Law Book U12 Complete
Law Book U12 Complete
BUKU PERATURAN
PERMAINAN RAGBI
BAWAH 12 TAHUN
MSSM
-0-
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN 2
SEBELUM PERMAINAN 4
Peraturan 1 : Padang Permainan 5
Peraturan 2 : Bola 9
Peraturan 3 : Bilangan Pemain-Pasukan 11
Peraturan 4 : Pakaian Pemain 14
Peraturan 5 : Masa 16
Peraturan 6 : Pegawai Permainan 20
SEMASA PERMAINAN
DALAM PERMAINAN 39
Peraturan 13 : PERMULAAN PERMAINAN 40
Peraturan 14 : DROP OUT 43
Peraturan 15 : SENTUHAN 46
Peraturan 16 : MARK 50
MENYAMBUNG PERMAINAN 51
Peraturan 17 : LINE OUT 52
Peraturan 18 : SCRUM 58
Peraturan 19 : TENDANGAN/PENALTI/
FREE KICK 62
KAWASAN GOL
Peraturan 20 : KAWASAN GOL 69
-1-
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
PENDAHULUAN
Objektif permainan ialah 2 pasukan seramai 7 orang sepasukan dapat bermain dalam suasana
‘fair play’ berdasarkan peraturan dan semangat kesukanan dengan cara membawa,
menghantar, menendang dan meletakkan bola dalam kawasan try untuk mendapat sebanyak
mata yang mungkin. Pasukan yang mendapat mata paling besar akan memenangi perlawanan
ini.
Buku peraturan permainan Ragbi Bawah 12 Tahun ini adalah lengkap dan mengandungi
segala perkara yang diperlukan untuk membolehkan permainan ini dimainkan secara betul dan
adil.
Jika terdapat sebarang kemusykilan tentang peraturan dalam situasi permainan, maka
Peraturan Permainan Ragbi IRB Tujuh Sepasukan akan dirujuk dengan mengambil kira
sentuhan adalah tackle dan pasukan akan kehilangan posesi sekiranya tiada bantuan dari
rakan.
Adalah menjadi tugas pengadil untuk mengaplikasi Peraturan Permainan yang paling adil
dalam setiap permainan kecuali apabila peraturan percubaan dikuatkuasakan oleh
Jawatankuasa Peraturan Ragbi Bawah 12 Tahun MSSM.
Adalah menjadi tanggungjawab MSSM untuk memastikan setiap permainan dalam semua
peringkat dijalankan mengikut nilai displin yang tinggi dan semangat
kesukanan.Tanggungjawab ini tidak hanya dipikul oleh pegawai permainan tetapi juga
pengurus, jurulatih, penganjur dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dengan permainan ini.
-2-
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
JK BUKU PERATURAN
(a) JK buku peraturan terdiri dari tidak lebih 5 ahli akan dilantik setiap tahun.
(c) Sebarang pertukaran peraturan dalam permainan ragbi MSSM B-12 mestilah dengan
persetujuan JK Buku peraturan setelah perbincangan dibuat.
-3-
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
SEBELUM PERMAINAN
Peraturan 1 : Padang Permainan
Peraturan 2 : Bola
Peraturan 3 : Bilangan Pemain-Pasukan
Peraturan 4 : Pakaian Pemain
Peraturan 5 : Masa
Peraturan 6 : Pegawai Permainan
-4-
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
-5-
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
(a) Padang permainan ialah keseluruhan kawasan yang ditunjukkan dalam pelan di atas.
(b) Kawasan Padang permainan ialah kawasan antara garisan gol dan garisan touch.
Garisan ini bukanlah sebahagian daripada padang permainan. Jika pemain memijak
(c) Kawasan permainan ialah Padang Permainan dan dalam kawasan gol. Garisan
Touch, Garisan Touch Kawasan Gol dan Garisan Bola Mati bukan kawasan permainan.
(d) Kasawan Gol ialah kawasan antara garisan gol dan garisan bola mati dan antara
garisan touch kawasan gol, terdapat satu kotak khas di dalam kawasan gol untuk
‘Super Try’.
(e) ‘Kawasan 15’ ialah kawasan antara garisan gol dan garisan 15 meter, termasuk
(a) Permukaan padang pada setiap masa mestilah selamat untuk dimainkan permainan ini.
(b) Jenis permukaan mestilah rumput tetapi boleh juga dimainkan di atas pasir, tanah liat, rumput
tiruan dan kayu asalkan permukaan itu lembut dan tidak mendatangkan bahaya kepada
pemain.
(c) Bagaimanapun perlawanan yang hendak diadakan di atas permukaan selain dari rumput
perlulah mendapat kebenaran bertulis daripada Penyelaras Ragbi MSSM.
-6-
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Saiz padang permainan ialah 70 meter X 50 meter dengan kawasan try minimum 5 meter
dan maksimum 10 meter di belakang garisan try.
b) Garisan tambahan adalah sama dengan garisan padang ragbi sebenarnya cuma ukurannya
dipendekkan sedikit untuk disesuaikan dengan fizikal pelajar sekolah rendah.
c) Garisan tersebut adalah:
d) Ukuran panjang dan lebar kawasan permainan mestilah paling hampir dengan ukuran yang
ditetapkan. Kawasan permainan mestilah berbentuk segi empat tepat.
i. Garisan dead ball dan garisan touch kawasan gol, keduanya di luar kawasan
kawasan gol.
ii. Garisan goal, dalam kawasan kawasan gol tetapi di luar padang permainan.
iii. Garisan 15 meter, selari dengan garisan goal.
iv. Garisan Tengah Padang (half way), selari dengan garisan goal.
v. Garisan Touch iaitu di luar padang permainan.
-7-
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
i. Garisan 5 meter yang menghubungkan garisan touch dan jarak 5 meter dari garisan
tengah dan selari dengan jarak tersebut.
ii. Garisan 3 meter yang jarak 3 meter dari garisan touch dan untuk kegunaan lineout.
i. 5 garisan putus panjang ukuran 1 meter, 5 meter dari garisan goal dan selari dengan
garisan goal.
ii. 5 garisan putus panjang selari dengan garisan touch dan merentasi garisan garisan 15
meter, garisan 5 meter dan garisan tengah.
iii. 2 garisan putus panjang ukuran 5 meter, kedudukan 10 meter dari garisan touch
bermula dari garisan goal dan tamat di garisan 5 meter putus-putus.
iv. Satu garis berukuran 0.3 meter merintangi di tengah garisan half way (tengah)
(a) Terdapat 14 batang bendera dengan bendera sama warna (warna terang) dengan setiap tiang
ketinggian minimum 1 m dari aras tanah.
(b) Bendera mestilah diletakkan di atas garisan pada 4 penjuru kawasan kawasan gol.
(c) Kelapan-lapan bendera ini ialah di luar kawasan ingoal dan tidak termasuk dalam kawasan
permainan.
(d) Tiang bendera lain mestilah diletakkan selari dengan garis 22 m dan garis tengah (halfway) di
bahagian luar dalam jarak 1 meter dari tepi garisan.
-8-
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
PERATURAN 2: BOLA
2.1 BENTUK
2.2 UKURAN
2.3 BAHAN
-9-
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
2.4 BERAT
a) 65.71 – 68.75 kilopascals, atau 0.67-0.70 kilograms per square centimeter,atau 9.5 – 10.0
pounds per square inch.
a) Bola gantian akan disediakan semasa perlawanan, tetapi pasukan tidak dibolehkan untuk
mendapat kelebihan atau advantage dengan mengguna atau menukar bola tersebut.
b) Bola besaiz lebih besar akan digunakan jika permainan melibatkan peringkat umur lebih
dewasa.
- 10 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
cedera.
alasan taktikal.
a) Maksimum: Bilangan pemain adalah sebanyak 7 orang dalam satu masa permainan.
b) Pendaftaran pemain adalah sebanyak 12 orang untuk sebuah pasukan.
a) Bantahan: Pada sebarang masa sebelum atau semasa perlawanan pasukan boleh membuat
bantahan tentang bilangan pemain pada pasukan lawan.
b) Sebaik sahaja pengadil sedar sesebuah pasukan mempunyai lebih pemain, pengadil akan
mengarahkan kapten untuk mengurangkan bilangan pemain.
c) Skor perlawanan pada masa bantahan tersebut kekal.
d) Perkara yang sama akan berlaku jika pengadil sendiri menyedari keadaan ini.
e) Tindakan: Penalti akan diberi pada tempat di mana perlawanan patut dimulakan.
- 11 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Seorang pemain yang dikeluarkan kerana menerima kad kuning atau merah tidak boleh diganti
atau ditukarkan.
a) Pertukaran pemain hanya boleh dibuat apabila bola mati dengan kebenaran pengadil.
b) Pembantu pengadil mestilah dimaklumkan terlebih dahulu untuk memberi petunjuk pada
pengadil yang pertukaran hendak dibuat.
c) Penggantian yang dilakukan tanpa makluman kepada pembantu pengadil dan tanpa
kebenaran pengadil:
Tindakan: Penalti akan diberi pada tempat di mana perlawanan patut dimulakan.
d) Tiada penggantian tetap atau sementara (blood bin) apabila pertukaran secara rolling diguna
pakai.
e) Pengadil mempunyai kuasa untuk menghalang pertukaran dibuat jika didapati kekerapan
pertukaran telah menghalang kelancaran permainan.
f) Tiada had bilangan pemain yang boleh ditukar.
g) Seorang pemain yang telah ditukar hanya boleh kembali ditukarkan sekali selepas pertukaran
pertama. (Seorang pemain hanya boleh dimasukkan 2 kali sahaja)
h) Bilangan penggantian tetap dikira walaupun seseorang pemain masuk menggantikan pemain
yang cedera (blood bin)
- 12 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Jika pengadil mengambil keputusan- dengan atau tanpa nasihat doktor atau pembantu
perubatan bertauliah seseorang pemain cedera patut berhenti bermain, pengadil berhak
mengarahkan pemain itu meninggalkan padang.
b) Pengadil juga boleh mengarahkan pemain meninggalkan padang permainan untuk menjalani
pemeriksan doktor.
- 13 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
a) Pemain boleh memakai alat bantuan (supports/guards) yang kenyal dan lembut terdiri
daripada bahan yang bersih dan boleh dibasuh.
b) Pemain boleh memakai Mitts (fingerless glove) yang ada spesifikasi IRB.
c) Pemain boleh memakai shoulder pad yang ada spesifikasi IRB.
d) Pemain boleh memakai mouth guard atau dental protector.
e) Pemain boleh memakai bandage atau dressing untuk menutup kecederaan dengan syarat
bahan itu mesti bersih.
f) Pemain boleh memakai tape atau bahan yang hampir sama untuk bantu atau mengelakkan
kecederaan.
4.2 STUDS
a) Studs pada boots pemain mestilah yang tidak mendatangkan kecederaan pada pemain lain.
b) Jika boots jenis studs boleh dibuka semua studs hendaklah dikunci dengan ketat dan bilangan
yang lengkap.
c) Studs jenis blade tidak digalakkan untuk dipakai.
- 14 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Pemain dilarang memakai pakaian yang dicemari darah atau sebarang kekotoran yang
menyebabkan jangkitan
b) Tiada alatan yang tajam dan berbahaya
c) Perhiasan seperti subang, rantai, cincin dan gelang tidak dibenarkan.
d) Kuku pada jari tangan perlu pendek dan tidak tajam.
a) Pengadil dan pembantu pengadil yang dilantik mesti memeriksa pakaian pemain, kuku dan
studs untuk memastikan peraturan ini diikuti.
b) Pengadil mempunyai kuasa untuk mengarahkan sebarang pakaian atau peralatan dibuang
daripada pemain ataupun menghalang pemain tersebut meneruskan perlawanan.
c) Jika pada masa pemeriksaan sebelum perlawanan pengadil telah memberitahu larangan
pemakaian sebarang peralatan dan semasa permainan didapati pemain memakai bahan/alat
tersebut pemain tersebut boleh diarah keluar padang kerana salah laku.
d) Tindakan: Penalti akan diberi pada tempat di mana perlawanan patut dimulakan.
a) Pasukan mestilah memakai jersi yang sama warna dan mempunyai nombor yang jelas tertera
di belakang jersi.
b) Pasukan boleh memakai jersi jenis ugly dengan syarat pasukan lawan memakai jersi yang
berwarna sama.
c) Jersi jenis sleeveless dibenarkan pakai tetapi bukan jenis singlet.
d) Seluar panjang jenis casual pants dan track bottom adalah dilarang.
e) Pemain boleh memakai tight panjang dengan seluar pendek dipakai di bahagian luar.
- 15 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Masa permainan rasmi untuk Kejohanan MSSM Bawah 12 adalah 40 minit. Perlawanan
dibahagikan kepada empat quarter. 10 minit untuk setiap quarter.
b) Waktu rehat antara quarter pertama dan kedua adalah 5 minit. Begitu juga antara quarter
ketiga dan keempat. Hanya waktu rehat antara quarter kedua dan ketiga sahaja 10 minit
diberikan. (10-2-10) 5 (10-2-10). Pengadil perlu reset masa sebelum memulakan setiap
quarter.
c) Jika bermain secara karnival maka masa permainan ialah 7 minit setiap separuh masa dengan
1 minit masa rehat.
d) Masa perlawanan mestilah tidak lebih daripada masa yang ditetapkan termasuk time lost,
masa tambahan dan keadaan yang lain.
e) Walau bagaimanapun masa permainan adalah menjadi hak pengelola sesuatu kejohanan.
a) Pengadil akan mengawal masa permainan tetapi boleh menyerahkan tugas tersebut pada
pembantu pengadil atau pegawai kawalan masa (time keeper) dan pengadil mesti memberi
petunjuk untuk sebarang pemberhentian atau time lost.
- 16 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
b) Jika perlawanan tanpa time keeper dan pengadil tidak pasti masa perlawanan pengadil boleh
mendapat bantuan pada pembantu pengadil atau sesiapa sahaja jika pembantu pengadil tidak
dapat membantu.
a) Kecederaan.
i. Pengadil akan memberhentikan perlawanan tidak lebih dari satu minit agar pemain
cedera boleh dirawat ataupun atas sebab lain yang sesuai.
ii. Pengadil akan mengarahkan pemain mendapatkan rawatan di luar padang selepas masa
satu minit tamat.
iii. Selepas satu minit masa rawatan jika kecederaan serius dan pemain tidak boleh bergerak
keluar dari padang maka permainan akan dihentikan (stoppage) dan dimulakan semula
apabila pemain cedera tadi dapat keluar dari kawasan permainan.
i. Apabila bola mati, pengadil akan memberi masa untuk pemain menggantikan jersey,
seluar dan boots yang koyak.
ii. Masa juga diberikan untuk pemain mengikat tali boots yang terungkai.
c) Pertukaran Pemain.
- 17 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
i. Penggantian masa time lost akan dilakukan dalam separuh masa ia berlaku.
5.5 SUDDEN-DEATH
a) Sekiranya kedudukan seri setelah masa penuh tamat, dan keputusan perlu diperoleh maka
tambahan masa secara sudden-death selama 10 minit satu hala akan dibuat.
b) Masa sudden-death untuk perlawanan format karnival adalah 5 minit sahaja.
c) Sekiranya mana-mana pasukan mendapat try/mata dalam masa 10 minit, permainan akan
dihentikan dan pasukan yang mendapat try/mata akan diisytihar sebagai pemenang.
d) Bilangan pemain pada masa sudden-death ialah seramai 5 orang pemain sahaja dan tiada
pertukaran sehingga masa tamat.
e) Walau bagaimanapun jika pengadil mendapati ada pemain yang betul-betul cedera maka
pertukaran dibenarkan hanya daripada 2 pemain yang bermain pada masa sebenar tamat.
f) Jika lebih daripada 4 pemain cedera dan mendapat kepastian pengadil maka pemain
simpanan yang tidak sepatutnya terlibat dengan permainan sudden-death boleh digunakan.
g) Pertukaran akan dibuat pada ketika berlaku stoppage.
h) Lambungan syiling 3 kali akan dilakukan jika masih tiada pemenang selepas masa sudden-
death.
i) Penentuan pemenang dalam kejohanan berbentuk karnival adalah hak penganjur jika didapati
cara ini mengganggu jadual perlawanan kejohanan tersebut.
a) Pengadil mempunyai kuasa untuk menamatkan perlawanan pada bila-bila masa jika didapati
perlawanan tidak dapat diteruskan atas sebab–sebab keselamatan.
b) Jika masa tamat dan bola belum mati, ataupun scrum atau line out masih belum dilakukan,
pengadil akan meneruskan permainan sehingga bola mati.
- 18 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
c) Jika masa tamat dan mark, sepakan percuma atau penalti diberikan maka permainan akan
diteruskan.
d) Pengadil boleh menghentikan perlawanan selama satu minit jika didapati cuaca terlalu panas
untuk minuman pada setiap separuh masa.
e) Time lost tersebut mesti diganti pada waktu separuh masa tersebut.
f) Keputusan perlawanan tidak dikira sekiranya perlawanan terpaksa ditamatkan sebelum
separuh masa pertama berakhir.
g) Keputusan perlawanan adalah dikira sekiranya tidak dapat diteruskan perlawanan separuh
masa kedua dengan syarat separuh masa pertama mestilah disudahkan.
- 19 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
6.A PENGADIL
SEBELUM PERLAWANAN
a) Jika pengadil tidak dapat menghabiskan perlawanan, penggantian pengadil adalah melalui
kuasa pihak penganjur.
b) Jika tiada arahan daripada pihak penganjur, maka pengadil tersebut boleh membuat lantikan
untuk menggantikan beliau yang selalu terdiri daripada pembantu pengadil.
c) Jika pengadil juga tidak membuat lantikan, maka pasukan tuan rumah akan membuat lantikan
untuk menggantikan pengadil.
- 20 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Lambungan Syiling
i. Pengadil akan mengawasi lambungan syiling.
ii. Salah seorang kapten akan membuat lambungan dan kapten yang lain akan melihat
pemenang lambungan tersebut.
iii. Pemenang lambungan akan menentukan pilihan untuk kick off atau pilihan padang.
SEMASA PERLAWANAN
a) Pengadil adalah hakim mutlak yang menentukan fakta dan peraturan permainan. Peraturan
permainan yang adil hendaklah diguna pakai pada setiap kali perlawanan.
b) Apabila JK Peraturan Ragbi Bawah 12 Tahun telah menetapkan untuk mengguna pakai
peraturan percubaan, pengadil perlu menggunakan peraturan ini dalam perlawanan.
c) Pengadil menjaga masa.
- 21 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Pengadil boleh mengubah keputusan apabila pembantu pengadil mengangkat bendera untuk
untuk menunjukkan pelakuan salah laku atau sebab lain.
a) Pengadil boleh membuat rujukan kepada pembantu pengadil kepada perkara berkaitan tugas,
peraturan salah laku dan masa.
b) Penganjur boleh melantik seorang penjaga masa yang akan memaklumkan tamat masa pada
setiap separuh masa.
- 22 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
c) Penganjur boleh melantik seorang pencatat skor yang akan memaklumkan skor lengkap pada
akhir perlawanan.
d) Pengadil tidak boleh merujuk orang lain selain daripada yang di atas.
e) Rujukan juga boleh dibuat kepada pegawai yang menggunakan teknologi seperti video untuk
mengesahkan sebarang keputusan tetapi mestilah dirujuk pada ketika berlaku insiden
bukannnya selepas perlawanan.
a) Pengadil mesti membawa wisel untuk menyatakan permulaan dan penamatan sesuatu
separuh masa.
b) Pengadil boleh memberhentikan permainan pada bila-bila masa.
c) Membunyikan wisel apabila ada skor atau try.
d) Apabila terdapat infringement atau foul play.
e) Apabila pengadil telah mengambil tindakan maka wisel kedua perlu dibunyikan untuk memberi
sepakan percuma atau penalti.
f) Bunyikan wisel apabila bola keluar dari kaawasan permainan, tidak dapat dimainkan dan
penalti diberikan.
g) Membunyikan wisel apabila bola terkena pengadil dan salah satu pasukan mendapat
advantage.
h) Membunyikan wisel apabila ianya merbahaya untuk meneruskan perlawanan.
i) Pengadil boleh membunyikan wisel untuk memberhentikan permainan berdasarkan apa-apa
jua sebab yang tercatat dalam peraturan.
a) Jika pemain cedera dan jika permainan diteruskan boleh membahayakan, wisel perlu
dibunyikan segera.
b) Jika ini berlaku, perlawanan diteruskan semula denagn memberi scrum kepada pasukan
pembawa bola.
- 23 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Pengadil akan menilai apa yang akan berlaku selepas itu dan memberi try atau touch down di
mana berlaku kejadian.
SELEPAS PERLAWANAN
a) Pengadil mesti memberitahu keputusan perlawanan kepada pasukan dan pihak penganjur.
b) Laporan tentang pemain yang dihantar keluar perlu diserah segera pada pihak penganjur.
a) Pembantu pengadil di dalam kawasan gol boleh digunakan sekiranya didapati perlu.
- 24 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
SEBELUM PERLAWANAN
SEMASA PERLAWANAN
- 25 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
g) Pembantu pengadil tiada kuasa untuk menentukan tempat yang betul lontaran ke dalam
dibuat.
h) Sebarang laporan salah laku mesti dibuat semasa bola mati bukan semasa perlawanan
berlangsung.
SELEPAS PERLAWANAN
a) Jika pemain dibuang padang kerana laporan pembantu pengadil maka laporan perlu ditulis
dengan segera.
- 26 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
SEMASA PERLAWANAN
CARA MEMAINKAN
PERLAWANAN
Peraturan 7 : Cara Bermain
Peraturan 8 : Advantage
Peraturan 9 : Cara Mendapat Skor
Peraturan 10 : Kesalahan
Peraturan 11 : Off Side
Peraturan 12 : Knock On
- 27 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
PERATURAN 8 – ADVANTAGE.
DEFINISI
- 28 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Pengadil ialah hakim utama dalam menilai dan membuat keputusan memberi advantage.
b) Advantage terdiri daripada dua bentuk iaitu taktikal atau kawasan.
c) Taktikal advantage bermaksud kebebasan pasukan yang tidak melakukan kesalahan bermain
dengan bola.
d) Advantage kawasan bermakna pasukan yang tidak melakukan kesalahan mendapat
keuntungan kawasan.
a) Jika pasukan yang mendapat advantage tidak menggunakan advantage maka wisel
dibunyikan dan pengadil akan memaklumkan kepada kedua-dua pasukan berkaitan kesalahan
pertama serta advantage tidak dapat diteruskan dan permainan dibawa kembali pada tempat
berlaku kesalahan.
a) Pembawa bola dengan sengaja enggan meneruskan permainan yang diberikan advantage.
Tindakan : Penalti kepada pasukan yang bertahan
b) Pembawa bola yang terjatuh dengan tidak sengaja tidak bangun serta merta untuk melakukan
hantaran kepada rakan walaupun telah diarahkan oleh pengadil.
Tindakan : Penalti kepada pasukan yang bertahan
c) Pembawa bola terjatuh dengan tidak sengaja dan membuat hantaran bola dalam kedudukan
tidak “on feet”
Tindakan : Penalti kepada pasukan yang bertahan
- 29 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Jika ada lebih dari satu kesalahan oleh pasukan yang sama, peraturan advantage
diberhentikan dan kembali ke tempat asal kesalahan pertama berlaku
b) Jika akibat kesalahan satu pasukan advantage diberikan dan kemudian pasukan lain pula
melakukan kesalahan, maka kesalahan yang pertama akan dikira kecuali foul play.
- 30 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
10.1MENGHADANG
a) Semasa pemain sedang mengejar bola, pasukan lawan tidak boleh menolak atau menghalang
pemain lawan.
Tindakan : Penalti
b) Berlari di hadapan pembawa bola untuk menghalang pemain lawan membuat sentuhan.
Tindakan : Penalti
c) Menghadang pemain lawan daripada membuat sentuhan.
Tindakan : Penalti
d) Menghadang bola daripada dimainkan oleh pihak lawan.
Tindakan : Penalti
e) Pemain ada bola berlari ke arah kawan untuk elakkan sentuhan.
Tindakan : Penalti
f) Menghalang pihak lawan berlari setelah bola dikeluarkan dalam kiraan 1, 2, 3.
Tindakan : Penalti
g) Pemain scrum half lawan menghalang ganggu ketika lorongan bola dibuat.
Tindakan : Penalti
- 31 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Melambatkan permainan.
Tindakan : Penalti
b) Melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
Tindakan : Penalti
c) Perlakuan menyakitkan lawan berbentuk fizikal.
Tindakan : Penalti
d) Menumbuk atau menampar semasa buat sentuhan.
Tindakan : Penalti
a) Pemain yang mendapat kad kuning akan dikenakan sin bin selama 3 minit di kawasan yang
disediakan di bawah khemah urus setia.
b) Untuk permainan 7 – 1 – 7 , sin bin selama 2 minit akan dikenakan sebaik sahaja kad
dilayangkan terhadap pemain.
a) Pemain yang dilayangkan kad merah secara automatik akan digantung perlawanan
berikutnya dan dihadapkan ke JK Tatatertib.
- 32 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
a) Walau bagaimanapun pemain offside tidak akan onside jika mengganggu permainan, bergerak
ke hadapan arah bola atau gagal bergerak 10 meter dari tempat ada bola,
b) Pemain offside tidak akan kena tindakan serta-merta.
c) Pemain yang menerima bola hantaran ke hadapan secara tidak sengaja tidak off side.
d) Pemain boleh offside dalam kawasan kawasan gol.
- 33 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
11.2 PEMAIN YANG OFFSIDE TIDAK BOLEH BERMAIN DENGAN BOLA ATAU
MEMBUAT SENTUHAN.
a) Apabila rakan pemain yang offside tendang bola ke hadapan, pemain offside tidak boleh
bergerak ke hadapan ke tempat bola jatuh sehingglah pemain itu diletakkan dalam keadaan
onside oleh rakan yang menendang.
Tindakan: Penalti
a) Apabila pemain offside lari ke belakang rakan yang terakhir tendang, pegang atau bawa bola
pemain telah on side.
b) Apabila pemain yang membawa bola berlari di hadapan off side, pemain itu sudah jadi on side.
c) Apabila penendang atau rakan yang sama paras atau belakang penendang semasa bola
ditendang berlari di depan pemain off side, dia sudah jadi on side.
Tindakan: Penalti
- 34 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Apabila lawan yang ada bola berlari 5 meter, pemain tadi sudah ons ide.
b) Apabila lawan menghantar bola atau tendang bola.
c) Apabila lawan dengan sengaja memegang bola tetapi tidak menangkap.
- 35 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI – KNOCK ON
a) Terjadi apabila pemain hilang posesi bola dan bola jatuh ke depan ataupun
apabila pemain melanggar bola ke depan dengan tangan atau lengan
ataupun pemain lain sebelum pemain awal dapat menangkap bola tersebut.
- 36 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Jika pemain charge down bola semasa ditendang tidak dikira knock on.
- 37 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
12.3 KESALAHAN-KESALAHAN.
- 38 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DALAM PERMAINAN
Peraturan 13 : PERMULAAN PERMAINAN
Peraturan 14 : DROP OUT
Peraturan 15 : SENTUHAN
Peraturan 16 : MARK
- 39 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
- 40 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Permainan akan dimulakan dengan pemain membuat tendangan drop di tengah padang.
b) Jika dibuat cara yang salah perlu diambil sekali lagi dan jika masih salah maka free kick akan
diberi.
c) Tendangan mesti dibuat dengan bahagian hadapan kaki.
Tindakan: Free Kick
d) Drop kick mestilah digunakan hanya di kawasan garisan tengah padang atau line 15 meter.
Jika berlaku dalam drop kick semasa permainan, pengadil akan memberikan scrum kepada
pasukan yang bertahan.
a) Pada permulaan permainan, pasukan yang mana dipilih untuk buat tendangan mula selepas
menang lambungan syiling atau pasukan yang kalah kerana pasukan menang pilih untuk
terima bola.
b) Selepas tamat separuh masa, pasukan lawan pada pasukan yang buat tendang mula akan
memulakan perlawanan.
c) Selepas setiap skor pasukan yang membuat skor akan ambil tendang mula.
- 41 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Jika bola yang ditendang melepasi garisaan 5 meter dan melantun balik ke belakang,
permainan akan diteruskan.
a) Pemainan diteruskan jika pasukan lawan memenangi bola dan meneruskan perlawanan.
a) Jika bola masuk dalam kawasan gol dengan disentuh atau tidak disentuh pemain, pasukan
lawan ada 3 pilihan.
b) Jika pasukan lawan letakkan bola, matikan bola, melepasi dead ball line, pasukan lawan akan
mendapat free kick di tengah padang.
c) Apa-apa kesalahan ketika kick off ialah free kick kepada pasukan lawan.
- 42 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
- 43 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Jika kesalahan pertama, pasukan akan diberi peluang tendang sekali lagi.
b) Jika kesalahan kedua, scrum di garisan 15 meter pada lawan diberikan.
a) Jika tidak melepasi 15 meter, pasukan lawan akan mendapat scrum di garisan 15 meter
b) Jika bola melepasi garis 15 meter dan berpatah balik ke dalam garisan 15 meter maka boleh
dimainkan oleh kedua-dua pihak.
c) Pilihan kepada pasukan yang menerima bola untuk meneruskan permainan.
c) Jika pasukan lawan letakkan bola, matikan bola, melepasi dead ball line, pasukan lawan
mendapat scrum di garisan 15 meter pasukan yang menendang.
- 44 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
- 45 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
- 46 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Sentuhan mestilah melibatkan kedua-dua tapak tangan serentak di bahagian anggota badan
pembawa bola dari paras bahu sehingga punggung.
a) Sentuhan dengan niat untuk menyakitkan pihak lawan seperti menampar, menumbuk dan
sebarang perbuatan lain yang dianggap kasar oleh pengadil.
Tindakan : Penalti
b) Sentuhan yang dibuat pada bola dengan tujuan menjatuhkan bola dalam pegangan lawan.
Tindakan : Penalti
c) Sentuhan telah dilakukan oleh pemain pertahanan tetapi pembawa bola tidak menoleh ke
kanan atau ke kiri (tindakan serta merta) dan terus membuat pecutan larian dianggap sebagai
panjang (long).
Tindakan : Penalti
d) Pemain yang telah disentuh kemudiannya menoleh ke kanan atau ke kiri, tetapi masih tidak
membuat hantaran kepada rakan sepasukan melebihi kiraan 1, 2, 3.
Tindakan : Penalti
- 47 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Sentuhan dengan sebelah tangan adalah tidak dikira dan pemain yang kena sentuh boleh
meneruskan permainan.
b) Sentuhan satu tangan atau sentuhan tidak serentak, pengadil perlulah membuat pengesahan
sama ada menyebut “one hand” atau “no hand” atau “no touch” untuk memudahkan
permainan dapat dimainkan oleh kedua-dua pasukan.
a) Pengadil akan melaungkan perkataan ‘touch’ jika sentuhan dengan 2 tangan dan ‘play on’ jika
sentuhan dengan satu tangan.
PILIHAN 1
a) Pemain kena sentuh mesti menghantar bola serta merta.
b) Pemain yang sengaja meneruskan larian bukan sebab momentum akan dihukum.
Tindakan: Penalti
- 48 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
c) Pengadil adan menyebut istilah ‘Panjang/Long’ sekiranya pemain yang disentuh tidak
mengeluarkan bola kepada rakan dengan serta merta.
PILIHAN 2 (MAUL)
a) Jika pemain kena sentuh tidak mengeluarkan bola dengan segera maka peraturan pilihan
kedua diaplikasi.
b) Pemain mesti memusingkan badan dan mendapat bantuan daripada rakan dengan cepat.
c) Rakan yang memberi bantuan juga mestilah mengeluarkan bola atau berlari keluar dengan
bola serta merta.
d) Selepas maul pertama, pemain yang menerima bola daripada pemain bantuan atau pemain
bantuan tadi lari keluar membawa bola maka kedua-dua pemain tadi tidak dibenarkan
membuat maul kedua yang berturut selepas disentuh.
e) Kedua-dua pemain yang terlibat dalam situasi tadi mesti menghantar bola kepada rakan.
Tindakan: Penalti
f) Terdapat garisan offside bayangan sebaik pemain membuat pilihan kedua.
Tindakan: Penalti
g) Scrum pada lawan akan diberikan jika pemain gagal mendapat bantuan dengan cepat
h) Penalti akan diberikan jika pemain bantuan gagal keluarkan bola atau berlari keluar serta
merta.
a) Pemain tidak dibenar mencampak bola ke belakang dan memungut semula setelah kena
sentuh. Pelakuan dengan sengaja mencampak bola ke belakang untuk mengelakkan turn over
kerana tiada support adalah menjadi kesalahan.
Tindakan : Penalti
- 49 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
a) Untuk membuat mark pemain mesti berada atau di belakang garisan 15 meter.
b) Pemain mestilah buat tangkapan yang bersih dan jerit mark pada masa yang
sama.
c) Mark tidak boleh dari tendang mula.
d) Tendangan diberikan di mana mark berlaku.
e) Mark boleh dibuat dalam kawasan kawasan gol.
f) Mark boleh dibuat dengan sentuhan bola, tendangan terus atau tendangan
drop.
g) Tendangan dibuat oleh pemain yang membuat mark.
h) Jika tendangan tidak dapat dibuat dalam masa 30 saat, scrum pada pasukan
yang buat mark.
i) Pasukan boleh terus minta scrum sebaik sahaja membuat mark.
j) Pemain lawan mesti berada 10 meter dari tempat mark dibuat ketika tendangan
hendak dibuat.
- 50 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
MENYAMBUNG PERMAINAN
- 51 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
a) Tujuan line out ialah untuk memulakan semula perlawanan dengan cepat,
selamat dan adil setelah bola keluar dari kawasan permainan, dengan lontaran
antara dua barisan pemain.
b) Line out adalah ‘contested’ lineout iaitu pemain boleh berlawan untuk merebut
bola di udara.
c) ‘Supporting’ ataupun menyokong pemain yang membuat lompatan dibenarkan.
d) Pemain yang menyokong di hadapan mesti memegang peha dan pemain
menyokong di belakang memegang bawah punggung pemain ‘jumper’.
e) Pemain boleh memilih untuk
i) melakukan tap
ii) menangkap bola dan terus menghantar bola keluar dari line out
iii) menangkap bola turun ke tanah dan menunggu support dari rakan.
f) Peraturan sentuhan tidak termasuk dalam line out.
g) Body contact semasa perebutan bola di udara adalah dibenarkan tetapi
bukanlah dengan niat untuk menjatuh atau mencederakan lawan.
h) Penalti akan diberikan jika pemain yang gagal memenangi bola dengan sengaja
melanggar pemain yang memenangi bola.
- 52 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Pemain yang terlibat dalam dua barisan yang menjadikan line out.
17.3 PENERIMA
a) Pemain dalam posisi untuk menangkap bola apabila pemain dalam line out menghantar bola
keluar dari line out.
b) Sebarang pemain boleh menjadi penerima tetapi hanya seorang sahaja.
a) Semua pemain yang tidak terlibat dengan line out mestilah berada 10 m dari line out ataupun
berada di atas garisan gol jika line out itu kurang dari 10 meter ke garisan try.
- 53 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
- 54 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
f) Jika pasukan melontar melatakkan pemain yang kurang pasukan lawan mestilah diberi masa
yang setimpal untuk mengeluarkan pemainnya dari line out.
Tindakan: Free kick atas garisan 10 meter
g) Pemain-pemain yang meninggalkan line out mestilah bergerak pantas supaya jarak mereka 10
meter iaitu jarak offside line untuk line out.
h) Jika line out sudah tamat sebelum mereka sempat balik mereka boleh terus bermain.
Tindakan: Free kick atas garisan 10 meter
i) Gagal membina line out: setiap pasukan mesti dengan sukarela membina line out.
Tindakan: Free kick atas garisan 10 meter
j) Pemain yang merebut bola di udara tidak boleh menggunakan tangan di sebelah luar/out side
hand untuk merebut bola.
Tindakan : Penalti di atas garisan 10 meter
a) Pemain patut berdiri tidak kurang dari 3 meter dari garisan touch .
b) Bahagian belakang mestilah tidak melebihi 10 meter dari garisan touch.
c) Semua pemain dalam line out mesti berdiri dari 2 tempat.
Tindakan: Free kick atas garisan 10 meter
- 55 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
17.10 PEELING
a) Pemain dalam line out tidak dibenarkan keluar untuk menerima bola sebelum bola keluar dari
tangan pelontar.
- 56 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
- 57 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
a) Tujuan untuk memulakan permainan dengan cepat, selamat dan adil, selepas
kesalahan berlaku atau pemberhentian.
b) Dibuat dalam kawasan permainan dengan tiga orang pemain dari setiap pasukan
membentuk scrum .
c) Scrum adalah ‘Contested scrum’ iaitu pemain yang membentuk scrum boleh
membuat tolakan tetapi hanya pemain hooker sahaja dibolehkan membuat
rebutan bola melalui kuisan selepas bola dimasukkan.
d) Kaki untuk membuat kuisan tidak boleh dikeluarkan awal sebelum bola
dilorongkan.
Tindakan: Free Kick
e) Tolakan yang dibuat mestilah tidak melebihi 1 meter
Tindakan : Free Kick
- 58 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Pemain hooker mestilah menguis bola supaya keluar dari scrum dengan segera dan tidak
boleh menyimpan bola dalam scrum .
b) Prop tidak boleh membuat kuisan keluar atas dasar keselamatan.
Tindakan: Free kick
c) Menendang bola keluar dari scrum dengan sengaja juga merupakan satu kesalahan.
Tindakan: Penalti
- 59 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Pemain scrum half mestilah mengeluarkan bola dari scrum secepat mungkin.
b) Tidak boleh memasukkan bola semula dalam scrum setelah bola keluar.
Tindakan. Penalti
c) Scrum half lawan tidak boleh melebihi offside line pasukan yang ada bola selagi bola tidak
dikeluarkan dari scrum .
d) Scrum half pasukan bertahan mempunyai pilihan sama ada untuk berada di tepi scrum
ataupun berada di barisan backs.
Tindakan: Penalti
18.7 SENTUHAN
a) Peraturan sentuhan tidak diguna pakai selagi bola tidak keluar dari scrum .
18.9 OFFSIDE
a) Pemain mestilah berada di belakang garisan offside (garisan bayangan) iaitu 5 meter di
belakang kaki pemain pasukan mereka.
Tindakan: Penalti
- 60 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Crouch, Bind dan Set mesti dikuti pemain ketika masuk scrum .
- 61 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
19.1 TENDANGAN
DEFINISI
a) Tendangan beterusan melebihi sekali tendangan adalah tidak dibenarkan oleh pasukan yang
sama walaupun oleh pemain yang berbeza
Tindakan : Penalti
b) Selepas sekali tendangan pemain mestilah memungut bola tersebut untuk dimainkan.
c) Menahan bola dengan kaki tidak dikira sebagai tendangan.
Tindakan: Penalti
d) Sekiranya tendangan dilakukan oleh pasukan menyerang dan kemudiannya bola ditendang
pula oleh pasukan bertahan tidak dikira sebagai tendangan berterusan dan permainan akan
diteruskan.
- 62 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
e) Apabila pemain menjatuhkan badan untuk mengambil bola yang ditendang maka pemain itu
tidak boleh disentuh selagi pemain tersebut tidak bangun. (Fall on the ball)
f) Selepas pemain bangun dan jika kena sentuh maka peraturan sentuhan sudah diaplikasikan.
Tindakan: Free kick pemain yang ada bola
g) Apabila kedua pemain jatuh dan berebut bola dan bola tidak boleh dimainkan:
Tindakan: Scrum pada penyerang.
19.2 PENALTI
a) Apabila sesebuah pasukan diberi penalti maka pilihan yang boleh dibuat ialah:
a) Tendangan di dalam kawasan permainan sama ada bola terus melepasi garisan touch atau
melantun di dalam kawasan permainan dan bergolek keluar melepasi garisan touch.
Tindakan: Line out bola pasukan yang menendang di mana bola keluar melepasi garisan
touch.
- 63 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
- 64 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
l) Tidak membuat sentuhan yang sempurna iaitu dengan sengaja menolak (meluruskan tangan
sepenuhnya) dan sentuhan selain dari bahu ke punggung.
m) Pembawa bola memecut ke hadapan (burst) tetapi menggangkat siku, lutut atau kaki.
n) Pembawa bola menggunakan hand off iaitu mengeluarkan tangan untuk menghalang pemain
pertahanan untuk membuat sentuhan.
o) Sengaja melambatkan (delay) permainan apabila terjatuh di tanah.
p) Melakukan hantaran bola kepada rakan ketika masih di tanah/lutut masih menyentuh
tanah.(Off Feet)
a) Pemain bertahan pertama menyentuh pembawa bola dan membuat sentuhan kedua tanpa
membuat pergerakan mengundur
b) Pemain pertahanan membuat sentuhan pertama dan membuat pergerakan mengundur tetapi
tidak diikuti oleh rakannya yang lain.
c) Scrum half melebihi kaki terakhir prop pertahanan semasa scrum
d) Membuat tendangan ke hadapan tetapi rakannya dalam kedudukan offside (pemain yang
menendang bola ke arah hadapan tetapi rakannya berada di kedudukan hadapan melepasi
garisan onside).
- 65 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Apabila sesebuah pasukan diberi free kick maka pilihan yang boleh dibuat ialah:
- 66 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
- 67 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
- 68 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
DEFINISI
a) Kawasan gol ialah kawasan di mana pemain dari kedua-dua pasukan perlu
meletakkan bola tersebut.
b) Apabila pasukan penyerang meletakkan bola dalam kawasan gol lawan maka try
diberikan
c) Apabila pasukan bertahan meletakkan bola dalam kawasan gol sendiri maka
touch down diberikan
- 69 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
a) Jika pasukan bertahan membuat touch down hasil daripada bola yang dibawa masuk
penyerang.
Tindakan: Drop out 15 meter
b) Jika pasukan bertahan membuat touch down hasil daripada bola yang dia sendiri bawa masuk.
Tindakan: Scrum garisan tengah 5 meter lorongan bola lawan
a) Diberikan apabila sesuatu gerakan yang boleh menghasilkan try dihalang dengan cara yang
salah/foul play.
a. Semasa pemain hendak buat try dalam keadaan sedang melayang di udara (fly) dan kena
sentuh.
Tindakan: Scrum 5 meter kepada pasukan penyerang.
b. Pemain telah masuk dalam kawasan kawasan gol dan ketika hendak membuat try dia kena
sentuh.
Tindakan: Scrum 5 meter kepada pasukan penyerang.
c. Pemain yang sedang membawa bola telah disentuh di luar kawasan kawasan gol dan
kemudiannya masuk ke kawasan gol sebelum menghantar bola kepada rakan.
Tindakan: Scrum 5 meter kepada pasukan penyerang.
- 70 -
RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSM
- 71 -