Anda di halaman 1dari 3

Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan sejahtera memerlukan usaha yang berterusan

daripada pihak MARA khususnya pihak MRSM. Dengan itu Panduan Nilai dan Etika Kehidupan di
MRSM ialah antara usaha tersebut ke arah mencapai matlamat pendidikan sejagat untuk memastikan
kemenjadian pelajar demi kelestarian pentadbiran negara dan keperluan tenaga kerja pada masa
akan datang.

PANDUAN NILAI DAN ETIKA KEHIDUPAN DI MRSM


1. PERATURAN DISIPLIN

- Semua pelajar mestilah pada setiap masa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak
MARA sepertimana yang termaktub dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab
Rendah Sains MARA (MRSM).

- Pelajar dilarang melakukan atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua
perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai kesalahan disiplin pelajar atau
melanggar Tatatertib dan Peraturan Disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak maktab.

- Kesalahan disiplin pelajar dikategorikan seperti berikut:


i. Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat
ii. Kesalahan Disiplin Kategori Berat
iii. Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana

- Pihak maktab melalui tatacara pengadilan yang ditetapkan boleh mengenakan hukuman
yang sesuai dan wajar ke atas seseorang pelajar yang didapati atau dibuktikan bersalah
melanggar peraturan disiplin berdasarkan Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab
Rendah Sains MARA (MRSM).

- Pelajar boleh dikenakan hukuman Amaran Bertulis, Menandatangani Perjanjian Perubahan


Tingkah Laku, Gantung Persekolahan, Hukuman Rotan, Penamatan Persekolahan, Pindah
Sekolah dan lain-lain mengikut kategori kesalahan yang disabitkan.

2. PENJAGAAN KEBERSIHAN

i. Diri
- Tubuh Badan:
Sentiasa menjaga kesihatan , kebersihan anggota tubuh badan dan rupa diri supaya
tidak mudah dijangkiti penyakit serta sentiasa kelihatan cergas dan menarik .

- Pakaian:
Menjaga keselamatan, kebersihan dan kesempurnaan pakaian supaya pelajar sentiasa
kemas dan berketerampilan.

- Makan Minum:
Peka kepada pengambilan makanan yang berkhasiat dan bersih bagi mengelakkan
mudarat.

1
ii. Asrama
- Ruang Bilik:
Menjaga keselamatan, kebersihan dan kekemasan peralatan, cadar, tilam, bantal dan
barang-barang persendirian yang mencerminkan ketinggian peribadi.

- Bilik Guna Sama:


Bertanggungjawab memastikan lantai, dinding, lampu, kipas dan segala peralatan yang
dibekalkan sentiasa bersih, dijaga dengan baik dan selamat digunakan. Menyayangi
harta guna sama sebagaimana harta sendiri menunjukkan tahap peradaban tinggi yang
hendaklah dibudayakan.

- Tandas:
Bersama-sama menjaga bilik tandas dan bilik mandi supaya sentiasa bersih, tidak
berbau busuk dan tidak menjijikkan. Memastikan peralatan diguna dengan cermat bagi
menjaga jangka hayat kemudahan yang disediakan.

iii. Kelas /Bilik Kuliah/Makmal/Kemudahan Pembelajaran


- Bertanggungjawab memastikan lantai, dinding, lampu, kipas dan segala peralatan yang
dibekalkan sentiasa bersih, dalam keadaan baik dan dijaga dengan cermat. Peralatan
diguna dengan betul.

iv. Persekitaran
- Padang/laman landskap/wakaf:
Sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan tempat. Tidak membuang sampah di merata
tempat serta menjaga dan melindungi tanaman dan hiasan supaya tidak mencacatkan
pandangan. Hendaklah menjaga keselamatan segala peralatan dan kemudahan yang
disediakan untuk keselesaan bersama.

- Dewan Selera
Menjaga kebersihan dan keselesaan tempat makan serta keselamatan peralatan dan
kemudahan yang disediakan bertepatan ia sebagai tempat menjamu selera.

- Surau
Menjaga dan menghormati kesucian tempat beribadat. Bersama-sama memastikan
kebersihan dan kekemasan kemudahan yang disediakan yang melambangkan
penghayatan kepada tuntutan agama.

3. KOMITMEN

- Program:
Memberi tumpuan penuh kepada program akademik dan program sokongan pembelajaran
untuk kejayaan diri dan organisasi.

- Aktiviti Maktab:
Melibatkan diri dan memberi sokongan padu kepada program yang dirancang oleh maktab
sebagai aktiviti rasmi. Aktiviti sebegini hendaklah diberi keutamaan mengatasi kepentingan
peribadi yang boleh diatasi.
2
- Undang-Undang dan Peraturan:
Semua pihak dituntut menghormati dan mematuhi segala undang-undang dan peraturan
yang ditetapkan mengikut jadual, aktiviti, program dan lokasi yang berkenaan. Semua pihak
mestilah akur bahawa peraturan yang dirangka, bertujuan mewujudkan keharmonian,
keseimbangan dan keadilan dalam masyarakat.

4. PENGLIBATAN IBU BAPA

- Perkongsian Pintar:
Ibu bapa atau penjaga dipohon bekerjasama dengan pihak maktab memberi sumbangan
tenaga dan kepakaran sama ada dalam bentuk ilmiah atau kemahiran hands-on untuk
pembangunan pelajar keseluruhan.

- Sokongan kepada Aktiviti Maktab:


Melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti maktab mengikut
kesesuaian yang ditetapkan bersama antara pihak maktab dan ibu bapa.

- Aktif dalam Muafakat


Menjadi ahli Muafakat Maktab yang aktif, memberi sumbangan idea, tenaga dan sokongan
moral.

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH


MARA

Anda mungkin juga menyukai