Anda di halaman 1dari 3

“ 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ”

Putera kepada tokoh terbilang,


Lahir di Lipis, membesar di Pekan,
1 Malaysia formula dicanang,
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Setelah saya memperdengarkan pantun tersebut saya pasti, sudah


ramai yang mengetahui wajah tampan yang terselindung disebaliknya.
Beliau adalah Perdana Menteri kita yang Ke-6, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji
Abdul Razak. Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, beliau
kemudiannya tumbuh dan membesar di Pekan , Pahang. Pengalaman
menyaksikan perjuangan serta aliran politik negara ketika pemerintahan
ayahanda tercinta, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, menjadikan beliau
berinspirasi untuk berbakti kepada masyarakat juga negara.

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pensyarah


Bahasa Melayu Kontekstual, Encik Dzulkarnain Bin Mat, Yang berusaha Ketua
Unit Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual, Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris (2) Semester 3, serta para hadirin yang saya hormati.
Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada
Tuhan kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan
sebuah pidato yang cukup bermakna dan penuh perisian. Insya-Allah. Tajuk
pidato yang ingin saya sampaikan pada pagi ini ialah “ 1 Malaysia : Rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan ”. Sebelum saya berbicara dengan
lebih lanjut tentang tajuk ini, rasanya elok benarlah saya merungkai mutiara
makna atau definisi tentang apa yang diertikan dengan konsep
1 Malaysia yang sebenarnya.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,


Menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak,
konsep 1 Malaysia adalah merujuk kepada cara kita berdiri, berfikir dan
bertindak sebagai bangsa Malaysia atau One People. Tindakan-tindakan
yang kita ambil perulah berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik
dalam Negara kita. Meskipun begitu, dasar afirmatif yakni dasar untuk
menolong kaum Bumiputera tidaklah diketepikan namun sebaliknya
dilaksanakan dengan cara adil dan saksama. Pertimbangan yang diberi
kepada golongan Bumiputera yang layak wajar mendapat sesuatu
pertimbangan daripada kerajaan. Kita akan keluar daripada cara bertindak
dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

Konsep 1 Malaysia menuntut pemimpin dan setiap warganegara untuk


memainkan peranan masing-masing disamping melibatkan nilai tambah
dan pembaharuan. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin
perpaduan yang lebih erat. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah
kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat
sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan’‘1Malaysia’ memerlukan kepimpinan yang bijak
menafsir dan memahami tugasan yang diberi serta dan rakyat yang
berintegriti tinggi. Sifat jujur, bercakap benar, telus, ikhlas, amanah dan
berkebolehan amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada
negara. 1 Malaysia turut menjadi pemangkin kepada pengwujudan negara
bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai
sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Hadirin yang dimuliakan,


Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran
baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian
Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang
menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan
lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
Konsep 1 Malaysia berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia kerana di
samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep ini juga menekankan
soal integrasi dan pengwujudan bangsaMalaysia. 1 Malaysia tidak
hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan
sejarah negara Malaysia seperti yang dibawa oleh Malaysian Malaysia.
Konsep Malaysian Malaysiaadalah dasar yang mahu menggagalkan terus
asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya
diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi
total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada mengharmonikan rakyat dalam
ruang lingkup yang berbeza.

Sebenarnya konsep 1 Malaysia tetap berkait dengan dasar-dasar


kerajaan yang terdahulu. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian
Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu dan bukanlah suatu perkara
baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,
merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan iaitu usaha-usaha
memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara. Usaha ini sudah
lama dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Kemudiannya, usaha ini disambung oleh Perdana-Perdana Menteri
seterusnya. Meskipun setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri,
namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan juga negara.

Saudara dan saudari,


‘1 Malaysia’ akan mewujudkan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang
terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan. Konsep yang bermatlamat untuk
mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang
selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini
akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang
cabaran. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak
berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah
Bangsa Malaysia dan RakyatMalaysia yang mempunyai satu hala tuju dan
cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Untuk menjayakan konsep ini, semua rakyat Malaysia perlu mendasari


prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan
kekitaan (sense of belonging). Nilai-nilai murni yang diterapkan oleh YAB
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’ juga perlu
diamalkan. Nilai-nilai murni ini dapat menyatupadukan
rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu
matlamat iaitu untuk negara. Nilai-nilai tersebut adalah budaya
kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan serta integriti.

Hadirin yang budiman sekalian,


Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap
kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian
masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan
diamalkan oleh rakyatnya. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja pula
memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk
mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan
pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
Disamping itu, rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki.
Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan
budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang
merendah diri iatitu dikenali sebagai Tawaduk’.

Hadirin yang saya hormati,


Tampaknya masa begitu cemburu dan berlalu pantas meninggalkan
kita. Tidak dapatlah saya berpidato dan mengulas dengan lebih panjang
lebar lagi. Sebelum mengundurkan diri, saya ingin menyeru kepada diri saya
sendiri serta haridin hadirat sekalian agar yakin dengan konsep yang
dibawakan YAB Perdana Menteri. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
konsep “1 Malaysia : Rakyat didahulukan, pncapaian diutamakan” adalah
satu pakej lengkap yang mampu menjamin keharmonian dan
pembangunan Malaysia yang mapan sekiranya kita semua, yakni
rakyat Malaysia memberikan kerjasama juga komitmen padu.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai