Anda di halaman 1dari 14

Tajuk: Nasib Sang Arnab

Babak 1

Latar tempat : Hutan Harmoni

Latar Masa : Pagi

Watak : Yaya & Bobo

Pemandangan : Di dinding pentas bahagian belakang terdapat pemandangan hutan hijau yang
sangat indah. Di suatu sudut pentas terdapat papan tanda yang tertulis ‘Hutan Harmoni’. Di satu
sudut lain, terdapat sebuah rumah arnab tempat tinggal Yaya.

Efek bunyi : Burung berkicauan

Apabila tirai dibuka, kelihatan Yaya sedang berdiri di hadapan rumahnya sambil menghirup udara
segar.

Yaya : (Tangan didepakan) Wah, nyaman sungguh udara pagi ini (Bercakap sendiri). Hmmm
segar (Menghirup nafas sedalam-dalam). (Mata memandang awan)Cuaca juga sangat baik untuk
aku berkebun.(Gaya teruja)

Bobo: Yaya, awak baru bangun ke? Marilah kita pergi ke kebun. Saya ada bawakan sarapan
untuk awak ni. Ubi kayu yang direbus semalam. Awak mahu?

Yaya: Wah, mesti sedap tu. Mahu, mahu (Yaya mengangguk dengan bersungguh-sungguh).
Berikan pada saya (Yaya merampas ubi tersebut daripada Bobo).

Yaya memakan ubi tersebut dengan rakus sekali tanpa mengucapkan terima kasih kepada Bobo.
Bobo hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan Yaya.

Bobo : Yaya, walaupun awak lapar cubalah makan dengan sopan. Bacalah doa tanda kita
bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan rezeki kepada kita.

Yaya: Awak ni banyak membebel lah Bobo. Awak ikhlas atau tak berikan ubi ini kepada saya?
(Yaya menunjukkan muka marah kepada Bobo). Pergilah kebun tu. Jangan ganggu saya nak
makan.

Bobo meninggalkan pentas. Lampu digelapkan.


Babak 2

Latar tempat : Kebun

Latar Masa : Pagi

Watak : Bobo, Timo dan Manusia

Pemandangan : Di dinding pentas bahagian belakang terdapat pemandangan sebuah kebun


yang sangat subur bersebelahan sebatang sungai. Di suatu sudut pentas terdapat batas tanaman
milik Bobo. Di satu sudut lain, terdapat sebuah pangkin kecil tempat Timo berehat-rehat.

Efek bunyi : Sungai mengalir, burung berkicauan

Apabila lampu dinyalakan, kelihatan Bobo sedang berdiri bersebelahan batas tanaman miliknya.

Pagiku cerahku, matahari bersinar,


Pagi-pagi di kebun, bertanam,
Selamat pagi semua,
Bobo rasa gembira,
Mulakan hari dengan senyuman.
(Irama Lagu Terima Kasih Cikgu)

Bobo: (Tapak tangan ditadahkan sambil memandang ke atas)Syukur kepada Tuhan. (Mata
memandang batas) Tanaman aku semuanya tumbuh subur. (Memandang setiap jenis tanaman)
ada tomato, lobak merah, (leher dipanjangkan melihat tanaman paling hujung) nahh saderi pon
ada. (Kepala mengangguk-angguk) Kalau hendak dibeli, mahal juga ni. (Kedua-dua tapak tangan
rapat ke dada) Untung aku berkebun. (Gaya gembira) Hasilnya boleh dimakan.

Timo: Hai Bobo. Wah, awak nampak gembira hari ni! Menyanyi menyanyi lagi. Tak nak berkongsi
kegembiraan awak dengan saya?

Bobo: Hai Timo. Selamat pagi. Mestilah saya gembira. Cuba awak lihat kesemua tanaman yang
saya tanam tempoh hari telah tumbuh dengan subur sekali. Saya berasa sungguh gembira dan
amat bersyukur kerana Tuhan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada saya (Bobo
menunjukkan muka gembira sambil menunjukkan tangan ke arah tanaman-tanamanya).

Timo: Ya Bobo. Semua tanaman awak menjadi dengan baik sekali. Saya tumpang gembira
melihat hasil awak ini. Sebenarnya, itu semua hasil usaha awak selama ini. Setiap hari awak
bertungkus lumus bercucuk tanam di kebun. Walaupun awak letih, awak masih meneruskan
kerja-kerja bercucuk tanam. Benarlah kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, siapa
bertanam dia menuai. Samalah seperti awak, rajin bertanam dapat hasilnya hari ini. Jadi, apa
awak nak buat dengan semua hasil tanaman awak ini?

Bobo: Hmmm..(Bobo berfikir sambil memegang dagunya). Memandangkan tanaman saya begitu
banyak, saya ingin berikan sedikit kepada kamu dan Yaya. Selebihnya, saya akan simpankan
buat bekalan di hari muka. Oh ya, dua hari lepas saya terdengar perbualan sekumpulan manusia
bahawa kampong ini bakal dilanda banjir besar disebabkan sekarang musim tengkujuh. Sistem
perparitan yang tidak sistematik dan sungai yang tercemar membuatkan aliran air tidak dapat
berjalan dengan lancar.

Timo: Oh, benarkah begitu Bobo? Kalau begitu, saya juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi
musim tengkujuh ini. Bekalan makanan ini penting untuk menjamin kehidupan kita pada masa
akan datang.

Semasa Timo dan Bobo sedang berbual, kelihatan seorang manusia sedang berada di tepi
sungai dengan bungkusan plastik hitam di tangan.

Timo: Eh Bobo! Cuba awak lihat di tepi sungai sana. Manusia itu seperti mahu mencampakkan
plastik sampah tersebut ke dalam sungai. Inilah punca mengapa sungai kita tercemar hingga
menyebabkan air sungai tidak dapat mengalir dengan baik dan akhirnya kampong kita dilanda
banjir.

Bobo: (Berasa terkejut). Ishhh ishhh.. manusia itu sungguh tidak bertanggungjawab. Dia langsung
tidak memikirkan kesan buruk dari perbuatannya itu. Kita mestilah menjaga kebersihan alam
sekitar kerana kita berkongsi alam ini dengan orang lain juga. Alam yang kotor akan
mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada semua orang walaupun perkara itu berpunca
daripada seorang manusia sahaja.

Oh manusia, ah hai,
Oh manusia, ah hai,
Mengapakah, kau membuang sampah ah hai,
Kasihanlah kami, kasihanlah kami,
Mahu hidup dalam alam bersih,
Alam ciptaan Tuhan.
(Irama Lagu Desa Tercinta oleh Nora)

Bobo, Timo dan Manusia meninggalkan pentas. Lampu digelapkan.


Babak 3

Latar tempat : Hutan Harmoni

Latar Masa : Tengah hari

Watak : Yaya

Pemandangan : Di dinding pentas bahagian belakang terdapat pemandangan hutan hijau yang
sangat indah. Di suatu sudut pentas terdapat papan tanda yang tertulis ‘Hutan Harmoni’. Di satu
sudut lain, terdapat sebuah rumah arnab tempat tinggal Timo.

Efek bunyi : Perut sedang kelaparan

Apabila lampu dinyalakan, kelihatan Yaya sedang duduk melunjur di dalam rumahnya sambil
mengeliat.

Yaya : (Kedua-dua tangan dinaikkan ke atas)Eeerrrghhh! (Menguap sambil sebelah tangan


menutup mulut) Mengantuknya. (Mata meninjau ke luar rumah)Dah tengah hari ke ni? (Pegang
perut sambil muka berkerut). Lepas makan ubi yang diberi oleh Bobo pagi tadi, aku terus
mengantuk. Mungkin sebab ubi itu terlalu sedap dan aku makan dengan penuh berselera tadi.
Aku pon tak sedar bila aku terlelap. Niatku mahu pergi ke kebun bercucuk tanam tapi sekarang
sudah tengah hari.

Aku mengantuk, mahu pergi kebun,


Aku dah malas, mahu cucuk tanam,
Dimanakah boleh cari makan,
Dengan percuma tanpa cucuk tanam,
Kasihanilah aku arnab seekor,
Tidak punya daya untuk berkebun,
Malas sungguh ku rasa.
(Irama Lagu Tak Sempurna)

Yaya: Hmmm tapi cuaca kelihatan mendung ja ni. (Bunyi perut berkeroncong), Aduh, lapar pula
perut ni. (Bangun dari tempat duduk) Lebih baik aku pergi cari makan. Dah tidur tadi, kena tambah
makanan lagi. Lebih baik aku pergi Bobo. Mesti dia mempunyai banyak makanan.

Yaya meninggalkan pentas. Lampu digelapkan.


Babak 4

Latar tempat : Kebun

Latar Masa : Tengah hari

Watak : Yaya dan Bobo

Pemandangan : Di dinding pentas bahagian belakang terdapat pemandangan sebuah kebun


yang sangat subur bersebelahan sebatang sungai. Di suatu sudut pentas terdapat batas tanaman
milik Yaya. Di satu sudut lain, terdapat sebuah pangkin kecil tempat Bobo berehat-rehat.

Efek bunyi : Sungai mengalir

Apabila lampu dinyalakan, kelihatan Bobo sedang duduk berehat bersama Timo di pangkin kecil.
Yaya pula sudah melambai-lambai dari jauh.

Yaya : (Mengangkat sebelah tangan)Hai Bobo ! (Gaya teruja)Wah, banyaknya tanaman awak !
(Kedua-dua tangan rapat ke dagu sambil mata meliar melihat tanaman)Nampak segar semuanya.
Sangat menyelerakan. Bolehlah saya ambil sedikit kan? Saya pon tengah lapar ni.

Bobo : (Sambil mengipas-ngipas). Hai Yaya. (Menepuk-nepuk pangkin)Marilah naik. (Kepala


menganggu-angguk)Ya, banyak. (Senyum lebar)Saya yang tanam semua ini tau. (Tangan
menepuk bahu Timo)Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Eh, awak dari mana ni? Bukankah awak
cakap mahu pergi ke kebun melihat tanaman-tanaman awak?

Yaya : Hehehe. Sebenarnya, saya tertidur tadi. Mungkin disebabkan terlalu kenyang, saya berasa
sungguh mengantuk. Saya langsung tidak sedar sehinggalah sudah tengah hari. Tapi sekarang
saya dah lapar semula. Sebab itulah saya datang ke kebun awak ini. Saya tahu awak mesti
mempunyai banyak makanan dan awak mesti berkongsi dengan saya.

Timo : (Menggaru kepala dan ketawa hambar) Mengapa awak tidak melihat tanaman awak di
kebun? Bukankah awak juga ada menanam beberapa jenis sayuran tempoh hari? Mungkin hasil
tanaman awak juga tumbuh subur seperti Bobo?

Yaya : (Kepala menggeleng-geleng). Tidaklah Timo. Selepas saya tanam semua sayuran itu
tempoh hari, saya langsung tidak menjaganya. Kadang-kadang saja saya datang dan menyiram
tanaman tersebut. Lagipun, sudah beberapa hari ni saya tidak melihat sayur-sayur tersebut.
Barangkali, sudah rosak dimakan ulat. Biarlah, mungkin tiada rezeki saya untuk memakan sayur-
sayur itu.
Bobo: Mengapa kamu tidak menjaga tanaman kamu Yaya? Tahukan kamu bahawa dalam
tempoh masa terdekat ini, kampung kita bakal dilanda banjir besar. Jadi, mulai hari ini, kita mesti
bersiap sedia dari segala aspek terutama aspek makanan. Makanan merupakan keperluan harian
kita sebagai makhluk yang bernyawa. Jika kita tidak menyediakan payung sebelum hujan, sudah
pasti kita yang akan menyesal di kemudian hari.

Yaya : (Makan dengan rakus)Alah Bobo. Lambat lagi lah musim tengkujuh tu. Nanti, kalau dah
hampir musim tu, barulah saya simpan makanan. Sekarang musim untuk saya rehat dan
bermain-main. (Senyum sambil mata berkedip-kedip) Oh ya, awak berleter dengan saya ni sebab
awak tak mahu berikan makanan kepada saya kah? Tak baik begitu Bobo. Kongsilah makanan
awak yang banyak ni dengan saya. Saya sedang lapar ni (Sambil menunjukkan muka kasihan).

Timo: Bukan begitu Yaya. Kami menasihati awak supaya bersiap sedia untuk menghadapi musim
tengkujuh. Nasihat ini demi kebaikan awak juga. Kalau awak sudah bersedia dari awal, nanti
awak tidak akan risau untuk menghadapi musim tengkujuh. Awak lihat, keadaan sungai kita yang
tercemar ini mesti membuatkan banjir teruk nanti.

Ketiga-tiga ekor arnab ini melihat ke arah sungai yang sudah berubah warna dan mengeluarkan
bau yang kurang enak.

Yaya : (Menggelengkan kepala) Biarlah, asalkan sungai itu tidak menjejaskan tanaman awak ya
Bobo sebab saya nak makan sayur-sayur ni sekarang. Boleh kan? (Sambil membuat muka
kasihan).

Bobo: Hmmmmm.. Makanlah Yaya. Saya izinkan. Lagipun saya memang nak berikan kepada
awak.

Timo dan Bobo hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat kelakuan Yaya yang langusung
tidak mengambil berat terhadap nasihat yang telah mereka berikan.

Lampu digelapkan.
Babak 5

Adegan 1

Latar tempat : Sungai Damai

Latar Masa : Petang

Watak : Manusia

Pemandangan : Di dinding pentas bahagian belakang terdapat pemandangan sungai yang sudah
tercemar.

Efek bunyi : Sungai mengalir

Apabila lampu dinyalakan, kelihatan seorang manusia sedang berada di tepi sungai bersama
sebuah tong yang mengandungi bahan kimia.

Manusia : Aku rasa sungai ini tempat yang sesuai untuk aku tuang cecair kimia ni. Lagipun, sungai
ini memang sudah tercemar. Tiada manusia yang gunakan sungai ini untuk mandi pon. Jadi,
alang-alang sudah tercemar, biarlah aku tambahkan lagi pencemaran ini.

Tanpa rasa serba salah manusia tersebut terus menuangkan cecair berbahaya itu ke dalam
sungai yang sudah tersedia tercemar. Setelah itu, dia terus meninggalkan sungai tersebut.

Babak 6

Adegan 1

Latar tempat : Kebun

Latar Masa : Pagi

Watak : Bobo dan Timo

Pemandangan : Di dinding pentas bahagian belakang terdapat pemandangan kebun tempat


Bobo dan Timo bercucuk tanam.

Efek bunyi : Sungai mengalir dan burung berkicauan

Apabila lampu dinyalakan, kelihatan Bobo dan Timo sedang bercucuk tanam di kebun mereka
sambil menyanyi penuh riang.
Rasa suka hei rasa suka hatiku,
Pagi nampak cerah,
Boleh aku tanam sayur-sayur.
Sayurku banyak semua berkhasiat,
Dapat makan, sihatkan badan,
Kalau rajin kita bertanam,
Sudah pasti dapat menuai.

(Irama Lagu Rasa Sayang)

Dodo : Syukur, hari ini kita masih dapat peluang untuk meneruskan pekerjaan harian kita iaitu
bercucuk tanam. Cuaca hari ini nampak cerah. Tidak nampak tanda-tanda mahu hujan kan Timo.

Timo: Ya. Cuaca hari ini nampak cerah. Hmmm.. Tapi saya rasa peliklah kerana ada bau yang
kurang menyenangkan hari ini.

Dodo dan Timo masing-masing cuba menghidu bau di sekeliling mereka.

Dodo : Eh, Dodo! Cuba lihat sungai di sana. Mengapa ikan-ikan semuanya timbul di permukaan.
Saya yakin bau yang kurang senang ini mesti berpunca dari sungai itu. Mari kita pergi ke sana.

Dodo dan Timo telah pergi ke sungai itu dengan perasaan yang sungguh terkejut.

Timo: Dodo! Lihatlah. Semua ikan di sini timbul di permukaan. Terdapat lapisan minyak pada
permukaan sungai ini. Saya yakin pasti ada yang tidak kena dengan sungai ini. Walaupun sungai
ini telah tercemar sebelum ini, tapi ikan-ikan masih berada dalam sungai. Tapi, kali ini semua
ikan-ikan mati seperti diracun!

Dodo: Ya. Saya setuju dengan pendapat kamu. Hanya bahan kimia beracun sahaja yang akan
membuatkan semua ikan ini mati. Hal ini disebabkan, permukaan sungai yang berminyak itu telah
menghalang udara untuk masuk ke dalam sungai. Selain itu, racun pada bahan kimia telah
mendatangkan kesan yang tidak baik kepada ikan-ikan ini. Kasihan mereka (Dodo menangis
mengenangkan nasib ikan-ikan tersebut).

Tidak jauh dari tempat Bobo dan Timo berbual, kelihatan Yaya yang sedang mencari-cari kelibat
dua rakannya di kebun. Yaya juga melaung memanggil Bobo dan Timo.
Yaya: Timooooooo.. oooooooooo… Timooooooo… Mana awak pergi ni? Bobooooo oooooo
Bobooo di mana awak? (Yaya berasa hairan kerana dia tidak menjumpai Timo dan Bobo di
kebun).

Yaya terus meninjau-ninjau keadaan di sekitar kebun tersebut. Tiba-tiba dia ternampak Bobo dan
Timo di tepi sungai. Lalu, Yaya pon menghampiri mereka berdua.

Yaya: Timo! Bobo! Apakah yang kamu berdua buat di tepi sungai ini? Dari tadi saya panggil nama
kamu berdua tapi tiada yang menyahut. Sakit tekak saya. (Yaya bercekak pinggang sambil
berleter kepada Timo dan Bobo).

Timo: Maaflah Yaya. Kami berdua tidak mendengar suara awak memanggil nama kami. Saya
sedang memujuk Bobo ni. Dia sedang sedih melihat ikan-ikan ini. (Timo menunjukkan tangannya
ke arah sungai).

Yaya: Apa sudah jadi ni? Mengapa ikan-ikan ini boleh mati dalam keadaan begini. Euuuuuu air
sungai ini juga berbau busuk. Eiiyyy jom jom kita pergi dari sini. (Yaya menarik tangan Timo dan
Bobo meninggalkan sungai tersebut. Timo dan Bobo yang terpinga-pinga terus mengikut Yaya).

Bobo: Awak tak kesiankan ikan-ikan yang mati tu ke? Apalah nasib mereka. Habitat mereka
dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Timo: Yalah Yaya. Awak nampak tenang saja seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Sepatutnya
kita berbincang mengenai cara untuk menyelamatkan sungai kita itu. Lagipun, lama kelamaan
sungai air sungai ini pasti akan menjejaskan tanaman kita kerana kita berada berhampiran
dengan sungai itu. Jadi, apa cadangan kamu berdua?

Yaya: Hentikan cadangan kamu tu! Lebih baik kamu berdua berkongsi hasil tanaman kamu itu
dengan saya. Nanti saya pula yang mati kelaparan seperti ikan-ikan di sungai tadi. Lagipun saya
sangat lapar. Saya baru saja melihat tanaman saya di kebun. Hmmm semuanya rosak dimakan
ulat dan layu. Tak dapat saya nak makan hasil tanaman saya tu.

Bobo: Itulah awak Yaya. Sebelum ini saya pernah berpesan supaya awak menjaga tanaman
tersebut dengan rapi. Pastikan tanaman tersebut disiram dan dibajai dengan secukupnya. Kalau
awak mengikuti cara penjagaan tersebut, sudah pasti tanaman awak akan berhasil seperti kami.
Jangan menyesal di kemudian hari Yaya.

Yaya hanya menjuihkan bibirnya sebagai tanda protes dengan apa yang diucapkan oleh Bobo.

Lampu digelapkan.
Babak 6

Adegan 1

Latar tempat : Kebun

Latar Masa : Petang

Watak : Timo dan Bobo

Pemandangan : Di dinding pentas bahagian belakang terdapat pemandangan kebun tempat Timo
dan Bobo bercucuk tanam.

Efek bunyi : Guruh berdentum

Apabila lampu dinyalakan, kelihatan Timo dan Bobo sedang sibuk mengutip hasil tanaman
mereka.

Timo: Bobo, saya rasa hasil tanaman kita ini sudah cukup untuk menampung keperluan makanan
kita sepanjang musim tengkujuh kelak. Kita boleh bertukar-tukar sayur.

Bobo: Betul tu Timo. Saya setuju dengan kata-kata kamu. Ibu saya juga pernah berpesan, rezeki
yang dikongsi adalah lebih berkat. Lagipun, awak juga banyak bantu saya untuk menguruskan
tanaman saya di sini.

Timo: Baiklah Bobo. Eh, marilah kita kutip hasil tanaman ini dengan segera sebelum hujan turun.

Timo dan Bobo telah membuat persediaan rapi sebelum tibanya musim tengkujuh yang akan
menyebabkan banjir. Sambil mengutip hasil tanaman tersebut, mereka berdua telah menyanyi
dengan riang sekali.

Pada petang ini, cuaca sangat mendung,


Jadi kami terus, cabut hasil tanaman,
Kalau hujan turun, pasti semua tenggelam,
Tidak dapat makan, rugilah nasib badan.

(Irama Lagu Tak Tahu Malu oleh Atmosfera)

Lampu digelapkan.
Babak 7

Adegan 1

Latar tempat : Kebun

Latar Masa : Pagi

Watak : Yaya

Pemandangan : Di dinding pentas bahagian belakang terdapat pemandangan kebun yang sudah
ditandai dengan papan tanda di larang masuk ke kawasan ini.

Efek bunyi : Guruh berdentum

Apabila lampu dinyalakan, kelihatan Yaya sedang mundar-mandir di kawasan kebun tersebut.

Yaya: Eh, mengapa kawasan kebun ini sudah menjadi kawasan larangan? Bukankah kebun ini
menjadi tempat orang kampung bertanam demi melangsungkan kehidupan seharian? Hmmmm..
eh kebun Timo dan Bobo juga bersih. Apa yang berlaku ini?

Yaya terus bermundar-mandir di kawasan kebun tersebut. Tiba-tiba dia ternampak sebuah papan
notis yang memberikan makluman mengenai penutupan kebun tersebut.

“Perhatian kepada semua penduduk Kampung Harmoni, kebun ini ditutup buat sementara waktu
disebabkan banyak tanaman yang telah rosak akibat kesan bahan kimia yang telah dituang ke
dalam sungai. Hal ini adalah untuk memastikan keselamatan penduduk Kampung Harmoni.
Sekian, Terima Kasih. – Penghulu Kampung Harmoni”

Yaya: Apa? Semua tanaman telah rosak kerana bahan kimia yang dituang ke dalam sungai.
Sampai hati manusia yang tidak bertanggungjawab itu melakukan perbuatan tidak baik ini kepada
kami. Habis tu, aku nak makan apa? Sudahlah hari mahu hujan ni!

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Yaya yang sentiasa malas untuk bercucuk tanam tidak
mempunyai sebarang bekalan makanan untuk menghadapi musim tengkujuh. Dia pon pulang
dengan perasaan yang kecewa dan sedih.

Lampu digelapkan.
Babak 8

Adegan 1

Latar tempat : Hutan Harmoni

Latar Masa : Petang

Watak : Timo dan Bobo

Pemandangan : Di dinding pentas bahagian belakang terdapat pemandangan hutan hijau yang
sedang mengalami musim tengkujuh. Di suatu sudut terdapat rumah Timo dan Bobo. Di satu
sudut lain, terdapat beberapa buah kebun yang ditenggelami air.

Efek bunyi : Hujan lebat, guruh berdentum

Apabila lampu dinyalakan, kelihatan Timo dan Bobo sedang memakan lobak merah di rumahnya.

Timo: (Mata melihat ke luar rumah). Nampaknya musim tengkujuh telah tiba. Mujurlah kita berdua
sempat menyimpan bekalan makanan yang masih belum tercemar dengan bahan toksik itu ya
Bobo. Jika tidak, pasti sekarang kita sedang kelaparan.

Bobo: Benar kata kamu itu Timo. Benarlah kata orang tua-tua iaitu sediakan payung sebelum
hujan. Biar kita beringat-ingat supaya kita akan sentiasa bersedia untuk menghadapi segala
masalah yang datang.

Bobo pon menyanyi sambil memakan lobak yang berada di tangannya.

Oh kawanku,
dengarlah kataku,
kalau kita bersedia,
tak risau hari muka.
(Irama Lagu Hantu atau Buaya oleh Nana Sheme)
Adengan 2

Lampu digelapkan. Lampu hanya ditumpukan ke sudut yang terletak rumah Yaya pula. Apabila
lampu dinyalakan kelihatan Yaya sedang memeluk tubuh kesejukan.

Timo : (Muka sedih dan kecewa) Mengapakah musim tengkujuh ini datang lagi? Kenapa kebun
dan kawasan sekitar rumahku ini banjir begini sekali? (Gaya resah) Aku tidak sempat menyimpan
bekalan makanan untuk hari-hari akan datang. (Pegang perut dan muka berkerut)Sekarang pon
aku sudah lapar. Macam mana ni? (Menangis) Kalau hendak ke rumah Timo dan Dodo pon tidak
boleh kerana paras banjir masih pada tahap yang membahayakan. Semua penduduk Kampung
Harmoni tidak dibenarkan untuk keluar rumah jika hendak selamat. (Menangis semakin kuat).
Betul kata Yaya, menyesal di kemudian hari memang tidak berguna. Nampaknya, aku terpaksa
berlapar hingga banjir ini surut. Malang sungguh nasib aku.

Sambil memeluk tubuhnya yang sedang kesejukan, Yaya pon menyanyi dengan penuh
penyesalan sekali.

Oh kawanku,
jangan jadi aku,
kerana degil melulu,
tak siapa ambil tahu.
(Irama Lagu Hantu atau Buaya oleh Nana Sheme)

-Tamat-
Watak dan Perwatakan

1. Timo (Sang Arnab yang Baik)

2. Bobo (Kura-kura yang Baik)

3. Yaya (Sang Arnab yang Degil)

4. Manusia 1 (Tidak bertanggungjawab mencemarkan sungai)

Nilai dan Pengajaran

1. Kerajinan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

2. Tolong-menolong antara satu sama lain.

3. Ikhlas dalam setiap perkara yang kita lakukan.

4. Sentiasa menasihati antara satu sama lain dengan cara yang baik.

5. Mencintai alam sekitar dengan menjaga kebersihan dan tidak


mencemarkannya.
6. Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat yang telah dikurniakan.

7. Janganlah suka mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.

8. Menghormati antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai