Anda di halaman 1dari 22

Tajuk Buku: Helang Terbang Rendah

Penulis: Masitah Mohammad Yusof dan Mohamed Khaidir Alias


Harga: RM16.00
Tahun Terbit: 2016
Pengulas: SITI NOORISA BINTI ABDUL KHLIL

Helang Terbang Rendah mengisahkan, pada suatu pagi ketika


Helang bangun daripada tidur dan menjengah keluar sarang, dia
mendapati pandangannya kabur. Helang terkejut dengan
keadaan itu. Lalu, Helang memberitahu isterinya, Tutu dan anaknya,
Kiki tentang kedua-dua matanya yang semakin kabur. Namun
begitu, Tutu dan Kiki juga mengalami masalah yang sama dengan
Helang. Kata Kiki, penglihatan kabur bukan disebabkan masalah
mata, tetapi pandangan di luar yang sebelum ini cerah dan indah
bertukar menjadi kelam. Selain itu juga, udara yang bersih dan
nyaman sudah dipenuhi dengan habuk, debu dan asap.
Sehubungan dengan itu, untuk mencari punca kepada masalah ini
Helang keluar mencari unggas yang tinggal di dalam hutan. Setelah
jauh terbang, unggas belum diketemui. Helang berasa penat lalu
dia singgah berehat di dahan pokok Tualang. Sambil berehat,
Helang bertanya kepada Tualang sekiranya dia tahu apa yang
terjadi dengan alam. Tapi jawab Tualang dia tidak nampak apa-
apa. Tiba-tiba Lebah yang membuat sarang di dahan pokok
Tualang muncul. Lebah memberitahu Helang dan Tualang, dia dan
koloninya berasa terancam kerana tidak dapat mengangkut nektar
daripada bunga. Hal ini dikatakan demikian kerana, keadaan
persekitaran yang penuh dengan asap membuatkan dia sukar
bernafas. Selain itu juga, Lebah memberitahu bahawa kebanyakan
bunga sudah layu, kering dan mati.
Setelah mendengar luahan Lebah, Helang meneruskan misinya lagi
walaupun dalam suasana alam yang kabur. Namun begitu, apabila
memikirkan janjinya kepada Tutu, Kiki, Tualang dan Lebah, dia
gagahkan juga. Ketika dia meluncur terbang ke arah permukaan
bumi, dia berasa bahang. Lama-kelamaan badannya panas. Dia
melihat banyak asap di kawasan itu. Apabila berjaya keluar dari
kawasan itu, dia sedar bahawa dia telah melalui kawasan hutan
yang sedang terbakar. Dia melihat banyak manusia yang
berpakaian merah sedang memegang paip air untuk
memadamkan api.
Kemudian dia terbang lebih tinggi daripada tadi. Tujuannya untuk
mengelak daripada bahang kepanasan. Setelah agak lama
terbang, dia melalui kawasan ladang kelapa sawit. Tiba-tiba, dia
terhidu bau asap sekali lagi. Dia melihat asap tersebut keluar melalui
corong bangunan yang ada di kawasan ladang tersebut. Kepulan
asap yang berwarna kelabu kehitaman itu menyebabkan
hidungnya tersumbat dan tekaknya berasa perit. Lalu dia berlalu
dari kawasan itu tanpa mengetahui apakah bangunan itu.
Setelah itu, dia terbang melalui kawasan kampung. Dia melihat
segelintir manusia sedang melakukan pembakaran secara terbuka.
Kemudian dia melintasi kawasan sekolah pula, dilihatnya
kebanyakan murid memakai penutup hidung dan mulut semasa
berada di luar kawasan bilik darjah. Pelbagai persoalan bermain
dalam fikiran Helang. Disebabkan hari makin senja, dia mengambil
keputusan untuk pulang dan berjumpa dengan Tualang dan Lebah
untuk menceritakan apa yang dilihatnya ini.
Buku cerita kanak-kanak, Helang Terbang Rendah ini jelas
menceritakan tentang alam, manusia, dunia haiwan, pokok hutan,
pemanasan global dan bencana alam. Alam adalah bahagian
yang paling hampir dengan manusia. Maka itu, tidak dapat
dinafikan bahawa pemilihan tema tentang alam semula jadi dan
kehidupan rimba sering dimuatkan dalam karya penulis sebagai
ingatan kepada pembaca dalam menjaga anugerah yang
diberikan oleh Allah SWT kepada hambanya. Alam adalah sesuatu
yang hidup. Alam merupakan kehidupan, dan kehidupan adalah
alam. Maka itu, mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam
cerita ini dilihat sebagai “amanat” dan nasihat yang tegas dalam
menimbulkan kesedaran tentang pemuliharaan alam dalam
kalangan masyarakat.
Namun begitu, dari sisi lain, pengulas melihat pemilihan tema berkait
dengan alam oleh penulis sebagai tanggungjawab penulis dalam
mencetuskan semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan
pembaca. Hal ini dikatakan demikian kerana, di dalam buku ini
penulis turut memasukkan informasi tentang unsur pencemaran
alam dan langkah mengatasi masalah pencemaran alam seperti
jerebu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, penulis menyeru dan
mengajak pembaca dari semua lapisan supaya menghargai dan
menjaga alam sekitar supaya kekal indah untuk diwariskan kepada
generasi akan datang.
AYAT

1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.

2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.

3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).

4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang
sempurna.

Contoh :

subjek predikat

1. Afendi guru

2. Kakak menyapu sampah.

3. Ibrahim bermain bola sepak.

4. Zulkfli Minum teh

5. Ayam itu asyik berkokok.

Ragam Ayat

1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:

(a) ayat penyata;

(b) ayat tanya;

(c) ayat perintah;

(d) ayat seruan.

2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:

(a) Ayat penyata

1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.

2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda,
kejadian, dan sebagainya.

Contohnya:

i. Kakak sedang menyiram bunga.

ii. Lembu itu akan dijual.

Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

(b) Ayat tanya

1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda,
manusia, binatang dan sebagainya.

2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :

a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.

b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.

Contohnya

i. Berapakah harga kasut itu?

ii. Sudahkah adik minum susu?

iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.

1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana,
kenapa dan mengapa.

2. Diakhiri dengan partikel -kah.

Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.

2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.

3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )

contoh : Kamu belum hantar buku itu ?


(c) Ayat perintah

1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.

Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang
melakukan sesuatu.

2. Ayat perintah terbahagi kepada

a. Ayat Suruhan

b.Ayat Permintaan

c.Ayat Larangan

d.Ayat Silaan

Contohnya:

a. Ayat Suruhan

1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.

2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.

Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.

Turunlah dari sini sekarang juga.

Cuci kasut kamu. (suruhan)

b. Ayat Permintaan

1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.

2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.

Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.

Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.

Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)

c. Ayat Larangan

1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .

2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.

3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.

Contoh : Jangan minum air itu.


Usahlah menangis lagi.

Jangan petik bungs itu.(Iarangan)

d. Ayat Silaan

1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.

2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.

3. Partikel -lah boleh digunakan.

Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.

Jemputlah menikmati

Datanglah ke rumah saya. (silaan)

(d) Ayat seruan

Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut,
sakit, hairan dan sebagainya.

Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )

3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.

4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.

Contohnya:

i. Amboi, cantiknya baju kamu!

ii. Aduh, sakitnya perut aku!

Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.

2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.

3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:

(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya

(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.

(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.


2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……

(a) tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri
kedua. Contohnya:

i. Bola itu saya tendang.

ii. Borang itu perlu anda isi.

(b) berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu
dibasuh oleh kakak.

3. Ayat pasif terdiri daripada:

(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan
didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.

(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului
kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.

(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata
sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.

4. Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza.

Contohnya:

Ayat Aktif Apt Pasif Diri Pertama

(a) Saya mencuci kasut sekolah. (a) Kasut sekolah saya cuci.

(b) Kita menerima keputusan itu. (b) Keputusan itu kita terima.

(c) Aku akan memetik bunga itu. (c) Bunga itu akan aku petik.

(d) Kami sudah menyusun jadual itu. (d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua

(a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (a) Kerja itu harus anda siapkan.

(b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (b) Surat itu mesti awak serahkan.

(c) Engkau patut memulangkan duitnya. (c) Duitnya patut engkau pulangkan.

(d) Kamu perlu membaiki kereta itu. (d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga


(a) Mereka mengecat bangunan. (a) Bangunan dicat oleh mereka.

(b) Baginda meminta rakyat supaya (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya

bersabar. bersabar.

(c) Beliau mengarahkan orang ramai (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau

supaya beratur. supaya beratur.

(d) Dia sedang menjahit baju. (d) Baju sedang dijahit olehnya.

Ayat Aktif Ayat Pasif

1. Ali membaca buku itu. Buku itu dibaca oleh Ali.

2. Ibu memasak nasi lemak. Nasi lemak dimasak oleh ibu.

3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. Nasihat guru kita, mesti kita dengar.

4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.

5. Yusof membawa kerusi patah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof

3 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau
tulisan tanpa mengubah maksudnya.

Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah
maksud asalnya.

2. Dalam penulisan, tanda petik

("...") digunakan untuk cakap ajuk.

3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan
menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.

4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.

5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.

Cakap Ajuk Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau
dilaporkan semula sebagaimana asalnya percakapan yang dilaporkan semula tetapi
dituturkan. tidak sebagaimana yang dituturkan.

2. Tidak ada sebarang pindaan yang 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan
dilakukan. perkataan-perkataan dalam ayat.

3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda 3. Walaubagaimanapun , maksud atau


pembuka kata dan diakhiri dengan susunan perkataan sama.
tanda penutup kata ( “ …….. “ )

1. "Cuci baju kamu," kata ibu 1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
kepada Ani.
2. Cikgu bertanya kepada Hafizi
2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak sebab dia tidak hadir semalam.
hadir semalam, Hafizi?"
3. Encik Lim mempersilakan Encik
3. "Datanglah ke rumah saya malam Azman ke rumahnya pada malam
ini, Encik Azman," kata Encik Lim. nanti.

4. “ Di manakah awak letakkan beg 4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita


itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada di mana dia meletakkan beg itu.
Sunita.
5. Nenek berkata kepada Siti bahawa
5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini begitu cara membuat Kuih Bahulu.
cara membuat kuih Bahulu.”
6. Hassan menyatakan kepada Faizal
6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini bahawa itu buku dia.
buku awak. ”
7. Asmah menyatakan bahawa ayam
7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah. itu lapar.

8. “ Berikan bola ini kepada Zainal 8. Dollah Salleh menyuruh agar bola
Abidin,” kata Dollah Salleh. itu diberikan kepada Zainal Abidin.

6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara

berikut perlu diubah atau diberi perhatian.

Cakap Ajuk Cakap Pindah

saya, aku, hamba dia, ia, nya, beliau

beta baginda

kami, kita mereka

anda, awak, kamu, engkau saya, dia, nya

dia dia

beliau beliau

mereka mereka
ini itu

itu itu

sini situ, sana, tempat itu

begini begitu

demikian ini demikian itu

sekarang masa itu, ketika itu

malam tadi malam semalamnya

semalam semalamnya

hari hari itu

ini esoknya, keesokan harinya, hari itu

esok

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.

Subjek = Lelaki gemuk itu

Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal
disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya
dan lain-lain.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )

B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )

C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )

PEMAJMUKAN

Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu
kata baru yang padu atau sebati maknanya.

2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.

3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.

4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai
maknanya masingmasing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila
diperlukan.

5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patch kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampirhampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur
lebur, dan sunyi sepi.

6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk
menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur
bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.

Bentuknya

7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada
yang bersempang.

8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda
yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan
sebagainya.

9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera,
daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.

10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang,
campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.

11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti

yang berikut:

(a) kata nama majmuk;

(b) kata bilangan majmuk;

(c) kata adjektif majmuk;

(d) kata kerja majmuk;

(e) kata sendi majmuk;

(f) kata keterangan majmuk;

(g) Kata hubung majmuk.


12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas
kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita
rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.

13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus
lima puluh.

14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita,
gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.

15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.

16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil
alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting
tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan
bertungkus lumus.

17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan
sedari.

18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian,
kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.

19 Kata hubung majmuk, antara yang lainlain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.

Tugasnya

20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:

(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.

air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)

lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)

mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)

dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)

(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:

apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan apabila (kata nama)
tanya)

alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)

gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)

cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)

lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)

banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)

lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)

Maknanya

21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang
berikut:

(a) kata majmuk wajar;

(b) kata majmuk kiasan

22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui
daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata
majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.

23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang
ada pada katakata yang menjadi komponennya.

Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan
buah ataupun hati.

Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.

24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

adat istiadat gunung api kongsi gelap

alih bahasa hancurlebur lampu duduk

bahasa pasar harga borong lipat ganda

bakul sampah hitam manis lubang hidung

batang hidung ikan parang mabuk taut

cakera padat inti sari merah jambu

cantik jelita isi perut minyak makan

daya cipta juling air naik takhta


dengki hati kaca mata nenek moyang

emas putih kerak bumi orang gaji

esok hari otak depan tuan rumah

gagah berani olah raga udang galah

galah canggah pagar duri uji kaji

rendah hati pindah tangan wang saku

sabun mandi rabun jauh warta berita

sihat akal tahan lasak zat air

24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.

akal kancil darah daging hajat besar

anak angkat datang bulan harga diri

anak baju daun pintu ibu ayam

anak emas emas kahwin isi hati

anak kunci embun jantan jalan bahasa

batu loncatan filem bisu jauh hati

banyak mulut gaji buta kaki tangan

buah mulut gantung kemudi karat hati

bulan madu gatal mulut kata dua

cahaya mata gunung payung kecil hati

cakap angin habis akal kereta api

campur tangan lalat hijau papas hati

cekak musang lebar mulut panjang tangan

dapur susu lemah semangat pasar gelap

mata hari lepas tangan patah hati

naik darah main angin rendah hati

nyawa ikan malam buta sagu hati


otak udang sampai hati sakit hati

tangan besi tali barut tumbuk rusuk

timbang rasa tanah air

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-
ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik.
Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab
itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan
keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:

1. Ayat penyata:
 Ayat transitif dan ayat intransitif
 Ayat aktif dan ayat pasif
 Ayat sungsang
 Ayat nafi
 Ayat inti dan ayat gabungan
2. Ayat perintah
3. Ayat tanya
4. Ayat seru

Isi kandungan
[sorokkan]

 1Ayat aktif
 2Ayat pasif
 3Ayat perintah
 4Ayat nafi
o 4.1Penggunaan dengan frasa nama
o 4.2Penggunaan dengan frasa sendi
o 4.3Kesalahan yang biasa berlaku
 5Ayat tanya
o 5.1Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
 5.1.11. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
 5.1.22. Menggunakan partikel "kah"
 5.1.33. Menggunakan pelbagai kata
o 5.2Kesalahan yang biasa berlaku
 6Ayat songsang
 7Ayat inti
 8Ayat gabungan
o 8.1Ayat pancangan

Ayat aktif[sunting | sunting sumber]


 Ayat aktif dengan kata kerja transitif
 Ayat aktif dengan kata kerja pasif

Ayat pasif[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu)
Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan
terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu
dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau
menegaskan. Contohnya:

 Perkara itu sudah diselesaikannya; atau


 Perkara itu sudah diselesaikan
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara
itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku
"dia".

Ayat perintah[sunting | sunting sumber]


Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan,
permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Jenis perintah Contoh penggunaan


Perintah Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul.
Larangan Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
Permintaan Tolong angkat baju itu.
Ajakan Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan Sila jamu selera.
Doa Syukurlah kamu sudah kembali.
Harap-harap hari tidak hujan.
Harapan

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak
dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu
ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak
digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:

 Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh
digugurkan.
 Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah
digugurkan.

Ayat nafi[sunting | sunting sumber]


Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk
menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:

 Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.


 Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu
maksud. Contohnya:

Ayat biasa Ayat nafi


Cadangannya harus diketepikan. Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Kerja ketua memang susah. Kerja ketua tidak pernah senang.

Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi
menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:

1. Bukankah orang itu guru kamu?


2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
3. Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama[sunting | sunting sumber]
Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama.
Contohnya:

1. Ini bukan kucing.


2. Malaysia bukan negara republik.
3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam
hubungan seperti yang berikut:

1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.


2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":

1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.


2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud.
Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan"
menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa sendi[sunting | sunting sumber]
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:

1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.


2. Saya bukan dari sektor kerajaan.
3. Malaysia bukan di benua Afrika.
4. Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab
itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Kesalahan yang biasa berlaku[sunting | sunting sumber]


Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan
"tidak".

Ayat tanya[sunting | sunting sumber]


Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Cara-cara untuk membentuk ayat tanya[sunting | sunting sumber]
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata[sunting | sunting sumber]

Ayat penyata Ayat tanya


Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan
tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan
suara menaik pada akhir ayat.
2. Menggunakan partikel "kah"[sunting | sunting sumber]
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah"
untuk mencipta ayat tanya sungsang:

Ayat penyata Ayat tanya


Tetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu?
Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu?
Mereka hendak menolong kita? Hendak menolong kitakah mereka?

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran
makna.
3. Menggunakan pelbagai kata[sunting | sunting sumber]
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan
kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.

Ayat tanya
Kata
Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"
Ada Tiada Adakah cara saya ini betul?
Apa Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana cara untuk mendaftar Bagaimanakah cara untuk mendaftar
Bagaimana
diri? diri?
Bila Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang?
Mengapa kamu datang lambat hari Mengapakah kamu datang lambat hari
Mengapa
ini?. ini?.
Mana Mana ibu? Manakah ibu?
Siapa Siapa nama jiran baru kamu? Siapakah nama jiran baru kamu?

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah"
sering digunakan untuk maksud penegasan.
Kesalahan yang biasa berlaku[sunting | sunting sumber]
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:

 Tetamu sudah tibakah?


 Buah itu sudah masakkah?
 Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:

 Tetamu sudah tibake?


 Buah itu sudah masakke?
 Mereka hendak menolong kitake?
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu,
"kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

Ayat songsang[sunting | sunting sumber]


Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat.
Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa
anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu
menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang
Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri.
Ayat inti
Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu.
Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu?
Ayat tanya
Kamu belum makan? Belum makankah kamu?
Surat itu akan saya kirimkan. Akan saya kirimkan surat itu.
Ayat pasif
Saya ketinggalan bas pada hari itu. Ketinggalan bas saya pada hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayat tanya)
dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.

Ayat inti[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu)
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu
dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda
menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat
berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan
ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabungan[sunting | sunting sumber]


Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu
ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya
untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu
mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:

1. Ayat dengan ayat


2. Subjek dengan subjek
3. Predikat dengan predikat
4. Adverba dengan adverba
5. Objek dengan objek.
6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.

Jenis ayat gabungan Ayat komponen Ayat gabungan


Abu amat rajin bekerja.
Abu amat rajin bekerja dan majikan
Ayat dengan ayat Majikan menaikkan
menaikkan gajinya.
gajinya.
Ali suka makan manggis.
Ali dan Ahmad suka makan
Subjek dengan subjek Ahmad suka makan
manggis.
manggis.
Mereka menghadiri
ceramah itu. Mereka menghadiri ceramah itu
Predikat dengan predikat Mereka menganggap kerana mereka menganggap ceramah
ceramah itu sangat itu sangat berfaedah.
berfaedah.
Saya akan menghabiskan
kerja itu besok.
Saya akan menghabiskan kerja itu
Adverba dengan adverba Jika tidak jadi, saya akan
besok atau lusa.
menghabiskan kerja itu
lusa.
Ibu membeli sayur di
pasar.
Objek dengan objek Ibu membeli sayur dan ikan di pasar.
Ibu membeli ikan di
pasar.
Ayat gabungan dengan
Sedangkan dia tidak dapat memasuki
kata penghubung yang -
kolej itu, apatah lagi saya.
berpasangan

Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang
seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:

1. Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.


2. Polar tidak percaya.
Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang
berikut amat perlu digunakan:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.
Ayat pancangan[sunting | sunting sumber]
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa
(ayat kecil), umpamanya:

 Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.


 Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
 Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding
dengan tentera Jepun.
Kategori:
 Tatabahasa bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai