Anda di halaman 1dari 2

TAJUK: ANALISIS SAPE DAN JATUN UTANG

Sape merupakan sebuah alat muzik berbentuk seperti gitar. Sape mempunyai badan yang
memanjang dengan bahagian belakang badan dibiarkan terbuka serta berleher pendek. Sape
diukir daripada kayu Aro ataupun kayu lain seperti Meranti. Ia dihias dengan pelbagai corak ukiran
yang berwarna-warni. Jatung Utang pula merupakan alat muzik tradisional suku Kenyah yang
diperbuat daripada batang kayu yang dirangkai dan dan diikat dengan tali rotan. Setiap
lempengan kayu yang tersusun memiliki nada tersendiri. Oleh itu, dalam penulisan ini, perkara-
perkara yang akan dianalisis adalah sejarah, ciri-ciri muzik dan cabaran masakini alat muzik Sape
dan Jatung Utang.

Menurut analisis sejarah alat muzik Sape dan Jatung Utang yang dijalankan, alat-alat
muzik ini sudah digunakan sejak zaman dahulu kala oleh suku Dayak kenyah dalam mengisi
acara-cara adat. Menurut mitos Dayak Kayaan, Sape dicipta oleh seorang pemuda yang
terdampar di karangan (pulau kecil di tengah sungai) kerana sampannya karam. Semasa pemuda
tersebut sedang tidur, dia mendengar suara petikan alunan muzik yang begitu indah dari dasar
sungai. Semakin lama dia mendengar suara tersebut, semakin dekat pula jarak sumber bunyi
muzik tersebut menimbulkan rasa inkuiri dalam diri pemuda itu. Sekembali ke rumah, dia cuba
membuat alat muzik tersebut dan memainkannya sesuai dengan lirik lagu apa yang didengarnya
ketika di karangan. Dari saat itulah Sape terhasil dan mula dimainkan serta menjadi muzik tradisi
suku Dayak. Menurut pembacaan, alat muzik Jatung Utang pula merupakan alat muzik yang
ditemukan secara tidak sengaja oleh para petani yang sedang menunggu padi di sawah. Untuk
mengisi waktu lapang, mereka mengambil bekas-bekas kayu dan dari kayu itulah mereka rangkai
pada seutas tali. Para petani tersebut berusaha dan mencuba untuk menyamakan notasinya
dengan nada-nada alat muzik Sape. Maka, terhasillah alat muzik Jatung Utang. Perbezaan
antara alat muzik Sape dan Jatung Utang adalah Sape dipetik sedangkan Jatung utang dipukul
untuk menghasilkan bunyi.

CIRI-CIRI MUZIK
CABARAN MASAKINI

Terdapat beberapa cabaran masakini Sape dan Jatun Utang. Antaranya ialah, penerapan
Sape dan Jatun Utang dalam ‘band’ semakin kurang. Sape dan Jatung Utang merupakan warisan
muzik tradisional Malaysia, spesifiknya, Warisan muzik tradisional Sarawak. Penggunaan muzik
Sape dan jatung utang penting diamakan bagi mengelakkan kepupusan muzik tersebut dari tanah
melayu Bukan seperti rebana, yang pengaruhnya dating dari negara arab oleh pedagang pada
zaman kesultanan melayu melaka, sape dan jatung utang merupakan kerana alat yang aslinya
dari Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai