Anda di halaman 1dari 16

SEKOLAH KEBANGSAAN DONGONGON

PENAMPANG BARU JALAN KOBUSAK


89507 PENAMPANG, SABAH.
NO. TEL: 088-420420

KERTAS KERJA DAN LAPORAN


KEJOHANAN OLAHRAGA
SEKOLAH KEBANGSAAN DONGONGON 2011

0
KERTAS KERJA

KEJOHANAN OLAHRAGA

SEKOLAH KEBANGSAAN DONGGONGON

2011

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1 Pendahuluan 2
2 Rasional 2
3 Matlamat 2
4 Objektif 3
5 Tarikh & Tempat 4
6 Penyertaan 4
7 Kewangan : Sumber dan Perbelanjaan 5
8 Jawatankuasa Pengurusan/Urusetia 6
9 Aktiviti/Jadual 14
10 Penutup 15
11 Senarai Semak 16
12 Lampiran

1
1. PENDAHULUAN

Berdasarkan Falsafah Kebangsaan, pembangunan insan yang cemerlang


sejak dari sekolah rendah seharusnya dididik dan dibentuk dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek, dan sosial. Adalah penting bagi seorang murif untuk cemerlang
dalam semua segi selain daripada intelek. Sehubungan dengan itu Sekolah
Kebangsaan Dongongon mengadakan satu Pertandingan Olahraga yang dapat
menjurus kepada pembentukan modal insan yang seimbang seorang murid.
Kejohanan ini dilaksanakan antara rumah-rumah sukan di SK Dongongon secara
permuafakatan ibu bapa supaya dapat merapatkan lagi hubungan sosial di antara
mereka. Pertandingan Olahraga ini dinamakan sebagai Kejohanan Olahraga SK
Dongongon.

2. RASIONAL

2.1 Kejohanan olahraga ini dapat memenuhi keperluan kokurikulum murid.

2.2 Memupuk sahsiah dan etika murid.

2.3 Dapat mencungkil bakat istimewa murid dalam bidang sukan.

2.4 Menggalak murid menjalankan aktiviti hidup yang sihat melalui aktiviti
sukan.

3. MATLAMAT

3.1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsiah.

3.2 Membentuk peribadi murid yang lebih sihat.

3.3 Menambah kekuatan fizikal, emosi, dan mental murid selain intelek.

2
4. OBJEKTIF

Kejohanan Olahraga IPGKTI 2011 ini diadakan dengan beberapa objektif


seperti:

4.1 Dapat membentuk murid yang cemerlang dan sihat dari segi mental
dan fizikal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.2 Dapat memahami kepentingan kekuatan fizikal, emosi, dan mental


disamping rohani dan intelek yang cemerlang.

4.3 Mencungkil dan menggilap bakat istimewa dalam bidang sukan supaya
dapat dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi.

4.4 Memupuk semangat cintakan sekolah, dan negara.

4.5 Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid melalui penyertaan


dalam kejohanan.

3
5. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 24 Mac 2011

Tempoh : 1 hari

Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat Kejohanan : Padang Sekolah Kebangsaan Donggongon

6. PENYERTAAN

Penyertaan tertutup kepada warga Sekolah Kebangsaan Donggongon

 Staf Akademik

 Staf Sokongan

 Murid-murid Tahun 1 - 6

 Murid-murid Kelas Pendidikan Khas

4
PENYATA KEWANGAN
KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH KEBANGSAAN DONGONGON

2011

KETERANGAN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

PENDAPATAN/PENERIMAAN RM PERBELANJAAN/PEMBAYARAN RM

Yuran dari ahli 650.00 Makanan 300.00

Derma 1000.00 Alat tulis, cetak dan lain-lain 280.00


Upah angkat barang lama 160.00 Baju Olahraga
1500.00
Peruntukkan Sekolah 2000.00 Peralatan Sukan
1000.00
PIBG 3250.00 Hadiah
500.00
Kos Pentadbiran
180.00

Jumlah: 7060.00 Jumlah Perbelanjaan: 3760.00

Baki pada akhir tahun:


Wang Tunai di bank 3,760.00
3,300.00
Wang Tunai di tangan

JUMLAH: 7060.00 JUMLAH: 7,060.00

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan : Pemeriksa Kira-Kira
(Pemegang
Jawatan Utama)
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan : Pemeriksa Kira-Kira
(Pemegang
Jawatan Utama)

Tandatangan Induk :

5
(Jika Berkenaan)

SENARAI PARA PETUGAS (GURU) YANG MENGENDALIKAN TUGAS-TUGAS


SEMASA PERTANDINGAN OLAHRAGA.

PEGAWAI OLAHRAGA

Kejayaan penganjuran suatu acara olahraga adalah bergantung penuh kepada


pegawai yang dilantik untuk mengendalikan acara tersebut (Wakefield et al, 1977).
Penganjuran kejohanan olahraga memerlukan penglibatan ramai pegawai untuk
mengendalikan acara-acara yang dipertandingkan. Berikut adalah antara pegawai
yang perlu untuk mengendalikan suatu kejohanan olahraga yang besar seperti
Kejohanan Olahraga MSSD Pontian.

i. URUSETIA PERTANDINGAN

Urusetia pertandingan adalah yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan


acara pertandingan. Menurut Bunn (1968), tanggungjawab urusetia pertandingan
adalah yang paling mencabar sekali dalam suatu kejohanan yang besar dan
kadangkala terpaksa bertugas hingga jauh malam untuk membuat persediaan bagi
acara-acara yang hendak dijalankan. Antara tugas yang dipikul oleh urusetia
pertandingan ialah:

• menguruskan pendaftaran peserta bagi setiap pasukan.

• membuat susunan peserta yang bertanding dalam setiap peringkat samada


peringkat saringan, separuh akhir ataupun akhir.

• menyediakan borang-borang yang akan digunakan dalam pertandingan seperti


Borang Keputusan Rasmi dan Borang Pengelola Peserta.

• memungut semula borang-borang pertandingan yang telah diisi dan


menguruskannya untuk tindakan Juruacara dan Statistik.

Walau bagaimanapun, pada masa kini kebanyakan tugas bagi Urusetia telah dibantu
dengan menggunakan komputer. Menurut Horine dan Stotlar (2004), komputer boleh
digunakan dalam menentukan penjadualan peserta dan pasukan yang bertanding
dan masa yang dapat dikurangkan dalam kerja-kerja tersebut adalah sangat besar.

6
ii. REFERI

Terdapat banyak referi di dalam suatu kejohanan olahraga yang besar. Antara yang
penting ialah referi padang untuk acara padang dan referi balapan untuk acara
balapan. Tugas referi bukan untuk menentukan keputusan suatu acara, tetapi hanya
untuk mengesahkan keputusan suatu acara tersebut dan terlibat dalam soal-soal
yang melibatkan pembatalan dan bantahan. Setiap keputusan yang telah disahkan
hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan.

iii. PENJAGA MASA

Tugas penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang dicatatkan oleh peserta
yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam acara balapan. Penjaga masa akan
menggunakan jam randik dalam menjalankan tugas mereka. Kedudukan penjaga
masa adalah bertentangan dengan garisan penamat di luar balapan perlumbaan.
Walau bagaimanapun, pada masa kini, peralatan elektronik telah digunakan untuk
mengambil masa para peserta terutamanya dalam kejohanan yang besar. Jika masa
elektronik digunakan, penjaga masa masih lagi bertugas, tetapi catatan masa yang
diambil akan hanya digunakan sebagai backup.

iv. HAKIM BALAPAN

Hakim balapan adalah orang yang menentukan pemenang dan kedudukan peserta
bagi acara balapan. Setiap pegawai yang dilantik menjadi hakim balapan perlu
memerhatikan dengan tepat kedudukan peserta apabila sampai ke penamat
perlumbaan. Hakim balapan hendaklah berada bertentangan dengan garisan
penamat iaitu di sebelah dalam balapan perlumbaan.

v. PENCATAT PUSINGAN

Tugas pencatat pusingan ialah merekodkan jumlah pusingan yang telah dilalui oleh
peserta bagi acara yang jaraknya melebihi atau sama dengan 1500 meter. Seorang
pencatat pusingan hanya boleh mencatatkan pusingan bagi tidak lebih dari empat
orang peserta sahaja. Seorang pencatat pusingan juga bertanggungjawab untuk
menunjukkan bilangan pusingan yang tinggal kepada para peserta dan
membunyikan loceng pada pusingan terakhir sebagai peringatan kepada setiap
peserta.

