Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN PEMBENTANGAN 1

1. Maksud nilai:

- Satu kepercayaan terlazim jadi benar-benar terbatin yang mewarnai tindakan dan pemikiran seorang
individu dan menghasilkan satu gerak balas emosi intelek yang kuat bila sesuatu bertentangan
dengannya berlaku (Peterson 1950).

2. 3 jenis berbezaan nilai wujud dalam perhubungan menolong

- Nilai budaya

- Pengalamanhidup dan perspektif

- Aspek agama dan kerohanian

3. Tindakan seorang kaunselor yang cekap apabila berhadapan dengan konflik nilai

- Fahami keseluruhan situasi.

- Buat penilaian untuk percanggahan di antara kepercayaan keagamaan dengan penilaian mereka
terhadap tingkah laku.

- Menggunakan sistem kepercayaan klien sendiri untuk membantu kaunselor memurnikan penilaian
awalan mereka agar sepadan dengan nilai kendiri klien.

Menurut Corey (1998)

a. Langkah Pertama

- Kaunselor perlu mempunyai kesedaran kendiri serta daya tentu kendiri mengenai nilai diri
mereka dan peranan yang perlu mereka mainkan dalam kerja professional mereka.

- Kaunselor tidak perlu menerima nilai orang lain sebagai nilai mereka sendiri tetapi tetap kekal
teguh dengan nilai yang dipegang.

b. Langkah Kedua
- Mendengar klien dengan aktif dan empati untuk menjadi lebih peka serta sensitif dengan
keperluan klien.

- Berusaha untuk memahami keseluruhan situasi.

- Membuat pentaksiran yang sensitif ke atas apa-apa percanggahan antara kepercayaan atau
nilai klien dengan pentaksiran terhadap tingkah laku mereka dan nilai atau kepercayaan klien
dengan nilai-nilai yang ada pada kaunselor.

c. Langkah Ketiga

- Mesti mampu untuk menerima klien dengan kesedian untuk menerima siapa jua klien kita
tanpa cuba untuk meyakinkan klien yang mereka patut melihat kehidupan ini dari perspektif
kaunselor.

- Kaunselor mempunyai ilmu serta kemahiran yang mencukupi untuk memberikan rawatan atau
intervensi yang sesuai kepada klien.

TUGASAN PEMBENTANGAN 2

1. Maksud persetujuan termaklum

- Fisher (2003), persetujuan termaklimadalah merupakan perjanjian utama bagi melindungi hak-hak
privasi klien yang dilakukan sebelum perkhidmatan kaunseling dijalankan.

2. kandungan dalam dokumen persetujuan termaklum.

- Latar belakang klien

- Kos terapi

- Tempoh masa terapi dan penamatan

-Konsultasi dengan rakan sebidang dan sekepakaran

- Gangguan dalam terapi

- Faedah atau risiko terapi

- sesi rakaman
- Hak klienuntuk akses fail

3. Hak-hak klien dalam persetujuan termaklum berdasarkan kod etika

(A.2.a.)

Klien mempunyai kebebasan memilih untuk memasuki atau terus berada dalam sesuatu perhubungan
kaunseling.

Klien memerlukan maklumat yang cukup mengenai proses kaunseling dan kaunselor.

Kaunselor mempunyai obligasi untuk menjelaskan secara bertulis dan lisan kepada kliennya mengenai
hak-hak dan tanggungjawab kaunselor dan klien.

Persetujuan termaklum merupakan sesuatu yang berlaku terus-menerus dalam proses kaunseling, dan
kaunselor hendaklah mendokumenkan persetujuan termaklum, sepanjang termaklum, sepanjang
perhubungan kaunseling dengan cara yang sesuai.

(A.2.b.)

Kaunselor secara terbuka hendaklah menjelaskan kepada klien semua bentuk perkhidmatan yang
diberikan.

Mereka memberitahu klien mengenai isu-isu seperti berikut (tetapi tidak terbatas kepada): tujuan,
sasaran, teknik, tatacara, batasan, bakal risiko dan faedah perkhidmatan; kelayakan, sijil-sijil, Dan
pengalama kaunselor yang relevan; bagaimana perkhidmatan diteruskan jika berlaku ketidakupayaan
atau kematian kaunselor; dan makluman lain yang berkaitan.

Kaunselor Hendaklah mengambil langkah bagi memastikam yang klien memahami implikasi dignosis,
tujuan penggunaan ujian dan laporan, fi disertakan cara caj dikenakan.

Klien mempunyai hak kepada kerahsiaan dan perlu diberikan penjelasan tentang batasan kerahsiaan
( termasuklah bagaimana penyelia dan/atauprofesional pasukan rawatan terlibat; untuk mendapatkan
maklumat yang jelas mengenai rekod-rekod mereka; untuk menyertai perancangan kaunseling secara
terus-menerus; dan untuk menolak sebarang perkhidmatan atau perubahan modaliti.

Mereka berhak mendapat maklumat tentang akibat penolakan sedemikian.

4. Tanggungjawap seorang kaunselor

- Menghormati maruah dan memupuk kebajikan klien


- Menyimpan rekod kaunseling

- Memberi perkhidmatan berkualiti kepada klien

5. Definisi istilah dibawah:

- Persetujuan termaklum

Fisher (2003), persetujuan termaklimadalah merupakan perjanjian utama bagi melindungi hak-hak
privasi klien yang dilakukan sebelum perkhidmatan kaunseling dijalankan.

-Liabiliti

Pihak yang bertanggungjawab atas kerosakan harta benda atau nyawa berpunca daripada kecuaian atau
perlakuan yanh tidan bertanggungjawab.

-Hubungan Profesional

Hubungan yang dirancang dan tiada pertalian darah, bertujuan untuk membantu, terdapat suana yang
teraputik serta tidak dipengaruhi oleh keperluan peribadi.

- Saman

Surat perintah supaya datang ke mahkamah untuk dibicarakan. Menyaman mengeluarkan perintah
kepada seseorang sulaya datang ke mahkamah untik dibicarakan.

Anda mungkin juga menyukai