Anda di halaman 1dari 1

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan
beroleh seribu faedah.
2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar
dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di
sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal
bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di
darat dan di laut.
3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan
kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah
si pesakit akan sembuh.
4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang
tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara.
Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala
kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut
dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah
mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali
sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita
jangkakan di masa mendatang.

‫والسلما علبكم و رحمة ا و بركاته‬

Anda mungkin juga menyukai