Anda di halaman 1dari 1

Cara atasi pencemaran sungai

Sungai negara ini mengalami banyak pencemaran.


Jelaskan cara-cara mengatasinya.

Sungai dilihat sebagai satu sumber air yang penting di negara ini. Antara
sungai yang dilihat sebagai sungai utama negara ini meliputi Sungai Pahang,
Sungai Johor, dan Sungai Rajang. Jadi, sungai yang penting ini harus
dipelihara sebaik mungkin dengan pelbagai kaedah tertentu itu.

Tindakan yang mudah melibatkan penguatkuasaan peruntukan perundangan.


Akta ini boleh menekankan hukuman yang lebih berat terutama kadar denda
yang tinggi bersama-sama penjara yang panjang tempohnya itu.Jelaslah,
hukuman yang sebegini boleh menakutkan masyarakat kita terutama
golongan yang suka mencemarkan sungai itu.

Selain itu, pihak berkuasa bolehlah menjalankan kempen kesedaran tentang


kepentingan menjaga sungai daripada tercemar ini. Masyarakat terutama
generasi muda akan memahami sebab mereka harus menjaga kualiti air
sungai di negara ini apabila melihat informasi kempen tersebut. Lantaran itu,
lebih banyak kempen perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk mendapat
reaksi positif daripada masyarakat terhadap isu sungai ini.

Tambahan pula, konsep gotong-royong terutama di kawasan sungai harus


dilaksanakan dengan kerap oleh penduduk setempat. Aktiviti secara
berkelompok ini membolehkan sungai itu dibersihkan daripada segala
kekotoran terutama kayu-kayu dan sampah-sarap. Oleh itu, sungai akan
menjadi lebih bersih apabila masyarakat sekeliling menjaga sungai itu dengan
membersihkannya sekerap mungkin.

Langkah terakhir dalam usaha menjaga sungai melibatkan tindakan


menghalang pembalakan di kawasan hutan terutama di kawasan hulu sungai
itu. Lama-kelamaan aktiviti pembalakan yang tidak dikawal boleh
menyebabkan banyak lumpur dan mendapan lain masuk ke dasar sungai itu.
Sesungguhnya, tindakan mengawal pembalakan boleh menjadikan kualiti
sungai kita menjadi lebih baik berbanding sekarang.

Kesimpulannya, semua kaedah tadi berupaya untuk memulihkan semula imej


sungai kita yang tercemar teruk itu. Semua pihak terutama remaja perlulah
melihat kemelut ini sebagai satu isu yang serius pula. Slogan cintailah sungai
harus tersemat dalam jiwa rakyat di negara ini yang cinta akan keindahan
flora dan fauna.

Anda mungkin juga menyukai