Anda di halaman 1dari 30

Bab 2

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

21

Bab 2.indd 21

7/9/2013 4:40:41 AM

22

Bab 2.indd 22

7/9/2013 4:40:41 AM

BAB 2

Keusahawanan:
Konsep Yang Terus Berubah

eusahawanan tidak perlu dipertikaikan lagi tentang kepentingannya

terhadap kemanusiaan. Ia merupakan punca kepada pertumbuhan ekonomi,

pembaharuan sosial dan pembangunan personal. Subjek yang penting ini sangat
sesuai untuk diselidiki dengan mendalam, dijadikan tauladan yang penting dan
dijadikan bahan perbahasan secara berterusan. Apabila satu subjek apa-apa subjek
yang mempunyai kepentingan yang mendalam seperti keusahawanan, saya
percaya ia berupaya menjadi asas kepada pendidikan yang hebat.
Prof. Kevin Hindle, Australian Graduate School of Entrepreneurship, Melbourne

23

Bab 2.indd 23

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

24

Objektif
1. Untuk mengenalpasti pembangunan sejarah usahawan
dan keusahawanan
2. Untuk meneroka dan membongkar mitos dalam keusahawanan
3. Untuk mendefinisikan dan meneroka sekolah pemikiran
keusahawanan
4. Untuk menjelaskan pendekatan proses untuk mengkaji
keusahawanan
5. Untuk menetapkan satu definisi lengkap tentang keusahawanan

Evolusi Pengusahaan
Perkataan entrepreneur atau usahawan ini adalah berasal dari perkataan
Perancis entreprendre bermaksud untuk diuruskan. Kami menggunakan
perkataan Perancis ini adalah kerana perkataan untuk diuruskan telah
digunakan oleh profesyen lain! Walau apa sekalipun usahawan adalah
merupakan seseorang yang mengambil tugas untuk menyusun atur,
mengurus dan mengambil risiko perniagaan. Definisi ini diperluaskan lagi
di mana hari ini usahawan juga dianggap sebagai seorang penginovator
atau pemaju yang dapat mengenalpasti dan merebut peluang; peluang
tersebut ditukarganti menjadi idea yang boleh dilaksanakan/dipasarkan;
menambah nilai mengikut masa, berdaya usaha, wang, atau kemahiran;
mengambil risiko di dalam pasar yang bersaing untuk melaksanakan idea
tersebut; dan memperolehi ganjaran dari daya usaha tersebut.
Usahawan adalah penggerak yang agresif untuk melakukan perubahan di
dalam dunia perniagaan. Mereka merupakan pemikir bebas yang sanggup
untuk menjadi berbeza terhadap kejadian yang biasa. Satu kajian
mendedahkan bahawa semua usahawan mempunyai ciri-ciri tertentu
yang seragam, ini termasuklah keupayaan untuk menggabungkan sumber,
kemahiran pengurusan, berhasrat untuk mencapai autonomi dan
mengambil risiko. Ciri-ciri lain ialah seperti agresif, bersaing, bermatlamat,
berkeyakinan diri, sentiasa mencari dan merebut peluang, bertindak

Bab 2.indd 24

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

mengikut gerak hati, tindakan berasaskan realiti, keupayaan belajar melalui


kesilapan serta berupaya menggunakan kemahiran perhubungan manusia.

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

25

Walaupun tiada satu definisi usahawan secara tepat dan tiada satu
profil dapat menggambarkan usahawan hingga masa kini, penyelidikan
menyediakan fokus yang lebih jitu terhadap subjek ini. Satu ulasan ringkas
tentang sejarah keusahawanan dipaparkan berikutnya.

Keusahawanan Merentasi Zaman


Sepanjang sejarah selalu terdapat individu yang bersikap ingin
mengusahakan perniagaan dengan mengesan dan memanipulasikan
peluang. Tetapi apabila manusia berubah dari bertindak dalam unit secara
kolektif ke arah individualisme, mereka digelar sebagai orang yang
bermimpi dan melakukan oleh Pinchot. Mereka sentiasa berhadapan
dengan kebimbangan, malah boleh mengancam nyawa serta cabaran demi
mencapai impian mereka.
Secara lebih mudah, andaikan usahawan adalah sebagai seorang pemburu
yang mempunyai senjata yang terkini mencari kelebihan kedudukan dalam
pasaran yang ganas. Semakin majunya teknologi pemburuan, mereka
memperolehi lebih banyak tangkapan menyebabkan hasilnya terkumpul
dan berlebihan. Kelebihan dalam kekayaan dan pengetahuan ini mengubah
kedudukan mereka dari kehidupan sara diri kepada pembentukan sebuah
masyarakat yang stabil. Sebahagian yang lain yang lebih bijak menyediakan
kemudahan pinjaman dalam bentuk kewangan atau pengetahuan untuk
dimanfaatkan oleh orang lain atau kumpulan itu sendiri. Tetapi dalam
sebuah masyarakat yang kolektif adalah lebih baik jika manfaat individu
yang diperolehi dirahsiakan.
Data daripada pengajian anthropologi memaklumkan bahawa ciptaan
kekayaan melalui keusahawanan telah wujud sejak ribuan tahun lagi.
Batu bersurat perniagaan yang digali menunjukkan bahawa inovasi dan
keusahawanan adalah aspek utama di dalam sesebuah tamadun yang
telah lama hilang. Masyarakat Assyrian kuno menunjukkan mereka telah
melakukan pemindahan inovasi, memiliki pekerja berpengetahuan dan
telah membangunkan komunikasi perniagaan. Masyarakat Assyrian juga
mewarisi sistem perusahaan persendirian daripada tamadun Sumer dan
Babylon. Wingham percaya bahawa keusahawanan yang kita amalkan
kini adalah lanjutan dari tamadun Phoenicia sejak abad kesebelas sebelum
masihi. Para pedagang yang belayar ini telah berjaya menghubungkan
empayar komersil dari Syria yang berada di sebelah timur hingga ke
Sepanyol di sebelah barat. Mereka merupakan usahawan sejati yang
telah mengambil risiko dengan meneroka ke tempat yang tidak dikenali
dan menghadapi kekalutan setiap hari. Mereka berjaya mendapatkan

Bab 2.indd 25

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

26

keuntungan untuk diagihkan kepada pelabur, pedagang dan mereka


sendiri. Perdagangan yang aman ini telah diganggu oleh orang Parsi yang
suka berperang dan tamak sehingga dua ribu tahun lamanya, keadaan ini
telah menghasilkan konsep pengusaha yang mengambil risiko.
Di era anutan kitab injil, seorang individu yang berkebolehan dan bebas
dalam menjalankan perusahaannya berhadapan dengan masyarakat yang
prejudis dan menentang sistem pinjaman yang dikenakan faedah. Kitab injil
melarang keras kegiatan sebegini dan menganggapnya sebagai satu jenayah
yang berat. Ezekiel 18:13 mengatakan, Dia yang memberi pinjaman dan
mengambil faedah yang berlebihan. Patutkah orang seperti ini hidup? Dia
tidak akan hidup! Sebab dia telah melakukan sesuatu yang sangat dibenci,
dia hendaklah dihukum mati. Bayangkan betapa sukarnya mencari
kelebihan kedudukan pada masa itu.
Masyarakat Romawi tidak menghalang pinjaman yang dikenakan faedah,
tetapi anehnya orang Romawi tidak menyukainya. Mereka juga
menganggap perniagaan yang dijalankan oleh golongan bangsawan akan
menyebabkan kehilangan prestij mereka. Mereka juga memandang tinggi
kepada pengumpulan kekayaan asalkan ia tidak berpunca dari kegiatan
perindustrian atau perdagangan. Di Rom terdapat penciptaan kekayaan
tetapi hanya melalui perdagangan. Perniagaan hartanah dan pinjaman
kewangan berfaedah merupakan jalan biasa untuk mendapatkan kekayaan.
Wang mencurah daripada hasil harta rampasan perang, ganti rugi, cukai
wilayah, pinjaman dan lain-lain perahan atau cabutan. Keadaan ini
menguntungkan pihak tertentu apabila golongan bangsawan mengelak dari
terlibat dalam perdagangan. Ruang ini terbuka kepada golongan usahawan
dari kalangan orang biasa dan bekas hamba yang diberi peluang berniaga
oleh tuannya. Perhambaan merupakan salah satu jalan untuk melibatkan diri
dalam perdagangan bagi golongan kelas bawahan di Rom.
Inovasi dan keuntungan adalah tidak berkaitan langsung. Keadaan ini jelas
kerana orang Romawi melakukan kemajuan teknologi yang terhad, itupun
tidak berkaitan dengan perdagangan. Pliny menulis bahawa suatu hari
seorang pencipta datang mengadap Maharaja Tiberius untuk menunjukkan
ciptaannya iaitu cermin kaca yang susah pecah dan memohon sumbangan
untuk ciptaannya. Tiberius bertanya sama adakah formula tersebut telah
diketahui oleh orang lain? Pencipta tersebut menyakinkan bahawa ia masih
satu rahsia dan pencipta tersebut dipancung serta merta, jika tidak emas
akan bertukar nilainya menjadi selut. Pengajaran sedih dari cerita ini ialah
apabila pencipta tersebut terpaksa mengadap maharaja untuk mendapatkan
ganjaran yang sepatutnya dia bertemu dengan pemodal teroka untuk
mendapatkan pelaburan.
Beralih ke zaman pertengahan China, bagaimanakah caranya seorang
usahawan memulakan perniagaannya apabila semua harta benda adalah
milik raja? Apabila raja memerlukan wang ia hanya perlu merampas

Bab 2.indd 26

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

daripada bangsawannya yang kaya. Ini bermakna tiada sesiapa sanggup


untuk melabur dalam perniagaan yang produktif demi mengelak dari
hilang begitu sahaja. Hanya pelajaran dan jawatan sahaja sebagai jalan ke
arah kejayaan dan nilai hanya terdapat pada pemilikan tanah bukannya
perniagaan. Kekayaan hanya untuk mereka yang lulus peperiksaan dan
dapat menjawat jawatan dalam kerajaan.

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

27

Di zaman pertengahan di Eropah pula kekayaan dan kuasa juga bukannya


datang daripada kemahiran perniagaan tetapi melalui penaklukan tentera.
Inovasi seperti perisai, panah dan ubat senapang amat diperlukan oleh
tentera bukannya kedai runcit. Di istana King Arthur, budak lelaki yang
belajar ilmu peperangan diterima sebagai satu kaedah untuk mengumpul
kekayaan. Sesungguhnya, tulisan Mark Twain dalam A Connecticut Yankee
in King Arthurs Court membidas keadaan ini dengan mengatakan bahawa
jika usahawan Amerika di bawa ke zaman tersebut mereka akan
menubuhkan akademi perusahaan.
Tetapi apabila Eropah berubah daripada ekonomi feudal kepada kapitalis
baru, keadaan mula berubah. Usahawan perdagangan telah mengambilguna
kemajuan teknologi dalam bidang pembinaan kapal dan membina jaringan
perdagangan global dan mereka telah menggunakan kemajuan persenjataan
untuk melindunginya. Berbagai bentuk pinjaman berfaedah diperkenalkan
seperti pinjaman kepada pemerintah, pajakan monopoli, pembelian secara
kredit, kadar tetap pertukaran matawang dan sebagainya. Usahawan
perdagangan telah menjadi pemain utama di dalam arena politik Eropah
dan juga sebagai pemilik armada perkapalan dan pewaris perbankan seperti
Medici, yang boleh dianggap sebagai pemerintah sekular ataupun sebagai
seorang rahib. Di penghujung zaman pertengahan, kewujudan semula
bandar menyaksikan zon bebas cukai dan pembebasan hamba telah
melahirkan pertumbuhan pesat di dalam semangat keusahawanan.
Oleh itu, sehingga era revolusi perindustrian pada penghujung abad ke
lapan belas dan awal abad ke sembilan belas, kita saksikan bahawa seorang
usahawan mungkin dihukum pancung, mati di medan peperangan atau
ditentukan oleh pemerintah. Satu persekitaran yang sangat tidak kondusif!
Walaupun kerjaya ini nampaknya sangat merbahaya, sepanjang sejarahnya
semangat keusahawanan telah memacu banyak pencapaian untuk
kemanusiaan. Sesungguhnya, setengah orang mengatakan tidak banyak
yang berubah. Perbadanan multinasional wujud di Assyria. Grik kuno
meletakkan jenamanya dalam persaingan. Perniagaan pelancongan
bukanlah sesuatu yang luar biasa. Wujudnya kelompok industri di Phoenicia.
Bentuk perniagaan bebas yang kreatif dan inovatif wujud dalam beberapa
abad. Kemanusiaan telah maju dari dalam gua hingga ke kampus dijelaskan
dalam beberapa bentuk. Tetapi persoalan penting berkaitan teori-teori
tersebut adalah peranan sebagai agen perubahan yang memaksa dalam
inisiatif dan pelaksanaan kemajuan kebendaan. Hari ini kita kenal agen

Bab 2.indd 27

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

28

perubahan di dalam sejarah manusia adalah usahawan.


Individualis yang kasar, mereka yang menghargai kebebasan dan berdiri
sendiri, selalunya adalah golongan yang bertentangan dengan pemerintah
dan tidak suka kepada kongkongan. Pada dasarnya usahawan adalah
golongan mereka yang tahu apa yang mereka buat. Usahawan hari ini
boleh dikategorikan sebagai jenis individu yang berdaulat. Dalam buku
The Sovereign Individual oleh Davidson dan Reesmogg melihat sejarah
sebagai kitaran 500 tahun daripada kegemilangan Athen dan kejatuhannya
(500 BC), sehingga permulaan agama Kristian dan kejatuhan Rom (AD 500),
sehingga kemunculan feudalisme (AD 1000) dan kejatuhannya di sekitar
1500. Setiap kitaran melihat genggaman yang kuat oleh sistem pemerintahan
yang akhirnya tumbang manakala kebebasan kemudian wujud buat
sementara waktu. Di zaman moden ini, warganegara tidak lagi perlu setia
atau terhutang budi kepada sesebuah negara bangsa mengikut penulis.
Usahawan masa hadapan akan berada di dalam talian internet dan akan
memilih untuk bermastautin dan melakukan perniagaan berasaskan
pertimbangan kos dan keuntungan. Mereka akan melakukan pembelian
secara pembandingan untuk perkhidmatan (utiliti, perlindungan polis,
malah matawang) monopoli negara tidak lagi berkuasa di dalam pasaran.

Definisi Awal Keusahawanan


Pengenalan usahawan dalam satu kelas telah dilakukan sejak abad kelapan
belas lagi di Perancis apabila Richard Cantillon mengaitkan usahawan
dengan kegiatan menanggung risiko di dalam ekonomi. Di abad yang
sama di Eropah, Revolusi Perindustrian berkembang dengan pesat dan
usahawan berperanan dengan jelas sekali dalam kegiatan menanggung
risiko dan transformasi sumber.
Sejak sekian lama ahli ekonomi mengatakan bahawa perkataan usahawan itu
adalah milik mereka. Sehingga tahun 1950 kebanyakan definisi dan rujukan
terhadap keusahawanan datang dari ahli ekonomi. Contohnya, Cantillon
(1725), sebagaimana yang disebut; Jean Babtiste Say (1803), seorang ahli
ekonomi Perancis yang terkenal; Joseph Schumpeter (1934), ahli ekonomi
yang bijak di abad ke-20, semuanya menulis tentang keusahawanan dan
kesannya terhadap pembangunan ekonomi. Selama beberapa dekad
penulis-penulis terus mencuba untuk menerangkan atau mendefinisikan
tentang keusahawanan. Berikut adalah beberapa contoh berkaitan:
Keusahawanan ... terkandung dalam kegiatan melakukan
sesuatu yang bukan kebiasaan dalam rutin perniagaan; ianya
pada dasarnya adalah satu fenomena yang tergolong sebagai
salah satu aspek dalam kepimpinan.

Bab 2.indd 28

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

Keusahawanan, sekurang-kurangnya di dalam semua


masyarakat bukan kuku besi, merupakan satu jambatan antara
masyarakat keseluruhannya, terutama sekali aspek bukan
ekonomi masyarakat tersebut, serta penubuhan institusi yang
berasaskan keuntungan untuk tujuan mengambil manfaat dari
kekayaan ekonomi dan untuk memuaskan hajat ekonominya
sebaik mungkin.

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

29

Dalam ... keusahawanan, terdapat perjanjian tentang kelakuan


yang sedang kita bincangkan termasuklah: (1) mengambil
inisiatif, (2) menyusun atur atau menyusun atur semula
mekanisma ekonomi untuk menjadikan sumber dan situasi
kepada keadaan yang praktikal, serta (3) penerimaan terhadap
risiko kegagalan.
Para penulis yang terkemuka telah lama berselisih pendapat tentang sama
ada seorang usahawan mencipta keseimbangan atau ketidakseimbangan,
mestilah menanggung risiko, pemilik modal, terkecuali, seorang pemimpin
atau hanya sebagai penggabung faktor, inovatif atau lebih bersedia
berbanding dengan orang awam. Selepas mengulas tentang evolusi
keusahawanan serta memeriksa definisinya yang berbeza-beza, Ronstadt
meringkaskannya seperti berikut:
Keusahawanan adalah satu proses yang dinamik dalam
mencipta kekayaan yang meningkat. Kekayaan ini dicipta oleh
individu yang menanggung risiko utama dalam bentuk ekuiti,
masa, dan/atau pengorbanan kerjaya untuk menyediakan nilai
untuk beberapa produk atau perkhidmatan. Produk atau
perkhidmatan itu sendiri mungkin atau mungkin tidak baru
atau unik tetapi nilainya bagaimanapun tetap dimasukkan
oleh usahawan menggunakan kemahiran dan sumber yang
bersesuaian.
Di abad kedua puluh ini, dunia telah menjadi sangat rapat hubungannya
dengan enterprais bebas dan kapitalisme. Begitu juga, secara umumnya
ia dikenali bahawa usahawan bertindak sebagai agen kepada perubahan;
menyediakan kreativiti; idea yang inovatif untuk perniagaan; serta
membantu mengembangkan dan memberi keuntungan kepada perniagaan.
Walau apa pun yang dilakukan oleh usahawan di abad kedua puluh ini,
mereka dianggap sebagai wira kepada enterprais bebas. Ramai dari
kalangan mereka telah menggunakan inovasi dan kreativiti untuk membina
perniagaan yang bernilai jutaan dollar yang berasal dari perniagaan yang
dhaif setengahnya dalam tempoh kurang dari satu dekad. Mereka juga
telah mencipta produk dan perkhidmatan baru dan telah mengambil risiko
berkaitan dengan kegiatan ini. Orang ramai kini menganggap usahawan
adalah peneroka di atas persempadanan perniagaan.

Bab 2.indd 29

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

30

Dalam mengenali kepentingan evolusi keusahawanan ke dalam abad


kedua puluh, kita telah membangunkan satu definisi yang bersepadu yang
memperakukan faktor-faktor penting yang diperlukan oleh fenomena ini.
Keusahawanan adalah satu proses yang dinamik terdiri daripada
visi, perubahan dan ciptaan. Ia memerlukan penggunaan tenaga
dan ketaksuban ke arah penciptaan dan pelaksanaan idea baru
serta penyelesaian yang kreatif. Di antara kandungan penting
termasuklah kesanggupan untuk mengambil risiko yang boleh
dikira dari konteks masa, ekuiti atau kerjaya; keupayaan untuk
membentuk pasukan perniagaan yang berkesan; kemahiran
kreatif untuk menggembleng sumber yang diperlukan;
kemahiran asas untuk membina rancangan perniagaan yang
kukuh; akhir sekali, mempunyai visi untuk mengenal peluang di
mana orang lain melihatnya sebagai suatu keadaan kacau bilau,
bercanggahan dan mengelirukan.

Mitos-Mitos Keusahawanan
Disepanjang beberapa tahun wujud berbagai mitos atau kepercayaan
karut berkaitan dengan keusahawanan. Ramai penulis dalam bidang ini
mencatatkan bahawa kajian keusahawanan merupakan satu bidang yang
baru muncul, oleh itu cerita dongeng cenderung untuk bertapak dan
mungkin dipercayai sehingga ianya dapat disahkan tidak benar melalui
kajian terkini. Berikut dibincangkan sepuluh jenis kepercayaan mitos yang
dicatatkan beserta keterangan untuk menghapuskan kepercayaan tersebut.
Mitos 1: Usahawan adalah pelaku, bukannya pemikir
Walaupun ada kebenarannya tentang usahawan sebagai orang yang suka
bertindak tetapi ia juga bertindak sebagai pemikir. Sesungguhnya usahawan
selalunya bertindak dengan tersusun dan sentiasa membuat perancangan
dengan teliti sebelum melakukan sesuatu. Penekanan masa kini ialah
terhadap pembentukan rancangan perniagaan yang jelas dan lengkap
merupakan satu petunjuk bahawa berfikir adalah sama pentingnya
dengan pelakuan.
Mitos 2: Usahawan dilahirkan, bukannya dibentuk
Kepercayaan bahawa ciri-ciri usahawan tidak boleh dibentuk atau diajar di
mana ianya datang melalui individu yang dilahir bersama ciri-ciri tersebut
telah lama wujud. Ciri-ciri tersebut adalah seperti sifat agresif, dorongan
dan inisiatif, kesanggupan menanggung risiko, keupayaan menganalisis dan

Bab 2.indd 30

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

kemahiran dalam hubungan manusia. Namun demikian, hari ini


keusahawanan dikenalpasti sebagai satu disiplin membantu menghapuskan
kepercayaan ini. Seperti disiplin yang lain, keusahawanan mempunyai
model, proses dan kajian kes yang memungkinkan ianya dikaji dan
melahirkan pengetahuan yang boleh dipelajari.

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

31

Mitos 3: Usahawan adalah seorang pencipta


Kepercayaan bahawa usahawan adalah pencipta merupakan satu salah
faham dan pemikiran satu hala. Walaupun ramai pencipta adalah juga
usahawan, terdapat juga usahawan yang mempunyai kemahiran
menjalankan inovasi yang berbagai jenis. Sebagai contoh, Ray Croc tidak
mencipta franchais makanan segera, tetapi idea inovasinya telah melahirkan
McDonald sebagai rangkaian perniagaan makanan segera di seluruh dunia.
Fahaman terkini mengenai keusahawanan bukan sahaja merangkumi aspek
ciptaan. Ia memerlukan kefahaman lengkap mengenai kelakuan inovatif
dalam semua bentuk.
Mitos 4: Usahawan adalah golongan yang tercicir dalam akademik
dan sosial
Terdapat kepercayaan yang meluas bahawa usahawan adalah golongan yang
tercicir dalam bidang akademik dan sosial. Keadaan ini berpunca dari fakta
yang mendapati lebih kurang 15 peratus daripada semua usahawan tercicir
dalam persekolahan atau berhenti kerja dalam bidang pengurusan. Seorang
usahawan sektor harta yang berpengaruh di New Zealand berkata, Kepada
usahawan, pendidikan adalah satu kegiatan yang tidak berkaitan. Inilah
salah satu punca yang menyebabkan usaha menerangkan tentang usahawan
biasa terbantut kerana telah terkeluar dari kebiasaan. Berdasarkan kepada
perkembangan sejarah, organisasi pendidikan dan sosial tidak kenal
usahawan. Organisasi tersebut mengandaikan usahawan sebagai tidak
sesuai untuk diambilkira ke dalam gergasi dunia korporat. Pendidikan
perniagaan misalnya hanya mementingkan pembelajaran dalam sektor
korporat sahaja. Tetapi hari ini usahawan adalah wira dalam dunia sosial,
ekonomi dan akademik. Usahawan bukan lagi tidak sesuai, malah mereka
kini dilihat sebagai profesional. Kajian menunjukkan pendidikan dan
keusahawanan adalah sangat tinggi korelasinya.
Mitos 5: Usahawan hendaklah padan dengan profail
Banyak buku dan artikel telah menggariskan satu senarai semak tentang
ciri-ciri usahawan yang berjaya. Senarai semak tersebut tidak dapat
dipastikan samada telah disahkan atau lengkap; ianya dibuat berasaskan
kajian kes dan juga penemuan penyelidikan di kalangan mereka yang

Bab 2.indd 31

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

32

mempunyai kehendak terhadap pencapaian. Hari ini kita sedar bahawa


piawaian sebagai usahawan adalah sukar untuk dipastikan. Persekitaran,
perniagaan, serta usahawan memberi kesan secara interaktif yang telah
menghasilkan berbagai jenis profail. Kajian semasa yang sedang dilakukan
di universiti seluruh Amerika Syarikat akan menyediakan satu pandangan
tentang berbagai jenis profail usahawan yang berjaya. Jika dilihat dalam bab
empat, pinggiran keusahawanan di dalam individu itu sendiri lebih mudah
difahami berbanding dengan senarai semak profail.
Mitos 6: Semua usahawan perlukan wang
Memang tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan perniagaan memerlukan
modal untuk terus hidup. Ia juga didapati benar bahawa banyak perniagaan
gagal akibat kekurangan dalam pembiayaan kewangan. Namun demikian
adanya modal sahaja tidak semestinya boleh menjadi benteng untuk
mengekang kegagalan. Kegagalan akibat kekurangan modal selalunya
merupakan petunjuk kepada masalah lain: pengurusan yang tidak cekap,
kurang kefahaman tentang kewangan, pelaburan yang lemah, perancangan
yang lemah dan seumpamanya. Ramai usahawan yang berjaya telah dapat
mengatasi masalah kekurangan wang untuk memantapkan perniagaan
mereka. Kepada usahawan berkaitan, wang adalah salah satu sumber
penting tetapi ianya bukanlah matlamat sebenarnya.
Mitos 7: Semua usahawan adalah bergantung pada nasib
Dapat berada di tempat dan pada waktu yang betul memang merupakan
satu kelebihan. Tetapi faktor nasib berlaku apabila persediaan sesuai dengan
peluang. Usahawan yang sentiasa bersedia dan dapat merebut peluang bila
tiba masanya dianggap sebagai bernasib baik. Sebenarnya mereka lebih
bersedia untuk menghadapi situasi yang boleh memberikan mereka
kejayaan. Apa yang sebenarnya menyumbang kepada nasib ialah,
persediaan, keinginan, pengetahuan dan inovasi.
Mitos 8: Kejahilan adalah punca kebahagiaan bagi usahawan
Mitos tentang terlalu banyak perancangan dan penilaian akan mendorong
kepada masalah yang berterusan iaitu apabila terlebih analisis akan
menuju kepada kelumpuhan kenyataan ini sudah tidak sesuai digunakan
di zaman persaingan pasaran sekarang, yang memerlukan perancangan dan
persediaan yang terperinci. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan,
menyediakan jadual yang kemaskini beserta kontingensi untuk menangani
masalah dan mengurangkannya dengan membentuk strategi dengan
hati-hati, semuanya ini adalah merupakan faktor utama ke arah kejayaan
keusahawanan. Oleh itu perancangan yang cermat bukan kejahilan adalah
tanda kepada seorang usahawan yang berjaya.

Bab 2.indd 32

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

Mitos 9: Usahawan menjejak kejayaan tetapi terpaksa mengalami kadar


kegagalan yang tinggi

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

33

Adalah didapati benar bahawa ramai usahawan mengalami kegagalan


sebelum mereka berjaya. Ini bersesuaian dengan perumpamaan, jika anda
belum berjaya, cuba dan cuba lagi. Sebenarnya kegagalan boleh mengajar
banyak pengajaran kepada mereka yang sanggup belajar dan selalunya
akan membawa kejayaan dimasa hadapan. Keadaan ini dijelaskan lagi oleh
prinsip koridor yang menyatakan bahawa setiap perniagaan yang
dilancarkan, peluang baru dan tidak diduga akan muncul. Perbadanan
3M mencipta nota Post-it menggunakan gam yang tidak terlalu kuat
sebagaimana kegunaan yang dikehendaki. Daripada membuang gam
tersebut begitu sahaja syarikat telah berusaha mencari jalan untuk mencari
kegunaan lain bagi gam tersebut dan dalam proses tersebut mereka telah
membangunkan satu produk yang bernilai jutaan dollar. Namun demikian
statistik berhubung dengan kadar kegagalan usahawan banyak yang
menyeleweng beberapa tahun yang lepas. Seorang penyelidik melaporkan
bahawa kadar kegagalan yang tinggi yang selalu diterima mungkin
menyeleweng. Pengesanan 814,000 perniagaan yang dimulakan dalam
tahun 1977, Kirchoff mendapati bahawa lebih daripada 50 peratus masih
meneruskan perniagaan oleh pemilik asal atau pemilik baru. Tambahan
lagi, 28 peratus secara sukarela telah menamatkan perniagaan dan hanya 18
peratus yang benar-benar gagal dengan meninggalkan tanggungan yang
masih tertunggak.
Mitos 10: Usahawan adalah pengambil risiko yang keterlaluan (Penjudi)
Penjelasan lanjut dibuat dalam bab 4, konsep risiko ialah unsur utama dalam
proses keusahawanan. Namun demikian tanggapan awam mengenai risiko
yang ditanggung oleh semua usahawan telah diputar belitkan. Walaupun
nampaknya usahawan berjudi dalam peluang yang ganas tetapi sebenarnya
mereka selalu bekerja dalam keadaan risiko sederhana atau dikira.
Kebanyakan usahawan yang berjaya bekerja keras menggunakan
perancangan dan persediaan untuk mengurangkan risiko agar matlamatnya
terkawal dan visi mereka menjadi semakin jelas.
Sepuluh mitos tersebut dipaparkan untuk memberikan latar belakang
kepada pemikiran dalam keusahawanan. Apabila kita dapat menghindarkan
kepercayaan karut pembinaan asas yang lebih kukuh dapat dibina dengan
mengadakan penyelidikan tentang teori dan proses keusahawanan semasa.

Pendekatan-Pendekatan Dalam Keusahawanan


Untuk memahami sifat asal keusahawanan, pembangunan teori berkaitan

Bab 2.indd 33

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

34

dengannya adalah penting dan perlu dikenalpasti. Penyelidikan terhadap


keusahawanan telah berkembang dengan pesat beberapa tahun yang lepas.
Perkembangan dalam bidang ini telah memajukan kaedah penyelidikan
daripada menggunakan tinjauan sehinggalah kepada kajian yang lebih
bersifat kontekstual dan kajian berasaskan proses. Namun demikian,
sehingga kini belum ada lagi satu teori lengkap mengenai keusahawanan
dapat dikanunkan.
Teori keusahawanan boleh didefinisikan sebagai satu formulasi
perhubungan yang logik dan boleh disahkan, atau prinsip-prinsip
berkaitan yang menerangkan tentang keusahawanan. Prinsip tersebut
menjangka aktiviti keusahawanan (contohnya, dengan menggariskan
ciri-ciri keadaan yang membantu ke arah pewujudan peluang yang
menguntungkan dan pembentukan perusahaan baru), atau menyediakan
panduan yang normatif (iaitu, memberikan panduan tentang bagaimana
bertindak dengan betul dalam keadaan tertentu). Di alaf baru ini adalah
semakin jelas menunjukkan bahawa kita perlukan teori yang kohesif atau
perjenisan yang nyata untuk memahami bidang ini dengan lebih mendalam.
Di dalam kajian semasa keusahawanan, satu konsep telah wujud:
Keusahawanan merupakan satu bidang yang mengandungi pelbagai
disiplin. Dengan itu, ia merangkumi berbagai pendekatan untuk
meningkatkan kefahaman seseorang tentang bidang ini. Justeru kita perlu
mengenalpasti berbagai teori ke arah pemahaman kepada kemunculan
keusahawanan. Salah satu cara untuk mengenalpasti teori ini ialah dengan
menggunakan pendekatan sekolah pemikiran yang membahagikan
keusahawanan kepada aktiviti khusus. Aktiviti tersebut mungkin terdapat
di dalam pandangan makro atau pandangan mikro, kedua-duanya
memberikan pandangan tentang konsep keusahawanan.
Sekolah pemikiran keusahawanan
Sekolah pemikiran adalah satu kumpulan kepercayaan, karya atau teori yang
diterima pakai sebagai berwibawa oleh ilmiawan atau penulis. Bahagian ini
akan menjelaskan idea yang lahir daripada pandangan makro (bermaksud
yang berskala luas) dan pandangan mikro (bermaksud berskala kecil) berhubung dengan pemikiran berkeusahawanan. Berikutnya pandangan tersebut akan dibahagikan kepada dua pandangan utama di dalam enam jenis
sekolah pemikiran, tiga jenis untuk setiap pandangan keusahawanan (lihat
Rajah 2.1). Walau pun pendedahan ini tidak bermaksud untuk memasukkan
semua, ia tidak menghadkan sekolah tersebut setakat enam ini sahaja, malahan untuk perkembangan lanjut ia boleh disatukan atau dikembangkan lagi.

Bab 2.indd 34

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

Rajah 2.1

Pendekatan Sekolah Pemikiran Keusahawanan

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

35

Sekolah pemikiran persekitaran


Pandangan Makro

Sekolah pemikiran kewangan/modal

Sekolah pemikiran penyingkiran

Sekolah pemikiran gaya keusahawanan


Pandangan Mikro

Sekolah pemikiran peluang perniagaan

Sekolah pemikiran formulasi strategik

Pandangan Makro
Pandangan makro dalam keusahawanan memaparkan susunan faktor yang
luas yang berkaitan dengan kejayaan dan kegagalan di dalam perusahaan
keusahawanan semasa. Susunan ini termasuklah proses luaran yang
kadangkala di luar kawalan usahawan, ini adalah kerana kawalan tersebut
melibatkan pandangan punca kawalan dari luar yang kuat. Tiga sekolah
pemikiran keusahawanan adalah pecahan daripada pandangan makro.
Pandangan ini adalah yang paling luas dan mendalam.

Bab 2.indd 35

Sekolah pemikiran persekitaran: Sekolah pemikiran ini melibatkan


faktor luaran yang mempengaruhi potensi gaya hidup usahawan.
Keadaan ini adalah sama ada mempunyai kuasa positif atau negatif
dalam membentuk keinginan keusahawanan. Ianya difokuskan kepada
institusi, nilai dan banyak lagi, dikumpul dan membentuk kerangka
persekitaran sosio-politik yang kuat mempengaruhi pembangunan
usahawan. Contohnya, jika seorang pengurus pertengahan diberikan
kebebasan dan sokongan untuk membangunkan idea, melakukan
perjanjian, atau melakukan cara baru dalam kerjanya, persekitaran
tersebut akan membantu untuk mempercepatkan proses pengurus
tersebut menjadi seorang usahawan. Faktor persekitaran lain yang
selalu mempengaruhi potensi pembangunan usahawan ialah kumpulan

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

sosial individu berkenaan. Suasana kawan rakan dan saudara mara juga
boleh mempengaruhi dan menyokong keinginan untuk menjadi seorang
usahawan.

36

Sekolah pemikiran kewangan/modal: Sekolah pemikiran ini adalah berdasarkan kepada proses mencari modal. Pencarian untuk modal benih
dan modal pertumbuhan adalah merupakan fokus keseluruhan yang
ditekankan di dalam keusahawanan ini. Karya tertentu memberi tumpuan secara khusus kepada proses ini, manakala sumber karya lain
menganggapnya hanya sebagai salah satu bahagian di dalam proses
berkeusahawanan. Di dalam mana-mana kes, proses modal perniagaan
adalah penting kepada pembangunan usahawan. Sekolah pemikiran ini
memandang kepada seluruh penerokaan berkeusahawanan dari sudut
pengurusan kewangan. Keadaan ini dijelaskan di dalam jadual 2.1, di
mana keputusan mengenai kewangan timbul di setiap titik utama di
dalam proses penerokaan.
Jadual 2.1

Penekanan Analisis Kewangan

TAHAP PENEROKAAN

PERTIMBANGAN
KEWANGAN

Peringkat permulaan
atau pengambil alihan

Modal benih

Sedang beroperasi

Pengurusan tunai

Sumber modal teroka

Pelaburan

KEPUTUSAN

Teruskan atau
tinggalkan

Kekalkan, tambah, atau


kurangkan saiz

Analisis kewangan dan


penilaian

Menurun atau
pewarisan

Bab 2.indd 36

Soalan keuntungan
Pembelian korporat
Soalan pewarisan

Jual, bersara, atau


membubarkan operasi

Sekolah pemikiran penyingkiran: Sekolah pemikiran ini memfokuskan


kepada fenomena kumpulan. Ia beranggapan sama ada kumpulan
mempengaruhi atau menghapuskan faktor tertentu yang menganjurkan
seseorang individu kepada memulakan sesuatu perniagaan. Ini adalah

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

sebagaimana Ronstadt mencatatkan bahawa individu tidak akan


meneruskan sesuatu perniagaan sehinggalah mereka di cegah atau
disingkir daripada melakukan aktiviti lain. Terdapat tiga jenis
penyingkiran yang diterangkan oleh sekolah pemikiran ini:
- Penyingkiran berpolitik: Keadaan ini disebabkan oleh faktor-faktor
yang terdiri daripada seluruh rejim politik yang menolak enterprais
bebas (persekitaran antarabangsa) kepada perundangan kerajaan
dan dasar yang menghadkan atau mengalih arah industri tertentu.
-
Penyingkiran berbudaya: Keadaan ini ialah mengenai kumpulan
sosial yang dihalang daripada bidang profesionalnya. Latar
belakang etnik, agama, bangsa dan jantina adalah semuanya contoh
faktor-faktor yang digambarkan di dalam pengalaman golongan
minoriti. Keadaan ini akan semakin menambahkan lagi bilangan
individu daripada golongan peniaga biasa ke arah perniagaan
berkeusahawanan.
- Penyingkiran ekonomi: Keadaan ini tertumpu kepada perbezaan di
dalam ekonomi akibat kemerosotan dan kemelesetan. Kehilangan
kerja, pengecilan modal atau hanya akibat era gawat boleh
mencetuskan
satu
asas
untuk
melancarkan
aktiviti
berkeusahawanan, sama seperti ia mempengaruhi pertumbuhan
perniagaan dan pengurangan.

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

37

Contoh penyingkiran menjelaskan bahawa kuasa luaran boleh


mempengaruhi pembangunan keusahawanan. Keprihatinan kepada budaya,
pengetahuan tentang politik dan dasar awam serta pengasakan fahaman
ekonomi akan membantu dan menambah baik kefahaman di dalam
berkeusahawanan di bawah sekolah pemikiran penyingkiran. Semakin luas
asas pendidikan di dalam bidang ekonomi dan sains politik, semakin kuat
fahaman di dalam berkeusahawanan.
Pandangan Mikro
Pandangan mikro dalam bidang keusahawanan menyelongkar faktor khusus
di dalam bidang keusahawanan dan sebahagian daripada kawalan dalaman.
Individu yang berpotensi menjadi usahawan mempunyai kebolehan atau
kawalan untuk mengarah atau menyesuaikan hasil setiap pengaruh utama di
dalam pandangan ini. Walaupun beberapa penyelidik telah membangunkan
pendekatan kepada beberapa definisi dan bahagian, seperti di dalam
jadual 2.2, pendekatan kami membentangkan teori gaya berkeusahawanan
(kadangkala dipanggil sebagai sekolah pemikiran manusia), teori peluang
perniagaan dan teori perumusan berstrategi. Tidak seperti pandangan
makro yang memfokuskan kejadian daripada luar memandang ke dalam,
pendekatan mikro menumpukan perhatian secara khusus dari dalam
memandang keluar. Sekolah pemikiran pertama yang paling dikenali:

Bab 2.indd 37

Sekolah pemikiran gaya berkeusahawanan: Ramai penyelidik dan

7/9/2013 4:40:41 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

38

penulis tertarik untuk mengenalpasti gaya biasa untuk berjaya menjadi


usahawan. Pendekatan ini diasaskan dalam kajian di kalangan orang
yang berjaya yang mempamerkan ciri-ciri yang sama di mana jika ditiru
berkemungkinan boleh meningkatkan peluang kejayaan kepada orang
yang menirunya. Sebagai contoh, pencapaian, kreativiti, kesungguhan
dan berpengetahuan teknikal merupakan empat faktor yang
selalunya dipamerkan oleh usahawan yang berjaya. Pembangunan
keluarga dan tahap pendidikan juga dikaji. Penyelidik tertentu
mempertikaikan bahawa pembangunan pendidikan di kalangan
usahawan dipercayai boleh menghalang kreativiti dan daya
menghadapi cabaran yang menjadi darah daging di dalam
keusahawanan. Penulis lain sebaliknya membahaskan bahawa program
baru dan pembangunan pendidikan baru adalah meningkat kerana
ia didapati boleh membantu di dalam pembangunan keusahawanan.
Idea pembangunan keluarga adalah berfokuskan kepada asuhan dan
sokongan yang sedia wujud di dalam persekitaran sebuah keluarga
yang berkeusahawanan. Alasan tersebut menyuburkan lagi suatu
kepercayaan bahawa pemantapan dan sokongan kejayaan
berkeusahawanan.
Jadual 2.2

Definisi Dan Kriteria Dari Satu Pendekatan Ke Arah


Pandangan Mikro

Model
Berkeusahawanan
Orang yang
hebat

Ciri-ciri psikologi

Bab 2.indd 38

Definisi

Ukuran

Soalan

Pencapaian luar
biasa

Prinsip peribadi
Sejarah peribadi
Pengalaman

Apakah prinsip
anda?

Pengasas

Punca kawalan

Kawalan terhadap sumber


pengeluaran

Toleransi terhadap kekaburan

Apakah
nilai-nilai anda?

Apakah
pencapaian
anda?

Kehendak terhadap pencapaian

7/9/2013 4:40:41 AM

Bab 2

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

39

Model
Berkeusahawanan
Pengurusan

Definisi

Ukuran

Soalan

Mencipta
nilai melalui
mengenalpasti
peluang, pengurusan mengambil risiko ... melalui kemahiran
perhubungan
dan pengurusan
untuk
menggerakkan...

Kepakaran
Pengetahuan
teknikal
Rancangan
teknikal

Apakah
rancangan
anda?

Kepimpinan

Arkitek sosial
Promosi dan
perlindungan
nilai

Sikap, gaya
Pengurusan
manusia

Bagaimanakah
anda mengurus
manusia?

Keusahawanan
dalaman

Sesiapa yang
berkumpul
bersama untuk
menganjurkan
inovasi

Membuat
keputusan

Bagaimanakah
anda
berubah dan
menyesuaikan
diri?

Apakah
keupayaan
anda?
Apakah
pentauliahan
anda?

Sumber: Disesuaikan dari J. Barton Cunningham dan Joe Lischeron, Defining


Entrepreneurship, Journal of Small Business Management (January 1991): 56.

Bab 2.indd 39

Sekolah pemikiran peluang perniagaan: Sekolah pemikiran ini


memfokuskan kepada aspek peluang di dalam pembangunan sesuatu
perniagaan. Pencarian sumber idea, pembangunan konsep serta
pelaksanaan peluang perniagaan adalah bidang minat yang penting
untuk sekolah ini. Kreativiti dan kesedaran terhadap pasaran juga
dilihat sebagai keperluan. Tambahan lagi, menurut sekolah pemikiran
ini membangunkan idea yang betul pada masa yang tepat untuk niche
pasaran yang betul adalah kunci kepada kejayaan keusahawanan.

Pembangunan lain di dalam sekolah pemikiran ini sebelum ini


dijelaskan sebagai prinsip koridor. Arah atau peluang baru akan timbul
yang akan memandu usahawan ke arah yang lain. Kebolehan mengenal
pasti peluang apabila ia timbul serta melaksanakan tindakan mengikut
langkah yang perlu adalah merupakan faktor utama. Suatu maksim

7/9/2013 4:40:42 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

menjelaskan bahawa persediaan yang sesuai dengan peluang adalah


bersamaan dengan nasib/kebetulan yang terletak di bawah prinsip
prinsip koridor. Penyokong kepada sekolah pemikiran ini percaya
bahawa persediaan yang teratur di dalam bahagian perniagaan
antara disiplin akan meningkatkan keupayaan mengenalpasti
peluang perniagaan.

40

Sekolah pemikiran perumusan berstrategi: George Steiner mencatatkan


bahawa perancangan strategik adalah suatu keserabutan yang bersilang
di dalam seluruh fabrik pengurusan; ia bukannya sesuatu yang terpisah
dan terasing daripada proses pengurusan. Pendekatan perumusan berstrategi ke arah teori keusahawanan menekankan proses perancangan di
dalam kejayaan membangunkan perniagaan.

Ronstadt melihat perumusan berstrategi sebagai suatu penyungkitan


terhadap elemen yang unik. Pasaran yang unik, manusia yang unik,
produk yang unik, atau sumber yang unik dikenalpasti, digunakan,
atau dibentuk ke dalam pembinaan perniagaan yang berkesan. Aspekaspek antara disiplin di dalam penyesuaian berstrategi menjadi jelas
di dalam ciri-ciri elemen disenaraikan di sini dengan strategi yang
sejajar dengannya:
- Pasaran yang unik: Gunung melawan strategi jurang gunung,
merujuk kepada mengenalpasti segmen pasaran utama dan juga di
antara pasaran yang muncul dari pasaran yang lebih besar.
-
Manusia yang unik: Strategi cef yang hebat, merujuk kepada
kemahiran atau bakat istimewa dari seorang atau lebih individu di
mana perniagaan dibentuk.
- Produk yang unik: Strategi barang yang lebih baik, merujuk kepada
inovasi yang merangkumi pasaran baru dan pasaran sedia ada.
- Sumber yang unik: strategi telaga air, merujuk kepada kebolehan
mengumpul atau mengawal sumber istimewa (tanah, buruh, modal,
bahan mentah) dalam tempoh yang lama.

Tanpa persoalan lagi, sekolah perumusan berstrategi merangkumi


keupayaan pengurusan yang luas dan memerlukan pendekatan
antara disiplin.
Sekolah pemikiran keusahawanan: Suatu ringkasan
Walaupun terdapat pengetahuan dan penyelidikan di dalam
keusahawanan yang sedang dalam tahap pembinaan, tetapi ia masih
berkemungkinan untuk ditangkup bersama untuk menerangkan tentang
sebuah sekolah pemikiran semasa di dalam bidang ini. Bertolak dari titik
ini kita boleh mula membangunkan suatu penghargaan untuk sekolah
berkenaan dan melihatnya sebagai suatu asas untuk teori keusahawanan.
Tetapi sebaliknya, sama seperti di dalam bidang pengurusan yang
menggunakan berbagai jenis teori sebagai asas untuk memahami bidang dan

Bab 2.indd 40

7/9/2013 4:40:42 AM

Bab 2

keupayaannya, jadi begitu juga bidang keusahawanan perlu menggunakan


berbagai teori di dalam pertumbuhan dan pembangunannya.

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

41

Pendekatan Proses
Suatu jalan lain untuk mengkaji kegiatan yang berlaku di dalam
keusahawanan ialah melalui pendekatan proses. Walaupun berbagai
kaedah dan model digunakan untuk membentuk proses keusahawanan
dan faktor-faktornya, kita akan mengkaji tiga pendekatan proses yang lebih
tradisional di sini. Pertama, kita akan membincangkan pendekatan
bersepadu, sebagaimana diterangkan oleh Morris dan rakannya. Model
mereka menggabungkan konsep berteori dan amali yang berkaitan dengan
kegiatan keusahawanan. Pendekatan kedua ialah suatu proses penilaian
berasaskan pinggiran keusahawanan yang dibangunkan oleh Ronstadt.
Pendekatan proses ketiga dibangunkan oleh Gartner iaitu berbagai dimensi
dan terjalin bersama konsep individu, persekitaran, organisasi dan proses.
Kesemua kaedah ini berusaha untuk menerangkan proses keusahawanan
sebagai penyatuan semua faktor yang berbagai jenis, inilah merupakan teras
kepada buku ini.
Pendekatan bersepadu
Suatu gambaran yang lebih bersepadu di dalam proses keusahawanan
disediakan oleh Morris et al. Dipersembahkan dalam rajah 2.2, model ini
dibina disekeliling konsep input kepada proses berkeusahawanan dan
hasil daripada proses berkeusahawanan. Komponen input di dalam
rajah 2.2 difokuskan kepada proses keusahawanan itu sendiri dengan
mengenalpasti lima elemen utama yang menyumbang kepada proses
tersebut. Pertama ialah peluang persekitaran seperti perubahan demografi,
pembangunan teknologi baru atau pengubahsuaian terhadap peraturan
semasa. Berikutnya ialah usahawan individu, seorang yang mengambil
tanggung jawab secara bersendirian untuk membentuk dan melaksanakan
sebuah perniagaan baru. Usahawan membangunkan beberapa jenis
konsep perniagaan dengan menggunakan peluang (umpamanya,
pendekatan kreatif untuk menyelesaikan keperluan tertentu pengguna).
Perlaksanaan konsep perniagaan seperti biasa memerlukan beberapa jenis konteks organisasi, yang boleh terdiri daripada milikan tunggal yang
beroperasi di rumah sendiri atau sebuah franchais dari rantaian nasional
kepada sebuah unit perniagaan berautonomi di dalam sebuah korporat
yang besar. Akhir sekali, berbagai jenis sumber kewangan dan bukan
kewangan diperlukan dari masa kesemasa. Unsur penting ini kemudian
digabung disepanjang peringkat proses keusahawanan. Dengan kata lain,
proses ini menyediakan satu kerangka yang logik untuk menyusun atur
input keusahawanan.

Bab 2.indd 41

7/9/2013 4:40:42 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

Komponen hasil di dalam rajah 2.2 mengambil kira tahap keusahawanan


yang dicapai. Ini akan kami bincang dengan lebih mendalam di dalam bab
berikutnya, keusahawanan ialah satu pemboleh ubah. Oleh itu, proses
boleh menghasilkan berbagai jenis kejadian berkeusahawanan dan
juga boleh menghasilkan kejadian yang berbeza dengan jelas dalam
bentuk bagaimana mereka berkeusahawanan. Berasaskan kepada tahap
kesungguhan berkeusahawanan ini, hasil muktamad boleh termasuk satu
atau lebih perniagaan yang sedang beroperasi, mencipta nilai, produk dan
proses baru, teknologi baru, keuntungan, pembangunan ekonomi dan
pekerjaan. Tambahan pula, hasil muktamad mungkin melibatkan kegagalan
dan dengan itu melibatkan kos ekonomi, psikik dan sosial yang berkaitan
dengan kegagalan.

42

Model ini bukan sahaja menyediakan suatu gambaran yang agak


komprehensif berhubung dengan sifat keusahawanan, tetapi juga boleh
diaplikasikan di tahap yang berbeza. Sebagai contoh, model ini
menerangkan fenomena keusahawanan di dalam kedua-dua syarikat bebas
yang baru bermula dan juga di dalam jabatan, bahagian, atau unit
perniagaan strategik di dalam korporat yang besar.
Rajah 2.2

Model Bersepadu Input Berkeusahawanan Dan Hasil

Input

Hasil

Peluang
Persekitaran

Individu
Berkeusahawanan

Perniagaan yang
beroperasi
Proses
Berkeusahawanan

Kesungguhan
berkeusahawanan

- mengenalpasti peluang

Bilangan kejadian dan


darjah keusahawanan

Konteks organisasi
- menilai dan mendapat
sumber yang sesuai
Konsep perniagaan
yang unik

Sumber

Bab 2.indd 42

Produk/servis baru
Proses baru
Teknologi baru

Inovasi
- perlaksanaan

Mencipta nilai

Proactive
Ambil
risiki

Keuntungan
dan/atau faedah
peribadi
Pekerjaan, harta
dan pertumbuhan
hasil

7/9/2013 4:40:42 AM

Bab 2

Pendekatan penilaian berkeusahawanan

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

43

Model lain iaitu pendekatan penilaian berkeusahawanan yang dibangunkan


oleh Ronstadt menekankan tentang membuat penilaian secara kualitatif,
kuantitatif, berstrategi dan beretika berhubung dengan usahawan,
perniagaan dan persekitaran. Rajah 2.3 melakarkan model ini. Untuk
mengkaji keusahawanan, keputusan penilaian hendaklah dibandingkan
dengan tahap kerjaya berkeusahawanan iaitu awal, pertengahan, atau
lewat. Ronstadt memberikan istilah pinggiran keusahawanan kepada
proses ini. Kami memfokuskan kepada istilah ini di dalam bab 4 apabila
kami mengkaji ciri-ciri individu dalam keusahawanan.
Rajah 2.3

Pendekatan Penilaian Keusahawanan


Jenis
perniagaan

Kualitatif,
Kuantitatif,
Berstrategi
dan
Beretika

Jenis
usahawan

Jenis
persekitaran

Penilaian

Adakah keputusan penilaian munasabah berdasarkan:

Kedudukan kerjaya keusahawanan

Pengalaman dan

Awal

Pertengahan

Lewat

Sumber: Robert C. Ronstadt, Entrepreneurship (Dover, MA: Lord publishing Co.,


1984), 39.

Bab 2.indd 43

7/9/2013 4:40:42 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

44

Pendekatan berbagai dimensi


Pendekatan proses yang lebih terperinci ke arah keusahawanan ialah
pendekatan berbagai dimensi. Di dalam pandangan ini keusahawanan ialah
suatu kerangka yang kompleks dan berbagai dimensi yang menumpukan
perhatian kepada individu, persekitaran, organisasi dan proses perniagaan.
Faktor khusus yang berkaitan dengan dimensi ini adalah seperti berikut:

Bab 2.indd 44

Individu:
- Kehendak terhadap pencapaian
- Punca kawalan
- Daya mengambil risiko
- Kepuasan kerja
- Pengalaman kerja yang lepas
- Ibubapa yang berkeusahawanan
- Umur
- Pendidikan

Persekitaran:
- Kesediaan modal teroka
- Kehadiran usahawan yang berpengalaman
- Tenaga pekerja yang berkemahiran teknikal
- Kemudahan mendapatkan pembekal
- Kemudahan mendapatkan pelanggan atau pasaran baru
- Pengaruh kerajaan
- Jarak dengan universiti
- Kesediaan tanah atau fasiliti
- Kemudahan pengangkutan
- Sikap penduduk
- Kemudahan mendapatkan khidmat sokongan
- Keadaan kehidupan

Organisasi:
- Jenis firma
- Persekitaran keusahawanan
- Rakan kongsi
- Pemboleh ubah strategik
- Kos
- Pembezaan
- Fokus
- daya saing asakan kemasukan

7/9/2013 4:40:42 AM

Bab 2

Rajah 2.4

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

Pembolehubah Di Dalam Pembentukan Perniagaan Baru

45

Individu
Kehendak terhadap pencapaian
Punca kawalan
Daya mengambil risiko
Kepuasan kerja
Pengalaman kerja yang lepas
Ibubapa yang berkeusahawanan
Umur
Pendidikan
Persekitaran
Kesediaan modal teroka
Kehadiran usahawan yang berpengalaman
Tenaga pekerja yang berkemahiran teknikal
Kemudahan mendapatkan pembekal
Kemudahan mendapatkan pelanggan atau
pasaran baru
Pengaruh kerajaan
Jarak dengan universiti
Kesediaan tanah atau fasiliti
Kemudahan pengangkutan
Sikap penduduk
Kemudahan mendapatkan khidmat sokongan
Keadaan kehidupan
Pembezaan pekerjaan dan perindustrian yang
tinggi
Peratus yang tinggi dari bilangan pendatang
berbanding penduduk
Tapak perindustrian yang luas
Kawasan perbandaran yang luas
Kesediaan sumber kewangan
Halangan kemasukan
Persaingan di kalangan pesaing
Tekanan dari produk gantian
Kuasa tawar menawar pembeli
Kuasa tawar menawar pembekal

Organisasi
Kos kepimpinan keseluruhan
Pembezaan
Fokus
Produk/perkhidmatan baru
Persaingan selari
Kemasukan franchais
Perpindahan geografi
Kekurangan bekalan
Mendapatkan sumber belum guna
Kontrak pelanggan
Menjadi sumber kedua
Bergabung
Pelesenan
Pelepasan pasaran
Menjual bahagian
Pembelian yang diutamakan oleh kerajaan
Perubahan peraturan kerajaan

Proses
Penempatan peluang perniagaan
Pengumpulan sumber
Pemasaran produk dan perkhidmatan
Mengeluarkan produk
Membina organisasi
Bertindak balas kepada kerajaan dan masyarakat

Bab 2.indd 45

7/9/2013 4:40:42 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

46

Proses:
- Menempatkan peluang perniagaan
- Mengumpul sumber
- Memasarkan produk dan perkhidmatan
- Mengeluarkan produk
- Membina organisasi
- Bertindak balas kepada kerajaan dan masyarakat
Rajah 2.4 memaparkan interaksi di antara empat dimensi keusahawanan ini,
atau perniagaan baru, proses dan senarai lebih banyak pemboleh ubah. Proses jenis ini menggerakkan keusahawanan dari sekolah pemikiran yang berpecah-pecah kepada suatu kedinamikan, pendekatan proses yang interaktif.

Konsep Utama
Sebelum merumuskan perbincangan kita berhubung dengan sifat asal
keusahawanan, kita perlu meletakkan tiga konsep utama ke dalam suatu
perspektif: keusahawanan, usahawan dan pengurusan keusahawanan.
Keusahawanan
Keusahawanan ialah suatu amalan dengan memulakan organisasi baru,
terutamanya perniagaan baru. Keusahawanan adalah juga merupakan suatu
proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi
utama individu, organisasi, persekitaran, proses iaitu yang dibantu
oleh jaringan usahasama dengan kerajaan, pendidikan dan institusi. Semua
kedudukan makro dan mikro dalam pemikiran usahawan hendaklah
diambilkira sambil mengenalpasti dan merebut peluang yang boleh
ditukarganti kepada idea yang boleh dipasarkan serta mampu bersaing
untuk perlaksanaan di dalam ekonomi hari ini.
Usahawan
Usahawan ialah pemangkin untuk perubahan sama ada sosial atau
ekonomi sesiapa yang menggunakan pencarian yang mempunyai tujuan,
perancangan yang rapi dan pertimbangan yang wajar apabila menjalankan
proses keusahawanan. Optimistik dan komited secara unik, usahawan
bekerja secara kreatif untuk memantapkan sumber baru atau membiayai
sumber sedia ada dengan kapasiti baru, semuanya untuk tujuan mencipta
kekayaan. Howard Stevenson dari Universiti Harvard pernah menyatakan
bahawa usahawan ialah seorang yang menjalankan peluang walaupun tanpa
mengambilkira sumber yang sedia ada.

Bab 2.indd 46

7/9/2013 4:40:42 AM

Bab 2

Pengurusan keusahawanan

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

47

Tema yang mewarnai buku ini ialah disiplin pengurusan keusahawanan,


satu konsep yang di catatkan seperti berikut:
Keusahawanan adalah berdasarkan prinsip yang sama, sama ada usahawan
tersebut adalah sebuah institusi yang besar atau individu memulakan
perniagaan baru secara berseorangan. Hanya sedikit perbezaan atau tiada
perbezaan langsung sama ada usahawan tersebut adalah sebuah perniagaan
atau entiti bukan perniagaan seperti organisasi khidmat awam, begitu juga
jika sama ada usahawan itu adalah institusi kerajaan atau bukan kerajaan.
Peraturannya adalah lebih kurang sama, perkara yang boleh digunakan atau
pun tidak adalah lebih kurang sama, begitu juga jenis-jenis inovasi dan di
mana mencarinya. Di dalam setiap kes terdapat disiplin yang kita boleh
panggil sebagai Pengurusan Keusahawanan.
Teknik dan prinsip di dalam disiplin ini akan memandu ekonomi
keusahawanan ke arah abad ke dua puluh satu.

Ringkasan
Bab ini menyorot kepada bagaimana kedua-dua usahawan dan konsep
keusahawanan yang berubah mengikut zaman. Kita melihat kepada
individu yang kasar dan individu yang berdaulat sebagai contoh usahawan.
Penjelajahan ke era awal definisi ekonomi begitu juga yang semasa, bab
membentangkan gambaran sejarah tentang bagaimana keusahawanan dan
usahawan digambarkan.
Mitos utama di dalam keusahawanan juga dibincangkan untuk memberi
kefahaman yang lebih tentang cerita dongeng yang berkisar di dalam bidang
yang sedang dibangunkan ini. Penyelidikan semasa meluaskan lagi
sempadan untuk mengkaji keusahawanan dan menyediakan fokus yang
lebih baik terhadap apa, bagaimana dan mengapa di belakang disiplin ini.
Pendekatan ke arah keusahawanan dikaji dari dua sudut: sekolah
pemikiran dan proses. Enam sekolah pemikiran pilihan dibentangkan serta
tiga pendekatan untuk memahami keusahawanan masa kini sebagai proses
dibincangkan. Bab diakhiri dengan definisi keusahawanan, usahawan dan
pengurusan keusahawanan.

Bab 2.indd 47

7/9/2013 4:40:42 AM

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

48

Istilah Dan Konsep Utama


antara disiplin
kapitalis
keusahawanan
pandangan makro dalam keusahawanan
pandangan mikro dalam keusahawanan
pendekatan bersepadu
pendekatan penilaian berkeusahawanan
pengurusan keusahawanan
prinsip koridor
punca kawalan dalaman
punca kawalan luaran
revolusi perindustrian
sekolah pemikiran gaya berkeusahawanan
sekolah pemikiran kewangan/modal
sekolah pemikiran penyingkiran
sekolah pemikiran persekitaran
strategi cef yang hebat
strategi produk lebih baik
usahawan

Soalan Ulang Kaji Dan Perbincangan


1.

Jelaskan secara ringkas perubahan yang berlaku dalam istilah


keusahawanan.

2.

Bagaimanakah usahawan dilihat melalui sejarah? Apakah cabaran


dilalui sepanjang sejarahnya?

3.

Mengapakah kita menggunakan perkataan Perancis tetapi bukan


perkataan Inggeris?

4.

Bilakah perkataan usahawan pertama kali digunakan di dalam


penulisan ekonomi?

5.

Apakah 10 mitos yang berkaitan dengan keusahawanan? Bahaskan


setiap mitos.

6.

Apakah perbezaan di antara sekolah pemikiran tahap mikro


dengan makro?

7. Apakah pandangan makro dalam keusahawanan?

Bab 2.indd 48

7/9/2013 4:40:42 AM

Bab 2

8. Apakah sekolah pemikiran yang menggunakan pandangan makro


dalam keusahawanan?

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

49

9. Apakah pandangan mikro dalam keusahawanan?


10. Apakah sekolah pemikiran yang menggunakan pandangan mikro dalam
keusahawanan?
11. Apakah tiga jenis penyingkiran?
12. Di dalam pemikiran perumusan berstrategi, apakah empat jenis
strategi yang terlibat dengan elemen yang unik? Jelaskan setiap satu.
13. Apakah pendekatan proses dalam keusahawanan? Dalam jawapan anda
jelaskan pendekatan penilaian berkeusahawanan.
14. Apakah elemen utama di dalam kerangka untuk keusahawanan seperti
di dalam rajah 2.4? Beri contoh untuk setiap satu.

Bab 2.indd 49

7/9/2013 4:40:42 AM

50

Bab 2.indd 50

7/9/2013 4:40:42 AM

Anda mungkin juga menyukai