Anda di halaman 1dari 6

1

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan

Kemajuan teknologi maklumat dan internet masa kini telah membawa dunia
kepada satu dimensi baru. Dalam era globalisasi dunia sekarang, penggunaan aplikasi
teknologi digunakan dimana-mana dan segenap lapisan masyarakat. Selain digunakan
sebagai salah satu sumber maklumat utama, internet juga memainkan peranan sebagai
medium untuk berkomunikasi dan berinteraksi yang dapat memberikan banyak
faedah dan manfaat kepada pengguna.

Penggunaan sistem berasaskan web yang dapat menjimatkan masa diantara


staf makmal dan pelajar amatlah diperlukan dalam proses memohoan untuk
menganalisa sampel dan mendapatkan keputusan dari sampel ujian yang dianalisa
menggunakan instrumen yang berada di makmal Fakulti Sains, Universiti Teknologi
2

Malaysia. Pelajar yang sudah berdaftar ke dalam sistem dapat log masuk kedalam
sistem , seterusnya memohon untuk menganalisa sampel dan apabila permohonan
diluluskan,mereka dapat menyemak status analisa sampel samada sudah dianalisa
atau sebaliknya

Bab 1 ini membincangkan tentang latarbelakang masalah sistem yang akan


dibangunkan. Selain itu, dalam bab ini juga ada menjelaskan tentang matlamat yang
ingin dicapai, objektif dan skop serta kepentingan atau justifikasi sistem yang akan
dibangunkan.

1.2 Latarbelakang Masalah

Sistem yang digunakan oleh makmal-makmal di Fakulti Sains secara


umumnya ialah secara manual, dimana pelajar perlu ke makmal, berjumpa dengan
staf makmal untuk menghantar borang permohonan, seterusnya mereka perlu
menunggu kelulusan untuk menganalisa sampel, setelah staf meluluskan
permohonan, pelajar akan menghantar sampel kepada staf makmal untuk dianalisa
bersama dengan borang yang lengkap diisi dan diserahkan semula kepada staf
makmal. Setelah itu mereka perlu menunggu diantara 1 2 minggu untuk
mendapatkan keputusan analisa sampel yang telah dilakukan oleh staf makmal.

Namun demikian, kadang kala mungkin sampel pelajar terlalu banyak untuk
diuji dan ini mungkin akan melambatkan tempoh analisa dan pelajar datang berulang
kali ke makmal untuk bertanyakan status sampel mereka.Mereka mungkin datang dan
kembali tanpa keputusan sampel yang diinginkan kerana staf makmal mungkin tiada
3

dimakmal atas urusan kerja lain atau sampel terlalu banyak dan mereka perlu
menunggu giliran.

Dengan wujudnya Sistem Pengurusan Analisa Sampel (SSA ) Makmal Fakulti


Sains ini, maka pelajar akan dapat menjimatkan masa dan kos mereka tanpa perlu
datang ke makmal. Mereka dapat menyemak status sampel dengan menggunakan
sistem aplikasi web ini dengan penggunaan internet dimana-mana sahaja.
Sistem ini juga dapat memberikan maklumat-maklumat makmal, staf yang
mengurus makmal tersebut, serta alat atau mesin yang berada dimakmal tersebut.Ini
dapat membantu pelajar untuk mengetahui maklumat penting berkenaan instrumen
instrumen yang berada diFakulti Sains yang mana akan menjimatkan masa mereka
dengan hanya menyemak di sistem SSA ini.

1.3 Matlamat Projek

Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan satu Sistem


Pengurusan Analisa Sampel (SSA) berasaskan web yang dapat memudahkan staf
makmal menyalurkan maklumat status keputusan analisis sampel kepada pelajar-
pelajar Fakulti Sains khususnya.

1.4 Objektif

Objektif utama projek ini ialah :


4

1. Untuk membangunkan sistem SAS Makmal Fakulti Sains berbentuk halaman


web yang dapat menjadi saluran di antara staf makmal dan pelajar dalam
proses permohonan menganalisa sampel dan semakan keputusan analisa
sampel ujikaji.

2. Mewujudkan satu sistem yang dapat memberikan maklumat mengenai alat-


alat yang berada dimakmal-makmal Fakulti Sains.

3. Meningkatkan kualiti pengurusan makmal dari sudut pemantauan staf dan


pemantauan statistik data.

1.5 Skop Projek


Sistem SSA yang bakal dibangunkan meliputi beberapa skop yang telah
ditetapkan. Skop-skop tersebut ialah :

i) Sistem ini akan digunapakai oleh 3 kategori penggunan iaitu


a) Admin : merupakan pegawai teknologi maklumat yang
bertanggungjawab mendaftarkan akaun staf serta memuat naik
sebarang banner dan pemberitahuan.
b) Staf : merupakan staf makmal yang akan meluluskan permohonan,
menganalisa sampel pelajar dan akan memasukan status analisa dan
memuatnaik keputusan kedalam sistem.
c) Pelajar Fakulti Sains (UTM) : Pelajar akan mendaftar, memohon dan
menyemak status analisa sampel
5

ii) Sistem yang dibangunkan adalah sistem berasaskan web dan hanya
merangkumi makmal-makmal mengikut jabatan yang berada di Fakulti
Sains, iaitu Jabatan Kimia dan Fizik sahaja

1.6 Kepentingan Projek

Sistem SSA yang akan dibangunkan ini akan dapat memberi kepentingan dan
faedah kepada pengguna (pelajar dan staf) serta pengurusan makmal terhadap
penyampaian maklumat status keputusan analisis sampel.Pelajar khususnya dapat
menjimatkan masa dan kos tanpa perlu berulang alik ke makmal di FS semata-mata
untuk mengetahui status keputusan analisis sampel mereka, penggunaan internet
dapat menjimatkan masa pelajar untuk mengakes sistem SAS ini dimana-mana dan
bila-bila masa.Sistem ini juga dapat menjimatkan kos mencetak dan kos kertas kerana
sebelum ini keputusan perlu dicetak oleh staf makmal sebelum diberikan kepada
pelajar.

Sistem ini juga akan dapat memberi maklumat terperinci mengenai makmal-
makmal yang berada di Fakulti Sains. Maklumat adalah merangkumi pelbagai aspek
iaitu lokasi, staf yang menyelia, alat-alat atau mesin yang berada dimakmal dan
kemudahan kemudahan lain dimakmal.

Sistem ini juga akan dapat membantu pengurusan makmal Fakulti Sains
supaya pemantauan terhadap staf yang terlibat didalam pengujian analisa sampel,
dimana keputusan perlulah diberikan kepada pelajar dalam tempoh waktu yang
ditetapkan. Sistem ini juga dapat memberikan maklumat statistik jumlah sampel yang
6

dianalisa dalam bentuk graf yang mana ia akan membantu pengurusan makmal
Fakulti Sains dalam mendapatkan data yang penting.

1.7 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini memberi gambaran awal tentang sistem yang
akan dibangunkan. Bab ini merangkumi latarbelakang masalah yang dikaji, iaitu
kepentingan sistem Sistem Pengurusan Analisa Sampel Makmal Fakulti Sains .
Objektif projek menerangkan tentang matlamat yang ingin dicapai semasa proses
pembangunan projek. Segala masalah yang timbul perlu diselesaikan agar objektif
dapat dicapai berpandukan skop yang telah ditetapkan. Akhir sekali, kepentingan
projek dikenalpasti supaya dapat memberi nilai dan manfaat yang baik kepada
pengguna dan organisasi terlibat.

Anda mungkin juga menyukai