Anda di halaman 1dari 1

1.

Sekiranya anda melihat mana-mana bahagian bangunan atau asrama mengalami kebakaran
atau anda melihat tanda-tanda kebakaran, anda hendaklah :
Melaporkan segera kepada kepada penyelia asrama/warden.
Aktifkan loceng amaran kebakaran atau berteriak, Api ! Api !
Selamatkan mangsa sekiranya anda berasa yakin.
Padamkan kebakaran itu jika tidak bahaya.
Utamakan keselamatan diri anda.
2. Sekiranya anda terperangkap dalam asap yang tebal, selamatkan diri anda dengan cara
merangkak di atas lantai dengan muka menghala ke bawah. Jangan berlari kerana muka anda
akan terdedah pada asap yang menghadapi gas beracun.
3. Jangan masuk semula ke dalam bangunan asrama semata-mata untuk mengambil sesuatu.
4. Apabila anda terdengar bunyi loceng amaran kebakaran (Bunyi yang panjang dan berturutan
sebanyak tiga kali) anda dikehendaki :
Hentikan semua aktiviti yang anda sedang lakukan.
Tutup suiz perkakas elektrik dan pintu bilik asrama anda.
Tinggalkan bilik asrama anda melalui laluan keselamatan yang telah ditetapkan.
Segera berkumpul di Zon Selamat.
Jangan bertolak-tolakan dan berebut-rebut.
Tinggalkan segala barang dan peralatan untuk memudahkan anda menyelamatkan diri.
5. Anda hendaklah sentiasa peka terhadap bahaya kebakaran kerana kebakaran boleh
menyebabkan kecederaan dan kematian, dengan :
Berhati-hati menggunakan peralatan elektik.
Tidak membuang sampah sesuka hati kerana sampah menjadi punca api merebak.
Memahami Tatacara Keselamatan Semasa Berlaku Kebenaran.
Mengetahui Latihan Keselamatan Bilik Asrama.
Mengetahui Zon Selamat untuk berkumpul.
6. Anda boleh mengurangkan risiko kebakaran sekiranya anda memahami :
Sains kebakaran punca berlakunya kebakaran.
Strategi pencegahan kebakaran.
Strategi menyelamatkan diri semasa kebakaran .
7. Anda dilarang :
Bermain dengan punca elektrik
Mengusik atau merosakan alat pemadam api.

Anda mungkin juga menyukai