Apakah Ayat Topik
Apakah Ayat Topik
Soalan:
Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu
Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang
ditetapkan ialah “Faedah Berjimat Cermat”.Tulis esei anda itu selengkapnya.
Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah
busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu
untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula
dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan
yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas.
Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat
dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama
Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.
Soalan:
Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di
samping meningkatkan taraf hidup golongan petani. Tulis sebuah rencana tentang
sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar
tempatan.
Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama
Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut
menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu
itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di
negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya
penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun,
gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara
kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang
menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk
terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar
dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?
Mbah Maridjan. Lelaki yang berusia 79 tahun ini amat dikenali namanya di Kanahreja
Dusun Palemsari Kabupatin Sleman, Jawa Tengah. Beliau mengaku sebagai pemegang
kunci Gunung Merapi yang akan memuntahkan lahar merahnya bila-bila masa sahaja.
Beliau yang tinggal tiga kilometer dari kawah lahar yang sedang mendidih itu mengaku
mendapat perintah daripada Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX yang melantiknya
sebagai juru kunci gunung itu beberapa waktu yang silam. Pengaruh Mbah Maridjan
sangat kuat dalam kalangan penduduk di desanya sehingga beliau dan pengikut-
pengikutnya tidak akan berganjak dari kawasan itu walaupun dipaksa. Persoalannya,
apakah yang akan terjadi kepada seluruh penduduk di kawasan itu apabila Gunung
Merapi itu memuntahkan lahar merahnya? Apakah pula peranan negara ini dalam
meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam seperti itu, di samping
bencana yang lain seumpama tsunami, banjir lumpur dan taufan?
”Setiap seorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-
masing.”
Demikian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil
dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan
keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga seseorang dalam pasaran
pekerjaan akan bertambah andai individu itu berusaha mendapatkan keterampilan yang
lain untuk dirinya. Selain melalui proses pembelajaran secara formal, nilai diri akan dapat
ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca. Cerdik pandai sering
menganggap membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan
membacalah yang dapat menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu dan
pengetahuan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memupuk
amalan membaca dalam kalangan rakyat negara ini.
Pada hari pertama Ops Sikap XII 2007 dilaporkan bahawa 921 kemalangana telah berlaku
di negara ini. Jumlah tersebut meliputi 24 kemalangan maut yang membawa kepada 25
kematian. Ketua Polis Negara yang melaporkan data ini menyatakan rasa tidak puas hati
beliau akan situasi tersebut. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan
kecuaian pengguna jalan raya yang kurang mementingkan keselamatan. Para pengguna
dianggap tidak menghargai diri sehingga sanggup menggadai nyawa semata-mata kerana
berhasrat untuk tiba di destinasi masing-masing dengan cepat. Oleh hal yang demikian,
usaha-usaha yang lebih mapan wajar dilaksanakan bagi mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara ini.
‘Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif’. Demikian tajuk berita yang terpapar di
muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut
dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan
dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa
Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem
pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi
tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif
dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi
eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah
monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.