Anda di halaman 1dari 14

Hari Penekanan Pelayanan Wanita

10 Jun 2017

Berbakat untuk Melayani

Ditulis oleh Erna K. Johnson

Pengarah Pelayanan Wanita


Divisyen Pasifik Selatan Seventh-day Adventists

Disediakan oleh Jabatan Pelayanan Wanita


Konferens Sedunia Seventh-day Adventists

1 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


14 Februari, 2017

Saudari-saudari yang dikasihi,


Salam kegembiraan. Saudari-saudari, semasa saya menulis surat ini, saya bersyukur kepada
Tuhan atas kurnia-kurnia yang Dia telah anugerahkan dengan percuma kepada setiap anda.
Semasa saya berpergian dari satu negara ke satu negara yang lain saya takjub dengan apa yang
Tuhan lakukan dalam dan melalui anda. Ia merupakan satu kegembiraan dan peluang untuk
mengetahui bahawa kita digunakan oleh Tuhan untuk menunjukkan kepada orang lain kasih
Tuhan melalui perbuatan dan kata-kata kita.
Walaubagaimanapun, saya juga menyedari bahawa ada di antara saudari-saudari kita yang
mungkin tidak mengetahui apa yang Tuhan mahu mereka lakukan. Mungkin anda mempunyai
keraguan mengenai bakat anda. Anda mungkin merasakan bahawa kurnia anda terlalu kecil dan
tidak akan memberikan perbezaan berbanding dengan kurnia-kurnia yang anda lihat pada orang
lain. Jangan bimbang, saudari-saudari. Khutbah Hari Penekanan PW ini adalah khas untuk anda.
(Nota: Seminar PW, Kurnia-kurnia Rohani, turut disertakan.)
Terima kasih kepada Erna Johnson, Pengarah PW Divisyen Pasifik Selatan, kerana membenarkan
Roh Kudus menggunakan dia untuk mengakui bakat kita sebagai anak-anak Tuhan. Setiap satu
daripada kita telah dipanggil oleh Tuhan untuk melayani orang lain supaya mereka boleh
melihat Yesus di dalam diri kita, dan setiap kita telah dianugerahkan kurnia untuk memberikan
kita kuasa untuk melayani.
Oleh itu, jangan bimbang sekiranya anda tidak pasti apakah kurnia anda. Dengarkan mesej ini
dan berdoalah dengan sungguh-sungguh supaya Tuhan membuka mata dan hati anda untuk
melihat dan menggunakan kurnia yang Dia telah anugerahkan kepada anda; dan tuntutlah janji
untuk kehidupan
Aku, TUHAN telah memanggil engkau serta menugaskan engkau untuk menjalankan
keadilan di bumi. Melalui engkau Aku akan membuat perjanjian dengan semua orang;
melalui engkau Aku akan menerangi bangsa-bangsa. Engkau akan mencelikkan mata
orang buta, dan membebaskan orang dari penjara yang gelap. (Yesaya 42:6,7, BM).
Kegembiraan kepada anda,

Heather-Dawn Small, Pengarah PW Konferens Sedunia

2 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


Kandungan

Mengenai Penulis ..................................................................... Error! Bookmark not defined.


Panduan Ibadah ....................................................................... Error! Bookmark not defined.
Khutbah ............................................................................................................................... 6

3 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


Mengenai Penulis

Berbakat untuk Melayani (khutbah)


Erna K (Gusteinsdttir) Johnson bertugas sebagai Pengarah Divisyen Jabatan Pelayanan
Wanita, Pegawai Perhubungan untuk Partners in Ministry (Shepherdess) dan sebagai Penyelaras
Pelayanan Doa di Divisyen Pasifik Selatan Seventh-day Adventists yang beribu pejabat di
Wahroonga, Australia.
Sebelum ini, dia telah melayani sebagai Pengarah Pelayanan Wanita di New Zealand Pacific
Union Conference dan Greater Sydney Conference. Pada tahun 1997, dia telah memulakan
Pelayanan Wanita di New Caledonia.
Dia percaya kepada kesamarataan semua anak-anak Tuhan dan suka untuk membantu wanita-
wanita berkembang.
Erna adalah generasi ketiga Advent, dibesarkan di Iceland tetapi sekarang ini dia tinggal di
Sydney metropolis. Dia dan suaminya yang merupakan seorang pendeta, Eddy, pernah tinggal
di kebanyakan tempat di seluruh dunia dan memiliki dua orang anak serta empat orang cucu.
Dia menggunakan The Living Bible sebagai sumber rujukan alkitabiah dan mengesyorkan untuk
menggunakan teks alkitab daripada The Living Bible seperti yang dinyatakan di dalam khutbah.

4 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


Panduan Ibadah

Berbakat untuk Melayani


Paket Hari Penekanan Pelayanan Wanita

Panggilan untuk Beribadah:

Ayat-ayat Alkitab: 1 Korintus 13:1-13; Yoel 2:28-29

Doa: Pengkhutbah

Lagu Pembuka: LPMI No.192 - Bri Yang Terbaik Pada Tuhan

Doa Pembuka:

Panggilan untuk Persembahan:

Doa Persembahan:

Muzik/Lagu Istimewa:

Khutbah: Berbakat untuk Melayani

Lagu penutup: LPMI No.253 - Kau Kukirim

Doa Penutup:

Lagu Pengharapan: Jemaat

5 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


Khutbah

Berbakat untuk Melayani


Oleh Erna K Johnson

Ayat-ayat Alkitab

Meskipun aku dapat bercakap dalam pelbagai bahasa manusia, bahkan dalam bahasa
malaikat sekalipun, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka kata-kataku hanya
seperti bunyi bising yang tidak bermakna.
2
Meskipun aku mempunyai kurnia untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, dan
memahami hal-hal yang dalam, serta hal-hal yang tersembunyi, dan aku juga sangat percaya
kepada Allah sehingga dapat mengalihkan gunung, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain,
maka aku tidak berguna.
3
Meskipun aku mendermakan semua milikku kepada orang miskin, dan menyerahkan diriku
untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka semua itu tidak berfaedah
bagiku.

1 Korintus 13:1-3, (BM)

Kemudian Aku mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang: anak lelaki dan anak perempuan
kamu akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku; orang tua kamu akan bermimpi, dan orang
muda kamu akan nampak penglihatan.
29
Pada masa itu Aku akan mencurahkan Roh-Ku bahkan kepada hamba-hamba, baik lelaki
mahupun perempuan.

Yoel 2:28, 29, (BM)

Pengenalan

Tuhan menganugerahkan sekurang-kurangnya satu kurnia rohani kepada umat percaya,


tanpa mengira siapa anda, atau jantina anda, atau berapakah usia anda.

Adakah anda tahu apakah kurnia rohani anda? Mungkin anda tidak pernah memikirkan
apakah kurnia-kurnia yang anda miliki. Mungkin anda telah hanya melakukan tugas di gereja
yang perlu dilakukan. Anda memimpin kelas Sekolah Sabat yang anak-anak anda hadiri. Anda
memainkan piano di gereja kerana anda tahu cara memainkannya. Anda menggaulkan bahan-
bahan dalam periuk dan mencuci pinggan mangkuk yang ada di dapur.

Apakah yang penting mengenai kurnia rohani? Mengapakah kita perlu mengambil berat
tentang kurnia rohani kita? Alkitab berkata bahawa setiap kurnia rohani menunjukkan apakah
kehendak Tuhan dalam kehidupan kita. Ia membentuk pelayanan kita dalam tubuh Kristus.

6 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


Ada berbagai-bagai kurnia daripada Roh Allah, tetapi semuanya diberikan oleh Roh yang
sama. Begitu juga ada berbagai-bagai cara untuk mengabdikan diri kepada Tuhan, tetapi kita
mengabdi kepada Tuhan yang sama. Ada berbagai-bagai cara untuk melakukan kerja bagi
Tuhan, tetapi Allah yang sama memberikan kebolehan kepada setiap orang untuk melakukan
kerja masing-masing. (lihat 1 Korintus 12:4-6).

Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan seperti ini?

Apakah kehendak Tuhan untuk kehidupan saya?


Apakah yang boleh saya lakukan di dalam gereja untuk membina tubuh Kristus?
Mengapakah Tuhan menempatkan saya di tempat tinggal saya?

Rasul Paulus telah menyatakan bahawa kurnia rohani anda menentukan bagaimana
Tuhan akan menggunakan anda (ayat 7). Mengetahui kurnia rohani anda akan menjawab soalan-
soalan asas mengenai tujuan anda dalam hidup. Menggunakan kurnia-kurnia rohani anda akan
memberikan kepuasan berpanjangan dalam hidup anda.

Sebahagian daripada kegembiraan dalam hidup adalah proses penemuan kurnia-kurnia


yang Tuhan berikan kepada anda. Apabila anda menemui kurnia anda, anda mampu melayani
untuk Yesus di dalam gereja dan komuniti sepenuhnya.

Sebahagian daripada kegembiraan hidup adalah proses untuk menemui keghairahan yang
Tuhan berikan kepada anda. Apabila anda mengetahui kurnia anda, anda perlu menjelaskan
keghairahan anda.

Sekiranya kurnia anda adalah mengajar, keghairahan anda akan membimbing anda
bagaimana menggunakannya. Contohnya, adakah anda lebih bersemangat mengajar kanak-
kanak, atau para belia atau orang dewasa? Kurnianya adalah sama tetapi keghairahannya
berbeza.

Fakta Alkitabiah yang tidak boleh dipertikaikan menyatakan bahawa Tuhan telah
memberikan setiap kita sekurang-kurangnya satu kurnia. Adakah anda seorang yang percaya?
Oleh itu anda sekurang-kurangnya memiliki satu kurnia. Tidakkah anda ingin tahu apakah ia?
Sebaik sahaja anda mengetahui apakah kurnia rohani anda dan bagaimana untuk melayani
Tuhan, Dia akan menggunakan anda. Dia selalu melengkapkan murid yang sanggup.

Erna Johnson

Erna Johnson, yang merupakan Pengarah Jabatan Pelayanan Wanita Divisyen Pasifik
Selatan dan penulis khutbah ini, telah menemui kurnia-kurnia rohaninya dan keghairahannya
selepas bertahun-tahun hanya melakukan apa yang perlu dilakukan untuk membantu
suaminya, seorang pendeta. Apabila dia menyemak Inventori Kurnia Rohani, dia menemui tiga
kurnia yang boleh dia gunakan untuk pelayanan di dalam gereja. Mengajar dan pengucapan
awam adalah perkara-perkara yang dia tidak pernah fikir dia boleh lakukan. Tetapi dia telah
melakukannya.

Dia telah menggabungkan keghairahannya untuk mencapai gadis-gadis muda dengan


kurnia rohaninya dan telah mengadakan retreat hujung minggu dan konferens untuk gadis-gadis

7 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


muda. Erna telah menganjurkan beratus-ratus konferens dan retreat hujung minggu untuk
gadis-gadis muda di divisyennya yang terdiri daripada empat puluh konferens dan misi.
Sebagai pemimpin pelayanan wanita tempatan, dia mula melatih wanita-wanita lain
untuk menjadi pemimpin. Akhirnya dia telah menjadi pengarah pelayanan wanita divisyen dan
pelayanannya yang didorong keghairahannya itu telah berkembang kepada penekanan atas
dorongan rohani untuk Jabatan Pelayanan Wanita Divisyen Pasifik Selatan dalam tempoh enam
tahun yang lalu. Dengan peluang untuk melihat hasil berkekalan dalam kehidupan gadis-gadis
muda yang menghadiri konferensnya, Erna berharap dia telah mengetahui dan memahami
kurnia-kurnianya pada awal tugasannya sebagai isteri seorang pendeta.

Cerita yang berikut berlaku semasa konferens hujung minggu untuk gadis-gadis muda di
Pacific Adventist University Papua New Guinea.

Mona Giheno

Seorang wanita muda bertenaga telah berjumpa dengan Erna Johnson dan bertanya
sekiranya dia boleh menghadiri konferens Real Beauty untuk melihat bagaimana ianya
dikendalikan. Selepas itu Erna mengetahui bahawa Mona Giheno adalah merupakan seorang
peguam di Port Moresby, Papua New Guinea. Mona terlibat sepenuhnya di gerejanya dan
memberikan kesemuanya kepada Tuhan. Dia mendapati bahawa kurnia rohaninya adalah
mengajar dan mencapai gadis-gadis remaja. Dengan menggunakan program Pelayanan Wanita
Real Beauty dan program-program yang seterusnya, Real Me, Real Friends, dan Real Love, dia
mula memberikan inspirasi kepada gadis-gadis remaja ini untuk menjadi apa yang Tuhan telah
anugerahkan kepada mereka.

Keghairahan Mona untuk mencapai gadis-gadis remaja semakin bertumbuh dan ini
membawanya untuk menyediakan siri program televisyen asal untuk Hope Channel di Papua
New Guinea. Ia telah ditonton oleh beribu-ribu orang. Dia telah menganjurkan program di
gereja dan komunitinya untuk kanak-kanak perempuan dan gadis-gadis remaja. Pada waktu ini,
dia sedang mempertimbangkan untuk menawarkan program yang sama kepada remaja lelaki di
gerejanya. Wanita muda profesional ini telah bertindak balas dengan rela kepada panggilan
Tuhan untuk melayani.

Mungkin keghairahan dan kurnia anda bukanlah untuk melayani para remaja seperti Erna
Johnson dan Mona Giheno tetapi anda mempunyai tanggungjawab untuk menjawab panggilan
Tuhan dan menggunakan kurnia dan keghairahan yang Tuhan telah berikan. Tambahan pula,
sebagai remaja tidaklah terlalu muda untuk menjawab panggilan anda. Dengarkan cerita
mengenai keghairahan seorang gadis muda yang telah menjadi pergerakan rohani di seluruh
dunia.

Catherine Booth, mother of the army, 1829-1890

Catherine Booth dan suaminya, William Booth telah membantu lelaki-lelaki bermasalah
yang tinggal di jalanan. Sebelum wujudnya pergerakan yang dikenali sebagai Salvation Army
ini, keghairahan Catherine telah mula kelihatan dan aktif sewaktu dia baru berumur sembilan
tahun. Seorang lelaki mabuk yang diejek oleh sekumpulan kanak-kanak lelaki telah dipaksa oleh
seorang anggota polis untuk berjalan ke stesyen presint. Catherine berlari ke sisi lelaki itu,

8 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


mengambil tangannya dan berjalan bersama-sama lelaki itu dengan kepala yang diangkat tinggi
di sepanjang perjalanan tanpa mempedulikan ejekan orang ramai.

Sewaktu dia berumur empat belas tahun, Catherine telah menjadi pengikut setia
pergerakan pertarakan. Dia telah menulis banyak artikel untuk pergerakan cawangan remaja.
Banyak daripada artikel ini telah diterbitkan tanpa nama di majalah-majalah terkenal hari ini
kerana tiada orang yang akan mempedulikan mesejnya sekiranya nama dan usianya telah
disertakan.

Di sepanjang kehidupannya, Catherine telah menghidap penyakit-penyakit yang serius


tetapi tiada yang dapat menghalangnya untuk memenuhi misi pelayanannya. Keghairahannya
untuk menjawab panggilan Tuhan sewaktu usianya sembilan tahun bersinar dengan terangnya
di sepanjang pelayanan dalam kehidupannya. Sewaktu dia meninggal dunia, beribu-ribu orang
berlutut dekat dengan kerandanya di mana satu tanda telah diletakkan dengan kata-katanya
yang terkenal: Kasihilah sesama anda dan jumpa saya di waktu pagi.1

Dengarkan sebuah cerita mengenai seorang lagi gadis muda yang telah membantu
memulakan pergerakan rohani seluruh dunia di mana dia menggunakan keghairahannya untuk
memberitahu dunia mengenai kedatangan segera Yesus. Gadis-gadis yang mendengar panggilan
Tuhan boleh mengubah dunia.

Ellen G. White, utusan untuk Tuhan,1827-1915

Ellen Gould (Harmon) White merupakan seorang Advent yang terkenal dan berpengaruh.
Sewaktu dia masih kanak-kanak, dia selalu sahaja sakit dan dia tidak berpendidikan tinggi. Ini
kerana dia telah terlibat dalam satu kemalangan serius semasa dia di gred tiga yang telah
menyebabkannya lemah secara fizikal. Ellen telah menyerahkan hatinya kepada Yesus sewaktu
dia berumur dua belas tahun dan telah dibaptiskan semasa dia berumur empat belas tahun.
Wanita muda ini telah menyerahkan seluruh hidupnya di tangan Tuhan. Dia mula memenangi
rakan-rakan mudanya untuk Tuhan. Dia menerima mesej yang disampaikan oleh William Miller
dan dengan sabarnya dan yakinnya menanti kedatangan Yesus yang pasti.

Ratapan Kekecewaan Besar bahawa Yesus tidak kembali ke bumi pada 22 Oktober,
1844 tidak berkurangan pada hari itu walaupun pada usia muda Ellen iaitu 16 tahun. Dia dan
yang lain-lain meneruskan untuk mempelajari Alkitab dan berdoa dengan sunguh-sungguh untuk
mendapatkan terang dan panduan di hari-hari kebingungan yang seterusnya. Walaupun ramai
yang ragu-ragu dan meninggalkan pergerakan Advent, termasuklah ahli keluarganya, Ellen telah
bergabung dengan empat orang wanita lain untuk berbakti di rumah seorang yang percaya.
Syurga terasa dekat dengan kumpulan berdoa itu dan kuasa Tuhan telah menjamah Ellen. Di
dalam penglihatannya, Ellen telah menyaksikan perjalanan umat Advent ke kota Tuhan (lihat
Ellen G. White, Tulisan-Tulisan Permulaan, ms. 13-20).

Apabila gadis berumur 17 tahun ini dengan berat hatinya memberitahukan


penglihatannya kepada sekumpulan Advent di kampung halamannya di Portland, Maine, mereka
menerimanya sebagai terang daripada Tuhan. Sebagai respons kepada penglihatan yang
seterusnya, Ellen dan kawan-kawan serta saudara maranya telah mengembara dari satu tempat

1
Michelle DeRusha, 50 Women Every Christian Should Know (Ada, Michigan: Baker Publishing Group, 2014).

9 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


ke tempat yang lain untuk menyampaikan penglihatannya dan khayal-khayal yang berikut
kepada umat Advent yang tinggal berselerak.

Waktu itu merupakan hari-hari yang sulit bagi umat Advent yang telah kecewa. Mereka
bukan sahaja telah menerima ejekan dan cemuhan daripada dunia keseluruhannya tetapi
mereka juga tidak bersatu dan sikap fanatik dalam berbagai segi timbul di kalangan mereka.
Tetapi Tuhan, melalui khayal, telah menunjukkan kepada Ellen hasil daripada gerakan fanatik
ini dan dia telah dipertanggungjawabkan untuk menegur kesalahan dan menunjukkan kesilapan.
Satu pekerjaan yang Ellen rasakan sulit untuk dilakukan tetapi dia tetap lakukan juga.

Ellen Harmon telah berkahwin dengan James White pada tahun 1846 dan mereka
melayani bersama-sama serta telah menjadi pengasas kepada pergerakan yang dikenali sebagai
Seventh-day Adventist Church di seluruh dunia.

Sejarah menunjukkan bahawa Ellen telah menjawab panggilan Tuhan selepas dua orang
lelaki menolak untuk melakukan apa yang Tuhan minta mereka lakukan. Dia merupakan seorang
wanita muda, penuh dengan kasih kepada Tuhan, dan meskipun dengan kesihatan yang tidak
baik dan kurangnya pendidikan, dia menjawab YA kepada panggilan Tuhan. Di sepanjang
kehidupannya yang panjang, keghairahan Ellen G. White untuk melakukan apa yang Tuhan mahu
dia lakukan tidak pernah hilang.2

Laman web ellenwhite.org, menyatakan:

