Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK


SMK SEKSYEN 19, SHAH ALAM
TAHUN 2016

1. AHLI JAWATANKUASA

(a) SHAZALINA BT GHAZALI


(b) NORHASLINA BT MAT JIDIN
(c) SARAH BT IBRAHIM

2. PELAKSANAAN

(a) Menghadiri mesyuarat kali pertama.


(b) Menyiapkan papan cerita berdasarkan dapatan mesyuarat pertama
(c) Mecari bahan-bahan yang berkaitan.
(d) Membangunkan persembahan multimedia menggunakan perisian iMovie yang
berdurasi 11.06 minit.
(e) Persembahan Multimedia ditayangkan pada mesyuarat kedua dan hari raptai.
(f ) Membuat penambahbaikan berdasarkan dapatan pada hari raptai.
(g) Persembahan Multimedia ditayangkan pada Majlis Hari Anugera Kecemerlangan
Akademik 2016

3. PERBELANJAAN

TIADA

4. REFLEKSI

(a) Kekuatan
- mempunyai AJK yang saling membantu untuk menyiapkan persembahan
Multimedia tersebut.

(b) Kelemahan
- Masa yang diperuntukkan sangat singkat di mana tetamu hanya hadir pada
pukul 7.30 pagi dan persembahan harus ditutup pada pukul 7.50 pagi bagi
mengemas peralatan LCD untuk memulakan majlis pada pukul 8.00 pagi.

(c) Cadangan
- diharap untuk majlis yang memerlukan persembahan multimedia sebagai
selingan sementara tetamu hadir hendaklah dimulakan pada pukul 8.30
pagi kerana bagi saya untuk menyiapkan sesebuah persembahan
multimedia memerlukan banyak masa bagi persediaan multimedia tersebut.
Oleh kerana itu, saya berasa agak terkilan kerana masa yang diperuntukkan
untuk persembahan tersebut agak singkat.
5. PENUTUP
Diharap semoga Maljis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik akan diteruskan
pada masa akan datang dengan penambahbaikan yang lebih baik demi
kecemerlangan SMK Seksyen 19.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SHAZALINA BT GHAZALI) (ROSNANI BINTI MD. ZAIN)


Ketua AJK Persembahan Multimedia Penyelaras Program

Anda mungkin juga menyukai