Anda di halaman 1dari 3

Kaedah pemutus saka

Posted on : 1:05 PM | By : Wan Asrul | In : Kaedah

Assalammualaikum & Salam hormat,

AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH yang memberi belas kasihan & rahmat
kepada hamba-hambaNYA.

Sebilangan kemaafan saya mohon dari para pembaca sekalian atas terabaian blog
ini.

Tidak dapat tidak kesibukan harian membuatkan saya tidak dapat mengemas kini
blog ini seperti blog-blog lain.

InsyaALLAH seperti mana yang tertera sebelum ini adalah berkaitan dengan saka
dan kaedah untuk membuangnya.

Pelbagai kaedah yang sering kita dengar setiap masa.

Apapun kaedah asal tidak syirik pada ALLAH dan tidak ingkar dengan ajaran
Rasulullah S.A.W, teruskan sahaja. Semoga ALLAH merahmati kalian yang
berusaha.

Para pembaca yang dihormati,

Saka yang kita ketahui adalah sama ada datang melalui warisan secara umum, ada
juga melalui tumpangan asal, ada juga melalui warisan secara tidak langsung.

Apapun jua ianya, ia hanyalah satu asbab untuk menjadi gangguan kerana
gangguan yang paling besar adalah dari hati sendiri. Sama ada ingin makin dekat
dengan ALLAH atau makin jauh dengan DIA.

Para pembaca sekalian,

Ada yang beranggapan dalam semua kes gangguan rohani yang paling susah untuk
rawat adalah saka. Betul ke?

Betul atau tidak, bukan persoalan, kerana bagi saya yang paling susah untuk rawat
adalah hati. Kerana hati adalah raja dalam diri, akal menteri dalam tubuh.

Para pembaca sekalian,

Di sini secara sepintas lalu saya ingin berkongsi serba sedikit kaedah membuang
atau memutuskan pertalian dengan saka baik sama ada dengan rela pesakit atau
dengan paksa, InsyaALLAH.

Secara sepintas lalu, kaedahnya:


1) BismILLAH 10x

2) Pembuka Aurad

3) Kalimah Syahadah 3x

4) Tahlil Khusus 3x
5) Selawat Fateh / Selawat Azimiah 3x

Ya ALLAH, limpahkanlah Selawat dan Salam serta Keberkahan ke atas Penghulu kami
Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam),Pembuka bagi yang telah tertutup, Penutup
risalah yang telah berlalu,Penolong kebenaran dengan kebenaran, dan Penunjuk ke jalanMU
yang lurus. Semoga ALLAH melimpahkan Selawat keatas nya
(ShalALLAHu`alaihiwasalam)dan keatas Keluarga nya dan para Sahabat nya dengan hak
kadar nya dan kedudukan nya (ShalALLAHu`alaihiwasalam) yang Agung.

6) Al Qashash : 88 3x

88. dan janganlah Engkau menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah. tiada Tuhan
melainkan dia. tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah. bagiNyalah Kuasa
memutuskan Segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung
amal masing-masing dan menerima balasan).

Kaedahnya, secara ringkasnya dibacakan pada pesakit, dihembuskan pada leher


dan tapak tangan.

Sesudah dihembuskan pada tapak tangan, minta pesakit raut ke muka sendiri
sambil selawat di dalam hati dan berdoa.

Anda mungkin juga menyukai