Ellen White adalah seorang wanita yang mempunyai kurnia rohani yang menakjubkan
di mana sebahagian besar kehidupannya adalah semasa kurun ke sembilan belas (1827-
1915), namun melalui tulisan-tulisannya dia masih memberikan impak yang besar kepada
jutaan manusia di seluruh dunia. Semasa hayatnya, dia telah menulis lebih daripada
5,000 artikel berkala dan 40 buah buku; tetapi kini, termasuklah kompilasi lebih
daripada 50,000 mukasurat manuskripnya, lebih daripada 100 tajuk dalam Bahasa
Inggeris telah wujud sekarang ini. Dia merupakan penulis wanita yang paling banyak
diterjemahkan dalam sejarah literatur, dan merupakan penulis Amerika paling banyak
diterjemahkan untuk kedua-dua jantina. Hasil karyanya yang terbaik yang boleh
mengubah kehidupan kepada seorang Kristian yang berjaya, Langkah Menuju Yesus,
telah diterbitkan kepada lebih daripada 140 bahasa.3

Bukankah ia sesuatu yang menakjubkan apa yang seorang gadis muda boleh lakukan
dengan keghairahan untuk Yesus, keghairahan untuk mereka yang hilang, dan keghairahan
untuk kedatangan segera Yesus? Ia merupakan satu jemputan untuk kita hari ini untuk
menerima keghairahan yang Ellen White pegang dengan penuh kasih. Keghairahan ini akan
membentuk pandangan kita kepada dunia dan memberikan kita tujuan.

2
Arthur L. White, Ellen G. White, a brief biography (http://www.whiteestate.org/about/egwbio.asp, Februari 7,
2017).
3
ellenwhite.org, Learn about Ellen G. White (http://ellenwhite.org/content/article/learn-about-ellen-g-white,
Februari 7, 2017).

10 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


Peranan-peranan dan Tanggungjawab-tanggungjawab Kita

Mempunyai tujuan memberikan makna kepada peranan kita. Dan peranan itu datang
dengan tanggungjawab. Apakah peranan anda? Adakah anda mempunyai tanggungjawab untuk
mengongsikan berita baik itu? Atau adakah hanya pekerja-pekerja yang digaji oleh gereja
para pendeta, guru-guru dan para pentadbir?
Sudah tentu anda mengetahui apakah jawapannya! Apabila anda mengenalpasti kurnia-
kurnia dan keghairahan anda, anda mempunyai tanggungjawab untuk menggunakannya
untuk mengongsikan berita-berita baik. Orang lain tidak boleh melakukan apa yang anda
boleh lakukan dan mereka juga tidak boleh mengambil tempat anda.

Adalah tidak mencukupi untuk seorang anggota untuk membaca Alkitab setiap hari.
Adalah tidak mencukupi untuk duduk di kerusi panjang gereja untuk menghadiri kebaktian
gereja atau kebaktian doa. Adalah tidak mencukupi untuk menunjukkan diri semasa hari Sabat.
Dunia ini perlu melihat Yesus dalam setiap kata dan tindakan para pengikut-Nya.

Setiap murid Yesus tahu adalah merupakan tanggungjawabnya untuk membenarkan


muka Yesus bersinar melaluinya, untuk menjadi tangan dan kaki-Nya dalam pelayanan. Setiap
umat percaya diberikan sekurang-kurangnya satu kurnia rohani untuk memuji Tuhan dan
melayani gereja.

Menurut 1 Korintus 13:1-3, gereja adalah satu tubuh. Tubuh itu mempunyai banyak
bahagian, dan satu daripada bahagian itu adalah anda! Apabila anda tidak ada dalam
pelayanan, tubuh Kristus menderita kerana tidak akan ada yang lain seperti anda. Anda dan
kurnia anda diperlukan.

Sembilan Kurnia Roh Allah yang disenaraikan dalam 1 Korintus 12:8-10 (BM) ialah:

1. Kebijaksanaan
2. Pengetahuan
3. Kepercayaan
4. Penyembuhan
5. Mukjizat
6. Perkhabaran
7. Membezakan/Kebolehan mengecam
8. Bertutur dalam pelbagai bahasa ajaib
9. Menerangkan erti bahasa-bahasa ajaib

Tujuh Kurnia Roh Allah yang disenaraikan dalam Roma 12:6-8 (BM) ialah:

1. Perkhabaran
2. Menolong
3. Mengajar
4. Menggalakkan
5. Berkongsi
6. Kepimpinan
7. Belas kasihan

Anda telah mendengar cerita-cerita mengenai wanita-wanita muda yang telah


mengenalpasti panggilan mereka dan telah menggunakan kurnia-kurnia dan keghairahan-

11 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


keghairahan mereka untuk melayani Yesus dan menurut kehendak Tuhan. Tidak pedulilah
berapa usia anda, status anda, jantina anda. Umat-umat percaya dipanggil untuk melayani.

Kita tahu bahawa kehidupan menghalang pelayanan. Mungkin anda telah memikirkan
alasan-alasan berikut:

Saya berkerja sepenuh masa. Saya berkerja lebih masa.


Saya terpaksa menjaga keluarga saya, anak-anak kecil saya, ibubapa saya yang sudah
tua.
Bilakah saya boleh meluangkan masa?
Saya tidak diperlukan kerana ramai orang yang berbakat di gereja.

Mungkin anda merasakan yang anda tidak mempunyai apa-apa kurnia. Atau mungkin
anda berfikir bahawa kurnia-kurnia anda adalah terlalu kecil untuk digunakan dalam gereja.
Tetapi tiada seorang pun yang boleh memberikan alasan. Kedatangan Yesus Kedua Kali sedang
di ambang pintu. Adakah anda bersedia untuk melayani Tuhan samada di dalam gereja dan
komuniti atau tidak?

Pencipta telah membentuk anda sebagai hasil ciptaan hebat tangan-Nya sendiri, dan Dia
tahu mengenai anda dalam dan luar. Dia menganugerahkan kurnia-kurnia, Dia tahu apa
keghairahan anda, dan Dia mahu anda mengisi tempat yang Dia telah sediakan untuk anda.

Sekiranya anda seorang anggota dan komited untuk melayani, adalah sangat penting
untuk anda mengenalpasti kurnia-kurnia dan keghairahan anda. Mohon kepada Tuhan untuk
menunjukkan kurnia anda. Apabila anda tahu apakah kurnia anda, berikan fokus anda
kepadanya, dan carilah cara-cara untuk menggunakan dan mengembangkannya. Kurnia-kurnia
rohani dianugerahkan dengan tujuan untuk melayani gereja dan memuji Tuhan dalam komuniti.

Apabila anda mengetahui kurnia anda, anda mengetahui pelayanan anda. Apabila
anda mengenalpasti kurnia-kurnia dan keghairahan-keghairahan anda, anda diberikan kuasa
untuk mencari tempat istimewa di mana hanya anda boleh isikan. Anda diberikan jaminan nilai
anda di mata Tuhan. Anda membangunkan harga diri yang sihat dan berkeyakinan yang anda
dipanggil sesuai dengan tujuan-Nya. Anda mula untuk menggunakan kurnia-kurnia anda untuk
melayani umat percaya dengan semulajadi dan mencapai mereka yang perlu mengenali
Penebus.

Dengarkan bagaimana Yesus melakukannya:

Hanya cara Kristus yang dapat memberikan kejayaan sebenar untuk mencapai manusia.
Penebus hidup di kalangan manusia yang mahukan kebaikan mereka. Dia menunjukkan
simpati kepada mereka, melayani keperluan mereka, dan memenangi keyakinan
mereka. Selepas itu Dia menjemput mereka, Ikutlah Aku (Ellen G. White, Ministry of
Healing, ms. 143).

Cara Kristus adalah kesemuanya mengenai penggunaan kurnia-kurnia dan keghairahan-


keghairahan. Sekiranya anda tidak mempunyai kurnia untuk berkhutbah atau bernubuat, anda
boleh bergaul. Sekiranya anda tidak mempunyai kurnia dalam bentuk pengetahuan atau
mengajar, anda boleh menunjukkan simpati anda. Sekiranya anda tidak mempunyai kurnia
untuk menggalakkan atau membezakan, anda boleh memenangi keyakinan. Sekiranya anda
tidak mempunyai kurnia mukjizat atau memberi, anda boleh berdoa.

12 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


Apabila anda membangunkan kurnia-kurnia rohani dan keghairahan anda

Anda akan menyembah dan memuji Tuhan kerana anda telah memenuhinya melalui
pelayanan.
Anda akan mendirikan dan membina gereja kerana anda suka melayani orang lain.
Cabaran

Saya mencabar anda hari ini untuk mencari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ini:
Apakah panggilan anda? Bagaimanakah anda boleh melayani?

Nabi Yoel dengan jelasnya mengatakan bahawa di hari-hari terakhir Roh Hujan Akhir
akan mencurahkan kurnia-kurnia. Dia merekodkan firman Tuhan untuk kita:

Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang: anak lelaki dan anak
perempuan kamu akan mengisytiharkan perkhabaran-ku; orang tua kamu akan
bermimpi, dan orang muda kamu akan nampak penglihatan. 29 Pada masa itu Aku akan
mencurahkan roh-Ku bahkan kepada hamba-hamba, baik lelaki mahupun perempuan.
(Yoel 2:28, 29, BM).

Adakah anda percaya bahawa Tuhan akan mencurahkan Roh-Nya kepada setiap orang
yang mahu melayani Dia? Adakah anda bersedia untuk menerima kurnia-kurnia dan misi untuk
Hari-Hari Terakhir?

Tidak kira samada anda seorang wanita muda atau lelaki muda, seorang wanita berusia
atau lelaki berusia. Tuhan akan mencurahkan Roh-Nya terhadap anda untuk maju ke hadapan.
Anda boleh melayani orang lain:

Dengan berkongsi bahawa Kedatangan Yesus Kedua Kali sudah di ambang pintu.
Dengan berkongsi mengenai kasih Tuhan kepada mereka yang tidak mempunyai kasih,
yang bersedih, dan dalam depresi.
Dengan berkongsi Berita Baik mengenai Yesusyang Dia mengasihi kita tidak kira siapa
kita, jantina kita, usia kita; Dia boleh menyelamatkan kita tanpa mengira segala
perbuatan kita.

Saya mencabar anda hari ini, dan ini juga satu panggilan: Adakah anda sanggup untuk
menawarkan kehidupan anda untuk melayani Tuhan?

Catherine Booth berusia sembilan tahun. Ellen White berusia belasan tahun. Mona
Gilheno adalah seorang wanita profesional. Pada saat Erna Johnson menemui kurnia-kurnianya,
dia terus memulakan pelayanannya. Kesemua mereka ini dan ramai lagi yang lain telah
memberikan kehidupan mereka untuk melayani Tuhan. Tidakkah anda mahu menuruti wanita-
wanita ini untuk melayani?

Rasul Paulus telah memberikan amaran kepada kita dalam 1 Korintus 13 bahawa
sekiranya kita tidak mempunyai kasih, kurnia-kurnia rohani adalah tidak berguna sama sekali.
Doa saya untuk anda adalah untuk anda merasai kasih Tuhan terhadap anda! Semoga Roh-Nya
dicurahkan dan berdiam di dalam anda hari ini dan sentiasa, supaya anda boleh mencurahkan
kasih Tuhan kepada mereka yang anda temui. Semoga anda menemui kurnia-kurnia dan
keghairahan anda. Semoga anda membenarkan Roh Kudus untuk mengubah kehidupan anda
kepada pelayanan dalam kerajaan Tuhan.

13 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017


Berkat

Allah sudah membangkitkan Tuhan kita Yesus daripada kematian. Oleh sebab
kematian-Nya itu, Dia sekarang menjadi Gembala Agung kita, domba-domba-Nya.
Kematian-Nya juga mengesahkan perjanjian kekal yang dibuat oleh Allah dengan kita.
Semoga Allah sumber kesejahteraan itu melengkapi kamu dengan segala perkara baik
yang kamu perlukan untuk melakukan kehendak-Nya. Semoga dengan perantaraan Yesus
Kristus, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya dalam hidup kita. Hendaklah Kristus
dimuliakan selama-lamanya! Amin. (Ibrani 13:20, 21, BM).

14 Hari Penekanan Pelayanan Wanita 2017

Anda mungkin juga menyukai