7
vi. HAKIM PADANG

Hakim padang bertanggungjawab dalam mengukur dan merekodkan setiap


percubaan dalam acara padang.Bagi acara lompat tinggi dan lombol bergalah,
hakim padang perlu membuat ukuran yang tepat mengenai ketinggian palang
lompatan. 19 Seorang hakim padang juga perlu menentukan samada percubaan
yang dilakukan oleh peserta itu sah ataupun tidak dengan menaikkan bendera putih
atau merah.

vii. JURUACARA

Juruacara kejohanan adalah suara bagi suatu kejohanan olahraga. Ia menjadi


sumber utama bagi semua pihak untuk mengetahui perkembangan acara yang
akan, sedang dan telah berlangsung. Juruacara kejohanan olahraga bukanlah
seperti pengulas acara sukan (Bunn,1968). Antara tanggungjawab juruacara ialah:

• mengumumkan senarai peserta apabila suatu acara itu hendak dilangsungkan.

• mengumumkan keputusan tidak rasmi dan keputusan rasmi sebaik sahaja


menerima maklumat mengenainya.

• mengumumkan pemenang semasa upacara penyampaian hadiah.

• mengumumkan pungutan mata dan pingat pasukan-pasukan yang bertanding dari


masa ke semasa.

Pembangunan sistem aplikasi kejohanan olahraga ini sebahagian besarnya akan


tertumpu kepada membantu tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh Urusetia
Pertandingan sebelum dan semasa pertandingan. Keputusan bagi adaca-acara
pertandingan akan dimasukkan terus oleh hakim-hakim pertandingan dan diproses
oleh sistem aplikasi ini. Sistem ini juga akan membolehkan juruacara untuk
mengetahui semua maklumat yang berkaitan dengan acara yang dipertandingkan
seperti senarai peserta, keputusan acara dan juga pungutan mata dan pingat bagi
pasukan yang bertanding untuk membuat pengumuman yang berkaitan.

8
CARTA ORAGANISASI SK DONGGONGON, P.O.BOX 123, 88100 PENAMPANG
KOTA KINABALU SABAH

SUKAN TAHUNAN OLAHRAGA SEKOLAH

PENAUNG
PENAUNG
GURU
GURU BESAR: BESAR:TOYAD
EN MICHEAL
EN MICHEAL TOYAD

GURU PENASIHAT
GURU PENASIHAT
CIKCIK
NEW KIAT
NEW YEE
KIAT YEE
EN EN
RAYMOND GABAN
RAYMOND GABAN
EN EN
MOHAMAD
MOHAMAD NASIR
NASIRBINBIN
IBRAHIM
IBRAHIM
CIKCIK
NURLIZA BINTI GHAZALI
NURLIZA BINTI GHAZALI

PENGERUSI
PENGERUSI
USSOLLIEZATUL AZIZ BIN SHAMSHIR
USSOLLIEZATUL AZIZ BIN SHAMSHIR

NAIB
NAIB PENGERUSI
PENGERUSI
THIRU
THIRU MURUGAH
MURUGAH

SETIAUSAHA
SETIAUSAHA
SITI NURHAWA
SITI NURHAWABINTI SHAMSHIR
BINTI SHAMSHIR

PEN.SETIAUSAHA
PEN.SETIAUSAHA
AMIN A\K SILAN
AMIN A\K SILAN

BENDAHARI
BENDAHARI
CIKCIK
FOOG TING
FOOG TONG
TING TONG

AJK

EN WILLIAM GUNTAK
RAYMOND JOHN
PN HAMIDAH WAHAB
9
JAWATANKUASA PERASMIAN:

Antara guru yang terlibat adalah Guru Besar, Penolong Kanan HEM, KO-
KURIKULUM dan Pentadbiran. Biasanya Pengerusi Persatuan PIBG dan wakil-wakil
khas seperti Pegawai Pendidikan Daerah juga terlibat di dalam acara perasmian
sesuatu kejohanan olahraga yang dianjurkan oleh sesebuah sekolah. Satu badan
berkuasa akan ditubuhkan oleh sekolah yang dinaungi oleh Guru Besar.

Carta Organisasi JK Perasmian:

PENAUNG
PENAUNG
GURU BESAR: EN MICHEAL TOYAD
GURU BESAR: EN MICHEAL TOYAD

EMCEE
PN ANITA BARANTING

AJK TUGAS-TUGAS KHAS


CIK KAMILAH KASBOLLAH
EN NORMAN GOBEW

10
AJK: Jamuan, Persiapan, Sambutan, Teks, Pengankutan, Protokol,
Cenderamata, Riadah dan Keslamatan.

AJK yang dinyatakan didalam carta organisasi di bawah bertugas didalam hal-hal
yang telah dipersetujui dan dilantik secara undi didalam mesyuarat yang telah
diadakan dan dipengerusikan oleh Guru Besar dalam pengurusan Sukan olahraga
tahunan SK Donggongon Penampang Kota Kinabalu yang Ke-38. Semua guru-guru
dan bahagian pentadbiran sekolah yang telah dilantik sebagai ahli jawatankusa
dikehendaki bertugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Lain-lain JK terlibat

PENAUNG:

GURU BESAR

EN MICHEAL TOYAD

PENGERUSI URUSETIA: AJK KEWANGAN


SETIAUSAHA
MARKUS GUNSALAM PN CHONG FEN HOUNG
CIK JOANNA KIM

PROTOKOL AJK PERJAMUAN, PERSIAPAN DAN SAMBUTAN AJK KESELAMATAN DAN AJK CENDERAMATA DAN
PENGANGKUTAN RIADAH
PN HAMIDAH WAHAB PN KAMSIAH YUSUF
EN PARDI SELAMAT PN SITI GATA
CIK JAMILAH PUDING
EN AMIT GILONG EN PATRICK SADOM
CIK HARTINI HARUN
EN BROLIN DAVID

11
SEKOLAH KEBANGSAAN DONGONGON
PENAMPANG BARU JALAN KOBUSAK
89507 PENAMPANG, SABAH.
No. Tel/Fax: 088-420420/088-420421
E-Mail: koskd@gmail.com

“SABAH MAJU JAYA”

REKOD PELAKSANAAN KEJOHANAN

NAMA KEJOHANAN
- Kejohanan Olahraga SK Dongongon 2011
TEMPOH PELAKSANAAN
- Berlangsung selama 1 hari
TARIKH PELAKSANAAN
- 24 Mac 2011(7.30 pagi hingga 12.00 tengahari)
PENILAIAN KEBERKESANAN KEJOHANAN OLAHRAGA
- Kejohanan Olahraga SK Dongongon 2011 ini sangat berfaedah dalam
membentuk murid yang seimbang dari segi mental dan fizikal selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Murid-murid yang terlibat dalam kejohanan olahraga ini terdiri daripada murid dari
tahun 1 hingga murid tahun 6. Murid dari tahun 1 hingga tahun 6 ini telah
dibahagikan kepada beberapa rumah sukan iaitu rumah sukan biru, hijau, merah
dan kuning. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan sosial dan
memupuk sikap kerjasama dikalangan murid melalui penyertaan dalam sukan
olahraga.
- Selain daripada kecerdasan intelek dan rohani, murid juga dapat memahami
kekuatan fizikal, mental dan emosi melalui jenis sukan yang dijalankan. Antara
jenis sukan yang dijalankan semasa kejohanan tersebut adalah lumba lari,
lompat tinggi, lompat jauh, dan lontar peluru. Kesemuanya dapat memupuk
kecerdasan fizikal, mental dan emosi dikalangan murid yang mengambil

12
bahagian. Kejohanan sukan juga dijalankan antara ibu bapa dengan guru dalam
pertandingan lari berganti-ganti 4 x 100 meter lelaki dan perempuan. Ianya
bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sosial antara ibu bapa dan guru.
- Melalui kejohanan ini murid-murid dapat bersaing secara sihat dan mencungkil
bakat yang mereka miliki dalam aktiviti fizikal. Murid-murid yang menduduki
tempat pertama, kedua dan ketiga dalam sukan yang telah dijalankan dapat
dikenalpasti. Mereka ini akan dipilih dan dilatih sebagai wakil sekolah untuk
bertanding dalam Kejohanan Olahraga antara sekolah-sekolah peringkat zon.
- Kejohanan Olahraga SK Dongongon dijalankan dengan penuh tatatertib dan
dimulai dengan bacaan ikrar, lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku, serta lagu
sekolah SK Donggongon, Dihatiku dengan supaya dapat memupuk semangat
cintakan sekolah dan negara dalam diri murid. Malah murid-murid yang dapat
menduduki tempat dan bakal menjadi wakil nanti akan bertanding mewakili
sekolah mereka.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
- Semua murid seharusnya diharap dapat melibatkan diri dalam kejohanan
olahraga yang akan datang. Murid tidaklah perlu mesti menyertai aktiviti sukan
yang ada tapi mereka boleh mengikuti perbarisan semasa upacara perasmian
kejohanan olahraga. Rasionalnya supaya murid dapat memupuk sikap disiplin
dan rasa tanggungjawab terhadap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.
- Untuk masa yang akan datang, dicadangkan untuk menyeragamkan pakaian
murid mengikut rumah sukan mereka. Ianya dapat menampakkan murid
kumpulan rumah sukan mereka serta menampakkan keseragaman disiplin murid.
- Peruntukan kewangan wajar diberikan perhatian kerana kekurangan dalam
peruntukan kewangan memberikan kesan terhadap kejohanan. Peruntukan
makanan dan hadiah murid-murid terpaksa dikurangkan.
CATATAN
- Murid-murid yang berjaya menduduki tempat ketiga, tempat kedua dan tempat
pertama akan dipilih untuk menjadi wakil sekolah ke peringkat zon yang akan
dijalankan pada 28 April 2011.
- Latihan akan dijalankan selama sebulan kepada murid-murid yang terpilih untuk
menjadi wakil ke peringkat zon.

13
AKTIVITI SUKAN SEKOLAH RENDAH DONGGONGON KE-38
24 MAC 2011

07.30 pagi : Ketibaan para jemputan


08.00 pagi : Acara lintas hormat dan bacaan doa
08.15 pagi : Ucapan Guru Besar
- En. Michael Toyad
Ucapan Yang Dipertua PIBG
- En. Bruce Carl
Bacaan Ikrar
Lagu Negaraku
Lagu Sabah Tanah Airku
Lagu Sekolah – SK Donggongon Dihatiku
08.30 pagi : Acara sukan dimulakan
 Acara Trek
 Acara Padang
10.00 pagi : Rehat (Persembahan)
 Persembahan Taekwando
 Pertunjukkan Kadet Remaja Sekolah
10.15 pagi : Acara sukan diteruskan
10.45 pagi : Acara ibu bapa dan pegawai
11.00 pagi : Upacara Penyampaian Hadiah
12.00 pagi : Bersurai

14
PENUTUP

Aktiviti Sukan Tahunan ini adalah bertujuan untuk rmemenuhi matlamat dan objektif
untuk melahirkan generasi muda yang sihat dan aktif didalam aktiviti sukan. Hasil
daripada aktiviti sukan olahraga ini akan dijadikan batu loncatan untuk memilih dan
mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang Sukan Olahraga serta memenuhi
keperluan Falsafah Pendidikan kebangsaan yang berteraskan kepadaJasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

Disediakan Oleh:

Brolin Josh Pontiring


Harry Buyut
Affendy Wong@ Joklin Majid
Bruce A/l Jaminih

AJK Penyelaras Sukan dan Permainan,


Sekolah Kebangsaan Donggongon,
Penampang 2011.

15

Anda mungkin juga menyukai