Anda di halaman 1dari 13

SULIT 011

SET LATIHAN BERFOKUS UPSR 2016

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011

1 minit Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C


dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu
pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar
jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan
yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 - 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Bukan yang melakukan semua ini atuk, kata Irfan dan Firdaus kepada
datuk mereka.

A saya
B beta
C kami
D kita

2 Harga kain batik tulis lebih mahal harga kain batik cap.

A daripada
B dengan
C oleh
D dari

3 Terdapat dua atau tiga durian dalam setiap pangsa.

A buah
B biji
C ulas
D ruas

4 Badan pengemis itu kotor dan pakaiannya .

A cerai-berai
B koyak-rabak
C senget-benget
D compang-camping

5 Penyanyi itu berjaya menarik perhatian para penonton dengan


persembahannya yang amat memukau.

A gendut
B genit
C gemuk
D gempal

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

6 Irdina berasa amat kecewa kerana telah gagal dalam itu.

A temu bual
B temu duga
C temu ramah
D temu bicara

7 Juadah untuk berbuka yang disediakan oleh ibu _ enak rasanya.

A agak
B betul
C nian
D paling

8 Kehidupannya masih melarat anak-anaknya berjawatan tinggi.

A jikalau
B semenjak
C sedangkan
D sementara

9 Penyair itu telah mendeklamasikan sajak pada majlis Malam


Pembacaan Puisi itu.

A seuntai
B sebaris
C sepatah
D serangkai

10 Orang ramai bersungut kerana harga barang semakin meningkat. harga


barang-barang keperluan harian.

A Namun begitu
B Oleh sebab itu
C Lebih-lebih lagi
D Tambahan pula.

11 Sebuah khemah yang dipasang di padang sekolah itu adalah untuk pegawai
sukan yang bertugas.

A sebalik
B bawah
C tengah
D belakang

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

12 Semua sekolah di daerah Kerian diumumkan cuti pada hari ini kerana
kawasannya mengalami jerebu tahap kualiti udara tidak sihat.

A seluruh
B separuh
C setengah
D segelintir

13 Pokok rambutan di dusun Pak Cik Sofi hingga mencecah tanah kerana
buahnya yang sungguh lebat.

A meluyut
B melabuh
C merimbun
D merendang

Soalan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

14 I Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.

II Minta semua peserta bersedia.

III Sila jangan merokok di kawasan ini.

IV Tolong jangan bising di dalam perpustakaan

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 15 dan 16.


15 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Gugur hati saya apabila melihat keadaan peminta sedekah itu.

II Buah durian yang gugur itu telah dikumpulkan untuk dijual.

III Beberapa orang anggota tentera telah gugur sebagai bunga bangsa.

IV Kesatlah air matamu yang gugur itu dengan sapu tangan.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D II dan IV sahaja

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

16 Mengapakah kamu suka adik lelaki kamu itu? tanya Puan Norizan
kepada Nureen.
I melabun
II mencebik
III memarahi
IV mengherdik

A I dan III sahaja


B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 17 hingga 20
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Langit yang membiru, alangkah indahnya


Sungai yang tenang mendamaikan hati
Udara yang bersih sungguh nyaman
Itulah asalnya bumiku
Usiaku akhirnya menginjak senja
Tulangku tidak lagi sekuat dahulu
Nasib bumiku juga demikian Suram,
kelabu, kelam di mana-mana
Langit tidak lagi biru terbentang
Awan sudah tidak kelihatan lagi
Sungai yang umpama kopi susu
Begitulah nasib bumiku kini
Angin tidak lagi menyapa
Tiada lagi gegak-gempita suara kanak-kanak
Memenuhi setiap ruang seluruh pelusuk kampungku
Alangkah pilunya hatiku

Atas nama suatu pembangunan


Bumiku menderita menanggung beban
Manusia yang rakus akan keuntungan
Langsung tidak endah generasi akan datang.

17 Mengapakah penyajak mengatakan bahawa dia sudah tidak kuat lagi?

A Penyajak sudah tua


B Penyajak mengidap penyakit
C Penyajak tidak mendapat udara yang bersih
D Penyajak sering kesepian

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

18 Suara kanak-kanak tidak lagi kedengaran kerana

A mereka sudah dewasa.


B mereka tiada tempat untuk bermain.
C mereka tidak mahu membuang masa.
D mereka takut akan kerja-kerja pembangunan.

19 Frasa sungai yang umpama kopi susu dalam puisi bermaksud

A air sungai yang tidak dapat mengalir.


B air sungai yang berbau busuk.
C air sungai yang dijadikan air minuman.
D air sungai yang menjadi keruh akibat pencemaran.

20 Antara berikut yang manakah tidak benar tentang puisi tersebut?

A Penyajak melahirkan rasa kecewa terhadap pencemaran yang berlaku.


B Masalah alam sekitar berlaku akibat pembangunan.
C Penyajak terlibat dalam kerja-kerja pembangunan.
D Penyajak amat prihatin terhadap persekitaran.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

NO. KAD PENGENALAN/


NO. SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

SET LATIHAN BERFOKUR UPSR 2016

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011


Bahagian B

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Tulis nombor kad pengenalan Untuk Kegunaan Pemeriksan
atau nombor sijil kelahiran dan Kod Pemeriksa :
angka giliran pada petak yang No. Soalan Markah
disediakan 21
22 (a)
2.Jawapan kamu hendaklah ditulis
(b)
pada ruang jawapan yang
disediakan dalam kertas soalan ini. 23 (a) i
(a) ii
3.Serahkan Bahagian B ini bersama- (b)
sama kertas jawapan objektif (a)
kepada pengawas peperiksaan pada
(b)
akhir peperiksaan. 24 (c)
(d)
(a)
(b)
25 (c)
(d)

Jumlah
30

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberikan.

merestui menawan menjajah meminati

meluncur menggapai mengikut menempuh

Saya ingin jejak abang saya. Semenjak kecil lagi, saya


sangat bidang kejuruteraan enjin. Saya ingin menjadi pereka
kereta nasional. Saya mahu kereta ciptaan saya megah di jalan
raya di seluruh pelosok Malaysia. Lebih-lebih lagi, saya ingin melihat kereta tersebut
jalan raya di luar negara.
[ 4 markah ]

Soalan 22
a.Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Beta akan berangkat


ke negeri Bentan
esok. Sepeninggalan
Jawapan
beta, jagalah negeri
ini dengan baik.

[ 2 markah ]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

b. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 1 markah ]

Soalan 23
a. Baca iklan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a.Perkataan festivalbolehdigantikan dengan perkataan

i. Perkataan festival boleh digantikan dengan perkataan .


[ 1 markah ]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

ii. Berapa harikah Festival Buku Kanak-kanak 2011 tersebut diadakan ?

[ 2 markah ]

b. Tandakan () bagi ayat yang betul dan ( X) bagi ayat yang salah.

i. Kerja-kerja memperdalamkan parit di sepanjang jalan Titi Serong


ditangguhkan buat sementara waktu.

ii. Kejohanan Olahraga Tahunan SK Parit Haji Taib akan diadakan di


Stadium Mini Bagan Serai pada minggu hadapan.

iii. Kita hendaklah saling tolong-menolong agar kerja yang sukar


menjadi mudah.

iv. Nurkamaliah bersyukur di atas kejayaan cemerlang yang dicapainya


dalam Peperiksaan PertengahanTahun .

[ 4 markah ]

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA KURAU, Jumaat - Satu kemalangan ngeri telah berlaku di sebuah simpang
di pekan ini pada pukul 5.00 petang tadi. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah
kereta dengan sebuah motosikal.

Menurut Ketua Balai Polis Kuala Kurau, Inspektor Amin bin Zainal Abidin,
kereta itu dikatakan terbabas lalu melanggar motosikal yang datang dari arah
bertentangan. Ekoran daripada perlanggaran itu, penunggang motosikal tercampak ke
tepi jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta pula telah tersepit di tempat duduknya dan mengalami


kecederaan yang parah di badan dan kepala.Seorang penumpang kereta pula hanya
mengalami kecederaan ringan.

Beberapa orang anggota bomba telah sampai ke tempat kejadian dan telah
berusaha untuk mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit itu. Mangsa berjaya
dikeluarkan selepas setengah jam terperangkap di dalam kereta itu. Selain itu,
ambulans juga telah datang untuk membawa mangsa yang meninggal dunia dan
cedera ke Hospital Parit Buntar.

Kemalangan ngeri tersebut telah menyebabkan lalu lintas mengalami kesesakan


yang agak teruk. Polis trafik telah berjaya mengawal keadaan dan keadaan kembali
pulih beberapa jam kemudian.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

Pihak polis masih menyiasat punca kejadian tersebut dan akan menahan pemandu
kereta tersebut untuk mendapatkan keterangannya.

a. Perkataan parah dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan _ .


[ 1 markah ]

b. Apakah yang berlaku kepada penunggang motosikal?

[ 2 markah ]

c. Bagaimanakah keadaan lalu lintas semasa kemalangan ngeri itu berlaku?

[ 2 markah ]

d. Adakah kemalangan tersebut berpunca daripada penunggang motosikal?


Mengapa?

[ 3 markah ]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

25. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Makan nasi di atas pangkin,


Pencuci mulut roti sekaya
Jika kita insan yang rajin,
Dari miskin menjadi kaya.

Bunga harum meliar hutan,


Cantik kemboja tumbuh di desa,
Khazanah alam umpama intan,
Menjadi idaman sepanjang masa.

Tumbuh rimbun buluh berduri,


Tebang dengan parang tajam,
Alam menangis tiada terperi,
Tidak peduli manusia kejam.

Gulai tempoyak ikan patin,


Masak bersama sedikit rempah,
Jadilah kita rakyat prihatin,
Tidak dibuang sebarang sampah.

a. Apakah maksud rangkap keempat pantun di atas?

[ 2 markah ]

b. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Pesawah menjadikan hutan rimba sebagai tempat


mencari rezeki.

Ramai yang tidak ambil peduli tentang kemusnahan


alam sekitar.

[ 1 markah ]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016
SULIT 011

c. Mengapakah hutan rimba menjadi idaman setiap masa?

[ 2 markah ]

Khazanah alam umpama intan,

Menjadi idaman sepanjang masa.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2016

Anda mungkin juga menyukai