Anda di halaman 1dari 10

ISTILAH-ISTILAH PENTING DI DALAM INDUSTRI

PELANCONGAN

OBJEKTIF

Objektif Am:

Mempelajari dan memahami istilah-istilah penting yang digunakan dalam industry

pelancongan masa kini.

Objektif Khusus:

Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:

(1) mentakrifkan maksud istilah-istilah pelancongan

(2) membezakan pelbagai istilah yang digunakan dalam industri

(3) menggunakan istilah-istilah ini dalam sektor pelancongan


Pengenalan

Pelancongan adalah suatu aktiviti pergerakan dan perpindahan secara individu atau kelompok
dengan tujuan berehat, melawat saudara-mara/kawan-kawan. Ini juga termasuk bagi mereka
yang menghadiri konvensyen, seminar, lawatan dan mesyuarat. Aktiviti ini akan disokong oleh
sector pengangkutan dan penginapan, termasuk makanan dan tempat-tempat menarik untuk
dilawati. Adalah penting bagi anda untuk memahami istilah-istilah pelancongan bagi
melancarkan pemahaman anda dalam topic ini.

A) Istilah-IstilahPelancongan

1) Melancong

Segala aktiviti dan penggunaan perkhidmatan sokongan oleh individu/kumpulan yang


mengembara ke satu tempat di luar rutin harian mereka dan menetap sekurang-kurangnya
24 jam tetapi tidak melebihi satu tahun dengan tujuan samada bercuti, bersantai, beribadat,
urusan perniagaan atau lain-lain tujuan selagi tidak menetap dan/atau memperolehi apa –
apa upah di tempat tersebut.

2) Pelancong

Individu yang membuat lawatan ke sesuatu tempat yang jauh dari rumahnya dengan tujuan
mencari keseronokan dan bersantai.

3) Pengembara
Individu atau kumpulan yang melakukan perjalanan tanpa tujuan tertentu. Mereka
merancang perjalanan sendiri, cuba mengelak dari tempat-tempat tarikan pelancong dan
gemar untuk tinggal bersama dengan masyarakat setempat.

4) Pelawat

Individu yang melawat sesuatu tempat atau tinggal di tempat tersebut untuk jangka masa
yang singkat dengan tujuan yang tertentu.

5) Pelawatbalikhari / ‘Excursionist’

Individu atau berkumpulan yang sedang melakukan perjalanan singkat

ATAU

Satu perjalanan atau pelancongan yang bermula dari pagi dan kembali pada hari yang
sama“day trip”

6) Pemandupelancong

Individu yang menunjukkan sesuatu tempat atau menyampaikan sesuatu maklumat kepada
pelancong.

7) Pelancongan

Perjalanan kemana-mana tempat dan kembali semula ke tempat dari mana perjalanan itu
bermula.

8) ‘Backpacker’
Individu yang membuat perjalanan jauh tanpa ada tujuan tertentu dan meletakkan
keperluan dirinya seperti makanan dan pakaian di dalam beg yang digalas dibelakangnya.

9) IndustriPelancongan

Perusahaan-perusahaan sokongan aktiviti pelancongan seperti penginapan, penyajian,


pengangkutan , kraftangan dan lain-lain.

10) Rekreasi

Melakukan sesuatu aktiviti kegemaran yang menyeronokkan di masa lapang samada di dalam
atau di luar rumah.

11) Masa lapang/ senggang

Mengisi masa lapang untuk membuat sesuatu aktiviti mengikut kemahuan individu itu sendiri.

12) Pelancongan ke dalam negara

Pelancong luar / asing yang masuk ke dalam Negara tuan rumah.

13) Pelancongan ke luar Negara

Pelancong domestik yang keluar dari Negara asal dengan tujuan untuk melancong.
B) ISTILAH-ISTILAH PENTING DI DALAM INDUSTRI PELANCONGAN

1) “Accessibility” – kemudahsampaian

Perihal kemasukan kesesebuah Negara melalui pengangkutan samada laut, darat dan udara.

2) “Eco-Tourism” – ekopelancongan

Pelancongan yang berasaskan alam semulajadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, taman, laut
dan lain-lain lagi.

3) “Events Oriented Tourism” – Pelanconganberasaskanacara

Pelancongan yang berasaskan acara tertentu yang diwujudkan untuk menjadi daya tarikan
pelancong seperti Pesta Wau, Shoe Festival, Citrawarna dan sebagainya.

4) “Agro Tourism” – PelanconganTani

Pelancongan yang berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna


merasai hidup di kampung dan merasai nikmat alam semulajadi seperti melawat ladang
buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan lain-lain.

5) “Day Tripper” – Pengembara Harian


Seseorang yang melakukan aktiviti pelancongan dalam masa sehari.

6) “Domestic Tourism” – PelanconganTempatan

Pelancong yang melakukan aktiviti pelancongan di dalam negaranya sendiri dan melancong
dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain selain dari tempat tinggalnya sendiri.

7) “Tourism Policy” – Polisi Pelancongan

Rancangan, strategi dan tindakan yang diatur oleh kerajaan untuk mencapai matlamat
pelancongan.

8) “Tourism Market” – Pasaran Pelancongan

Segmen untuk memasarkan tentang aktiviti pelancongan.

9) “Tour Shell” – Deraf Pelancongan

Risalah separa siap yang dibekalkan kepada pengusaha untuk dicetak dengan memasukkan
perincian pakej pelancongan yang ditawarkan oleh pengusaha.

10) “Tour Wholesale” – Agen Pelancongan

Syarikat yang membentuk pakej pelancongan untuk dijual kemudiannya oleh peruncit dengan
komisen.
11) “Traveler” – Pengembara

Individu atau berkumpulan yang melakukan pengembaraan atau pergi merantau atau pergi
berkelana tanpa tujuan tertentu.

12) “Travel Agency” – Agensi Pelancongan

Syarikat yang menjadi pengantara dalam aktiviti pelancongan seperti memberi maklumat,
menguruskan perkhidmatan pelancongan seperti penginapan, pengangkutan dan
sebagainya.

13) “Visitor” – Pelawat

Individu atau berkumpulan yang melakukan perjalanan ke sesuatu destinasi dengan tujuan
selain mendapat upah kerja. Individu yang menghadiri konvensyen atau pameran tetapi turut
serta secara aktif dalam perbincangan.

14) “Tourist Flow” – Aliran Pelancong

Ukuran statistik tentang arah aliran pelancong ke dalam atau ke luar Negara atau ke dalam
benua atau keluar benua untuk sesuatu tempoh.

15) “Tourism Growth” – Pertumbuhan Pelancongan

Kadar pertumbuhan yang dialami oleh destinasi atau penginapan yang boleh dikaitkan
dengan pertambahan ketibaan pelancong misalnya Pulau Langkawi.

16) “Tourism Industry” – Industri Pelancongan


Usaha yang dilakukan oleh agensi awam atau swasta yang berkecimpung di dalam bidang
pelancongan.

17) “Tourism Infrastructure” – Infrastruktur Pelancongan

Kemudahan asas yang dijadikan asas kemajuan pelancongan seperti lebuhraya, lapangan
terbang, pusat hiburan dan sebagainya.

18) “Tourist Information Centre” – Pusat Maklumat Pelancong

Tempat pelancong mendapat maklumat tentang pelancongan dalam sesebuah Negara.

19) “Tour Guide” – Pemandu Pelancong

Orang yang dilatih dan diberi lesen untuk member penerangan kepada pelancong tentang
sesuatu peristiwa yang berlaku di sesuatu tempat yang mempunyai tarikan pelancong
dalam tempoh lawatan pelancong.

20) “Tourism Product” – Produk Pelancong

Hasil aktiviti pembangunan pelancongan yang ditawarkan kepada pelancongan seperti hotel,
pusat peranginan, taman budaya dan juga warisan-warisan sejarah.

21) “Tourist Police”- Polis Pelancongan

Polis khas yang ditugaskan membantu pelancong dan mereka mempunyai pakaian seragam
tertentu bagi memudahkan orang ramai mengenali identiti mereka.

22) “International Tourism”- Pelancongan Antarabangsa


Pelancong yang dating dari sesebuah Negara lain dan memulakan aktiviti pelancongan ke satu
Negara yang lain.

23) “National Tourism” – Pelancongan Nasional

Pelancong yang menggabungkan pelancong tempatan dan pelancong luar Negara.

24) “One-Way Journey”- Perjalanan Sehala

Perjalanan yang melibatkan pengembaraan dari satu tempat ke satu tempat lain tanpa kembali
ke tempat asal.

25) “Tour”- Melancong

Perjalanan yang dirancang bertujuan untuk melancong,bersukaria dan sebagainya dari satu
tempat ke satu tempat dan kembali ke tempat asal samada dilakukan secara sendirian
atau berkumpulan.

26) “Tourist”- Pelancong

Individu atau kumpulan yang melakukan perjalanan ke sesuatu destinasi dengan tujuan
tertentu.Pelawat yang menginap sekurang-kurangnya satu malam di sesuatu destinasi
yang dilawati.

27) “Tourism Awareness” – Kesedaran Pelancongan

Usaha menanam sikap kesedaran kepada orang ramai tentang industry pelancongan.

28) “Tourism Blight” – Kemerosotan Pelancongan


Keadaan ketibaan di sesuatu tempat pelancongan yang merosot disebabkan hal-hal tertentu
seperti peristiwa 11 September 2001 dan Tsunami pada tahun 2004.

29) “Tourism Boom” – Peningkatan Pelancongan

Keadaan ketibaan pelancong yang meningkat secara mendadak di sesuatu kawasan


pelancongan disebabkan hal-hal tertentu seperti perlumbaan Grand Prix Formula One di
Sepang, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai