Anda di halaman 1dari 2

MAKLUMAT BACAAN UMUM

PENYAKIT BERJANGKIT
PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA / KELAB DOKTOR MUDA /
PROGRAM SISWA SIHAT
BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
_________________________________________________________

Penyakit berjangkit mudah merebak di sekolah. Antara contoh penyakit


berjangkit adalah cacar air (chickenpox), demam campak (measles), beguk
(mumps), penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), influenza dan batuk kering
(Tuberkulosis).

Tanda dan gejala bergantung kepada jenis penyakit tersebut.

CARA JANGKITAN

Penyakit- penyakit tersebut boleh berjangkit melalui:

1. Sentuhan secara langsung dengan pesakit

2. Sentuhan dengan permukaan yang tercemar dengan virus/bacteria.

3. Cecair (Droplet) batuk atau bersin dari pesakit

CARA CEGAHAN DAN KAWALAN

1. Cara cegahan secara am:

a. Mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda sakit atau


demam.

b. Pesakit dinasihatkan:

i. menghadkan pergerakan dan duduk di rumah (isolasi) sehingga


sembuh.

ii. Tidak pergi ke tempat tumpuan awam seperti pasaraya

iii. Patuhi nasihat doktor


c. Mengamalkan etika batuk yang betul dengan menutup mulut ketika
batuk/bersin menggunakan sapu tangan/tisu.

d. Sentiasa mengamalkan kebersihan tangan dengan mengamalkan 7


langkah pencucian tangan yang betul.

2. Cara cegahan khusus:

a. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat imunisasi seperti


dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan untuk penyakit seperti beguk,
demam campak, batuk kokol serta batuk kering.

b. Sekiranya anak-anak tidak menerima imunisasi yang lengkap, ibu bapa


boleh mendapatkan nasihat dan menyambung semula imunisasi bagi
anak-anak di klinik-klinik berdekatan.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.infosihat.gov.my, www.myhealth.gov.my


untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai penyakit
berjangkit.

Bahagian Pendidikan Kesihatan


Kementerian Kesihatan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai