga 415V bagi 3 fasa.


PENGAGIHAN BEKALAN BAGI PENGGUNA

Bekalan tenaga elektrik hasil dari pengubah peninggi dan penurun akan ke stesen-

stesen pencawang yang terdapat di kawasan pengguna melalui talian rentang atau

kabel dalam tanah . Seterusnya bekalan tersebut akan diagihkan mengikut keperluan

beban pengguna.

Pihak pembekal bekalan elektrik telah menetapkan 3 jenis bekalan yang akan
disalurkan ke semua pengguna antaranya :

a)Pengguna Kecil

b)Pengguna Sederhana

c)Pengguna Besar.
PERUBAHAN VOLTAN DAN FREKUENSI

a)Voltan bekalan yang diberikan kepada pengguna tidak selalunya sama dengan nilai

yang ditetapkan pembekal.

b)Perubahan voltan yang dibolehkan ialah tidak kurang tidak kurang melebihi 4% dari

jumlah sebenarnya . Manakala ferkuensi adalah tidak kurang atau melebihi 1% dari

frekuensi sebenar .
JENIS JENIS PENGAGIHAN SISTEM BEKALAN

a)Sistem 3 fasa 3 dawai

Sistem ini membekalkan kuasa voltan sebanyak 415V 50Hz. Kebiasaannya sistem ini

akan digunakan di kawasan perindustrian seperti kilang kilang. Sambungan bekalan

ini akan dilakukan terus secara delta. Ianya adalah seperti (VT) voltan talian dan

(VP) voltan fasa akan disambung bersama tetapi arus talian (IT) dan arus fasa (IP)

akan disambung secara berlainan.Sistem ini tidak dibekalkan dengan dawai neutral

b)Sistem 3 fasa 4 dawai

Sistem ini menggunakan dua jenis voltan iaitu sebanyak 240V 50Hz (VT) atau 415V 50Hz

(VP).Sistem ini adalah sistem yang sering digunakan di negara terutama sekali di kilang

kilang serta kawasan perumahan.Sistem ini disambung seakan akan berbentuk bintang

Sistem ini disambung dengan voltan fasa (VP) dan voltan talian (VT) secara berbeza
tetapi arus talian (IT) dan arus fasanya (IP) sama.Sistem ini juga terdapat kebaikannya
sendiri.

Ia dapat membekalkan bekalan kepada pelbagai jenis pengguna,industri,pejabat dan


juga perumahan.Sistem ini disertakan dengan dawai neutral.

Kebaikan lain sistem ini adalah :

-bagi beban seperti motor 3 fasa

-dapat dibekalkan ke kilang,rumah kedai,rumah kediaman serta beban beban kecil.

-kos peralatannya yang murah dan selamat


c)Sistem fasa tunggal (240V)

Sistem ini asalnya diambil daripada sistem 3 fasa 4 dawai.Jumlah voltan keluaranya

adalah sebanyak 240V 50Hz.Sistem ini selalu digunakan untuk rumah rumah kediaman.

Setiap rumah akan dibekalkan dengan fasa yang berlainan dengan punca neutral yang

seimbang .
VOLTAN PEMBAHAGIAN

Voltan pembahagian terbahagi kepada dua bahagian :

a)Sistem Voltan Tinggi

-Sistem voltan tinggi ini beroperasi sepenuhnya dengan penyambungan 3 fasa 3 dawai.

Ia telah beroperasi dengan menggunakan kuasa voltan sebanyak 33kV,22kV,11kV dan


juga 6.6 kV.Selain itu alat tubah yang berada di PMU atau PPU ia telah disambung
menggunakan cara sambungan Delta-Star yang menggunakan sepenuhnya sambungan
3 fasa 3 dawai.

Wayar yang sering digunakan untuk rangkaian sistem voltan tinggi ini adalah jenis kabel
bawah tanah dan juga sesalur talian atas.Kebiasaannya talian atas akan digunakan di
kawasan luar bandar atau pedalaman.Nilai voltan yang paling tinggi digunakan adalah
sebanyak 11kV

Akan tetapi pada masa kini sistem 33kV mula meningkat oleh sebab permintaan bagi
bekalan elektrik semakin bertambah dan meningkat dari semasa ke semasa.

b)Sistem voltan rendah

Pada masa kini pihak TNB telah menggunakan sistem 3 fasa bagi sistem pembahagian

voltan rendah.Ia terdapat 4 jenis pengalir yang berbeza iaitu fasa merah, fasa kuning dan

juga fasa biru.Selain itu, ia juga disertakan bersama satu pengalir neutral yang

menghubungkan "star point" bekalan dengan "star point" beban.

Anda mungkin juga menyukai